ABSTRAK
Berbagai usaha telah dilaksanakan dalam mengkaji dan menganalisa isi kandungan Al-Quran dan
ternyata makin banyak menganalisa dan membahaskannya, makin diketahui betapa kecilnya
kemampuan manusia apabila dibandingkan dengan kebesaran Allah s.w.t. Kertas kerja ini
membincangkan kajian lepas berkaitan dengan kaedah hafazan Al-Quran secara tradisional dan
moden bagi mengenalpasti kajian lanjutan yang diperlukan untuk pengukuhan kaedah hafazan sedia
ada. Kajian ini memilih reka bentuk kajian kualitatif kerana sesuai dengan tujuan kajian iaitu
meneroka isu dan kaedah hafazan Al-Quran yang masih belum terbangun sepenuhnya.
Perkembangan pembangunan beberapa institusi Tahfiz Al-Quran menjadikan sistem hafazan Al-
Quran diperkemaskan dengan pelbagai teknik dan kaedah berkesan serta bersistematik dalam
membantu memudahkan proses menghafaz Al-Quran dengan sempurna.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1.0 PENGENALAN
Al-Quran merupakan kalam Allah atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw
kepada umatnya sebagai panduan kehidupan manusia seluruhnya. Al-Quran merupakan mukjizat
Nabi Muhammad saw yang terpelihara sehingga hari perhitungan. Allah menurunkan Al-Quran
kepada semua hambaNya sebagai pegangan yang kukuh, agar dalam setiap kehidupan makhlukNya
berada di dalam rahmat dan keberkatanNya. Al-Quran akan menjadi panduan yang sangat berharga
dan bernilai bagi orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Iaitu hambaNya yang benar-benar
ingin mengambil panduan sahaja yang akan diberikan petunjuk taufik dan hidayah dalam
mengharungi setiap detik dalam kehidupan di dunia dalam menuju akhirat yang kekal abadi. Sebagai
hambaNya yang diberikan taufik dan hidayah, adalah menjadi kewajipan untuk mengkaji,
memahami, menghafaz, menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
sepenuhnya dengan penuh ikhlas mencari keredhaan Allah swt.
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 827
Katakanlah : Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh
habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan
tambahan sebanyak itu (pula).
Al-Quran dan isi kandungannya dipelihara oleh Allah swt dari sebarang bentuk penyelewengan.
Sejak zaman nabi Muhammad saw menghafaz Al-Quran merupakan salah satu kaedah berkesan
dalam memelihara keaslian isi kandungan Al-Quran. Pada zaman ini, kesedaran terhadap usaha
memelihara Al-Quran masih diteruskan dan banyak sekolah dan institusi tahfiz Al-Quran
dibangunkan di semua peringkat di seluruh negara. Dengan kelebihan ilmu teknologi yang Allah swt
kurniakan pada zaman ini proses pemeliharaan Al-Quran menjadi semakin mudah untuk dikawal dan
dipantau oleh panel ulamak yang berautoriti melalui penguatkuasaan terhadap pengesahan keaslian
isi kandungan Al-Quran. Seperti janji Allah s.w.t yang bermaksud :
Sesungguhnya Aku (Allah) telah menurunkan Az-Zikir (Al-Quran ini dan sesungguhnya Akulah yang
bertanggungjawab memeliharanya (atas kesuciannya).
(Surah Al-Hijr : 9)
Kajian ilmu teknologi dijangka membantu teknik hafazan Al-Quran menjadi mudah, cepat dan
berkesan dalam melahirkan huffaz yang berkualiti dan professional. Kajian ini memilih reka bentuk
kajian kualitatif kerana sesuai dengan tujuan kajian iaitu meneroka isu dan kaedah hafazan Al-Quran
yang masih belum terbangun sepenuhnya. Perkembangan pembangunan beberapa institusi tahfiz
Al-Quran menjadikan sistem hafazan Al-Quran diperkemaskan dengan pelbagai teknik dan kaedah
berkesan serta bersistematik dalam membantu memudahkan proses menghafaz Al-Quran dengan
sempurna. Menurut (Hashim, 2014), antara faktor yang telah dikenal pasti punca kelemahan dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah guru didapati masih mengekalkan kaedah
tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz (Mohamad Marzuqi, 2008; Azmil
Hashim, 2010) walaupun mereka menyokong sepenuhnya bahawa penggunaan teknologi membantu
dalam meningkatkan mutu hafazan al-Quran (Mohamad Marzuqi, 2008). Selain itu, kelemahan
dalam pencapaian hafazan pelajar juga dikenal pasti berpunca daripada kekurangan dalam strategi
gaya pembelajaran tahfiz iaitu dari aspek strategi, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran tahfiz
(Misnan dan Ahmad Sadadi, 2003; Azmil Hashim, 2010). Proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah hafazan yang bersistematik masih belum dapat dilaksanakan dengan
sempurna kerana kurangnya sumbangan terhadap kemahiran ikhtisas dalam perguruan tahfiz (Azmil
Hashim et. al., 2013).
