Anda di halaman 1dari 8

In Door Games

In Door Games adalah bentuk tehnik permainan di dalam ruang………… dengan jumlah
yang terbatas. Banyak kegiatan yang bernuansa Dinamika Kelompok. Hal tersebut sangat
menguntungkan dalam mendorong peserta / anggota kelompok lebih aktif dan progresif
dalam mengikuti kegiatan. Secara tidak sadar mereka banyak belajar bersosialisasi,
membangun eksistensi diri dan secara mudah menyerap materi/ pelajaran tanpa harus banyak
menghapal. Salah satunya model simulasi, dapat pula dikatakan efektif dalam mencapai
tujuan.

Apa itu in Door Games ……………?

 Baut Barisan
 Bercermin
 Bermain Tali
 Lingkaran Berbelit
 Menggambar bersama
 Menggambar Wajah
 Mengganbar Rumah
 Mutiara Dalam Guci
 Pecah Balon
 Rantai Nama

PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh
nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak
dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada
juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu
termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Congkak

Pengenalan

Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum
wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang
digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang
sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji
congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya.
Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang
besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
Sejarah dan asal usul congkak

permainan congkak dipercayai berasal daripada Negara Afrika atau Arab.Bagaimanapun,


bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National
Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh
semenjak 5000 hingga 7000 SM dijumpai di Jordan.

Dari Timur Tengah,permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia melalui
pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka
memandangkan negeri ini merupaan pusat perdagangan pada waktu dahulu.Kanak-kanak di
Kepulauan Carubran juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai di sana melalui
perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia
congkak dikenali dengan nama congklak,manakala di Filipina dikenali sebagai sungka.
Pada zaman dahulu,golongan istana bermainan congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan
dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta pelbagai laman
web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai maklumat tentang
congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia.Di zaman teknologi ini Terdapat juga
permainan congkak dalam talian yang telah dicipta.

Cara-cara Bermain Congkak

a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah"
hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan
yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh
meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai
buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di
kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-
masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-
masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.

Asas dan cara bermain congkak

Pada entri kali ini saya akan menunjukkan asas,peraturan dan cara untuk bermain congkak:-

Permainan congkak secara asasnya melibatkan pengiraan mudah. Mereka yang cekap
mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan
congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat
lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya
terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang
biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk
memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama
banyak dan rumah dibiarkan kosong.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil
buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung'
menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang
berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di
lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga
dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan
sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah
congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu.
Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam
giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang
pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau
apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke
lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia
mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
(jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada
pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah
congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang
memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka
pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Jom Bermain Sahiba...Perkataan Umno
Jom bermain Sahiba mengatur perkataan bermula dengan Umno. Seronok juga bermain Sahiba.
Maka terbentuklah perkataan-perkataan berikut. Banyak perkataan-perkataan terkutuk terkeluar
tetapi 'slow-slowlah'.

Untuk perkataan seterusnya anda aturlah sendiri ek!


Nie la rupa carom board tu... carom board nie ada 2 muka (bukan talam
aje yg ada 2 muka tau...hehehe..) dan percuma buah carom serta sebiji
buah striker.

Bahagian nie untuk main carom

Bahagian nie pula


untuk main dam dan
untuk main catur

Cara main carom;


# Masukkan buah carom kedlm mana2 lubang yg terdapat di setiap sudut papan
board nie sebelum pihak lawan.
# Giliran akan berterusan, sekiranya dapat memasukkan buah carom kedlm
lubang.

# Bilangan pemain;
~2 pemain : duduk bertentangan antara satu sama lain
~3 pemain : bermain utk mata (tanpa mengira warna)
~4 pemain : pemain yang duduk bertentangan antara satu sama lain jadi satu
pasukan. (satu pasukan utk buah putih &satu pasukan lagi utk buah hitam)

Cara kiraan mata:


Buah Hitam ~ 1 mata
Buah Kuning / Putih ~2 mata
Buah Merah ~ 5 mata
Seingat sy ada beberapa cara main carom nie.....nie yg sy ingat le..
MAIN LESEN
Nie dia susunan buah carom utk MAIN LESEN……

#1. Kena ambil lesen dulu.


~Mesti masukkan buah kuning dulu pastu hitam…
~Kalau hanya dapat masukkan kuning, lepas tu tak dapat hitam. Buah
kuning tu kena lah letak kat tengah board.
#2. Lepas dapat lesen, baru lah boleh kumpul mata.
#3. Tinggalkan buah merah utk yg terakhir…

Nie satu lagi susunan buah carom ……