Anda di halaman 1dari 34

30 Idea Follow Up Whatsapp

Diterbitkan Oleh : Amir Faisal Lokasi : Bandar Baru Bangi Email : amirfaisal69@gmail.com

Hak Cipta® Amir Faisal 2017 Terbitan Pertama JUN 2017

Amir Faisal

Hak cipta terperlihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara sama ada elektronik, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa keizinan bertulis daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Mohd. Faisal Amir Mohd. Noh, 1988- 30 IDEA : FOLLOW UP WHATSAPP / AMIR FAISAL. ISBN 978-967-15142-2-1

1. Online chat groups- -Marketing. 2. Online social networks. I. Judul. II. Judul: Tiga puluh idea : follow up whatsapp.

302.2312

Rekabentuk Cover dan Layout :

: follow up whatsapp. 302.2312 Rekabentuk Cover dan Layout : Kotak Buku Enterprise Nadirah Mior

Kotak Buku Enterprise Nadirah Mior (kotakbukudesign@gmail.com)

Dicetak Oleh :

Ultimate Print Sdn Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Sek.15, 40000 Shah Alam, Selangor.

[PERHATIAN] Perkongsian dalam buku ini merupakan pandangan penulis melalui pengalaman sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh pemilik buku ini yang timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan buku ini samada secara langsung atau tidak langs

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

Prakata

Tahniah dan terima kasih kerana telah mendapatkan Pakej Lengkap Buku Close Sale Whatsapp 2017. Ini hanyalah sumbangan kecil saya kepada masyarakat terutamanya peniaga online.

Alhamdulillah selesai juga saya mengerah keringat menulis 3 buah buku sehingga terbitnya buku ini. Tanpa bantuan dari Allah, maka tidak mampu untuk saya selesaikan penulisan ini dengan baik.

Alhamdulillah

Semuanya Dengan Izin Allah.

Ucapan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan Ebook Close Sale Whatsapp versi 2015 dan 2016. Tanpa sokongan anda, tidak mampu untuk saya capai tahap ini sehingga mampu keluarkan buku. Pakej Lengkap ini juga sebagai hadiah penghargaan kepada anda semua.

Tidak dilupakan juga kepada affiliater-affiliater Ebook Close Sale Whatsapp yang menyokong dari belakang membantu mempromosikan ebook ini sehingga ramai peniaga online dapat mengamalkan ilmu Close Sale Whatsapp ini dan meningkatkan pendapatan mereka.

Semoga perkongsian kali ini membantu anda dalam strategi & teknik close sale yang lebih mantap.

Semoga Berjaya Dunia & Akhirat!

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

ALIRAN FOLLOW UP

2 Momen Berlakunya Jualan :

1. Pada hari yang sama prospek lihat iklan.

2. Pada hari berikutnya (follow up).

Sebenarnya, Follow up(no.2) adalah penyumbang terbesar kepada keseluruhan jualan berbanding jualan pada hari yang sama(no1). Cumanya, kita tidak memandang ia sebagai satu aktiviti yang serius untuk dilakukan setiap hari. Akhirnya, banyak jualan yang sepatutnya berlaku, tetapi disia-siakan.

Biasanya kita akan follow up prospek mengikut sequence atau urutan skrip yang telah kita rancang.

Siapa yang perlu kita follow up ? (1) Prospek (2) Pelanggan

IKLAN

yang perlu kita follow up ? (1) Prospek (2) Pelanggan IKLAN WHATSAPP CLOSE SALE TAK BERJAYA

WHATSAPP

CLOSE SALE

TAK BERJAYA

yang perlu kita follow up ? (1) Prospek (2) Pelanggan IKLAN WHATSAPP CLOSE SALE TAK BERJAYA

PROSPEK

yang perlu kita follow up ? (1) Prospek (2) Pelanggan IKLAN WHATSAPP CLOSE SALE TAK BERJAYA

BERJAYA

PELANGGAN

Amir Faisal

(1) PROSPEK

30 Idea Follow Up Whatsapp

Fakta! Kita tidak akan berjaya close semua prospek dalam satu hari, pasti ada prospek yang kita tidak berjaya close. Setiap prospek pasti akan berhenti pada beberapa Check Point dibawah sebelum prospek tamatkan Chatting tersebut.

