Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pendahuluan

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah satu dokumen perancangan yang disediakan

oleh guru sebelum setiap sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan dijalankan. RPH

adalah sangat penting untuk guru kerana ianya membantu untuk mengendalikan sesi PdP dengan

lebih berkesan, terkawal dan sistematik bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran (Noor

Shamsinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Zakiah Hassan, Julia Madzalan, & Haslina

Hamzah, 2017).

Bagi tugasan ini, RPH yang telah dipilih adalah RPH bagi subjek Matematik Tahun 5 Sekolah

Rendah. Tajuk pengajaran untuk perancangan ini adalah dari bab ke-6 (Nombor dan Operasi),

iaitu tajuk 6.1 Operasi Gabungan.

2.0 Analisis RPH

2.1 Teori Pembelajaran : Teori Kognitif Piaget

Teori pembelajaran terdapat dalam RPH ini adalah Teori Pembelajaran Kognitif Piaget.

Menurut Noriati A. Rashid, Boon, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2017), teori Jean Piaget

telah memperkenalkan tiga komponen asas proses kognitif iaitu skema, asimilasi dan

akomodasi.

Menurut Houghton Mifflon Harcourt (1999), dalam Matematik, setiap operasi perlulah

diselesaikan dari kiri ke kanan. Contohnya, bagi soalan “ 5 + 2 – 1”, maka operasi ini perlu

diselesaikan dengan menambahkan 5 dan 2, barulah menolak 1 dari hasil tambah tersebut.

Peraturan ini merupakan peraturan asas dalam Matematik. Namun, dalam pembelajaran

Operasi Bergabung, peraturan ini tidak diaplikasikan sepenuhnya. Hal ini kerana bagi

menyelesaikan operasi bergabung, operasi pertama yang perlu diselesaikan adalah operasi

pendaraban dan pembahagian, walaupun kedua-dua ini bukanlah operasi yang paling kiri

dalam pernyataan masalah tersebut (Nance, 1991).

1
Dalam perancangan aktiviti RPH ini, telah dinyatakan bahawa “guru perlu mengingatkan

murid agar menyelesaikan dahulu operasi yang melibatkan darab dan bahagi.” Murid perlu

diingatkan tentang peraturan ini, kerana skema mereka yang lama iaitu menyelesaikan

operasi dari kiri ke kanan, perlu diakomodasikan kepada menyelesaikan operasi yang

melibatkan pendaraban dan pembahagian.

Skema baru :
Bermula
Skema lama :
dengan
Bermula dari AKOMODASI
operasi
kiri ke kanan
pendaraban/
pembahagian

Rajah 1: Proses Akomodasi dalam Pembelajaran Operasi Bergabung

2.2 Pendekatan : Eklektik

Berdasarkan RPH ini, pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan

eklektik, iaitu gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Dalam RPH ini, strategi

pendekatan yang diaplikasikan adalah strategi yang mirip kepada pendekatan induktif.

Berdasarkan strategi ini, guru bermula dengan memberi contoh kepada murid kemudian

membuat generalisasi. Seterusnya, guru akan memberikan contoh dan latihan tambahan

sebagai pengukuhan, sambil membantu murid mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam

soalan yang diberi (Mok, 2003).

RPH ini telah mengaplikasikan pendekatan eklektik, di mana aktiviti yang dirancang

dimulakan dengan murid memahami contoh operasi gabungan yang terdapat dalam buku

teks. Berdasarkan contoh yang diberi, murid kemudian mendapatkan generalisasi baharu

berkaitan operasi gabungan dan peraturan untuk bermula dengan operasi darab dan bahagi.

Seterusnya, pemahaman mereka ditingkatkan dengan menyelesaikan latihan-latihan

tambahan.

