Anda di halaman 1dari 3

HALANGAN DAN GANGGUAN KOMUNIKASI DAN INTERAKSI

DI DALAM BILIK DARJAH1

1) KRITIKAN

 Guru yang sentiasa mengkritik murid boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi.

 Kritikan guru akan menyebabkan murid-murid untuk memilih dengan mendiamkan diri
sahaja.

2) MELEBAL MURID

 Guru yang melabel murid dengan pelbagai nama seperti “si malas”, kaki ponteng dan
sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi.

 Murid akan lebih selamat jika mereka tidak bercakap.

3) MEMBERI ARAHAN

 Arahan yang diberi guru dengan cara memaksa murid untuk membuat sesuatu tugasan
boleh menghalang komunikasi.

4) ANCAMAN

 Guru yang mengancam murid-murid dengan memberi berbagai-bagai amaran jika tidak
menyiapkan sesuatu tugasan, tidak akan menggalakkan komunikasi yang terbuka.

5) MEMEK MUKA

Memek muka gruu yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid untuk
bertanya atau memberi jawapan.
Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.

6) KEKURANGAN PERHATIAN

 Guru yang sentiasa duduka dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik
terhadapa jwapan murid secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikasi.

7) BAHASA

 Guru yang menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh murid-murid boleh
menyebabkan komunikasi efektif tidak berlaku.

1
20hb Oktober 2010, kuliah (rabu)
8) KELAJUAN

 Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar difahami oleh murid dan murid juga tidak
dapat mengikuti logik penerangan yang diberi guru.

 Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada murid-muridnya.

9) KEKURANGAN PERSEDIAAN

 Persediaan yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekliruan ketika penyampaian pelajaran
dijalankan.

 Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang kepada susah, dari yang diketahui
kepada yang belum diketahui.

 Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam
hal ini komunikasi berkesan tidak berlaku.

10) AKTIVITI PEMBELAJARAN KURANG MENARIK

 Jika aktiviti pembelajaran yang disediakan guru yang kurang menarik, membosankan,
murid-murid enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguan-
gangguan yang lain.

 Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi komunikasi yang berkesan.

CARA –CARA MENGATASI MASALAH KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH2

1) Pastikan keadaan bilik darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran.

 Ini membolehkan setiap murid mendengar mudah serta jelas. Selepas itu, barulah murid-
murid digalakkan untuk bertanya.

2) Elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat.

 Cuba baiki jawapan yang dianggap kurnag sesuai.

3) Elakkan daripada melabel murid dengan kata-kata berbentuk negatif.

 Melalui cara ini, murid akan bertambah yakin untuk mengemukakan hujah-hujah.

2
20hb Oktober 2010
4) Galakkan perundingan.

 Murid bertendensi untuk memberontak jika guru memberi arahan.


 Masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila muird-murid di ajak berunding.

5) Tunjukkan memek muka yang berseri ketika murid sedang cuba mnejawab atau
menyoal.

 Keadaan seperti ini mewujudkan suasana yang selesa bagi murid yang mneyertai
perbincangan.

6) Berikan perhatian penuh ketika murid sedang menjawab atau menyoal.

 Perhatian penuh guru akan mendorong murid untuk terus berinteraksi dengan guru.

7) Guru hendaklah bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan murid.

 Ini akan memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh
guru.

8) Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa muridmurid.

 Bagi murid-murid yang lemah, kadar pertuturan guru hendaklah dikurangkan.