Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

4 / 2018

BBCM4103

COMPENSATION MANAGEMENT

0
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan ........................................................................................................................... 1

2.0 Elemen Pertama Pakej Imbuhan .......................................................................................... 3

2.1 Elemen Ketiga Pakej Imbuhan ......................................................................................... 4

2.2 Elemen Ketiga Pakej Imbuhan............................................................................................. 6

2.3 Elemen Keempat Pakej Imbuhan ......................................................................................... 7

3.0 Penutup ................................................................................................................................ 8

4.0 Rujukan dan petikan ............................................................................................................ 9

1.0 Pengenalan
Kewujudan sesebuah organisasi sering mempunyai visi, misi dan matlamat yang
spesifik. Bagi untuk mencapai misi dan matlamat tersebut, organisasi tersebut seharusnya

1
memperoleh dan mengekalkan sumber manusia yang berkelayakan dan bermotivasi untuk
mencapai misi dan matlamat tersebut. Menurut Milkovich dan Newman (1999), “negara
memerlukan sumber manusia yang berkualiti, berkeupayaan tinggi, berinovasi, berdisiplin,
akuantabiliti dan profesionalisma. Ini disebabkan tanpa manusia yang berkesan adalah
mustahil bagi sesebuah organisasi mencapai matlamatnya”.

Ahmad Sarji (1996) juga menyatakan “untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 memerlukan pentadbiran awam yang
cekap dan berkesan serta mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.” Sebagai
contoh, misi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem
pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia. Oleh itu, tanggungjawab seorang pendidik dan
pentadbir sekolah adalah sangat penting untuk merealisasikan misi Kementerian Pendidikan
tersebut. Tema Hari Guru peringkat kebangsaan tahun 2018 “Guru Pemacu Transformasi
Pendidikan” telah membuktikan betapa pentingnya tanggungjawab sebagai seorang jiwa
pendidik di sekolah. Melalui tema tersebut guru merupakan individu penting serta berperanan
sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid.
Sebagai seorang guru pada masa kini semakin mencabar yang mana memerlukan kretiviti dan
inovasi supaya pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih berkesan dan efektif kepada
pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Oleh itu, untuk menggalakkan para pentadbir dan guru sekolah sentiasa berusaha
meningkatkan prestasi kerja supaya terus kekal dalam profesion perguruan, kajian-kajian
telah menunjukkan kepuasan kerja dan persepsi mereka terhadap sistem pampasan kerja
wajib dilakukan. Kepuasan kerja di sesebuah organisasi adalah sangat penting kerana ia akan
menentukan haluan dan maju atau mundurnya sesebuah organisasi. Faktor utama yang boleh
mempengaruhi kepuasan kerja dan pengekalan kerja adalah sistem pampasan kerja.
Pampasan merupakan konsep pelbagai dimensi dan penafsirannya boleh dibuat mengikut
perspektif bahasa dan organisasi. Dari sudut bahasa, pampasan bererti ganjaran, pembayaran,
atau/dan saraan (Cross, 1995; Milkovich & Newman, 2005; Rajkumar, 1996; Rosenberg,
1983). Pampasan merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang kritikal
kerana ia melibatkan perancangan, pengendalian, pemimpinan dan pengawalan pelbagai
bentuk ganjaran untuk diberi kepada para pekerja yang menyempurnakan tugas atau
perkhidmatan (Anthony, Perrewe & Kacmar, 1996; Henderson, 2000; Milkovich & Newman,
2005; Wallace & Fay, 1988). Majikan biasanya memperuntukkan ganjaran kewangan
(contohnya, gaji, bonus dan imbuhan) dan ganjaran bukan kewangan (contohnya, cuti,

2
kemudahan kesihatan, pinjaman, dan faedah persaraan) kepada para pekerja berdasarkan
kesepadanan kerja, lama berkhidmat atau/dan prestasi seseorang (Maurer, Schulman, Ruwe
& Becherer, 1995; Milkovich & Newman, 2005; Warner, 1997). Sistem pampasan yang
diurus dengan efisyen berkemampuan menarik, mengekal dan mendorong para pekerja yang
kompeten untuk merealisasikan matlamat, misi dan wawasan organisasi (Anthony et w al.,
1996; Balkin & Gomez-Mejia, 1990; Casio, 1995).

