Anda di halaman 1dari 13

1.

0 JENIS MENU

Fixed menu.

2.0 KEFAHAMAN BERKENAAN MENU

Sebenarnya, perkataan menu ini berasal dari Perancis "Le Menu" yang membawa maksud
senarai makanan yang disajikan kepada tetamu di ruang makan. Dari sudut bahasanya, menu
adalah panduan bagi mereka yang menyediakan makanan atau hidangan serta bagi pelanggan
yang ingin menikmatinya. Secara ringkasnya, di sebuah restoran , menu adalah senarai
makanan dan minuman yang ditawarkan kepada pelanggan dan harga. Menu terbahagi kepada
lapan jenis seperti fixed menu, cycle menu, a’la carte menu, du juor menu, table d’hote menu
dan prix fixe menu. Menu boleh dicetak pada helaian kertas yang disediakan untuk pengunjung,
memakai poster besar atau papan paparan di dalam penubuhan, dipaparkan di luar restoran,
atau memakai skrin digital. Sejak akhir 1990-an, sesetengah restoran telah meletakkan menu
mereka secara dalam talian.

Fixed menu adalah menu yang sama akan ditawarkan yang selalunya di gunakan oleh premis
restoran yang kukuh dan pelanggannya sering bertukar dari setiap masa. Selain itu, menu yang
sama akan digunakan kecuali terdapat halangan seperti kekurangan bahan, perubahan musim
dan mungkin menu akan di tukar secara bulanan atau mingguan.Tambahan pula restoran akan
menawarkan menu tetap mereka selain hidangan istimewa pada hari-hari tertentu. Menu jenis
ini paling lazim di restoran makanan segera seperti McDonalds, Pizza Hut dan Burger King.
Contohnya, Big Mac, Fillet O-Fish dan McChicken. Di Pizza Hut pula, pizza istimewa yang
dihidangkan secara fixed menu adalah seperti Aloha Chicken, Beef Pepperoni dan lain-lain.
Restoran berantai biasanya lebih banyak menyediakan menu fixed menu dan hal ini
menyebabkan restoran ini lebih mendapat tempat di hati pelanggan.

Antara kelebihan dalam menyediakan fixed menu adalah hanya menyediakan makanan
berdasarkan menu yang sedia ada iaitu pekerja tidak dapat mengubah menu yang ditawarkan.
Hal ini dapat menjimatkan kos dalam penyediaan bahan mentah kerana menu yang disediakan
adalah tetap dan tidak berubah. Selain itu, kos dalam menyediakan bahan mentah dapat
dikurangkan kerana menu hanya berubah selepas sekurang-kurangnya 6 bulan. Hal ini dapat
memudahkan pelanggan membuat keputusan kerana menu yang tetap. Tambahan pula, fixed
menu memudahkan pelayan restoran untuk mengingati menu-menu yang disediakan di
restoran tersebut.

Namun begitu, fixed menu juga mempunyai keburukannya seperti pelanggan tidak dapat
memilih menu lain yang tidak terdapat di restoran tersebut. Hal ini menyebabkan pelanggan
akan mula beralih arah ke restoran lain kerana menu yang terhad. Selain itu, pekerja di dapur
akan mula berasa bosan dalam menyediakan hidangan dan menu yang sama dan berulang
kepada pelanggan. Tambahan pula, pekerja tidak mendapat pengalaman memasak pelbagai
jenis menu.

3.0 PERSEMBAHAN MENU


Setiap menu yang dibentuk haruslah mempunyai persetujuan semua pihak dalam
menghasilkan sebuah reka bentuk menu yang sempurna dan memenuhi konsep dan citarasa
pengguna. Dalam konteks ini, persembahan menu memainkan peranan yang begitu besar
dalam memenuhi selera pelanggan.

Reka bentuk menu yang dibentuk haruslah selaras dengan konsep kedai yang ingin ditubuhkan
dalam memastikan reka bentuk itu mempunyai kesinambungan yang baik dalam segala aspek
seperti warna, jenis makanan, nutrisi makanan, khasiat makanan, kandungan dalam makanan
dan gambar dan ilustrasi warna yang sesuai untuk menghasilkan menu.