Berikut dibentangkan dua kerangka utama berkaitan kaedah hafazan Al-Quran iaitu kaedah
tradisional teknik hafazan Al-Quran dan kaedah moden melalui pengaplikasian teknologi kepada
sistem hafazan Al-Quran.
Rangka kerja kurrikulum Imam Al Ghazali jelas mewakili cita-cita beliau meletakkan agama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, pendidikan anak-anak yang berusia 6 tahun
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 828
perlu menumpukan perhatian pada pembelajaran Al-Quran seperti membaca, menghafal Al-Quran
dan Hadis serta membangunkan kemahiran sastera mereka. (Ariffin, 2012).
Tempoh pengajian dalam bidang hafazan Al-Quran bergantung kepada keupayaan tahap ingatan
pelajar. Hafalan Al-Quran dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu pembelajaran Al-Quran dengan
hati (Tilawa), menghafal (Hafizi) dan menyempurnakan keupayaan untuk menulis seluruh Al-Quran
tanpa ralat sama ada di papan tulis atau di dalam kertas (Darasi)(Osman, 2013; Taiwo, 2014).
Pembelajaran dilakukan secara manual kerana pelajar perlu duduk membaca secara bersemuka dan
pakar-pakar menunjukkan dan membetulkan kesilapan (Muhammad & Qayyum, 2012).
Menghafal ayat-ayat al-Quran memerlukan kesabaran dan disiplin yang tinggi untuk mencapai
jumlah sasaran ayat-ayat yang perlu dihafal pada satu-satu masa. Pelajar perlu mempersiapkan diri
dalam menghadapi segala bentuk permasalahan apabila ia mula menghafal dan mengekalkan
hafalan dengan cara melaksanakan pengulangan hafalan secara konsisten. Hafalan Al-Quran terlalu
mudah untuk hilang dari ingatan kecuali mereka yang benar-benar memastikan pemeliharaannya
(Abdullah & Rahman, 2010). Terdapat pelbagai teknik dan sistem yang digunakan di institusi
menghafal Al-Quran untuk memastikan pelaksanaan proses hafazan adalah teratur dan sistematik.
Proses pengulangan dalam ayat-ayat al-Quran menghafal dijalankan menggunakan solat lima waktu
dan zikir setiap hari untuk memastikan bahawa ayat-ayat Al-Quran yang dihafal terpelihara.
Peringkat menghafal bermula dari hafalan individu dan diikuti dengan Tasmik bersama rakan-rakan
dan seterusnya guru. Tasmik adalah salah satu proses penting dalam menghafal Al-Quran bagi
memastikan hafalan yang dilaksanakan mencapai kesempurnaan dan mentashihkan aspek tajweed
dan makhraj. Tahap memori yang berbeza di kalangan pelajar memberi kesan kepada proses dan
prestasi hafalan yang dilaksanakan. Guru akan menilai tahap hafazan pelajar melalui penyediaan
buku hafalan prestasi seterusnya memudahkan proses penggredan pelajar.
Integrasi antara hafalan dan pemahaman pada ayat-ayat Al-Quran dalam proses hafazan Al-Quran
akan menghasilkan kesan yang baik dari segi kualiti ilmu dan pengetahuan yang diterima. Hasil
analisis menunjukkan bahawa pemahaman dan menghafal memerlukan komitmen kepada memori
dalam pengulangan pembelajaran kerana kedua-dua menyumbang kepada penghasilan
pengetahuan (Entwistle & Entwistle, 2003). Yang paling penting dalam pembelajaran Al Quran
adalah bagaimana untuk memastikan pengetahuan yang bernilai digunakan dalan kehidupan
seharian dan kekal dalam ingatan. Menurut Benta & Cremene (2004) pengekalan ingatan pelajar
adalah hasil daripada peningkatan motivasi pelajar dan pemahaman kepada pembelajaran.
