Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan makna tematik, makna afektif, makna denotasi dan makna konotasi serta makna

kontekstual berserta contohnya.

Makna tematik bermaksud apa yang hendak disampaikan dan isu yang hendak disampaikan dalam mesej.
Makna tematik boleh disampaikan melalui susunan bunyi, susunan perkataan dan fokus. Ayat melalui
makna tematik ini adalah berbeza mengikut fokus

Contoh :

Adik menjemur tilam.

Tilam dijemur oleh adik.

Makna afektif pula merupakan makna yang muncul akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap
penggunaan kata. Oleh sebab makna afektif berhubungan dengan reaksi pendengar atau pembaca dalam
aspek rasa, maka dengan sendirinya makna afektif berhubungan pula dengan gaya bahasa.

Contoh: Perkataan teratak, pondok, rumah yang tidak sepertinya → makna afektif → orang yang
mengujarkan perkataan ini ingin merendah diri.

Makna denotasi ialah makna yang tersurat atau makna umum atau makna yang bersangkutan manakala
konotasi adalah berpunca daripada penilaian penutur secara afektif atau emosional.

Contohnya :

“penjara”

Dari segi denotasi adalah sebuah penjara tetapi daripada segi konotasi adalah bersifat negative kerana
penghuni penjara tidak memiliki kebebasan untuk hidup.

Makna kontekstual adalah sebuah leksem atau kata yang berada di dalam suatu konteks.

Contohnya :

Rambut di kepala ayah belum ada yang putih.

Sumber / rujukan :

https://www.slideshare.net/ericaleenyaeben/semantik-bahasamelayu

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari (2009), Semantik dan Pragmatik Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.