2.0 Elemen Pertama Pakej Imbuhan


Sebagai seorang warga pendidik di sekolah, terdapat pelbagai jenis pampasan yang
telah ditawarkan kepada guru-guru. Salah satu jenis pampasan ialah bukan kewangan.
Pampasan bukan kewangan ini boleh merujuk kepada persekitaran kerja dan keadaan fizikal
dan psikologi pekerja. Contoh pampasan bukan kewangan ialah menghargai jati diri pekerja
melalui pengiktirafan majikan terhadap usaha pekerja dan meningkatkan kepuasan kerja.
Sebagai seorang guru terdapat banyak jenis pampasan bukan kewangan yang ditawarkan.
Contohnya, pentadbiran sekolah akan menilai guru-guru supaya mencapai Sasaran Kerja
Tahunan yang ditetapkan. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) adalah sangat penting kerana ia
melibatkan skop kerja kita. SKT ini akan mempengaruhi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
(LNPT). Markah yang kita perolehi dalam LNPT adalah sangat penting untuk kenaikan
pangkat/gred. Oleh itu, guru seharusnya mencapai markah 85% ke atas supaya dapat
dinaikkan pangkat. Ini merupakan pampasan bukan kewangan yang sangat penting bagi
setiap kakitangan kerajaan. LNPT ini merupakan isu yang sangat sensitif bagi setiap
kakitangan kerajaan kerana sekiranya mendapat markah yang rendah penjawat awam tersebut
akan diminta bersara awal. Inilah salah satu cara pentadbir sekolah meluahkan penghargaan
kepada guru-guru walaupun penghargaan itu tidak melibatkan wang atau memerlukan masa
yang banyak. Ini akan meningkatkan perasaan bangga dan puas hati atas tugas yang
dilaksanakan oleh guru-guru. Selain itu, di sesebuah sekolah juga digalakkan berinteraksi
sosial di kalangan guru-guru. Kebanyakan sarjana mengakui bahawa komunikasi merupakan
mekanisme yang berkesan untuk menyampaikan maklumat tentang sistem pampasan kepada
penerima (pekerja) melalui percakapan, tingkah laku atau/dan tulisan (Fitzgerald, 2000;
Hewitt Associates, 1991; Wallace & Fay, 1988). Tidak dinafikan bahawa pihak pentadbiran
di sekolah seharusnya memberi maklumat yang berkaitan dengan pampasan dengan guru-
guru. Sebagai contoh, jika guru tersebut berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan atau
menjalankan tugas dengan baik, dan menjalankan tugas dengan baik, dia boleh diberi
Anugerah Perkidmatan Cemerlang. Sesebuah sekolah seharusnya mengamalkan dasar

3
komunikasi terbuka, dengan ini pihak pentadbiran di sekolah dapat menyampaikan maklumat
dan pendapat secara terbuka, tepat dan jujur kepda guru-guru. Sememangnya elemen
komunikasi ini berupaya membantu para guru memahami, merasa puas hati, menghormati
dan mengiktiraf sistem pampasan. Kepuasan kerja merupakan salah satu pampasan bukan
kewangan yang majikan perlu sentiasa mengenal pasti dan meningkatkan faktor kepuasan
kerja. Menurut Wether dan Davis (1993), kepuasan kerja dicapai melalui sistem pampasan
kerja yang berkesan, dan mampu menjadi alat yang berkesan untuk memperoleh, menjaga
dan mengekalkan tenaga kerja yang produktif.

Oleh itu, majikan juga haruslah mengambil berat berkaitan dengan masalah kesihatan
guru-guru. Tidak dinafikan bahawa masalah kesihatan akan menjejaskan prestasi kerja
mereka. Oleh itu, pihak pentadbir haruslah memberi guru-guru cuti sakit atau cuti rehat khas
sekiranya ada kecemasan seperti menziarahi ahli keluarga terdekat yang sedang sakit atau
meninggal dunia, kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir. Cuti rehat khas
telah menjadi isu sensitif di kalangan guru-guru. Sesetengah guru susah untuk mendapatkan
kelulusan daripada majikan. Oleh itu, bagi meningkatkan kesejahteraan guru-guru, majikan
perlu komited, menjaga kebajikan dan bertindak adil dengan guru-guru di sekolah. Perasaan
adil ini boleh mendorong para pekerja menambahbaikkan kepuasan kerja (Chang & Chen,
2002; Latham, Skarlicki, Irvine & Siegel, 1993; Pettijohn et al., 2001). Majikan perlu
mendengar pendapat pekerja seliaannya dan mengambil berat terhadap keperluan mereka.
Suasana kerja yang harmonis sebegini perlu menjadikan tempat kerja itu menjadi lebih selesa
dan menggembirakan.