Bagi Sushi King, kami memilih restoran rantaian ini kerana bertetapkan dengan tajuk yang
dipilih oleh kunpulan kami iaitu fixed menu. Fixed menu dapat ditakrifkan sebagai menu yang
tetap dan tidak berubah tetapi hanya akan berlaku sedikit perubahan kepada menu yang asal.

Bagi persembahan menu di Sushi king, menu disini menekan warna hijau pudar yang begitu
baik dan tidak terlampau terang. Selain itu juga, menu yang dihasilkan juga adalah
emnggunakan kulit keras berbanding dlu yang menggunakan kulit tidak keras yang
menyebabkan menu tersebut rosak dalam jangka masa yang cepat.
Menu yang dibuat juga akan ditukar selama enam bulan untuk menjaga kualiti yang baik untuk
digunakan kepada pengguna. Bagi Shushi king kualiti menu yang dibuat adalah menjadi
keutamaan polisi nmereka. Setiap bahagian menu juga akan dipaparkan perkataan “Grand
Menu” yang menunjukkan bahawa menu tersebut sememangnya kualiti, kandungan yang amat
baik dari segala aspek untuk dilihat kepada penggunaan.

Dalam kontek isi, apabila datang untuk menikmati Sushi King, disetiap meja tersebut akan
diletakkan dua buah buku menu yang terdirib daripada menu utama, minuman, set kanak-
kanak dan pencuci mulut. Menu yang dibuat juga haruskan mempunyai kualiti yang baik untuk
memberi first impression kepada penggunaa yang datang untuk menikmati sushi ini.

Selain itu juga, dalam menghasilkan menu, beberapa perkara harus diberikan perhatian seperti
harga, jenis makanan menarik dan sebagainya. Dalam sesebuah menu yang dihasilkan haruslah
mempunyai maklumat yang lengkap seperti mempunyai nutrisi yang terdapat menu. Nutrisi
memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelanggan untuk mencuba makanan
yang ada di dalam menu yang telah dibuat.

Apabila menu yang dipean tersebut mempunyai kegusaran terhadap menu yang ingin dipesan,
pelanggan juga boleh melihat setiap inci maklumat makanan yang ingin dipesan. Maklumat
pemakanan ini juga ditonjolkan melalui maklumat seperti simbol allergens dan food indicator.
Sebagai contoh, bagai pelanggan yang “vegetarian” atau dalam istilah mudahnya pelanggan
yang tidak makan daging mampu melihat simbol yang ditunjukkan bersebelahan dengan menu
asal. Perkara ini secara tidak langsung mampu membantu pelanggan dalam memesan makanan
itu dengan lebih tepat dan baik.

Dalam kontek ini, persembahan menu seperti Chicken Katsu Don meletakkan nasi di bahagian
bawah dalam mangkuk manakala ayam pula diletak diatas nasi tersebut untuk menunjukkan
menu yang dipesan oleh pelanggan itu kelihatan banyak dan menarik. Apa yang dapat menarik
terhadap persembahan menu ini, setiap menu yang dibuat juga dipaparkan dengan empat
bahasa penting seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin dan Bahasa Melayu
yang dapat difahami oleh setiap pelanggan yang datang di Sushi King.
Menu yang dihasilkan oleh Sushi King juga menggunakan kombinasi warna yang tidak
terlampau terang dan tema warna dipilih itu perlu menonjol dalam buku menu untuk menarik
pandangan pelanggan.

4.0 CORAK MENU


Corak menu menggambarkan suatu ilustrasi atau elemen yang diaplikasikan untuk
menggambarkan sebuah rupa menu itu. Dalam menu Sushi King, elemen atau ilustrasi yang
diterapkan dalam corak menu adalah gambar menu yang menarik, menggunakan elemen warna
iaitu warna hijau sebagai warna tema kepada menu. Selain itu, menggunakan corak klasik
Jepun dan menggunakan elemen warna hijau yang kontra dan menjadikan menu lebih menarik.

Dalam penghasilan buku menu Sushi King, warna hijau turquoise menjadi pilihan untuk
menghasilkan buku menu yang baharu. Selain itu, tulisan berkaitan nama makanan menu dan
info-info berkaitan dengannya ditaip menggunakan font yang mudah dibaca dan difahami.
Dalam buku menu Sushi King, terdapat 4 jenis bahasa yang diterapkan iaitu Bahasa Jepun,
Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini bagi memudahkan pengunjung dari
pelbagai lapisan bangsa untuk berkunjung ke Sushi King.