Kajian lepas menunjukkan pelbagai teknik dan kaedah hafazan telah digunakan dalam mencapai
matlamat suci menghafaz Al-Quran secara konsisten dan usaha mengekalkan hafazan di dada para
huffaz. Antara kaedah dan teknik hafazan Al-Quran yang dikenalpasti adalah Talaqqi, Musyafahah,
Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil, Tarkiz, Tarsikh, Tafaqqud dan Muraja’ah, kefahaman dan
penulisan.
Antara pengkaji yang mengesahkan penggunaan teknik ini ialah seperti (Abdullah et al., 2005) yang
membuktikan Kaedah Talaqqi dan Musyafahah dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz Al-Quran
merupakan kaedah yang paling asas dalam pendidikan tahfiz. Cara terbaik untuk belajar dan
menghafal Al-Quran adalah melalui kaedah Talaqqi dan Musyafahah Talaqqi dilaksanakan melalui
bersemuka atau berurusan dengan guru-guru. Musyafahah bermakna bacaan dari mulut ke mulut
dengan melihat bibir guru untuk mendapatkan sebutan yang betul pada tajweed dan makhraj huruf.
Berdasarkan dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kaedah Talaqqi dan Musyafahah yang
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 829
dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz masih tidak mencukupi dan tidak
mencapai tahap yang sepatutnya.
Kaedah Takrar dan Tasmik merupakan kaedah yang sering dilaksanakan oleh pelajar di dalam
pengajaran dan pembelajaran tahfiz al-Quran. Kaedah Takrar merupakan kaedah yang utama di
dalam menghafaz al-Quran dan jumlah takrar merupakan penentu kepada kekuatan hafazan pelajar
(Hashim ,2014).
Kekuatan hafazan seseorang pelajar berkait rapat dengan sejauh mana jumlah perlaksanaan kaedah
Takrar yang dilakukan iaitu cara mengulang hafalan yang masih baru dan hafalan yang telah lama
(Mazaayaa, 2006). Kaedah Tasmik (Abdullah et al., 2005) adalah untuk memperbetulkan hafazan,
mengukuhkan hafazan dan melakukan penilaian terhadap hafazan. Teknik hafazan Sistem Turki
memperkenalkan satu teknik hafazan al-Quran yang tidak menumpukan pada satu-satu juzuk terlalu
lama. Ini menyebabkan pelajar tidak merasa jemu kerana ayat atau mukasurat yang dihafaz
berlainan dari sehari ke sehari. Sistem ini mempraktikkan hafazan dari helaian belakang untuk tiap-
tiap juzuk dan memulakan Tasmik dengan juzuk 1, pada mukasurat akhir (al-Quran cetakan Saudi)
yang dianggap mereka sebagai helaian pertama digelar sayfar 1 dalam bahasa Turki (Abdul Hafiz &
Norhanan , 2010)
Kaedah Tashil (Omar, 2005) adalah kaedah melancarkan bacaan dengan laju sehingga melepasi
kalimah-kalimah yang susah disebut dan menguasai makhraj-makhraj huruf. Ia terbahagi kepada tiga
bentuk bacaan iaitu bacaan hadar , bacaan terang sambil melihat dan bacaan yang diulang-ulang.
Bacaan hadar adalah bacaan cepat pada bahagian ayat yang dihafaz. Bacaan terang sambil melihat
adalah bacaan kuat dengan melihat mushaf. Kedua-dua deria bunyi dan deria melihat adalah penting
dalam membantu pengekalan ingatan manusia. Manakala bacaan yang diulang-ulang adalah bacaan
satu himpunan ayat untuk hafazan berulang kali tidak kurang dari bilangan yang ditentukan. Proses
mengulang adalah proses menyemat atau mengekalkan ingatan pada ayat-ayat tertentu.Kaedah
Tarkiz (Omar, 2005) adalah kaedah pemusatan bacaan iaitu usaha diri dan akal untuk
mengembalikan apa yang telah disematkan atau dikekalkan dalam ingatan. Kaedah ini memerlukan
bacaan secara jahar iaitu bacaan secara kuat tanpa melihat ayat-ayat yang dihafaz.Kaedah Tarsikh
(Omar, 2005) adalah kaedah pengukuhan bacaan yang memperincikan ingatan dan mengembalikan
hafalan bunyi dan imej ayat-ayat hafazan yang disertai dengan banyak mengulang akan membantu
proses pengekalan ingatan.Kaedah Tafaqqud (Omar, 2005) adalah kaedah menyemak bacaan
dengan mengulang ayat-ayat yang dihafaz dengan membandingkannya pada mushaf untuk
memastikan kesahihannya termasuk keselarasan dengan bentuk tulisan di dalam mushaf rasm
Uthmani.Kaedah Muraja’ah (Omar, 2005) adalah kaedah mengulang bacaan ayat-ayat yang telah
dihafaz tanpa sebarang kesusahan secara berterusan.