5 Check Point Berkenaan Adalah :

1. Selepas Tahu Info Produk.

2. Selepas Tahu Harga.

3. Selepas Dapat No.Akaun.

4. Selepas Bagi Alasan.

5. Selepas Bagi Details Postage.

Antara isu pelanggan belum membeli adalah :

1. Tak percaya pada produk – berkesan ke tak?

2. Tak percaya pada seller – tak mesra/jujur.

3. Tak percaya pada diri sendiri – tak motivate nak berubah.

4. Tiada kemahuan (willingness) – tiada kemahuan kukuh.

5. Tiada kemampuan (ability) – tidak mampu beli.

6. Terlupa – sibuk sehingga terlupa.

7. Nak survey harga – nak bandingkan harga.

Jadi tugas kita adalah untuk follow up secara konsisten dengan menjawab semua persoalan diatas.

Follow up prospek sehingga mereka bersedia untuk membeli.

30 Idea Follow Up Whatsapp

2. PELANGGAN

Amir Faisal

“Dah jadi pelanggan, nak follow up apa lagi?”

Ramai yang salah faham, ramai yang fikir follow up ni hanya untuk prospek yang tidak membeli sahaja dan perlu follow up sampailah dia membeli.

Sebenarnya follow up juga wujud untuk database pelanggan dan follow up pelanggan adalah sangat penting berbanding follow up prospek yang belum membeli.

Kerana mereka(pelanggan) sudah letakkan trust kepada kita. KEPERCAYAAN adalah satu value yang paling mahal dalam close sale. Kos untuk beli kepercayaan ini boleh cecah RM10- RM30 (kalau online), mungkin RM100-RM500 (untuk online) . who knows?

Sekali pelanggan sudah percaya (membeli) dengan kita untuk kali pertama, selepas ini senang untuk kita minta dia repeat order, upsell, cross sale dan lain-lain, sebab sudah percaya!

Bayangkan, Kos dapatkan pelanggan hanya RM20. Tapi mereka membeli produk daripada kita sehingga RM 2,000.00 selama setahun. Seterusnya menjadi pelanggan setia. Best tak?

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

4 MINDSET FOLLOW UP

“the reason most businesses do not make more profits is because they do not follow up more often”

– Dan Kennedy

Ramai yang bazirkan nombor-nombor telefon dan email- email prospek dan juga pelanggan, sebab tak tahu nak follow up apa. Tak tahu nak cakap apa. Tak ketinggalan juga yang takut nak follow up, takut nanti kena kecam. Atau takut nanti dituduh desperate jual produk

Ada juga yang berkefahaman, bahawa follow up ni untuk minta duit daripada prospek semata-mata.

“bila nak bank in?” “bila nak buat payment?” “dah bank in ke belum?”

Untuk pengetahuan anda, follow up ni sebenarnya membawa mesej yang baik. Tapi mesej yang baik bermula daripada Mindset yang terbaik.

Saya nak set-kan 4 mindset follow up yang baik dalam kepala anda hari ini, terutamanya dalam hati, iaitu Niat :)

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

MINDSET #1 – CARE ( AMBIL KISAH)

Kita perlu ada rasa care, ambil kisah tentang prospek. Prospek yang whatsapp kita tadi, sebenarnya mereka ada masalah. Mereka sedang cari penyelesaian masalah.

Tapi mungkin disebabkan mereka masih belum jelas tentang produk kita, takut produk ini tak membantu dan tak berkesan pada dia. Jadi, dia tak jadi beli.

Tugas kita adalah follow up dan tanya keadaan mereka, terangkan kepada mereka bagaimana produk yang kita boleh bantu selesaikan masalah mereka.

Buat seolah-olah kita sudah berkawan lama dengan dia dan kita sangat care tentang masalah yang mereka sedang hadapi.

MINDSET #2 – NAK BANTU

Ini yang paling core atau asas dalam mindset follow up. Kita nak bantu prospek selesaikan masalah mereka. Kalau kita tak boleh bantu melalui produk yang kita jual atas sebab tidak sesuai dengan mereka, mungkin kita boleh cadangkan produk yang lain untuk mereka.

Kita bantu mereka walau mereka tak membeli daripada kita. Mungkin kita lost dari segi profit, tapi kita gain melalui kepercayaan. Setidak-tidaknya kita ‘gain profit’ untuk saham akhirat.

Amir Faisal

MINDSET #3 – NASIHAT

30 Idea Follow Up Whatsapp

Mindset ketiga ini suka saya berikan analogi :

Kawan kita perokok tegar, kita sebagai kawan yang tidak merokok, akan sentiasa ‘nasihatkan’ dia supaya berhenti merokok kerana merokok boleh membahayakan kesihatan.