Akhir sekali berkaitan corak menu adalah reka bentuk menu bercorak ombak iaitu sesuai
dengan menu utamanya iaitu sushi yang dihidangkan segar, selari dengan moto Sushi King
iaitu ‘Smiling, served fresh’.

5.0 STRUKTUR MENU


Setiap restoran, kafe mahu pun premis makanan memiliki cara-cara tersendiri dalam menyusun
menu, tetapi pada dasarnya adalah sama. Mereka mengetahui bahawa dalam menu,
kebiasaannya terdapat pilihan menu hidangan pembuka atau penarik selera dan juga terdapat
pilihan menu yang digolongkan ke dalam jenis sup, makanan utama dan manisan yang
digolongkan sebagai pencuci mulut atau hidangan penutup.
Sebagai contohnya, buku menu yang merupakan fixed menu iaitu Sushi King mempunyai
struktur menunya yang tersendiri. Dalam susunan struktur menu Sushi King, penyusunan
menunya bermula dari jenis menu iaitu dimulakan dengan pilihan menu miunman, pemanis
mulut, sushi (nigari, gunkan, mako, kumami dan lain-lain), salad, a la carte, agemono, noodles,
nasi/Donburi, Japanese curry, kids meal, little delight, set meals, bento dan Ippin.

Selain itu, elemen ilustrasi menu yang diaplikasikan ke dalam menu Sushi King adalah
menggunakan elemen berasaskan menu yang digemari, ‘hot item’, dan harga yang mahal.
Menu-menu ini kebiasaannya dipaparkan di bahagian kiri atas dan saiz gambar menu tersebut
adalah lebih besar berbanding menu yang lain. Di samping itu, apa yang menarik berkaitan
menu Sushi King ini adalah setiap gamabr menu yang diambil mengambil masa selama dua
jam untuk menghasilkan gambar menu yang menarik dan mengikut standard Sushi King
sendiri.

Seterusnya, apa yang membuatkan menu Sushi King ini lagi menarik adalah pihak Sushi King
meletakkan falsafah mereka yang tersendiri ke dalam menu. Falsafah Sushi King adalah “The
essence of the Japanese cuisineis in its ingredients. As such, we meticulously ensure that each
ingredients is of the highest quality so that every creation offers an authentic taste that will
enchant your palate.”

Dalam menu Sushi King, terdapat susunan grafik yang menarik bagi setiap gambar dan helaian
muka surat menu tersebut. Susunan menu adalah mengikut dari yang paling mahal dan yang
paling kerap dipesan sehinggalah yang paling bawah iaitu yang paling jarang dipesan. Setiap
hidangan Sushi King perlu dihidangkan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang
telah ditetapkan. Sebagai contohnya, Abifry diletakkan pada kedudukan jam 11 di atas
pinggan. Tujuannya adalah untuk menarik pelanggan.
6.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KOMPOSISI MENU
Sebuah menu yang baik, akan dihadirkan dengan komposisi ataupun perancanaan menu yang
baik selari dengan kehendak dan konsep sesebuah restoran makanan. Adakah perancanaan
menu tersebut tertumpu kepada makanan yang seimbang ataupun lebih kepada makanan segera
semata mata dan tidak mengikut standard menu seimbang. Untuk menghasilkan menu yang
baik, perancang menu akan menyusun meneliti menu yang ingin dimasukkan kedalam Grand
Menu tersebut agar menu tersebut mengandungi nutrisi dan zat zat yang sihat.

Untuk Grand Menu Sushi King, antara faktor faktor yang mempengaruhi komposisi menu ialah
motto sushi king itu sendiri iaitu smilling, serve, fresh. Motto tersebut mengambarkan bahawa
setiap menu yang dihasilkan adalah segar, penuh nutrsi dan bahan mentah yang diimport dari
luar negara. Misalnya, ikan mackerell itu sendiri di import dari norway, tunjuanya untuk
mengekalkan citarasa dan kesegaran ikan itu sendiri Kalau dilihat menu yang dihidangkan
kepada pelanggan, setiap menu yang dihidangkan ada khasiat dan nutrisinya, jika dilihat di
buku menu tersebut, terdapat penerangan tentang khasiat setiap makanan, berapa kalori, zat,
vitamin, protien dan sebagainya. Selain itu, setiap makanan yang dihias akan diletakkan tomato
cherry, dan lemon, tujuannya bukan sahaja menarik perhatian pelanggan dengan hiasan
tersebut tetapi kandungan yang ada pada tomato cherry dan lemon itu sendiri mengandungi
vitamin dan khasiat yang baik. Jadi ia selari dengan motto sushi king ini, menghadirkan
makanan yang segar untuk citarasa pelanggan.