2.1 Elemen Ketiga Pakej Imbuhan


Seterusnya, pampasan kewangan langusng juga memberi impak yang paling besar
kepada guru-guru di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menawarkan
pampasan yang menarik untuk menarik minat para guru serta dapat mengekalkan pekerja
dalam bidang Pendidikan tersebut. Menurut Samith (1992), pampasan yang menarik dapat
menimbulkan elemen motivasi pekerja kerana dengan pemberian pampasan yang sewajarnya
dan berpatutan akan menyebabkan mereka merasakan sumbangan mereka kepada organisasi
telah dihargai dan bersedia menunaikan tangggungjawab serta memberi hasil kerja yang baik.
Pampasan kewangan langung merujuk kepada pembayaran dalam bentuk tunai. Jenis
pampasan ini merangkumi gaji pokok, bonus, dan elaun sara hidup. Tidak dinafikan bahawa
gaji dan upah merupakan komponen yang paling mustahak kepada pekerja. Ini disebabkan
kualiti hidup dan tanggungan pekerja tersebut sangat bergantung kepada pendapatan yang

4
diperoleh. Gaji yang diterima akan menentukan gaya hidup seseorang dari segi makanan,
pakaian, tempat tinggal dan jenis pengangkutan dipakai. Sebagai seorang guru di Malaysia,
gaji pokok minimum untuk diploma dalam bidang perguruan GRED 29 adalah RM1698.00
dan untuk ijazah sarjana muda GRED DG41 adalah RM2188.00. Ini menunjukkan gaji pokok
yang menarik dan dapat menarik minat guru-guru. Kerajaan juga telah memperkenalkan
sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dalam usaha melakukan transformasi
perkhidmatan awam di negara ini supaya lebih dinamik, responsive serta berorientasikan
prestasi. Sistem baru ini telah menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi membawa
perubahan yang lebih efektif dan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan. Menurut
Mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak berkata, “ia dapat menambah baik
struktur gaji penjawat awam menerusi pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih
banyak mata gaji supaya mereka mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh lama selain gaji
maksimum bagi gred yang lebih tinggi.” Sebagai contoh, di bawah SSM, gaji maksimum
seorang guru pada gred DG48 hanyalah mendapat RM6325.39, sekiranya di bawah SBPA,
gaji maksimum dapat meningkat 37.7 peratus kepada RM8710. Kadar kenaikan gaji tahunan
untuk seorang guru DG 48 ialah RM270. Tidak dinafikan bahawa sistem baru ini dapat
menyuntik semangat penjawat awam di negara ini. Baru-baru ini, Menteri Kewangan iaitu
Lim Guan Eng juga mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam
termasuk guru-guru gred 54 ke bawah dalam belanjawan 2019. Ini merupakan tanda
penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam yang melaksanakan tugas dengan
baik. Oleh itu, semua rakyat Malaysia haruslah berasa bersyukur. Sebagai seorang guru juga,
terdapat juga pelbagai jenis elaun yang diterima seperti elaun kesusahan, imbuhan tetap
perumahan, dan bayaran insentif wilayah. Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 tahun
2018, pemberian Pemberian ITP kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah
merupakan usaha Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam
iaitu RM300 sebulan. Begitu juga dengan Imbuhan Tetap Khidmat Awam atau Imbuhan
Tetap Keraian, elaun ini diberi kepada pekerja sektor awam termasuk guru-guru untuk
menampung peningkatan kos sara hidup. Selain itu, Bayaran Insentif Wilayah juga
merupakan bayaran insentif kepada guru-guru yang mengajar di wilayah lain. Guru-guru
yang bertukar wilayah layak mendapat elaun ini. Sebagai contoh, guru yang berasal dari
Sabah atau Sarawak ditempatkan di Semenanjung atau sebaliknya. Jumlah elaun dibagi
mengikutkan lingkungan gaji guru tersebut. Seterusnya, terdapat juga elaun khas mengikut
lokasi dan tahap kesusahan guru-guru yang berkhidmat di sekolah pedalaman. Terdapat 872
buah sekolah yang terdapat dalam kategori Pedalaman (P1), Pedalaman (P2), dan Pedalaman

