Anda di halaman 1dari 6

SMK TENGKU AFZAN, 25050 KUANTAN

UJIAN BULAN MAC TAHUN 2014


PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4
MASA: 1 JAM
NAMA: TINGKATAN 4:

Jawab semua soalan yang berikut.

1. Pilih huraian yang tepat tentang wawasan diri.


A. Idaman diri sendiri tanpa disertai usaha yang bersungguh-sungguh
B. Impian dan idaman yang diikuti dengan usaha membentuk langkah-langkah untuk mencapainya secara
sistematik
C. Impian yang diilhamkan daripada melihat kejayaan orang lain, diikuti dengan perbincangan tentang cara
untuk mencapai impian tersebut
D. Wujud daripada dorongan hati yang kuat, disertai sokongan yang kuat dan pad daripada keluarga

2. Bagaimanakah wawasan diri dapat membantu seseorang berusaha untuk mencapai kejayaan?
A. Menjadi dorongan dan penguat semangat serta pembentukan usaha positif ke arah pencapaian matlamat
akhir
B. Membolehkan seseorang mengorak langkah mencari sumber luar yang dapar membantunya mencapai
matlamat akhir
C. Membolehkan seseorang mengenali bahaya atau ancaman yang bakal mencatatkan pencapaian yang
diilhamkan
D. Mendorong seseorang menjalani kehidupan yang lebih bermakna

3. Perkara penting yang harus dimiliki untuk berjaya ialah


A. kekayaan C. harapan
B. wawasan diri D. cita-cita

4. Individu yang ingin mencapai matlamat dalam hidupnya perlu mencapai wawasan atau ___________ masa depan.
A. pandangan C. kajian
B. ramalan D. latihan

5. Murid yang mencapai kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia mempunyai hala tuju
A. jangka panjang C. keluarga
B. jangka pendek D. sekolah

6. Contoh aktiviti yang di amalkan oleh murid yang ingin mencapai wawasan diri ialah
I. mengulang kaji
II. bertanya jika tidak faham
III. menyediakan nota ringkas
IV. mencari teman sejati
A. I dan II C. II, III dan IV
B. I, II, dan III D. I, II, III dan IV

7. Aspek yang penting untuk mencapai wawasan diri termasuklah


I. matlamat III. rancangan
II.tindakan Iv. Kebanggaan
A. I dan II C. II, III dan IV
B. I, II, dan III D. I, II, III dan IV

1
8. Antara ciri hala tuju yang membantu seseorang mencapai kejayaan ialah
A. menepati cita rasa remaja masa kini
B. jelas dan mudah difahami oleh diri sendiri
C. selaras dengan perkembangan kemajuan negara
D. dapat membantu ahli keluarga untuk merancang

9. Proses manakah yang sesuai untuk mencapai wawasan diri?


A. Rancangan Matlamat Tindakan
B. Tidakan Rancangan Matlamat
C. Matlamat Rancangan Tindakan
D. Rancangan Tindakan Matlamat

10. Murid-murid
digalakkan menghadiri ekspo-ekspo di atas untuk
I. mengenal pemilik kolej swasta yang berwawasan tinggi
II. mengetahui peluang pendidikan di peringkat lebih tinggi
III. mendapatkan maklumat untuk merancang hala tuju diri
IV. meningkatkan motivasi diri untuk mencapai cita-cita.
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV

11. Bagaimanakah penciptaan wawasan diri yang jelas boleh membantu seseorang murid di sekolah?
A. Melahirkan murid yang berangan-angan
B. Pencapaian kendiri yang cemerlang
C. Menangani masalah kejadian buli
D. Memuaskan hati ibu bapa

12. Antara yang berikut, pernyataan manakah melambangkan sifat seseorang individu Malaysia yang menerapkan erti
kejayaan hidup secara membina wawasan diri?
A. Menggalakkan keganasan domestik
B. melahirkan individu yang metarialistik
C. Menjiwakan sikap cinta akan kaum minoriti
D. Melahirkan modal insan yang cemerlang dan dedikasi

En. Jalil tidak mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)


Berkecimpung dalam bidang perikanan sejak berusia 20 tahun
Di umumkan sebagai Nelayan Bejaya di peringkat negeri pada tahun 2012
13. Apakah ciri-ciri yang ada pada En. Jalil?
I. Gigih III. Berhati mulia
II.Berwawasan IV. Tidak berputus asa
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV

