Anda di halaman 1dari 5

Manual Kit Persembahan

Subjek : Matematik

Tahun Pengajaran : Tahun 4

Bidang : Sukatan Dan Geometri

Tajuk : Ruang

Standard Kandungan : i) Perimeter dan Luas


ii) Isi Padu Pepejal

Standard Pembelajaran : i) Menentukan perimeter seg iempat tepat, segi empat sama,
segitiga dan polygon
ii) Menentukan luas segi empat tepat, segi empat sama dan
segitiga menggunakan petak segiempat sama dan rumus
iii) Menentukan isi padu kubus dan kuboid menggunakan kubus
unit 1 sentimeter padu dan rumus

Objektif Persembahan : i) Murid-murid dapat menguasai ilmu pengetahuan terhadap


Kit konsep perimeter, luas dan isi padu.
ii) Murid dapat menyelesaikan masalah harian yang rutin dan
bukan rutin melibatkan perimeter, luas dan isi padu.
iii) Murid dapat memupuk kreativiti dan inovatif melalui projek ini.

Alat-alat Persembahan : Kad Manila Yang Mempunyai Grid (1 inch2) , Kotak, Pen, Kotak,
Kit Gum, Pensil Warna

Prosedur Menggunakan 1. Menyediakan satu kad manila yang mempunyai grid sebagai
Persembahan Kit tapak untuk murid-murid membina Bandar Geometri.
2. Sebelum melukis bentangan, murid harus merancang lalu
melukis pelan Bandar Geometri. Contohnya menganalisis
satu ruang tapak yang diperlukan untuk membina rumah bagi
seorang murid.

3. Seterusnya, membimbing murid untuk melukis bentangan bentuk


3D di atas kad manila yang mempunyai grid.

4. Guru boleh memberi contoh kepada murid untuk melukis


bentangan bentuk 3D seperti kuboid, piramid yang berbeza saiz.

5. Guru memberi cadangan bahawa bentuk 3D boleh digabungkan


contohnya piramid boleh diletakkan di atas kube sebagai
bumbung rumah.

6. Murid-murid boleh menggunting bentangan yang dilukis dan


mereka cipta bangunan dengan menggunakan pensil warna.

Langkah ke-6
7. Selepas itu, murid-murid membina bentangan bentuk 3D
masing-masing lalu meletakkan hasil kerja di atas pelan Bandar
Geometri.

8. Seterusnya, guru boleh membantu murid-murid mengatur


kedudukan hasil kerja murid-murid lalu melukis jalan raya dalam
pelan Bandar Geometri.

9. Di samping itu, guru akan menanyakan soalan berdasarkan


Bandar Geometri yang dibina. Soalan-soalan boleh ditentukan
oleh guru atau berdasarkan bentuk 3D yang dibina.

10. Selepas sesi soal jawab guru akan mengajar menyanyikan lagu.
(Lampiran 2)

11. Akhir sekali, guru akan menyuruh murid untuk membuat


rumusan tentang perimeter, luas dan isi padu.
Lampiran 1
Lampiran 2
Lirik ‘ Perimeter, Luas dan Isi Padu’
diubahsuai dari “London Bridge Is Falling Down”

Perimeter Tambah Sisi


Tambah Sisi, Tambah Sisi
Perimeter Tambah Sisi
Jumlah Dikira

Isi Padu Darab Tinggi,


Darab Panjang, Darab Lebar
Isi Padu Darab Semua
Jumlah Dikira

Luas Darab Sisi,


Darab Panjang, Darab Tinggi
Luas Darab Kedua-dua
Jumlah Dikira