Jadi, follow up itu lebih kurang kita nasihat kepada prospek untuk perbaiki hidup mereka atau hindari dari masalah yang mereka hadapi seawal mungkin sebelum melarat.

MINDSET #4 – KEKALKAN PERSAHABATAN

Tak semestinya kita follow up hanya untuk beritahu promosi, promosi, promosi.

Tapi main reason untuk follow up adalah untuk buat mereka,

KENAL > SUKA> PERCAYA > INGAT!

kepada kita sampai bila-bila. Kita nak kekalkan persahabatan ini. End Result-nya kita nak dia ingat kita. Paling best, dia jadi referral pula kepada kawan-kawan mereka, sebab servis kita sangat baik. Siapa tahu, bukan?

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

JADUAL FOLLOW UP

Waktu sesuai follow up adalah subjektif. Tiada formula khusus tentang jadual dan bila nak follow up. Tapi, kebanyakkan seller-seller online menggunakan jadual seperti berikut.

** Hari Isnin dikira hari pertama.

Jadual Follow Up Untuk Prospek :

 

F.U 1

F.U 2

F.U 3

F.U 4

F.U 5

F.U 6

F.U7

HARI

Hari

Hari

Hari

Hari

Hari

Hari

Hari

#2

#4

#6

#7

#9

#11

#14

Jadual Follow Up Untuk Pelanggan :

 
 

F.U 1

F.U 2

F.U 3

F.U 4

F.U 5

F.U 6

F.U7

HARI

Hari

Hari

Hari

Hari

Hari

Hari

Hari

#2

#5

#9

#14

#17

#22

#27

* Anda boleh follow up (F.U) secara personal atau secara broadcast. ** Broadcast ada kongsikan didalam ebook Bonus 1. *** Jadual diatas adalah cadangan ideal.

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA SKRIP FOLLOW UP

“Apakah ayat yang sesuai untuk tidak nampak seperti menjual?”

Ini antara part paling serius. Kebanyakkan seller-seller online tidak tahu nak hantar mesej atau ayat apakah yang sesuai kepada prospek.

Dalam Buku Close Sale Whatsapp, ada saya kongsikan cara untuk follow up prospek yang dah berminat untuk membeli, tapi masih belum buat bayaran kerana ada beberapa alasan.

Untuk isu itu, kita guna teknik reserved untuk ingatkan mereka tentang barang yang telah mereka reserved.

Rancang jadual + Mesej follow up untuk prospek dan pelanggan anda waktu gaji dan hari-hari tertentu seperti hari perayaan atau sambutan sesuatu.

Dalam bab kali ini, saya akan kongsikan Skrip Follow Up yang sesuai untuk 5 Check point dibawah.

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

5 Check Point Prospek Berhenti Chatting :

1. Selepas Tahu Info Produk.

2. Selepas Tahu Harga.

3. Selepas Dapat No.Akaun.

4. Selepas Bagi Alasan.

5. Selepas Bagi Details Postage.

IDEA 1 – SELEPAS TAHU INFO PRODUK

Check point PERTAMA prospek berhenti reply mesej kita.

“hai assalam sis ida, semalam sis ada whatsapp lily tanya pasal

sis dah jelas ke dgn info produk yang lily

terangkan semalam? Atau sis ada soalan nak ditanya pada lily,

tanya je

jus garcicut ni

lagipun

lily tengah free sekarang nie.”

IDEA 2 – SELEPAS TAHU HARGA

Ini adalah check point paling famous prospek berhenti reply whatsapp kita. Sebab mereka nak tahu harga sahaja.

“Assalam dear, semalam lily ada terangkan pasal produk dan harga jus garcicut ni pada sis, sis dah jelas ke? Atau sis rasa produk nie tak sesuai dengan sis, mungkin sebab harga ke boleh lily tahu?

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 3 – SELEPAS DAPAT NO.AKAUN

Check point KETIGA, biasa jarang prospek akan minta no.akaun, kalau betul-betul dia tak berminat dia terus stop selepas tahu harga. Tapi, kalau sampai minta no.akaun, mungkin prospek itu betul-betul berminat dgn produk kita.

