Anda di halaman 1dari 6

Aktiviti PBS

Persekitaran dan Suasana Bilik Darjah


a) lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan P&P
B) Huraikan Cara – Cara Bahan Dan Sumber P&P Dipamerkan Di Bilik Darjah Tersebut
Digunakan Secara Berkesan.
Bahan dan sumber P&P boleh dikenali sebagai alat bantu mengajar. Penggunaan bahan dan
sumber P&P adalah elemen yang paling penting bagi menjalankan pembelajaran yang
berkesan di sekolah. Sepanjang menjalankan tugasan PBS saya di SJKT Taman Desa Pinji,
saya dapat menjalankan pemerhatian terhadap guru – guru yang mengajar di beberapa buah
kelas. Guru – guru tersebut telah menggunakan beberapa bahan dan sumber pembelajaran
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif. Bukan itu sahaja, dalam kelas – kelas
tersebut terdapat pelbagai bahan dan sumber pembelajaran yang dipamerkan.

Kelas yang saya masuk untuk melihat penggunaan bahan pengajaran dan cara
mentor saya mengajar juga adalah kelas Tahun 3 (Pavalam). Antara sumber dan bahan
pembelajaran yang dipamerkan dalam kelas yang saya diperhati ialah carta peta i-think, sudut
bacaan yang mengandungi pelbagai buku – buku, peribahasa dalam bahasa tamil ditampal
atas dinding, contoh karangan dalam bahasa melayu digantung di tepi dinding, dan lain – lain.
Dengan adanya sumber – sumber sebigini, pelajar – pelajar dapat menggunakan sumber ini
dalam pembelajaran mereka. Contohnya, sumber Peta i-think mampu mendorong pelajar
berfikir secara rasional semasa digunakan dalam proses pembelajaran. Mereka juga dapat
menghafal peribahasa yang dapat ditampal di atas dinding kerana mereka sentiasa melihat
bahan itu semasa berada di dalam kelas tersebut.

Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan kemahiran membaca juga
disediakan dalam kelas tersebut, iaitu sudut bacaan. Dalam sudut bacaan ini, terdapat
pelbagai buku – buku cerita mengikut tahap murid tahun 3 dan juga kad – kad bacaan (reading
card). biasanya, pelajar – pelajar di sekolah ini mesti melibatkan diri dalam waktu membaca
pada waktu pagi sebelum P&P dijalankan. Pada masa itu , para pelajar dapat menggunakan
buku – buku atau kad bacaan untuk membaca. Dengan adanya sudut bacaan, para pelajar
dapat memantapkan kemahiran membaca dari masa ke masa.

Lebih – lebih lagi, terdapat bahan pengajaran yang boleh dikenali sebagai satu bahan
yang mampu memotivasikan atau meningkatkan semangat mereka sewaktu proses P&P
dijalankan. Bahan ini memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran para pelajar.
Apabila pihak guru menggunakan bahan ini semasa aktiviti kumpulan para pelajar dapat
menumpukkan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran yang diajar pada hari itu. Ia
juga dapat memberi semangat kepada pelajar untuk membuat sesuatu kerja kumpulan
dengan baik dan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mendapat markah yang tinggi
dalam kalangan kumpulan mereka.
Kesimpulannya, sumber dan bahan pembelajaran yang dipamerkan dalam kelas amat
berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. sumber dan bahan
pembelajaran yang dipamerkan dalam kelas dapat memudahkan murid untuk belajar sendiri
tanpa menunggu guru mengajar. Bahan – bahan seperti ini perlu dipamerkan di setiap kelas
untuk menjalankan proses P&P dengan sungguh menarik dan efektif.
c) catatkan bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid ?

pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran atau boleh dikenali sebagai bahan bantu
mengajar yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah. Sumber – sumber pengajaran ini perlu
mudah digunakan oleh murid untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Antara bahan dan sumber P&P yang mudah digunakan oleh murid ialah, papan kenyataan.
Papan kenyataa ialah satu bahan yang perlu ada di setiap kelas. Melalui penggunaan papan
kenyataan ini, murid – murid dapat belajar dengan cepat tanpa perlu bergerak ke tempat lain.
Papan kenyataan juga dapat dilengkapi dengan info dan nota berkaitan memudahkan pelajar
membuat rujukan. Contohnya, dalam ruangan sains papan kenyataan itu dilengkapi dengan
gambar berkaitan tumbuhan – tumbuhan, “parts of body”, ruangan bahasa melayu dilengkapi
dengan peribahasa, penjodoh bilangan dan lain – lain. Dengan adanya papan kenyataan
sebagai sumber P&P pelajar dapat belajar dengan kendiri.