Seperti yang sedia maklum, konsep sushi king ini mengetengahkan makanan jepun tetapi telah
modifikasi menjadi makanan melayu agar sesuai dengan cita rasa orang melayu. Buktinya, apa
yang diperhatikan setiap menu yang berada dalam Grand Menu, mempunyai ciri ciri tempatan.
Buktinya, jenis minuman, sebagai contoh Milo Dino, konsep minuman ini diambil dari
minuman Milo Ais, dan diubah menjadi Milo Dino dan di bukukan menu tersebut menjadi
Milo Dino. Di sini jelas, komposisi menu tersebut selari dengan motto Sushi King. Secara
keseluruhannya, konsep sushi king ini amat selari dengan menu yang disediakan.

Untuk membuka kedai makan berkonsep luar negara terutama jepun, perancang akan mengkaji
dahulu faktor tarikan pelanggan untuk datang ke kedai ini. Semestinya, masyarakat tempatan
agak janggal dengan makanan luar negara. Jadi perancang menu telah menghasilkan menu
yang ada di Grand Menu ini selari dengan budaya di Malaysia. Faktor ini amat penting kerana
ia akan menarik minat pengunjung datang untuk makan di sushi king ini. Di samping itu, setiap
susunan makanan yang dihias telah berubah mengikut cita rasa tempata, teapi masih
mengekalkan budaya jepun tersebut. Bagi mengelakkan sebarang isu budaya terjadi, perancang
menu di Sushi King telah menyusun sebetul betulnya komposisi menu ini agar tidak lari dan
menjejaskan pelanggan. Contohnya, bagi sudut agama, terdapat pelanggan yang tidak makan
daging, jadi perancang menu di Sushi King telah menyediakan makanan yang sesuai mengikut
tuntutan agama, seperti ada menu yang ada sayur sahaja. Ada menu yang tidak mengandungi
daging. Jika ada daging, ia akan ditampal pelekat logo lembu bertujuan memberi info kepada
yang tidak makan daging.

Setiap makanan yang disediakan mempunyai protien yang tinggi sesuai dengan semua
peringkat umur, di samping itu, bagi memastiakn kosnep sushi king ini yang sihat dan bermutu
tinggi, setiap menu haruslah rendah lemak dan cukup vitamin dan mineral. Kita dapat lihat,
satu contoh iaitu Kinoko soup. Sup ini ialah sejenis sup sayur yang mengandungi beberapa
jenis sayur dan cendawan seperti shimeji dan kinoko. Di samping itu, menu di sushi king juga
masih mengikut standard makanan seimbang. Misalnya Grand Mixed Bento, susunan
makananya, terdiri daripada ikan salmon, ayam pankor, edamame salad, dan sayur. Ia cukup
untuk menjadi makanan dan menu di Sushi King mengikut standard piramid makanan.

7.0 FAKTOR MAKANAN DAN PEMAKANAN DALAM PERANCANGAN MENU


Restoran Sushi King dikenali sebagai restoran rantaian kerana sudah membuka banyak
cawangan perniagaan di merata tempat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Keunikan
restoran yang menyediakan masakan yang berasal dari Jepun ini adalah penyediaan makanan
dilakukan di hadapan pelanggan atau dikenali sebagai ‘Open Kitchen’. Sushi adalah makanan
Jepun yang terdiri dari nasi yang dibentuk bersama lauk berupa makanan laut, daging, sayuran
mentah atau sudah dimasak. Melalui kajian dan temubual yang telah kami lakukan di salah
satu cawangan Restoran Sushi King iaitu di Kluang Mall, kami telah mendapati terdapat
beberapa faktor makanan dan pemakanan dalam perancangan menu sushi.
Faktor yang pertama adalah moto Sushi King iaitu Smiling, Served Fresh di mana setiap
hidangan menu yang dihasilkan mestilah sedap dan segar supaya semua pelanggan berpuas
hati. Setiap pelanggan mengharapkan makanan yang dipesan adalah berkualiti dan berpatutan
dengan harga yang dikenakan. Sebagai restoran makanan kasual, mutu dan kualiti makanannya
juga sangat tinggi dan sentiasa dijaga agar menepati piawaian serta objektif restoran tersebut..
Selain itu, Sushi King mengamalkan konsep untuk menyediakan makanan yang sihat dan lazat
untuk setiap pelanggannya.