“Assalam dear, maaf ganggu sis, petang ni lily nak pos item customer, sis nak lily pos sekali item sis yang semalam tu?”

kalau dia jawab NAK, “ok kalau mcm tu, sis cepat2 bagi lily resit bank in, jadi bole lily pos sekali barang sis petang nie.hehe”

IDEA 4 – SELEPAS BAGI ALASAN

Check point KEEMPAT, adalah check point paling popular. Dalam Buku Close Sale Whtsapp juga saya ada terangkan dalam Bab Cara Jawab Rejection.

Dalam kes ini, kita ambil kes prospek beri alasan ‘nak tanya suami dulu’.

“Assalam dear, sis dah tanya cik abang pasal nak order jus

garcicut nie? Cik abang mesti bagi kalau dia nak tengok isteri dia

cantik lawa untuk dia kan sebab tu dia bagi sis order kan

mesti dia makin sayang pada sis

Elakkan bagi sepatah ayat je, “sis dah tanya suami belum?” Nampak kaku je mesej, cuba beri gambaran best kalau dia beli produk ni nanti, buat dia rasa bersalah kalau tak beli.

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 5 – SELEPAS BAGI DETAILS POSTAGE

Check point KELIMA.

Dalam kes ini, kita ambil kes prospek yang dah dapat account no.dan dah bagi maklumat postage. Tapi belum bayar lagi.

“Assalam kak yani, lily nak pos barang akak sekejap lagi. Lily just nak confirmkan alamat, betul ke alamat sis no.123, taman sri “

mutiara, Klang

?

Sebenarnya kita nak dia reply/respon pada mesej kita. Trick- nya guna skrip nak pos barang dia. Kalau dia serius, dia mesti reply. Dan masa ni baru kita minta dia buat bayaran terlebih dahulu, seperti idea no.3 tadi.

IDEA 6 – TIPS, PANDUAN, PETUA

Selepas kita follow up, tapi prospek masih tak reply sepatah pun. Dan masih diam meninggalkan ‘blue tick’ sahaja. Selagi dia tak block, selagi itu kita ada peluang untuk follow up prospek tadi.

“3 senaman ini bantu sis kurangkan 1kg sehari

tapi

secara konsisten, baru menjadi.hehe

yang pertama

kena amalkan

Amir Faisal

IDEA 7 – TESTIMONI

30 Idea Follow Up Whatsapp

“Hari ni lily seronok sangat, sebab ada kawan lily baru je cuba jus garcicut ni 2 minggu lepas, dia kata selera makan dah kurang,

daripada 1 pinggan penuh sekarang dah separuh ”

ringan je

badan

pun rasa

cuba

sis tengok

*Attach gambar testmoni.

Cuba follow up prospek dengan kongsikan testimoni, untuk motivate prospek bahawa masalah mereka boleh diselesaikan seperti testimoni yang diberi. (berikan testimoni sama dengan masalah prospek.)

IDEA 8 – EMOTIONAL TRIGGER

“AWAS – penyakit yang mungkin dekati seseorang yang gemuk ”

.JAUHKAN SEKARANG

No.1

Sentuh emosi takut prospek dengan berkongsi akibat, sekiranya masalah mereka tidak diselesaikan dengan segera.

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 9 – PROMOTION

Amir Faisal

Sekiranya dah sampai penghujung follow up, tapi prospek masih belum respon mesej kita. Cuba berikan follow up berbentuk promosi.

“ Assalam kak ani, harini lily ada berita baik, bos lily nak bagi

promosi sempena bufday dia. Tapi untuk 50 orang jerr

kalau kak

nak, lily boleh reserved siap-siap hari ni. jimat RM20 daripada

harga biasa tau

*promosi khas untuk prospek tegar yang susah nak respond.

IDEA 10 – CARA GUNA (PELANGGAN)

Pelanggan yang telah membeli juga, penting untuk kita buat follow up. Selepas barang dipos, esoknya kita boleh terus follow up beritahu cara guna produk

“Assalam sis, barang yang lily pos smlm dah sampai? Kalau dah, baguslah. Ok lily just nak remind sekali lagi cara guna jus ini

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 11 – TIPS TAMBAHAN 1

Bagi tips tambahan, supaya pelanggan dapat kesan lebih cepat dan berkesan.

“salam dear, harini lily nak share 5 tips hancurkan lemak, supaya sis dapat kesan lebih cepat dan berkesan ”

IDEA 12 – KESAN AWAL

Katakan selepas 3 hari pelanggan guna produk kita, follow up dengan beritahu apakah kesan-kesan awal yang pelanggan akan rasa selepas cuba produk kita.