Kaedah kefahaman ayat merupakan kaedah untuk mengetahui kepentingan menghayati dan
memahami ayat dalam menghafaz al-Quran. Di samping itu juga kaedah penulisan turut berperanan
dalam mengukuhkan hafazan terutama pada ayat-ayat yang sukar dihafaz. Kaedah pembelajaran
tahfiz mempunyai perkaitan yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hashim, 2014). Oleh yang
demikian elemen-elemen kaedah pembelajaran tahfiz perlu diberi perhatian khusus dalam
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 830
merangka kurikulum pengajaran dan pembelajaran tahfiz. Kajian yang dilaksanakan oleh Ahwani
(1995), Al-Syarbini (2004) dan Abu al-Fida’ (2006) menyatakan bahawa kaedah kefahaman
merupakan kaedah yang membantu dalam menghafaz dan mengukuhkan hafazan kerana dengan
memahami maksud ayat dan makna kalimat pelajar akan dapat menumpukan perhatian terhadap
ayat yang dihafaz semasa amalan Takrar dan seterusnya akan menambahkan kekhusyukan dalam
membaca ayat al-Quran. Kaedah memahami Asbab Nuzul telah ditegaskan oleh Abu al-Wafa (1999)
bahawa dengan mengetahui makna ayat yang dihafaz dan mengetahui Asbab Nuzul akan
membantu pelajar dalam menghafaz dan meyakinkan ingatan. Manakala hasil kajian Al-Qabisi
(1955), Muhammad Muhsin (1994), Abu al-Wafa (1999) dan Abu al-Fida’ (2006), kaedah penulisan
merupakan kaedah sokongan yang membantu dan mengukuhkan hafazan al-Quran. Ini adalah
kerana penggunaan pelbagai deria dengan menggunakan tangan dalam menghafaz Al-Quran akan
mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan ayat Mutasyabihat. Menurut
Entwistle & Entwistle (2003), hafalan dan pemahaman akan menghasilkan kesan yang lebih
berkualiti. Analisis menunjukkan bahawa perbezaan di antara memahami dan menghafal tidak
mudah untuk digambarkan, dengan keterikatan kepada ingatan dan pengulangan hafalan butiran
kedua-duanya menyumbang kepada penghasilan objek pengetahuan. Yang paling penting dalam
pembelajaran Al-Quran ialah bagaimana untuk memastikan pengetahuan tersebut berharga untuk
dilaksanakan dalam kehidupan yang sebenardan kekal dalam ingatan. Seterusnya, kajian oleh Benta
& Cremene (2004) meningkatnya pengekalan ingatan pelajar adalah hasil daripada peningkatan
motivasi pelajar dan pemahaman. Pembelajaran adalah berdasarkan kepada keyakinan yang
mendalam dan semangat motivasi hanya untuk Allah. Kualiti hafalan yang kekal adalah melalui
pemahaman pengetahuan yang dihayati dan digunakan dalam kehidupan seharian.
Temuan kajian di atas membuktikan keperluan kepada kaedah moden yang mempelbagaikan teknik
dan alat bantuan yang menggunakan teknologi bagi memudahkan pengekalan ingatan. Justeru,
justifikasi kajian ini penting untuk mengatasi masalah di atas.
Pelaksanaan proses secara tradisional tidak menyelesaikan masalah yang timbul apabila melibatkan
generasi muda masakini yang terdedah dengan penggunaan telefon pintar. Satu kajian lepas telah
membuktikan kaedah tradisional gagal untuk menarik minat dan motivasi pelajar untuk belajar
membaca surah (Purwanto, 1990). Dengan penciptaan Teknologi Maklumat dan penggunaan
teknologi telefon pintar, pelbagai perisian dan aplikasi mudah alih telah dibangunkan untuk
menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran dalam bidang hafazan Al-Quran mudah dan cepat
berbanding secara tradisional. Pelbagai aspek pengetahuan tentang Al-Quran dikaji dan dibangunkan
bagi menghasilkan rekaan aplikasi dan sistem yang mampu memberi kesan yang baik kepada
pengguna. Kaedah dan teknik hafalan Al-Quran menjadi mudah dengan kemudahan capaian
Internet. Terdapat pelbagai sistem dan aplikasi yang dibangunkan dalam membantu proses
menghafal Al-Quran. Dengan adanya pembangunan perkakasan dan perisian dalam bentuk
pendigitan (Muhammad, 2013), pelbagai aplikasi dan perisian Al-Quran yang berkaitan telah
dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna dalam talian dan luar talian. Ramai pendidik
percaya bahawa komputer dapat membantu pelajar belajar membaca dengan betul melalui kaedah
interaktif (Ismail dan Zakaria, 2010).