5
3 (P3). Sesebuah sekolah akan ditentukan di dalam kategori P1, P2, atau P3 berdasarkan
kemudahan asas seperti air dan elektrik, pembangunan, jaringan perhubungan, geo-fizikal
dan keselamatan. Bagi sekolah yang layak mendapat Pedalaman 1 akan dibayar RM500
sebulan, Pedalaman 2 pula dibayar RM1000 dan Pedalaman 3 dibayar RM1500. Ini akan
memberi motivasi kepada guru-guru untuk meneroka sekolah-sekolah yang pedalaman.
Sekiranya tiada elaun khas ini, guru-guru tidak akan berkorban masa dan tenaga untuk masuk
ke sekolah pedalaman. Tidak dinafikan bahawa pampasan kerja merupakan antara faktor
yang penting. Guru-guru dan para pentadbir dapat menunjukkan prestasi kerja yang tinggi
sekiranya kerajaan mampu memberi kepuasan kerja dan seterusnya mengekalkan mereka
dalam profesion perguruan.

2.2 Elemen Ketiga Pakej Imbuhan


Tambahan pula, pampasan kewangan tidak langsung juga merupakan faktor yang
penting kepada guru-guru. Pampasan ini merujuk kepada sejenis faedah pekerja iaitu sebagai
satu bentuk penghargaan kepada pekerja. Sebagai contoh pampasan secara tidak langsung,
cuti bergaji, pelan insurans iaitu perubatan, pergigian dan nyawa, dan pelan jaminan iaitu
persaraan atau ketidakupayaan. Guru-guru dapat menikmati lebih banyak hari tidak bekerja
yang rasmi dan cuti bergaji lebih panjang contohnya cuti pada perayaan Tahun Baru Cina,
Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri dan cuti hujung tahun. Guru-guru tetap dibayar gaji penuh
dan ini akan membawa kepada perubahan gaya hidup dan mempertingkatkan kualiti hidup
guru-guru. Bukan itu sahaja, melalui sistem SBPA ini juga memberi berita baik kepada guru-
guru yang berada pada tahap usia persaraan apabila kerajaan mengambil keputusan untuk
melanjutkan usia persaraan wajib daripada 58 kepada 60 tahun. Sekiranya guru-guru yang
mengambil skim pencen, terdapat beberapa kebaikan dan salah satunya ialah dapat memberi
jaminan bekalan kewangan seumur hidup selepas bersara dan juga akan meningkat 2% setiap
tahun. Bukan itu sahaja, waris golongan skim pencen juga akan mendapat bayaran pencen
setiap bulan jika penerima asal mati. Bukan itu sahaja, skim KWSP juga mempunyai
kebaikan iaitu golongan ini tidak terikat untuk bekerja bawah kerajaan sehingga usia
persaraan. Tambahan pula, skim KWSP ini juga akan memaksa guru-guru untuk membuat
simpanan iaitu 13% daripada gaji akan disimpan dalam akaun KWSP dan golongan ini juga
layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM6000 setahun. Kedua-dua skim ini merupakan
pampasan yang sangat menarik untuk penjawat awam. Oleh itu, pejawat awam haruslah
menilai sendiri kebaikan dan keburukan kedua-dua skim tersebut supaya dapat membuat
pilihan yang terbaik. Menurut June M.L. Poom, pampasan merupakan satu ganjaran

6
pengajian yang penting sekali bagi mempengaruhi sikap, kepuasan serta produktiviti. Selain
itu, sebagai seorang guru, pelbagai pelan insurans yang disediakan untuk membantu
membayar perubatan dan penjagaan mereka. Terdapat Skim Bencana Pekerjaan yang dapat
memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit
khidmat yang berpunca atau terbabit daripada pekerjaannya. Skim ini meliputi kemalangan
semasa perjalanan dalam masa menjalankan pekerjaannya, kemalangan semasa kecemasan
iaitu bagi tujuan menyelamatkan atau membantu orang yang mendapat bencana semasa
kecemasan dan seterusnya penyakit khidmat iaitu penyakit yang berpunca daripada
pekerjaannya. Pelan-pelan ini adalah sangat penting dan diwujudkan untuk membantu
tanggungan secara kewangan sekiranya guru tersebut mengalami kematian atau tidak
berupaya disebabkan oleh kehilangan upaya sementara atau kekal.