“selamat pagi sis, sis cuba jus garcicut ni

ok

lily nak share kesan-

3 kesan,

kesan awal yang sis akan rasa selepas guna jus ni ”

pertama

ada

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 13 – TIPS TAMBAHAN 2

Bagi tips tambahan yang perlu pelanggan elakkan, supaya tidak mengganggu result yang akan pelanggan dapat.

“AWAS [PENTING] – sis kena baca ini, 3 jenis makanan yang ”

perlu sis elakkan dalam proses diet

No.1

No.2 No.3

IDEA 14 – KESAN

Katakan selepas 2 minggu pelanggan guna produk kita, follow up dengan bertanyakan apakah kesan yang pelanggan rasa selepas cuba produk kita.

“Hai salam dear, dah 2 minggu sis cuba jus garcicut nie mana sis rasa setakat ni? Dah rasa pape perubahan ke?

macam

Takde la, lily nak share testimoni terbaru kawan lily yang baru je

try jus ni seminggu dah rasa

sis

pula macam mana?.”.”

Cara ini menggalakan pelanggan untuk share feedback awal guna produk kita.

Amir Faisal

IDEA 15 – OFFER REPEAT

30 Idea Follow Up Whatsapp

Kita jangkakan satu bulan, produk itu habis digunakan. Kita boleh follow up pelanggan dengan mesej tawaran.

“Assalam sis ida, dah sebulan guna jus garcicut ni, mesti dah nak habis kn? Bukan apa, untuk pastikan pembakaran lemak sentiasa

berlaku dan nak kekalkan shape sis

lily nak offer pakej baru pada

pelanggan yang dah comsume jus garcicut nie, sis nak tahu? ”

Cara ini boleh bantu kita dapatkan repeat order, tapi pastikan pelanggan ini memang dapat result yang positif. Kalau dapat result negatif, jangan sesekali offer repeat.

IDEA 16 – UCAP TAHNIAH

Selepas pelanggan dapat result yang diimpikan. Kita ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah sebagai penghargaan, percaya dan guna produk kita.

“Tahniah sis ida, kerana berjaya turunkan berat badan seperti yg sis mahukan, lily rasa nak bagi present jer sebab sis usaha bersungguh-sungguh nak turunkan berat badan ni jadi ”

Follow up ini serampang dua mata. Ucapkan tahniah dan offer produk sebagai gift dengan harga yang murah. Atau offer produk lain sebagai gift. Setidaknya pelanggan membeli.

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 17 – ORDER BY REFERRAL

Follow up juga boleh digunakan untuk dapatkan order melalui pelanggan kita sebagai referral

“Assalam sis, tahniah sebab dah berjaya turun berat badan yang sis idamkan, terima kasih juga sebab percaya pada lily dan produk

lily

:)

Oh ya sis, lily nak minta tolong skit nie sis ada ke kawan2, sedara2 yg ada masalah berat badan dan dia memang nak turun berat badan?

kalau ada, boleh lah rekemenkan pada lily nanti lily berikan 1 botol jus garcicut percuma pada sis sbg hadiah dgn syarat dia beli produk dari lily nnt.hehe”

IDEA 18 – PROMOSI SEMPENA XX

Mesej Follow up juga boleh berbentuk Hard-Sell. Tapi perlulah kena dengan mood. Seperti : Promosi Hari Ibu, Promosi Hari Raya, Promosi Hari Jadi.

“Promosi Sempena Hari Ibu, tempah 2 botol milk booster hari ini, percuma tempat simpanan

stok susu. Terhad untuk 50 orang terawal sahaja. Siapa bank in

harini akan dapat free postage mommy tempah sekarang? :)”

sah untuk 3 hari sahaja.

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 19 – DAPATKAN TESTIMONI PENUH

Follow up dapatkan testimoni, benda pertama sekali adalah kita perlu tahu produk kita biasanya beri kesan seawal bila pada pelanggan.

“Tahniah sis ida, kerana berjaya turunkan berat badan seperti yg sis mahukan, lily rasa nak bagi present jer sebab sis usaha

bersungguh-sungguh nak turunkan berat badan ni

share skit sebelum ni badan sis macam mana, selepas guna

garcicut ni macam mana? hadiah misteri.hehe.”

boleh sis

jadi

kalau

best testimoni sis, lily nak bagi

Nanti dia akan reply : “dulu-dulu lepas bersalin, badan akak naik 10kg, dah tak tahu nak buat macam mana lagi dah, macam-macam ubat dan diet akak cuba, last-last jumpa jus ”

ni

tak

sangka pulak

IDEA 20 – PROMOSI + URGENCY

Sesekali follow up mesej berbentuk Hard-Sell pun tidak ada masalah. Tapi perlu buat limited time atau limited quota.