Menurut kajian Md Ghalib (2006), kandungan subjek boleh dilaksanakan secara berkesan melalui
aplikasi agen pedagogi animasi (APA) kerana ia berjaya meningkatkan penglibatan dalam proses
pembelajaran. Kajian oleh Hj, Omar, & Sharif (2013), membuktikan antara sebab utama pelajar
mempunyai tahap kecekapan yang rendah dalam membaca surah adalah kerana pelajar tidak
mempunyai minat dalam pembelajaran surah. Berdasarkan pemerhatian, proses ajaran surah adalah
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 831
bukan secara interaktif dan guru agama mengajar secara satu arah dan jelas bahawa pelajar secara
membuta tuli mengulangi dan membaca surah selepas guru dan kaedah ini boleh menyebabkan
motivasi pelajar semakin merosot. Di samping itu, kajian rintis yang sama, tiga agama guru telah
ditemubual dan mereka berpandangan pembelajaran dan motivasi pelajar dapat dipertingkatkan
melalui pembangunan reka bentuk pengajaran yang interaktif dan di lengkapi teknologi moden.
Melalui pembangunan Quran Voice Memorizer selepas menghafal semua surah, pengguna boleh ke
mod semak yang membolehkan aplikasi mendengar dan memperbetulkan hafalan. Ia membantu
pengguna menghafal Al-Quran dalam tujuh cara dikenali sebagai kaedah tujuh Al-Chatibiah (Sameh,
El-Hazmi, Zarrad, & Noreldean, n.d.).
Aplikasi Quran Audio Recitation (QAR) (Muhammad & Qayyum, 2012), membantu dalam mengesan
kesalahan bacaan atau hafalan Al-Quran tetapi ia tidak boleh menilai ketepatan dan prestasi
pengguna. Menurut Elhadj (2010), E-Halagat direka berasaskan web dengan pendekatan menyerupai
situasi halaqah yang dibangunkan secara elektronik terdiri daripada tutor, penyelia dan pelajar
berdaftar. Sistem ini mempunyai dua kaedah pengesahan menggantikan kaedah tasmik iaitu
pengesahan sendiri dan pengesahan automatik. Pengesahan sendiri dilaksanakan dengan merekod
dan mendengar semula suara sendiri bagi mengetahui kesilapan dalam hafalan. Pengesahan
automatik pula menggunakan teknik pengecaman pertuturan automatik untuk mengikuti pembaca
dan untuk membetulkan bacaan atau hafalan ayat Al-Quran dengan adanya alat pengiraan yang
diperlukan untuk membetulkan kesalahan hafalan secara elektronik.
Kaedah pembelajaran Tahfiz mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian pelajar (Hashim,
2014). Oleh itu unsur-unsur pembelajaran tahfiz perlu memberi pertimbangan khas oleh semua
pihak dalam reka bentuk pengajaran dan pembelajaran kurikulum tahfiz terutamanya dalam
pembangunan sistem dan aplikasi yang menggunakan teknologi maklumat. Beberapa faktor dalam
pembelajaran yang menyumbang kepada keberkesanan sesuatu aplikasi atau sistem adalah reka
bentuk sistem pembelajaran yang interaktif (Baldwin & Sabry, 2003).
Kajian ini berjaya mengenalpasti beberapa kaedah dan teknik hafalan Al-Quran secara tradisional
iaitu Talaqqi, Musyafahah, Takrar, Tadarus, Semaan, Tasmik, Tashil, Tarkiz, Tarsikh, Tafaqqud dan
Muraja’ah, kefahaman dan penulisan. Di samping itu, kajian ini turut mengenalpasti kaedah hafalan
Al-Quran secara moden menggunakan pengaplikasian teknologi yang dapat membantu proses
pengekalan ingatan ayat-ayat hafalan yang dihafaz. Reka bentuk pembangunan sistem dan aplikasi
yang interaktif dan bersistematik juga sangat penting dalam memastikan keberkesanannya kepada
pengguna. Ini kerana kepelbagaian gaya dan strategi pembelajaran yang dibangunkan akan
melahirkan huffaz yang berkualiti dari segi ilmu dan profesional.