2.3 Elemen Keempat Pakej Imbuhan


Seterusnya merupakan pampasan dan strategi organisasi. Elemen strategi adalah
sangat penting dan merupakan hasil integriti antara misi dan objektif organisasi. Tanpa
strategi yang berkesan, objektif dan matlamat organisasi susah untuk dicapai. Baru-baru ini,
Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik telah mengeluarkan beberapa strategik atau langkah
baru untuk memperkasa profesyen guru supaya lebih focus kepada pengajaran di dalam kelas.
Misi seorang guru ialah mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang. Oleh itu, beliau
mencadangkan guru tidak perlu melakukan kerja perkeranian lagi dan ini dapat meringankan
beban guru. Ini merupakan satu strategik yang bagus dan dapat mengembalikan zaman
kegemilangan guru. Menurut Dr Maslee Malik, “Saya mengimpikan supaya kita
mengembalikan zaman kegemilangan guru. Generasi lama seperti saya, kami masih ada guru
hero yang amat menyayangi kerjaya mereka. Guru sayang kita macam anak sendiri, bila
mengajar, mereka benar-benar nak kita belajar dan berjaya. Kita kehilangan semua ini kerana
guru hari ini dibebankan dengan kerja kerani. Kita akan ubah perkara ini dan kembalikan
zaman kegemilangan guru. Ia akan dilaksanakan tidak lama lagi,” Tidak dinafikan bahawa
banyak guru akan berasa lebih motivasi untuk mengajar murid-murid di kelas. Baru-baru ini,
Dr Maslee Malik juga mengatakan bahawa setiap peperiksaan bagi murid Tahap 1 iaitu
darjah satu, dua dan tiga akan mula dimansuhkan tahun depan iaitu 2019. Ini akan digantikan
dengan pentaksiran yang lebih objektif dan ini akan mengurangkan bebanan murid-murid
juga. Beliau juga akan menjalankan kajian terperinci cara untuk meringankan berat beg
sekolah murid-murid. Dengan perancangan strategik dan langkah strategik adalah sangat
penting untuk menjelaskan hala tuju kepada guru-guru iaitu mencapai visi dan misi wawasan

7
2020. Dengan bebanan yang dikurangkan, tekanan kerja juga akan dikurangkan. Sekiranya
tekanan kerja dikurangkan, emosi guru-guru akan bertambah baik dan lebih semangat untuk
mengajar. Kita tidak dapat menafikan emosi mempengaruhi sikap dan tingkah laku manusia.
Sekiranya guru-guru di sekolah berasa puas dengan strategik baru dilancarkan oleh kerajaan,
tidak mustahil kebolehan guru untuk melaksanakan kerja dengan lebih efektif dan efisien,
pengiktirafan dan peluang untuk kenaikan pangkat atau perubahan kerjaya. Schultz dan
Schultz (1994) menyatakan kepuasan berkerja merujuk kepada perasaan sikap seseorang
sama ada positif atau negative terhadap kerjanya. Oleh itu, majikan haruslah memainkan
peranannya untuk memastikan strategik dilaksanakan seperti yang dirancang.