“salam bro, mesej ini untuk orang terpantas sahaja.

Bos saya nak bagi special diskaun RM30, kepada 30 orang terawal order baju Hacket. Siapa order harini, dapat free postage. Bro nak tempah sekarang? ”

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 21 – STRATEGI REPEAT ORDER

Syarat untuk repeat order adalah;

1. Produk mesti jenis repeat order.

2. Produk mestilah berkesan pada pelanggan.

Strategi Repeat Order adalah :

Selepas pembelian pertama, berikan Voucher, atau Diskaun untuk pembelian seterusnya.

(1) Letakkan voucher berkenaan dalam sampul poslaju. supaya mereka lebih nampak nilai (fizikal) berbanding berikan dalam bentuk text dalam wasap (digital).

(2) Letakkan berapa jumlah nilai voucher, dan tolong kira siap-siap berapakah penjimatan yang mereka dapat sekiranya buat belian guna voucher/diskaun.

(3). Letakkan tarikh akhir atau expired date untuk redeem voucher berkenaan.

Selepas pelanggan berkenaan beli untuk kali ke-dua, sekali lagi letak voucher untuk pembelian seterusnya. Ulang langkah ini untuk pembelian seterusnya.

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 22 – TERSALAH BANK IN

Idea ini juga biasa saya gunakan semasa follow up. Teknik tanya siapa yang bank in.

Katakan ada prospek yang dah dapat no.akaun kita, dia maklumkan akan bank in kemudian, tapi dalam tempoh sehari atau 2 hari, masih belum bank in. Apabila kita follow up pun, masih senyap atau bertangguh-tangguh.

Jadi, saya cadangkan guna teknik ini untuk Follow Up prospek sebegini.

"salam sis, sis ada buat bayaran RMxx untuk produk ABC ?, sebabnya saya ada terima bayaran tapi tak terima details. Sebab tu saya tanya sis untuk sahkan pembayaran"

Ada 2 option jawapan yang akan kita terima nanti;

1. Prospek jujur akan reply reply ‘TIDAK’.

2. Prospek yang kurang jujur akan reply ‘YA’.

Kalau prospek reply TIDAK/YA, apa kita nak reply balik?

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

Kalau (1) - Prospek reply TIDAK.

“oh, saya ingatkan sis yang buat bayaran. Minta maaf ya sis :)

Alang-alan sis dah reply, lily nak tanya

dengan produk ABC ni? Sebab sekarang masih ada promosi kalau

sis buat tempahan hari ni."

Sis

masih berminat lagi

p/s : Nampak tak permainan dia disini? :)

Kalau (2) – Prospek reply YA.

" Boleh lily minta resit atau bukti pembayaran sis? untuk tujuan pengesahan sekali lagi."

Waktu ini, prospek akan teragak-agak untuk jawab apa.

Walaupun nampak kita macam ‘tipu sunat’ disitu, tetapi tujuan utama adalah untuk follow up atau nak buat prospek kembali berkomunikasi dengan kita setelah sekian lama dia senyap.

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 23 – PROSPEK TERLUPA

Biasa juga berlaku, prospek terlupa untuk buat bayaran. Prospek memang berminat untuk beli, tapi atas kesibukan rutin harian, mereka terlupa.

“Hai dear, sorry gnggu

lily just nk remind, semalam sis ada tanya

pasal produk nie, mungkin sis terlupa nak order

pukul 2 sekejap lagi lily dah nak tutup order dan packing barang, sis nak lily pos sekali barang sis?”

Kalau anda perasan, saya tak pernah gunakan ayat “bila nak bayar?” , “dah bank in?”. Tapi saya gunakan ayat lain tapi membawa ke arah prospek perlu tunjuk resit bayaran.

Elakkan guna perkataan ‘beli’.

Perkataan ini membuatkan prospek rasa berat hati, mereka rasa perlu keluarkan duit, perlu bayar kepada seller. Lebih baik guna perkataan lain supaya tidak nampak menjual.

Contoh lain :

“yunk, bole lily dapatkan resit ? :) “

“hai yunk, sorry ganggu u, just nak remind u, nanti u free, u snap gambar resit bagi pada lily ya :) “

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 24 – WAKTU FOLLOW UP

Ini adalah antara soalan yang biasa terima, bilakah waktu sesuai untuk follow up?

