Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM MOTIVASI BELAJAR SIRI PERTAMA

SESI PETANG TAHUN 2017


SMK SERI PERMAISURI, KUALA LUMPUR

TEMA : “ BEAT THE BEST TO GET THE REST”

MISI SMKSP
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

VISI SMKSP
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

PENDAHULUAN

Dalam proses pembelajaran, seseorang pelajar itu bukan sahaja perlu belajar dengan rajin dan tekun
tetapi juga perlu belajar dengan berkemahiran. Pembelajaran merupakan satu proses berterusan bagi
seorang pelajar. Setiap pelajar haruslah mempunyai gaya belajar yang tersendiri yang terbaik dan
bersesuaian dengan diri mereka. Apa sahaja bentuk atau gaya pembelajaran seseorang pelajar itu
akan dikatakan terbaik dan berkesan sekiranya ianya bersesuaian dengan keadaan dan tahap
keupayaan pelajar itu sendiri dan memiliki ciri-ciri pembelajaran yang berkesan.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan para pelajar yang tidak sedar akan gaya belajar yang
paling sesuai dengan dirinya. Bukan itu sahaja, ada pelajar juga yang tidak menyedari tahap
keupayaan diri sendirinya. Oleh itu, ramai pelajar yang rajin belajar tetapi langsung tidak
mendatangkan keberkesanan malahan kejayaan pada diri mereka sendiri. Itulah sebabnya ada
pelajar yang berjaya dan sebaliknya. Ianya bergantung kepada bagaimana pemilihan dan
penggunaan gaya pembelajaran yang digunakan oleh pelajar itu sendiri dalam proses pembelajaran.

Oleh itu, pemilihan yang tepat dan terbaik perlu diberikan kepada para pelajar agar mereka
mengetahui bahawa gaya pembelajaran yang mereka pilih itu adakah berkesan atau sebaliknya
dengan diri mereka agar kejayaan yang mereka ingini tercapai dan juga usaha yang mereka lakukan
berbaloi dengan kejayaan yang mereka capai.
RASIONAL
Keunikan manusia itu yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan pelbagai perwatakan, sifat,
personaliti dan kemahiran serta bakat inilah menjadikan individu itu agak berbeza dengan seseorang
individu yang lain. Maka, adalah wajar para pelajar ini diberi peluang bagi diri mereka
memperkembangkan diri mereka dengan apa yang ada pada diri mereka dengan cara yang terbaik
dengan bimbingan oleh orang yang lebih mahir. Maka dalam proses pembelajaran juga adalah amat
penting diberi tunjuk ajar cara yang terbaik dan berkesan dalam menilai diri mereka bagi mencapai
kejayaan dengan gaya pembelajaran serta teknik yang betul. Ianya bertujuan agar usaha yang
dilakukan tidak menjadi sia-sia.

Pelajar perlu didedahkan dengan persediaan belajar yang baik dan betul dalam memperolehi
imu pengetahuan. Teknik-teknik atau kaedah-kaedah tertentu perlu diketahui dalam menjadikan
ilmu pengetahuan itu lebh bermakna bagi seseorang yang bergelar pelajar. Teknik atau kaedah
belajar diperlukan bagi menentukan pencapaian kejayaan seseorang pelajar itu. Ini kerana segala
teknik atau kaedah yang dipelajari akan perlu diberikan kepada para pelajar agar apa yang mereka
pelajari tidak luput diingatan. Oleh itu, kemahiran belajar yang berkesan dengan usaha yang
bersungguh-sungguh akan menjanjikan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan
pembelajaran.

MATLAMAT

Mengenalpasti potensi yang ada pada diri pelajar bagi dijadikan sumber dorongan untuk ia
berkembang secara positif ke arah pembentukan insan yang menyeluruh dari segi kesempurnaan
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, mengubah sistem dan situasi pembelajaran yang
baru di sekolah menengah rendah atau atas berdasarkan keperluan semasa mata pelajaran yang
akan dipelajari demi mencapai hasrat kualiti akademik bagi melayakkan diri pelajar ke IPT.

OBJEKTIF

 Melahirkan pelajar yang merasa seronok menimba ilmu serta dapat menghayatinya
 Mendedahkan teknik dan kemahiran belajar yang berkualiti dan berkesan
 Mengetahui teknik dan cara pembelajaran di menengah rendah dan atas
 Mengamalkan teknik pembelajaran yang lebih berkesan
 Meningkatkan prestasi akademik melalui teknik pembelajaran yangberkesan
ANJURAN
Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK. Seri Permaisuri
SASARAN
PELAJAR SESI PETANG TAHUN 2017 TERPILIH

TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN


23 FEBRUARI 2017 (KHAMIS)
1.20- 3.20 petang

TEMPAT PELAKSANAAN
a) DEWAN TERBUKA SMKSP : Semua pelajar sasaran

PENCERAMAH
JEMPUTAN

PENGISIAN PROGRAM
Ceramah dan aktiviti berkaitan kemahiran belajar:
a) Teknik Belajar
b) Masalah Belajar
c) Motivasi Belajar

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA SUMBER KEWANGAN/


PERUNTUKAN
1. Hadiah Kuiz RM 5.00 X 20 Orang RM 100.00 (PCG KAUNSELING)
2. Cenderahati RM 70.00 X 1 Orang RM 70.00 (PCG KAUNSELING)
Penceramah
3. Makanan dan minuman RM 6.00 X 5 Orang RM 30.00 (PCG KAUNSELING)
JUMLAH RM 200.00

PENUTUP
Semoga dengan pelaksanaan program motivasi belajar ini sedikit sebanyak memberi input yang
bermanfaat kepada para pelajar khususnya pelajar sasaran yang terpilih dari sesi petang dengan
memberi pendedahan pelbagai teknik dan kaedah yang berkesan dalam proses pembelajaran agar
kejayaan dan kecemerlangan diperolehi.

ULASAN PENGETUA

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

(CHIENG LUNG ANN) (MOHD HAIZIR B MOHD SALLEH)


Guru Bimbingan dan Kaunseling Pengetua
SMK. Seri Permaisuri SMK. Seri Permaisuri