Anda di halaman 1dari 2

Contoh:

Perbualan terakhir: Nanti saya confirmkan balik.

——
Skrip 1:
——

Assalamualaikum Puan Masitah.

Saya Amirah. Mungkin puan tak ingat sebab salah saya yang tak mesej.

Minggu lepas, puan ada tanya tentang (nama produk).

Tapi perbualan kita tergantung.

Tapi, yang lebih penting, saya tak nak jual apa-apa kat puan.

Tujuan saya mesej ini untuk tahu samada puan ada masalah berkaitan (dengan produk
yang kita selesaikan), atau sudah selesai.

Jadi,

Adakah puan sudah jumpa produk yang sesuai dengan keperluan puan?

Cth reply: Ya atau tidak.

Saya tunggu puan reply tau.

Kalau puan tak dapat reply sampai pukul 10 malam, saya anggap puan dah jumpa produk
yang sesuai.
Saya akan delete nombor puan untuk bagi laluan dekat customer lain.

——
Skrip 2:
——

Belum lagi?

Alamak. Nasib baik saya tanya.

Maaf sangat-sangat ya puan sebab saya tak mesej puan untuk update tentang produk
(nama produk).

Dalam tangan saya ada lagi beberapa stok produk.

Tapi, saya tak boleh jual dekat puan sekarang.

Kenapa?

Saya hanya rasa sedap hati nak jual kalau saya sendiri dapat pastikan samada puan
sesuai atau tidak beli produk ini.

Boleh saya tanya 3 soalan berkaitan (jenis masalah yang produk kita selesaikan)?

Puan boleh reply: Ya atau tidak saja.

——
Skrip 3:
——

Terima kasih puan sudi bantu saya untuk bantu puan. :D

Ada 3 soalan yang puan mesti jawab, supaya saya tahu puan sesuai atau tidak guna
(nama produk) minggu ini.

Soalan 1: Jerawat di muka puan ini kurang 1 minggu atau lebih 1 bulan?

Contoh jawapan: 1 minggu atau dah lebih 1 bulan.

Soalan 2: Sebelum ini ada pakai mana-mana produk untuk bersihkan muka, atau tidak?

Contoh jawapan: Ada atau tidak

Soalan 3: Jika puan bekerja, biasanya puan duduk di ofis atau selalu ada urusan di
luar pejabat?

Contoh jawapan: Selalu duduk ofis atau selalu berurusan di luar.

Saya harap puan dapat jawab dengan cepat. Biasanya customer sebelum ini boleh jawab
dalam masa 10 minit.

Saya tunggu jawapan daripada puan tau. Sambil-sambil layan customer yang mungkin
perlukan produk ini.

Terima kasih puan.