Anda di halaman 1dari 1

5.

1 ILMU/ PENGETAHUAN BARU - SENARAI SEMAK

Melalui senarai semak, saya telah memerhatikan sekolah ini dari aspek prasarana dan
kemudahan, disiplin murid, kokurikulum dan budaya sekolah.

Prasarana dan kemudahan adalah mencukupi. Bilik muzik, bilik kaunseling, sudut
bacaan, perpustakaan dan sebagainya adalah terdapat di sekolah ini. Oleh itu, murid-murid
boleh melakukan sesuatu ataupun menjalankan sesuatu aktiviti di tempat yang khusus dan
selamat. Kemudahan di setiap bilik atau tempat khas adalah mencukupi dan sentiasa ada
penambahbaikan.

Selain itu, disiplin murid adalah baik dan memuaskan. Pada pemerhatian saya, para
murid memakai pakaian yang kemas dan bersih, mematuhi peraturan sekolah, rambut kemas,
memakai tanda nama, menepati masa dan mereka juga beratur semasa hendak pergi ke
sesuatu tempat. Lantaran itu, disiplin keseluruhan murid adalah baik dan tidak mencalar imej
sekolah ini. Disebabkan peraturan sekolah ini adalah jelas dan ketat, jadi para murid adalah
dikehendaki untuk mengikuti peraturan sekolah. Dampaknya, imej sekolah menjadi baik
disebabkan oleh disiplin murid.

Seterusnya, kokurikulum di sekolah mempunyai banyak kelab, persatuan, unit


beruniform dan juga permainan. Oleh sebab itu, murid-murid berpeluang untuk menyertai
pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Contoh kokurikulum yang ada di sekolah ini ialah Persatuan
Bahasa Cina, Kelab Membaca dan pengakap. Murid-murid akan mempelajari ilmu baharu
yang tidak dapat dipelajari dalam kelas seperti kemahiran memimpin.

Akhir sekali, budaya sekolah adalah sihat kerana murid-murid akan diterapkan nilai
seperti cinta akan negara, cinta akan alam sekitar, penyayang, berterima kasih, prihatin,
menghormati guru dan juga kreatif di sekolah. Para murid datang ke sekolah bukan sahaja
untuk menimba ilmu sahaja, tetapi juga untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa mereka.
Nilai-nilai murni murid dinilai melalui perlakuan mereka. Contohnya, saya menganggap
mereka mempunyai nilai cinta akan alam sekitar apabila mereka membuang sampah ke
dalam tong sampah.