14. Apakah rasional perlunya impian pada setiap individu?


A. Untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan
2
B. untuk mencapai matlamat jangka pendek
C. Untuk mencapai kebahagian hidup
D. Untuk mencapai kepuasan naluri

15. Individu yang dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mempunyai daya _______________
A. ingatan C. fizikal
B. intelek D. penglihatan

16. Tingkah laku dapat dikawal sekiranya murid mempunyai kemahiran mengawal
A. emosi C. jasmani
B. intelek D. rohani

17. Makanan yang di makan setiap hari akan mempengaruhi perkembangan __________ seseorang.
A. emosi dan rohani
B. intelek dan emosi
C. jasmani dan intelek
D. rohani dan jasmani

 patuh kepada ajaran agama


 hidup berperinsip
 bermoral tinggi
18. Individu yang mempunyai ciri –ciri di atas cemerlang dalam
A. hubungan sosial
B. akhlak dan rohani
C. kerjaya dan masa depan
D. kehidupan berumah tangga

19. Individu yang cemerlang biasanya seimbang dalam aspek


I. emosi III. jasmani
II. intelek IV. rohani
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV
20. Pilih contoh perkembangan diri yang tidak sesuai dalam setiap aspek berikut.
A. Intelek – menulis karangan
B. Rohani – memahami sajak
C. Emosi – gembira apabila Berjaya
D. Jasmani – cekap bersilat

21. Insan yang cemerlang dan cemerlang dalam pelbagai aspek penting kepada negara kerana
I. dapat menjadikan negara kaya-raya
II.dapat membantu memajukan negara
III. dapat mewujudkan masyarakat yang bermaruah
IV. dapat melahirkan masyarakat yang sihat fizikal dan mental
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV

22. Siapakah yang memainkan peranan untuk mewujudkan masyarakat yang seimbang dalam pelbagai aspek?
I. Sekolah III. Diri sendiri
II. Ibu bapa IV. Masyarakat
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV

3
23. Pilih individu yang mempunyai perkembangan diri yang seimbang.
I. Puan Murni ialah seorang eksekutif pemasaran yang suka menderma di rumah kebajikan
II. En. Wah Seng ialah seorang jurutera. Beliau merupakan AJK Persatuan penduduk di taman perumahannya
III. En. George merupakan ketua pasukan futsal di daerahnya. Beliau ialah guru besar di sebuah sekolah
rendah.
IV. Puan Reena yang merupakan anak Datuk Linggam telah mengambil alih perniagaan bapanya. Puan Reena
mempunyai empat orang anak.
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV

24. Apakah kesan kepada sesebuah negara jika kebanyakan rakyatnya seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi,
dan jasmani?
I. Negara akan mudah ditawan
II. Negara mempunyai masyarakat
III. Negara akan dihormati dunia luar
IV. Negara akan makmur dan cepat maju
A. I dan II C. III dan IV
B. I dan IV D. II, III, dan IV

25. Keluarga dapat didefinisikan sebagai


A. sepasang suami isteri yang telah berkahwin secara sah dari segi adat resam
B. sepasang suami isteri yang telah berkahwin beserta anak-anak dan ibu bapanya
C. satu unit ibu bapa yang bahagia bersama anak-anak yang telah stabil dari segi ekonominya
D. satu unit yang terdiri daripada sepasang suami dan isteri, serta anak-anak hasil perkahwinan yang sah
mengikut agama, adat resam dan undang-undang.

26. Keluarga penting bagi masyarakat dan Negara dalam aspek


A. sosial,politik dan ekonomi
B. ekonomi, politik dan agama
C. kemakmuran, keselamatan, dan kesihatan
D. keselamatan, kewangan dan pembangunan

27. Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam keperluan berkeluarga dari segi sosial?
I. Melahirkan zuriat
II. Menyediakan tenaga kerja
III. Memenuhi keperluan agama
IV. Mengelakkan berlakunya perbuatan sumbang
A. I, II, dan III C. II,III dan IV
B. I, II, dan IV D. I, II,III dan IV