2
Konsep pendekatan ekletik Aplikasi pendekatan dalam RPH

Contoh untuk
membentuk Contoh operasi gabungan
generalisasi

Generalisasi : Penyelesaian
Generalisasi dimulakan dengan operasi
pendaraban/ pembahagian

Murid diberi contoh soalan lain


Contoh untuk sebagai pengukuhan sambil dibantu
pengukuhan oleh guru untuk mengaplikasikan
peraturan baru tentang operasi ini.

2.3 Strategi Pengajaran : Strategi Pemusatan Murid

Berdasarkan RPH ini, strategi pengajaran yang digunakan adalah strategi pemusatan

murid. Pada permulaaan PdP, murid akan memahamkan contoh dan konsep operasi

gabungan yang terdapat dalam buku teks dengan bimbingan guru. Mereka juga akan

dibimbing oleh guru untuk mencari maklumat penting dan membina ayat Matematik yang

tepat untuk menyelesaikan masalah operasi bergabung, serta menyelesaikan latihan-

latihan tambahan untuk mengukuhkan pemahaman.

Daripada penulisan RPH ini, dapat dilihat bahawa guru hanya memainkan peranan

sebagai pembimbing murid untuk memahamkan konsep serta menyelesaikan masalah

menggunakan kaedah, ayat serta langkah-langkah yang tepat. Oleh itu, jelaslah bahawa

strategi pengajaran yang digunakan dalam RPH ini adalah strategi pemusatan murid.

3
2.4 Kaedah Pengajaran : Kaedah Demonstrasi

Tiada kaedah pengajaran yang telah dispesifiksikan dalam RPH ini. Namun, kaedah

pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan berdasarkan perancangan aktiviti adalah

kaedah demonstrasi. Dalam RPH ini, PdP bermula dengan guru mengenalkan konsep dan

contoh untuk para pelajar dengan bantuan buku teks. Kemudian, murid-murid akan

menyelesaikan soalan-soalan yang terdapat dalam buku teks serta soalan yang diberi

oleh guru mereka.

Ketika guru dan murid memahamkan konsep dan prinsip Operasi Bergabung

berdasarkan buku teks, semestinya kaedah demonstrasi adalah sangat sesuai untuk

digunakan. Guru perlulah menjalankan pengiraan yang terdapat dalam buku secara nyata

di dalam kelas, sambil menerangkan langkah-langkah dan prinsip penting yang

diaplikasikan untuk menyelesaikan contoh tersebut kepada murid. Sekirannya murid

melihat contoh ataupun pengiraan dilakukan secara nyata dan konkrit di hadapan mereka,

mereka akan dapat memahami pengajaran dengan lebih baik. Hal ini kerana Teori Kognitif

Jean Piaget telah menerangkan bahawa kanak-kanak Tahun 5 (umur 11 tahun) adalah

dalam peringkat operasi konkrit, di mana mereka akan lebih mudah memahamkan

sesuatu dengan adanya bantuan objek konkrit yang dapat dilihat (Reader's Digest

Association, 2007).

3.0 Rumusan

Rumusannya, RPH ini telah disediakan dengan mengaplikasikan Teori Kognitif Jean Piaget,

pendekatan eklektik dan strategi pengajaran berpusatkan murid. Kaedah pengajaran demonstrasi

juga sesuai diaplikasikan untuk PdP yang dirancang berdasarkan RPH ini.

4
Rujukan

Houghton Mifflon Harcourt. (1999). The Order of Operations. Didapatkan dari Math Steps:
https://www.eduplace.com/math/mathsteps/4/a/index.html
Mok, S. S. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah) Komponen 1 & 2. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Nance, B. (1991). Order of Operations and Properties: An Algebra Packet. Missouri: Milliken
Publishing Company.
Noor Shamsinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Zakiah Hassan, Julia Madzalan, &
Haslina Hamzah. (2017). KOMPETENSI GURU PELATIH DALAM PENULISAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA ARAB. Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial & Kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid Dan Pembelajaran.
Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Reader's Digest Association. (2007). How To Stimulate Your Child's Intelligence. Singapore:
Reader's Digest Asia Limited.