Selain itu, kos perbelanjaan untuk membeli bahan mentah dan bahan kering untuk
menghasilkan setiap hidangan menu yang berkualiti. Hal ini demikian kerana, setiap hidangan
yang dihasilkan di Sushi King menggunakan bahan-bahan yang dibawa masuk dari Jepun
seperti salmon, sos kacang soya, makerel dan sebagainya. Bagi menjimatkan kos perbelanjaan,
menu yang dihasilkan akan menggunakan sepenuhnya bahan mentah. Sebagai contoh, ikan
salmon dari Jepun. Isi ikan salmon digunakan untuk menghasilkan hidangan Norwegian
Salmon Nishoku dan kulit ikan salmon digunakan untuk menghasilkan hidangan Salmon Skin
Piri Piri. Bahan mentah dan bahan kering yang digunakan untuk menyediakan sesuatu
hidangan sentiasa dijaga agar terjamin kualitinya serta untuk mengelakkan pembaziran kos.

Di samping itu, kemudahan fizikal juga mempengaruhi perancangan menu kerana alatan
memasak lengkap membantu pekerja untuk menyediakan bahan,memasak dan menghidang
dengan cepat dan sempurna. Sushi merupakan makanan yang boleh dimakan bila-bila masa
namun perlu dijaga dengan baik supaya makanan tersebut sentiasa segar. Hal ini demikian
kerana, jangka hayat sushi paling lama adalah 4 jam. Sehubungan dengan itu, pekerja akan
menghasilkan sushi yang baru kerana kualiti dan tekstur sushi akan berubah selepas beberapa
jam dihasilkan menggunakan kemudahan fizikal yang disediakan. Sebagai contoh, sushi yang
menggunakan sos mayonis akan bertahan hanya selama 2 jam. Selain itu, sumber masa dan
tenaga yang ramai akan memudahkan dan mempercepatkan penyediaan menu yang dirancang.

Faktor keperluan juga menjadi faktor perancangan menu kerana setiap hidangan yang
dihasilkan hendaklah mengandungi nutrien bergantung kepada faktor umur dan jantina. Menu
yang disediakan di Sushi King adalah mengikut piawaian piramid makanan yang seimbang
iaitu gabungan karbohidrat dan protein seperti Kaarage Teriyaki Mayo, Salmon Mayo, Egg
Mayo, Chuka Kurage dan sebagainya. Selain itu, menu Little Delight seperti Teriyaki Chicken
Don, Spicy Yakiniku Don, Tori Soboro Curry dan Black Pepper Sakana Stick sesuai untuk
golongan remaja kerana harganya berpatutan. Menu Kids Meal seperti Kids Set B dan Kids
Set C sesuai untuk kanak-kanak.

Selain itu, waktu hidangan juga merupakan faktor perancangan menu kerana hidangan yang
segar dan berkualiti mestilah dihidangkan secara cekap dan cepat iaitu antara 10 hingga 15
minit. Chef akan berusaha untuk menghasilkan hudangan dalam jangka masa yang ditetapkan.
Pelanggan akan makan sushi terlebih dahulu sebagai hidangan alas perut sementara menunggu
makanan yang dipesan dimasak dan dihidangkan. Waktu hidangan juga dipengaruhi oleh
faktor jenis makanan, warna. saiz, rasa, tekstur dan kaedah memasak.

Berikut merupakan faktor-faktor makanan dan pemakanan yang mempengaruhi perancangan


menu. Faktor-faktor tersebut mestilah dititikberatkan supaya menu yang dihasilkan dapat
menarik pelanggan dan meningkatkan pendapatan Restoran Sushi King.
8.0 LAMPIRAN