 Menjadi sumber pendapatan


 Menyediakan pasaran pengguna barang

28. Perkara-perkara di atas dapat di kaitkan dengan keperluan berkeluarga dari segi
A. sosial C. politik
B. agama D. ekonomi

29. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan berkeluarga dalam aspek politik?
I. Menyediakan anggota tentera yang mencukupi
II.mempunyai bakal pemimpin negara yang mencukupi
III. Mendapat sokongan padu daripada banyak rakyat dalam pilihanraya
IV. Mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan dan berguna kepada negara
4
A. I, II, dan III C. I,III dan IV
B. I, II, dan IV D. II,III dan IV

30. Agensi manakah yang terlibat secara langsung dalam membentuk institusi keluarga yang kukuh dalam masyarakat
Malaysia?
A. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
B. Institut Penyelidikan Kesihatan( IMR)
C. Bahagian Kemajuan Masyrakat ( KEMAS)
D. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN)

31. Kementerian manakah yang bertanggungjawab dalam membentuk masyarakat yang sejahtera hasil daripada
institusi keluarga yang berkualiti?
A. Kementerian Kesihatan
B. Kementerian Sumber Manusia
C. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat
D. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

32. “ Keluarga bahagia bermula di rumah”


Slogan di atas menunjukkan
A. masyarakat perlu memiliki rumah sebelum berkeluarga
B. kepentingan pembinaan keluarga yang bahagia kepada Negara
C. rumah ialah tempat yang paling sesuai untuk keluarga beriadah
D. asas pembinaan keluarga yang mantap penting ketika bersama keluarga

33. Apakah kepentingan rakyat Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti Kekeluargaan?
I. Mengutamakan keluarga
II.Mengatasi masalah vandalisme
III. Membendung masalah mat rempit
IV. Memupuk perasaan kasih sayang dalam keluarga
A. I dan II C. I, II, dan III
B. I dan IV D. II, III, dan IV

34. Sistem pendidikan Negara masa kini menekankan pembangunan insan yang bersifat
A. canggih C. materialistik
B. seimbang D. individualistik

35. Bagaimanakah cara untuk membina jasmani yang sihat dan cergas?
A. membaca pelbagai bahan bacaan
B. menonton rancangan motivasi
C. bersyukur kepada Tuhan
D. bersenam dan menjaga pemakanan

36. Yang berikut adalah elemen-elemen penting emosi, iaitu….


I. gembira III. marah
II.sedih IV. letih
A. I dan II C. I, II, dan III
B. II dan III D. I, II, III dan IV

37. Antara yang berikut, yang manakah ciri orang yang mempunyai rohani yang teguh?
I. berakhlak mulia
II.senantiasa berserah kepada nasib
III. senantiasa percaya akan kewujudan Tuhan
IV. bersikap ikhlas dan jujur semasa menunaikan tanggungjawab
A. I , II, dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV
5
38. Zaid murid cemerlang dalam kelasnya. dia aktif bersukan dan berpersatuan. Dia juga taat mengerjakan
sembahyang. zaid menunjukkan keseimbangan diri dari aspek….
A. intelek dan rohani
B. emosi dan jasmani
C. intelek, emosi, dan jasmani
D. intelek, jasmani, dan rohani

Membaca bahan bacaan bercorak ilmiah


Mengikuti kelas tuisyen
39. Pernyataan di atas berkaitan dengan langkah untuk….
A. mendapatkan kekuatan rohani
B. meningkatkan daya intelek
C. memastikan jasmani sihat
D. mengendalikan emosi dengan baik

40. Bagaimanakah cara seseorang itu mengawal perasaan marahnya?


A. berdiam diri
B. bertindak agresif
C. bertenang dan berusaha mengawal emosi
D. melepaskan kemarahannya dengan membaling barang

JAWAPAN:

1 11 21 31
2 12 22 32
3 13 23 33
4 14 24 34
5 15 25 35
6 16 26 36
7 17 27 37
8 18 28 38
9 19 29 39
10 20 30 40

Disediakan oleh Disemak oleh,

--------------------------------------- ________________________
( PUAN NURUL IZZAH BT MOHD FAUZI) (PUAN SERI MUNIRA BT ABDUL RASID)
Guru PSK Ketua Panitia PSK

Anda mungkin juga menyukai