Anda di halaman 1dari 2

PENILAIAN AUTENTIK

Definisi
 Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari.
 Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
 Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan,
motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
 Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-
kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran
yang dilakukan secara berterusan
 Menurut Rudner dan Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan
kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum
balas atau hasilan dalam kontek realiti yang bermakna.
 ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran
autentik.

Siapa
 Untuk murid / pelajar
 Untuk guru

Tujuan Untuk murid:


 Menilai pelajar pada tugas-tugas dalam disiplin khusus yang telah ditetapkan
 Menilai pencapaian pelajar secara menyeluruh
 Mengambilkira pengetahuan dan kemahiran secara holistik berbanding secara
dipecahasingkan
 Ambil kira proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran
 Melatih pelajar cara-cara membuat penilaian terhadap pencapaiannya dan membantu menilai
kerja seni orang lain
 Mempastikan pelajar berupaya membuat persembahan dan mempertahankan hasil kerjanya
secara lisan dan di khalayak ramai

Untuk guru:
 Menjadi indikator yang komprehensif mengenai kemampuan pelajar dan seberapa efektif
kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan

Ciri-ciri
 a) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
 b) Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
 c) Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
 d) Subjek membina maksud yang tersirat.
 e) Berpusatkan kanak-kanak.
Cara pelaksanaan
 Temubual : Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang, aktiviti, minat dan lain-
lain lagi
 Penceritaan semula / Bercerita : Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui
pembacaan mereka
 Sampel penulisan : Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui penulisan
 Projek/ Pameran : Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan projek
atau pameran melibatkan persembahan atau pameran
 Eksperimen/ Demostrasi : Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan
prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan mendokumentasikan hasil eksperimen
 Pemerhatian guru : Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan tumpuan dan
interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di dalam aktiviti kelas
 Portfolio : Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat perkembangan
dari masa ke semasa

Contoh penilaian autentik


 Persembahan tarian
 Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya
 Mendemonstrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art
show ( pertunjukan Seni)
 Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio

BIBLIOGRAFI

Tabatha Rayment ,(2009). 101 Senarai Penting tentang Pentaksiran. Penerbitan Multimedia.
Shah Alam: Selangor

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://www.scribd.com/doc/3282502/Pentaksiranhttp://www.slideshare.net/artventure/k-onsep-
pentaksiran

http://hbss1103.blogspot.com/2007/11/topik-7-penilaian-dan-pentaksiran.

htmlhttp://www.seapyramid.net/rt/instrument-pentaksiran-dunia-seni-visual.

http://senivisual2.blogspot.com/2009/12/arts-education-for-changing-world.html

Anda mungkin juga menyukai