CIRI Akhlak Mulia
CIRI Akhlak Mulia
2. Memelihara penglihatan.
Seseorang muslim itu mestilah memelihara pandangan daripada melihat
perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap
sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsang syahwat dan boleh membawa
ke kancah pelanggaran dan maksiat. Sehubungan dengan ini Al-Quranul
Karim mengingatkat orang –orang mu’min supaya memelihara diri dari
penglihatan yang tidak memberi faedah
3. Memelihara Lidah
Seseorang muslim itu mestilah memelihra lidahnya dari menuturkan kata-kata
yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor,
percakapan-percakapan kosong, mengumpat, mengeji dan mengadu domba.
Imam Nawawi rahimahumullah mengatakan. “ketahuilah, seorang mukallaf itu
sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecuali percakapan
yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama
sahaja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri
kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram
atau makruh. Kejadian demikian telah banyak berlaku tetapi kebaikan
4. Bersifat Pemalu.
Seorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun
demikian sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan
kebenaran. Di antara sifat pemalu seseorang ialah ia tidak masuk campur
urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan
suara ketika bercakap, berasa cukup seta memadai sekadar yang ada dan
sifat-sifat seumpamanya
9. Bersifat pemurah
Seorang muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa
dan harta bendanya pada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap
kebakhilan seseorang itu ialah dengan cara memintanya membelanjakan
wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yang
berkedudukan, berharta dan berpangkat gugur dari jalan ini, lantaran rakus
terhadap mata benda. Di dalam Al-Qur’an Al-Karim sendiri terdapat berpuluh-
puluh ayat yang menjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat
pemurah.