Anda di halaman 1dari 3

1.

Alhamdulillah, pertama dan utamanya seribu kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi


kerana dengan izinNya jua kita diberi ruang dan kesempatan untuk bersama-sama
dalam program kita pada iaitu

Sebelum saya meneruskan ucapan saya, saya ingin merakamkan setinggih-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada --------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kerana sudi menjadi tuan rumah dan membenarkan kami mengadakan ----------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya juga mengucapkan terima kasih atas kehadiran -----------------------------, para


perwakilan, tuan/puan guru-guru besar ke majlis kita pada malam ini, walau pun dalam
kesibukkan tugas kita yang tidak pernah berkurang terutamanya menjelang akhir
persekolahan 2015.

Tuan-tuan/puan-puan yang saya hormati,

2. Sememangnya tugas dan tanggungjawab kita sebagai pemimpin sekolah semakin


mencabar dengan pelbagai rencam tugas yang tidak pernah berkesudahan. Kita sering
didedahkan dengan pelbagai teori pengurusan yang berkisar tentang tugas dan
tanggung jawab kita sebagai ketua sekolah. Antaranya Edmonds (1979) dan Sergiovanni
(1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan memainkan peranan yang penting
untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah
organisasi khususnya sekolah. Navanro (1986) melihat betapa pentingnya kepemimpinan
Guru Besar dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Dalam usaha mengejar dan
mencapai kecemerlangan pendidikan, sama ada di negara membangun, mahupun di
negara-negara maju yang lain, kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai teraju
utama. Guru Besar merupakan pelakon utama dalam menentukan hala tuju sekolah dalam
menghadapi kerencaman masa hadapan. , Jawatankuasa Mengkaji Taraf Pelajaran di
sekolah-sekolah, telah melaporkan bahawa para Guru Besar bertanggungjawab terhadap
pencapaian pelajar di sekolah mereka. Menurut Jawatankuasa tersebut, Guru Besar
perlulah cekap dan banyak menghabiskan masa mengelolakan aktiviti pembelajaran di
sekolah-sekolah, mengekalkan penyeliaan sekolahnya dengan cara yang berkesan,
bertindak sebagai pakar runding, penasihat dan koordinator bagi program-program
pengajaran dan pembelajaran di sekolah,dan perlu menghabiskan masa yang lebih dalam
aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar, dan jangan hanya bekeja semata-mata
sebagai pentadbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan arahan dan surat-surat
siaran.

3. Apa yang saya sebutkan tadi ialah teori dan bukan semua teori mudah untuk dipratikkan.
Apabila kita sudah berada di lapangan, dan memikul tanggung jawab sebagai guru besar,
barulah kita tahu susah senang, pahit maung menjadi seorang ketua yang menguruskan
insan-insan di bawah kita yang pelbagai karenah dan ragam. Kita tidak dapat memuaskan
hati semua pihak. Di samping itu terlalu banyak perkara yang perlu kita laksanakan
dalam satu masa. Oleh sebab itu pengurusan masa amatlah penting dan kita perlu bijak
menyusun tugasan serta memberi focus kepada perkara yang perlu didahulukan, walau
pun kita hasrat kita ingin cemerlang dan terbaik dalam semua aspek kepimpinan dan
pengurusan sekolah. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada barisan guru besar
baharu yang saya kira mempunyai ilmu pengurusan / NPQEL dan dapat memberikan
warna baharu dalam institusi pendidikan sebagaimana yang dihasratkan dalam anjakan
ke-5 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM 2013-2025.

4. Saya juga berharap agar Majlis Guru Besar, sama ada di peringkat negeri atau daerah
dapat dijadikan sabagai satu medium untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah-
masalah yang berkait dengan tuga-tugas kepemimpinan dan pengurusan kita. Di
samping itu kita mengajukan pelbagai cadangan untuk kepentingan bersama. Harapan
dan doa saya untuk semua rakan-rakan guru besar, marilah kita bekerja dalam suasana
yang gembira dan tidak stress. Stress dan tekanan boleh menjejaskan kesihatan.
Kesihatan perlu dijaga kerana yang menanggung ialah kita.
5. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas sokongan dan
kepercayaan serta kerjasama yang diberikan oleh semua rakan guru besar kepada saya
selaku -------------------------------------------. Juga tidak lupa kepada Sektor Pengurusan
Sekolah yang menjadi penaung kepada MGB terutamanya kepada Encik Zakaria Muda
dan Encik Mat Lazim bin ----------------------- yang sentiasa menyokong dan memberi
kerjasama kepada MGB negeri Terengganu.

6.