Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan
1.1 Nama Jurnal
Jurnal Kepimpinan Pendidikan

1.2 Tajuk Artikel / Penulisan


Model Kepimpinan Maya dan Kesejahteraan Kerja Pemimpin Sekolah Malaysia :
Perantara oleh Komunikasi dalam Kumpulan

1.3 Penyelidik
Mohd Yusri Ibrahim dan Wan Ismail Wan Abdullah

1.4 Tahun Terbitan


Januari 2015, Bil. 2, Isu 1

1.5 Petikan
IBRAHIM, Mohd Yusri; ABDULLAH, Wan Ismail Wan. MODEL KEPIMPINAN
MAYA DAN KESEJAHTERAAN KERJA PEMIMPIN SEKOLAH MALAYSIA
PERANTARAAN OLEH KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN. JuPiDi: Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, [S.l.], v. 2, n. 1, p. 1-10, oct. 2017. ISSN 2289-9669

2.0 Pengenalan dan Pernyataan Masalah


Penulisan jurnal ini terhasil apabila pemimpin dalam sesebuah organisasi sering menghadapi
masalah dengan tempat kerja dan situasi yang mencabar pada masa kini. Cabaran baru yang
timbul ialah pekerja secara fizikalnya berada terpisah agak jauh dengan pemimpun atau
penyelia mereka (Schultz, 2010). Dalam konteks Malaysia, pemimpin sekolah secara
umumnya sangat sibuk. Mereka jarang berada di sekolah disebabkan terpaksa menghadiri
mesyuarat, perjumpaan, majlis dan pelbagai komitmen di luar kawasan sekolah (Mohd Yusri,
2012; Bity Salwana et. al, 2008; Maimunah, 2005). Akibatnya, mereka tidak mempunyai
banyak masa dan ruang member perhatian terhadap organisasi sekolah, khususnya dalam
aspek kurikulum dan pengajaran (Mohd Suhaimi & Zaidatol Akmaliah, 2007; Azlin, 2006).
Akibat keterbatasan masa tersebut, komunikasi dalam kumpulan menjadi kurang efektif

1
apabila pemimpin organisasi kurang berhubung dengan pekerja mereka (Mohd Yusri et. al,
2013)
Sehubungan itu, untuk mengatasi masalah ini, penulis telah mencadangkan penggunaan
teknologi mobil dalam kepimpinan di mana pemimpin sekolah boleh menjalankan fungsi
mereka secara maya. Model hipotesis yang digunakan oleh penulis adalah berdasarkan teori
tiga tahap iaitu ciri-ciri produk, kesan dan nilai-nilai peribadi (products attributes,
consequences and personal values).

3.0 Kekuatan
3.1 Cadangan penyelidik mengenai penggunaan teknologi mobil dalam kepimpinan
sekolah adalah menarik sejajar dengan perkembangan teknologi serta keperluan
persekitaran pada era kini. Tujuan cadangan ini adalah untuk memastikan adanya
kesinambungan hubungan kerja antara pemimpin dengan kakitangannya biarpun
pemimpin sekolah berada di luar kawasan sekolah.
3.2 Jurnal ini mempunyai cadangan model hipotesis kajian yang bersesuaian di mana
penulis menggunakan teori tiga tahap iaitu ciri-ciri produk, kesan dan nilai-nilai
peribadi (products attributes, consequences and personal values).
3.3 Jurnal ini mempunyai pernyataan masalah dan sorotan kajian lampau yang jelas.
3.4 Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik yang ditadbir secara atas talian
bersesuaian dengan perkembangan teknologi maklumat.
3.5 Data kajian dianalisis menggunakan Model Persamaan Struktur (SEM) di mana
kekuatan model SEM ini yang merupakan analisis statistik multivariat yang mengkaji
hubungan antara konstruk mengikut teori atau kajian terdahulu melalui model
hipotesis yang dibina. Kebiasaannya, kaedah penganggaran yang digunakan dalam
analisis pemodelan ini adalah penganggaran kebolehjadian maksimum (ML). Kaedah
penganggaran tersebut memerlukan taburan data yang bersifat kenormalan multivariat
di samping memenuhi bilangan sampel yang tertentu.
3.6 Data kajian yang dikumpulkan adalah menggunakan soal selidik yang dibangunkan
oleh penyelidik sendiri (menunjukkan kemampuan penyelidik membangunkan soal
selidik sendiri) yang mengandungi empat bahagian utama iaitu demografi,
kepimpinan maya, komunikasi dalam kumpulan dan kesejahteraan kerja. Bahagian

2
kepimpinan maya pula mengandungi empat dimensi iaitu interasksi maya,
perkongsian fail elektronik, perkongsian takwim dan menyuarat atas talian. Semua
bahagian dan dimensi soal selidik mempunyai tahap kebolehpercayaan yang baik
iaitu antara 0.716 hingga 0.908 menunjukkan .

4.0 Kelemahan
4.1 Jurnal ini tidak mempunyai kerangka konseptual kajian (Research Conseptual
Framework) atau kerangka teoritikel kajian (Reserach Theoretical Framework) yang
mana penyelidikan biasanya bermula dengan peringkat teoretikal, seterusnya ke
peringkat konseptual dan akhirnya ke peringkat operasional. Maka, gambaran
keseluruhan bagi kajian ini tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta
aliran sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan teratur serta
mengikut prosedur yang sebenar.
4.2 Jurnal ini tidak objektif kajian dan kepentingan kajian yang mempunyai kepentingan
tersendiri bagi mengukuhkan analisis sesuatu kajian.
4.3 Jurnal ini tidak menerangkan dan menentukan dengan jelas sebab atau permasalahan
yang wujud dalam populasi yang telah dipilih menyebabkan fakta untuk
menyelesaikan permasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan kukuh serta
kajian-kajian yang akan datang tidak dapat mengenal pasti jurang ilmu pengetahuan
yang terdapat dalam kajian ini.
4.4 Prosedur persampelan dan jadual penentuan sampel tidak dinyatakan dengan spesifik
dalam artikel jurnal. Ia amat penting dalam penentuan ukuran ke atas keseluruhan
populasi dan kefahaman pembaca terhadap kajian yang telah dilakukan.
4.5 Jurnal ini tidak mempunyai penerangan yang jelas tentang kriteria-kriteria atau ciri-
ciri sampel tidak dinyatakan dengan jelas dan boleh menyebabkan keraguan kepada
penilai tentang aspek pengukuhan analisis dapatan data kajian.
4.6 Jurnal ini sepatutnya menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada kajian-
kajian terkini dan terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan yang telah dibuat.