Tambahan pula, penggunaan televisyen juga salah satu bahan dan sumber
pengajaran pada masa pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, semasa saya memerhati
proses pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 3, guru praktikum telah menggunakan
televisyen untuk subjek bahasa inggeris. Guru itu menggunakan televisyen untuk
menunjukkan beberapa bunyi haiwan dan ciri – ciri haiwan tertentu dalam bahasa inggeris.
Melalui penggunaan televisyen pelajar dapat memberi fokus terhadap apa yang guru diajar
pada masa itu. Pelajar juga sangat aktif dalam P&P.
D) Adakah Murid Diberi Peluang Menggunakan Sumber Pembelajaran Yang Berasaskan
TMK?

E) Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
pembelajaran ?

Murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap mata pelajaran dalam bilik
darjah. Hal ini demikian kerana, pelajar – pelajar dapat mendapatkan ilmu yang diajar oleh
pihak guru pada masa pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga adalah unuk memastikan
pencapaian yang seimbang antara murid.

Melalui pemerhatian saya semasa PBS, sesetengah guru banyak menggunakan


teknik perbualan. Pihak guru bertanyakan tentang topik yang diajar dan dikaitakan dengan
pengalaman sedia ada pada murid – murid. Teknik ini digunakan supaya pelajar dapat
menumpukkan perhatian yang sepenuhnya dalam proses pembelajaran mereka. Melalui
teknik ini juga, pihak guru dapat mengenal pasti kebolehan seseorang pelajar dalam
pembelajaran. Para pelajar juga aktif dalam sesuatu aktiviti.

Selain itu, murid – murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang
tidak difahami tentang sesuatu perkara yang diajar oleh guru. Kaedah ini melatih pelajar untuk
berani memberitahu pendapat di hadapan kelas. Bukan itu sahaja, pelajar – pelajar juga
digalakkan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru dalam tentang topik yang diajar.
Contohnya, semasa saya berada di bilik darjah mentor saya pada masa PBS, terdapat
beberapa pelajar yang angkat tangan untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Ini
menunjukkan bahawa murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran
dan pembelajaran.
f) bagaimanakah murid – murid dibahagikan kepada kumpulan tertentu ?

pembahagian kumpulan dalam sesebuah bilik darjah adalah amat penting dan ia adalah satu
tugas yang mesti dibuat oleh setiap guru. Guru – guru perlu membahagikan kumpulan
mengikut tahap pencapaian murid – murid dalam kelas itu. Setelah pihak guru mengenal pasti
tahap kemampuan murid dalam pembelajaran, barulah membuat pembahagian kumpulan.
Terdapat pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk membahagikan kumpulan.

Melalui pemerhatian saya semasa PBS, strategi yang digunakan oleh pihak guru
dalam pembahagian kumpulan ialah, mengikut tahap pencapaian dan pembahagian murid
dengan mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah. Pembahagian kumpulan
mengikut tahap kebolehan murid dilakukan dengan mengasingkan murid – murid kepada
kumpulan – kumpulan tertentu mengikut tahap kebolehan pelajar. Murid – murid dibahagikan
kepada 3 kumpulan iaitu, kumpulan pandai, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Hal
ini demikian, supaya guru dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada golongan
murid yang berlainan tahap. Contohnya, dalam kelas mentor saya semasa PBS, mentor saya
dapat membahagikan kumpulan sebegini supaya beliau dapat memberi fokus sepenuhya
kepada pelajar - pelajar. Pihak guru juga dapat memberi latihan dalam kumpulan mengikut
tahap pelajar.

Pembahagian yang kedua ialah, guru membahagikan kumpulan dengan


mencampurkan murid yang lemah dengan murid yang pandai dalam satu kumpulan. Tindakan
ini sangat baik kerana ianya memberi peluang kepada semua pelajar untuk terlibat sama
dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa tersisih. selain itu, pelajar – pelajar yang
pandai juga dapat membantu pelajar yang lemah dalam sesuatu aktiviti kumpulan.
Pembahagian ini juga memberi peluang kepada semua pelajar untuk bergaul antara satu
sama lain tanpa ada rasa rendah diri dan bangga. Pembahagian kumpulan sebegini dapat
membantu guru dalam meningkat prestasi murid – murid.