3.0 Penutup
Kesimpulannya, kerajaan haruslah mempunyai program pampasan guru yang
menarik, adil, saksama dan berdasarkan komponen yang sistematik atau saraan, guru-guru
juga layak diberi manfaat tambahan. Tidak dinafikan bahawa pampasan yang menarik dapat
menarik minat perhatian para-para guru untuk berkhidmat dan kekal dalam bidang perguruan,
memberi motivasi kepada guru-guru untuk bekerja bersungguh-sungguh, sebagai
penghargaan atas jasa dan sumbangan guru-guru dan membantu guru-guru untuk menampung
kos sara hidup. Terdapat tiga jenis pampasan yang akan diterima oleh guru-guru atau
pentadbiran sekolah sebagai sebahagian daripada hubungan perkhidmatan pekerjaan dan juga
sebagai subangan kepada prestasi kerja yang ditunjukkan oleh guru sepanjang tempoh
perkhidmatannya. Pampasan pertama iaitu pampasan bukan kewangan melibatkan
persekitaran kerja dan keadaan fizikal dan psikologi pekerja. Elemen komunikasi adalah
sangat penting untuk mewujudkan suasan kerja yang harmoni. Pampasan kedua merupakan
pampasan kewangan langsung iaitu dalam bentuk tunai. Ini akan mewujudkan elemen
motivasi untuk guru-guru bekerja lebih efisien dan efektif. Pampasan ketiga merupakan
pampasan kewangan tidak langsung iaitu sejenis faedah pekerja seperti pelan insurans, cuti
bergaji dan sebagainya. Ini merupakan kebajikan guru-guru di sekolah supaya dapat
menimbulkan kepuasan kerja, perubahan gaya hidup dan mempertingkatkan kaliti hidup
pekerja. Seterusnya merupakan strategi organisasi iaitu strategi untuk mencapai misi dan
maklamat organisasi tersebut. Elemen strategi adalah penting supaya strategi yang efektif dan
terbaik akan mengurangkan beban dan tekanan guru-guru. Oleh itu, pentadbiran sekolah dan
guru-guru dapat fokus untuk mencapai misi dan maklamat dalam wawasan 2020 dengan
jayanya.

(2562 Patah Perkataan)

8
4.0 Rujukan dan petikan
Anthony, W.P., Perrewe, P.L., & Kacmar, K.M (1996). Strategic human resource
management. New York: Harcourt Brace & Company.

Balkin, D, &Gomez-Mejia, L. R. (1990). Matching compensation and organizational


strategies. Strategies Management Journal II, 153-169.

9
Chang, P. L., & Chen, W. L. (2002). The effect of human resource management practices on
firm performance: Empirical evidence from high-tech firms in Taiwan.
International Journal of Management, 19 (4), 622-630.

Milkovich, G.T, & Newman, J.M. (2005) compensation. Boston:Irwin McGraw-Hill

Davis, D. (1996). Business research for decision making. Belmont:Duxbury Press.

Kerajaan Malaysia, (2015). IMBUHAN TETAP PERUMAHAN BAGI PERKHIDMATAN


AWAM PERSEKUTUAN. Dipetik pada Oktober 2, 2018 daripada
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp082015.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap
Kesusahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP). Dipetik pada Oktober 2, 2018 daripada
https://www.moe.gov.my/images/pekeliling/2015/circularfile_file_001211.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). GURU PEMACU TRANSFORMASI


PENDIDIKAN. Dipetik pada Oktober 1, 2018 daripada
https://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4010-tema-
hari-guru-2018-guru-pemacu-transformasi-pendidikan

MalaysiaKini. (2018). Bonus RM500 untuk penjawat awam, RM250 untuk pesara. Dipetik
pada Oktober 2, 2018 daripada https://www.malaysiakini.com/news/450193

Meor.R, Vijaindren. A. (2018). Guru tidak perlu buat kerja kerani mulai Januari. Dipetik
pada Oktober 2, 2018 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/10/480804/guru-tidak-perlu-
buat-kerja-kerani-mulai-januari

Pertubuhan Keselamatan Sosial. (2017). Skim Perlindungan Keselamatan Sosial. Dipetik


pada Oktober 2, 2018 daripada https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/30-
perlindungan-keselamatan-sosial/skim-perlindungan-keselamatan-sosial

Pressreader. (2018). CUEPACS syor sistem saraan baharu ganti SSM. Dipetik pada 2
Oktober 2018 daripada https://www.pressreader.com/malaysia/berita-
harian5831/20180816/281599536338151

Rajkumar, K. (1995). Paying for performance: Designing effective compensation strategies.


Malaysia: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

10
Rosenberg, J.M (1983). Dictionary of business & management. New York: John Wiley &
Sons, Inc.

Sarji. A .(2016). Ahmad Sarji penyumbang besar kepada kebangkitan sukan. Dipetik pada
Oktober 1, 2018 daripada http://www.utusan.com.my/sukan/ahmad-sarji-
penyumbang-besar-kepada-kebangkitan-sukan-1.337123

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2018). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Skim


Perkhidmatan Bersepadu). Dipetik pada 2 Oktober, 2018 daripada
http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/diploma/8009

Wallace, M.J., &Fay, C. H. (1998). Compensation theory and practice. Massachusetts:PWS-


Kent Publishing Company.

11