Waktu yang sesuai adalah waktu prospek bersantai. Elakkan waktu mereka sibuk.

Ini akan membuatkan mesej anda tidak dilayan.

Waktu yang dicadangkan follow up adalah :

1. 9.00 – 10.00 pagi. Short Break.

2. 12.00 – 1.00 petang. Lunch Break.

3. 4.00 – 5.00 petang. Masa santai tunggu balik kerja.

4. Hari minggu.

5. Hari Event/Cuti.

6. Beberapa hari sebelum hari gaji.

7. Pada hari gaji.

8. Beberapa hari selepas hari gaji.

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 25 – PEMBERIAN DISKAUN

Anda dah kering idea follow up? Anda boleh cuba tips ini.

Follow up dengan memberikan gift code coupon kepada prospek/pelanggan supaya prospek/pelanggan ada insentif untuk buat pembelian.

Nak tambah perisa ?

1. Anda boleh berikan diskaun RMXX kepada prospek.

2. Anda boleh hadkan kuantiti prospek/pelanggan sahaja yang layak.

3. Anda boleh berikan tempoh expired diskaun berkenaan.

“Assalam dear, tahniah !

Sis sebenarnya telah terpilih untuk dapatkan kupon diskaun. Sis layak dapat diskaun sebanyak RMxx atau 50% pembelian produk daripada kami. Sis akan jimat banyak kalau guna kupon nie!

==== KOD KUPON DISKAUN = JC012 ====

Kupon ini SAH untuk 50 orang terawal sahaja dear, dan tarikh akhir untuk redeem kupon ini sehingga 29 jun 201X ”

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 26 – REMINDER EXPIRED DATE

Biasa prospek mungkin terleka dengan tawaran yang kita beri, atau mungkin mereka bertangguh.

Jadi follow up untuk remind mereka bahawa kod kupon hampir tamat.

“Assalam dear, situasi bahaya nie

Sis, lily just nak ingatkan, harini last day sis boleh guna Kod Kupon Diskaun yang lily berikan tempoh hari

Kalau sis tak redeem harini jugak untuk dapatkan diskaun. Kod kupon ini akan expired. Lepas nie dah tak boleh guna lagi dah Alaaa rugii nyeerr

Lepas kod nie expired, mungkin sis akan dapat harga normal balik, tak dapat lagi diskaun macam sekarang nie

Hurrmmmm

‘Hurrmmm

Ermmm

adalah satu bentuk ekspresi emosi

yang kita nak tunjukkan pada prospek/pelanggan

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 27 – BINA HUBUNGAN LAMA

Anda mesti ada prospek/pelanggan yang sudah lama tidak di follow up bukan?

Jadi, apa caranya untuk bina balik hubungan dengan prospek/ pelanggan berkenaan?

1. Mohon maaf.

2. Tawarkan hadiah.

“Assalam dear,lily minta maaf

sudah lama lily tak mesej sis

sekarang apa khabar? Sis dah dapat berat badan ideal? Atau

dalam proses turunkan berat badan?

bertanyakan

khabar kedaan sis. Sis

Sebagai tanda maaf dari lily, lily nak bagi trial-pack pada sis produk XXX nie, yang boleh bantu sis kempiskan perut tanpa berlapar dan bersenam

Sis hanya tanggung kos postage sahaja

boleh reply mesej ini dengan berikan details penghantaran.ehehe”

kalau sis berminat, sis

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

IDEA 28 – BERI EBOOK PERCUMA

Anda juga boleh berikan ebook percuma kepada prospek/ pelanggan. Ini bertujuan prospek/pelanggan rasa dihargai dan mereka sebenarnya suka kita berikan sesuatu kepada mereka.

Dalam masa yang sama, anda juga boleh kumpul email prospek/pelanggan.

“Assalam sis,

lily nak share 2 ebook cara bersenam untuk bakar lemak diperut dan ebook 20 tips diet sihat.

Ebook ni sesuai untuk sis yang nak cepat2 bakar lemak dan cepat2 dapat shape kan

Kalau sis berminat, sis boleh reply mesej ini dengan berikan email yang aktif.

Nanti lily terus send yer

thanks dear :)”

Amir Faisal

IDEA 29 – CROSS SELL

30 Idea Follow Up Whatsapp

Ini antara teknik terbiasa Mat Salleh lakukan iaitu tawarkan sesuatu produk yang berkaitan dengan database target prospek/pelanggan mereka.