RUJUKAN
Mohamad Marzuqi Abd Rahim. (2008). Pengajaran Mata Pelajaran Hafazan Al-Quran: Suatu Kajian
Maahad Tahfiz Al-Quran Zon Tengah. Kertas Projek Sarjana: Fakulti Sains Kognitif dan
Pembangunan Manusia: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Misnan Jemali & Ahmad Sadadi Hafidz. (2003). Hubungan antara Kaedah Menghafaz al-Quran
dengan Pencapaian Kursus Tahfiz wa al-Qiraat Pelajar Semester Empat dan Lima di Maahad Tahfiz
wal Qiraat di Perak. Seminar Kaedah Pengajaran Tahfiz al-Quran Peringkat Kebangsaan. Kolej
Universiti Islam Malaysia.
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 832
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri dan Misnan Jemali (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz Dan Amalan
Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran Di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education. Vol. 1
Issue 1 28-39.
Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The Interplay of Memorizing and
Understanding, and the Development of Knowledge Objects. Higher Education Research &
Development. Doi :10.1080/0729436032000056562
Abdul Hafiz, A., & Norhanan, A. R. (2010). Kaedah Hafazan Al-quran Sistem Turki: kajian di tahfiz al-
quran darul tuba. Jurnal Teknologi 2.
Ariffin, A. (2012). Islamic Education: A Contrastive Analysis of Ibn S n’s and Al-Ghazali's views. Journal
of Islam in Asia. Retrieved from http://www.iium.edu.my/jiasia/ojs-
2.2/index.php/Islam/article/viewArticle/257
Muhammad Khurram Khan, Yasser M. Alginahi. 2013. The Holy Quran Digitization: Challenges and
Concerns, Life Science Journal. Vol.10, no.2: 156-164.
Taiwo, F. (2014). Transforming the Almajiri Education for the Benefit of the Nigerian Society.
International Letters of Social and Humanistic Sciences. Retrieved from
http://www.ceeol.com/aspx/getdocument.aspx?logid=5&id=6128b808dfc94ceebaf76ece274c878c
Muhammad, A., & Qayyum, Z. ul. (2012). E-Hafiz: Intelligent System to Help Muslims in Recitation
and Memorization of Quran. Life Science, Retrieved from
http://www.lifesciencesite.com/lsj/life0901/080_8204life0901_534_541.pdf.
Vikram P. Munishwar et. al, “On the accuracy of RFID-based Localization in a Mobile Wireless
Network Testbed,” in IEEE ISBN 978-1-4244-3304-9, 2009.
Vikram P. Munishwar et. al, RFID Based Localization for Miniaturized Robotic Platform for Wireless
Protocol Evaluation, in IEEE ISBN 978-1-4244-3304-9, 2009.
R. Tesoriero, J.A Gallud, M. Lozano, V.M.R. Penichet. A location aware System using RFID and Mobile
Devices for Art Museums. In IEEE Fourth International Conference on Autonomic and Autonomous
Systems, pages 76-81, 2008.
Rong – Jhang Liao, Pei-Lun Suei, Yung-Feng Lu, Tei-Wei Kuo and Chun –Sho Lee. A signature based
Grid Index Design for RFID Main-memory Databases. In IEEE/IFIP International Conference on
Embedded and Ubiquitous Computing, pages 519-525, 2008.
Elhadj, Y. (2010). E-Halagat: An E-Learning System for Teaching the Holy Quran. Turkish Online
Journal of Educational.
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 833
Hj, D., Omar, A., & Sharif, N. (2013). The Systematic Development and Implementation of a Blog in
the Teaching and Learning of a Religious Verse. Journal of Education.
Ismail, M., F., & Zakaria, S., N. (2010). Research on Surah Al-Fatihah recitation among Politeknik
Kuching students. Jabatan Pengajian Am, Politeknik Kuching: Sarawak.
Md. Ghalib, M., F.. (2006). Design, development & evaluation of a Web Courseware with a
Pedagogical Agent. Ph.D. Thesis, Universiti Sains Malaysia.
Sameh, A., El-Hazmi, O., Zarrad, A., & Noreldean, S. (n.d.). Conversional, Animated Mobile App for
Qur’an Memorization and Teaching its Sciences. Nooritc.org.
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014,
pp.827-834. Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 834