Contoh ;

1. Kita jual produk kuruskan badan untuk ibu bersalin.

2. Kita juga jual produk hilangkan stretch-mark diperut.

3. Kita juga ada jual produk milk booster.

Semua produk diatas dalam target market yang sama. Iaitu golongan ibu yang bersalin.

“hai salam dear

apa khabar sis? Dah cuba jus garcicut tu? Lily harap sis konsisten guna, baru lah dapat kesan yang cepat dan berkesan

Oh ya, alang-alang nie

lily nak tanya

sis

ada masalah stretch-mark ke dibahagian perut?

Bukan apa, kalau ada alang-alang nak kempiskan perut dan shape, kaaan kalau ada stretch-mark, tak lawa jugak cik abang tengok kalau slim pun hehe

lily nak suggest satu produk nie

inshaAllah pudar

bagus

pakai dalam 1 bulan,

baru lah nampak comel balik perut tu

suami

pn suka gosok-gosok balik sebab dah comell hehe”

30 Idea Follow Up Whatsapp

IDEA 30 – DOAKAN

Amir Faisal

Tak semua prospek akan membeli. Jadi, untuk tidak abaikan mereka 100%. Follow up prospek berkenaan dengan berikan doa-doa yang sesuai.

Begitu juga dengan pelanggan, anda juga boleh berikan doa- doa kepada pelanggan untuk sentiasa keep in touch dengan pelanggan, sehingga mereka boleh menganggap kita sebagai kawan dalam real-life mereka.

“hai salam dear

lily

just nk share doa dengan sis

Doa supaya diberi kesihatan, umur yang pjg, dan sentiasa berbuat amal kebaikan

*ayat doa

Lily doakan sis murah rezki, jumpa lagi di lain mesej

Terima kasih

Amir Faisal

30 Idea Follow Up Whatsapp

30 Idea Follow Up Whatsapp

Amir Faisal

Penutup

Alhamdulillah akhirnya anda sudah berada di muka surat yang terakhir buku ini, ini bermakna anda sudahpun habis membaca 30 Idea Follow Up Whatsapp yang telah saya kongsikan.

Diharap dengan sedikit perkongsian idea ini, dapat membantu memudahkan kerja anda untuk follow up prospek dan juga pelanggan.

Gunakan kreativiti anda untuk mengolah skrip-skrip yang saya kongsikan tadi mengikut kesesuaian produk anda, melalui fasa try & adjust supaya skrip anda menjadi lebih mantap dan up-to-date dari masa ke semasa.

Ingat, sales yang terbesar bukannya datang daripada close sale pada hari prospek whatsapp anda. Tapi sales yang terbesar adalah pada hari anda follow up prospek berkenaan.

Sehingga berjumpa lagi diperkongsian akan datang!

SAYA DOAKAN ANDA SEMOGA BERJAYA!

Amir Faisal

Tentang Penulis

30 Idea Follow Up Whatsapp

Berasal dari Kelate, anak ke-3 daripada 5 adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa. Tiada DNA berniaga. Pernah cuba apply kerja di McD, KFC dan cashier kedai roti & kek semasa cuti sem. Sehingga kini masih menunggu panggilan untuk sesi interview sebagai krew mereka.

Sejak dari itu, bermulalah kisah bisnes online. Semasa berada di tahun kedua di IPTA. Bermula dengan dropship jam tangan replika dan produk-produk yang lain. Seterusnya menghasilkan ebook pertama dengan rakan seperjuangan, tuan Faris Azaki iaitu Ebook Skrip Pemasaran Ajaib (Teknik Pukau Pelanggan) dan penulis bersama Buku Teknik Pukau Pelanggan terbitan Jootawan Books.

Nama pada IC adalah Mohd Faisal Amir Bin Mohd Noh. Sangat selesa dengan panggilan Amir Faisal bagi tujuan branding di media sosial. Aktif berkongsi tip-tip premium percuma berkaitan marketing, copywriting, close sale, follow up, dan sebagainya melalui Facebook profile, Amir Faisal II khas untuk peniaga baru dan juga lama. Sering dijemput untuk berkongsi di seminar-seminar dan bengkel anjuran rakan bisnes online yang lain.

Motto Hidup : Selagi ada, selagi itu memberi. Tiada yang kekal, untuk dibawa mati. Buat bekalan, di hari sepi.