Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu
pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga
yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap.
Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah
profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh
disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun
sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik
malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk
mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk
menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi
proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering
menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan
sekolah.

Subjek guru dan cabaran semasa merupakan subjek wajib yang perlu dipelajari oleh
guru pelatih program ijazah sarjana muda (PISMP) semester lapan. Subjek ini memberi
pendedahan kepada guru pelatih akan cabaran dan isu semasa yang akan dihadapi dalam
dunia pendidikan. Hal ini kerana dalam era globalisasi para pendidik sering berhadapan dengan
pelbagai cabaran, inovasi dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Justeru itu
sebagai seorang guru pastinya akan sentiasa berhadapan dengan isu, cabaran dan tekanan
yang berlaku dalam dunia pendidikan. Hanya guru yang professional dan mampu menghadapi
cabaran sahaja yang dapat membantu Nnegara mencapai aspirasi sistem pendidikan secara
menyeluruh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

1
1.1 Cabaran dan isu semasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil
mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu
(unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang
atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara
lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan
serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks
perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan
seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di
sekolah secara amnya.

Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat
meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Oleh kerana, peranan
sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat
penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif
yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh sedemikian,
disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di
sesebuah sekolah.

Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang
yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem
pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah
harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti
saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia
hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar
sekolah”. KPM 1981

Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada
diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada bercetak
mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari jenis yang ringan
sehinggalah kesalahan – kesalahan yang berat, seperti penyalahgunaan dadah, membuli,
memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru – guru dan
murid, mencabul dan pelbagai lagi. Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri

2
ianya akan menjejaskan minat dan fokus murid – murid yang bermotivasi untuk belajar yang
dimana secara tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam
membangunkan generasi yang terbilang.

Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan perbuatan –
perbuatan tersebut dan faktor – faktor ini boleh dikategorikan kepada faktor sekolah dan faktor
luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan sebaya, media hiburan dan
pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar
kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian, kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau
tugas kita (sekolah) yang boleh dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor
sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam
sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988)
mengenai perkara ini.

“ Hari ini sekolah – sekolah menampung murid – murid yang lebih tidak seragam, iaitu
dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang – peluang bagi mendapatkan
pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga
dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranya ialah
struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana nilai
dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap
tanggapan serta harapan para Guru”. (KPM1988 pp25-26)

Saya telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca


mengikut pandangan murid dan cadangan cara – cara mengatasi masalah disiplin khasnya di
sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang
dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. Oleh yang demikian usaha pihak
sekolah untuk menangani permasalahan disiplin di sekolah tersebut hendaklah dianggap
sebagai satu langkah kearah pengukuhan disiplin sekolah. Semoga usaha ini menjurus kearah
perubahan sikap dan perlakuan murid kepada yang lebih murni dan berakhlak mulia dalam
usaha membendung masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum.

3
1.2 Pernyataan Masalah

Cabaran dan tekanan daripada perspektif personal. Saya telah melaksanakan praktikum 3
selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Silibin Perak. Sekolah ini majoriti murid berbangsa
Melayu dan India. Saya dapati murid sering melakukan kesalahan disiplin tidak kira murid
berbangsa Melayu ataupun India.. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku salahlaku
tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan dalam kalangan
mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Jenis-jenis tingkah laku ini dianggap tingkah laku
yang biasa berlaku dalam kalangan mereka seperti suka mengejek rakan, barang, mengugut
pelajar, berkuku panjang dan sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar
perkara biasa dalam perhubungan sesama rakan – rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap
kali dilakukan tanpa batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian
tentang permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku tersebut
akan dilaksanakan dalam kajiaan ini dengan terperinci.

Cabaran dan tekanan daripada perspektif sekolah pula tugas hakiki seorang ialah
mengajar dan mendidik anak murid di dalam bilik darjah mengikut opsyen yang telah diberikan.
Namun begitu berkaitan masalah disiplin anak murid pihak sekolah terutama bahagian
pentadbiran menyalahkan guru-guru kerana tidak mengambil berat dan melaksanakan langkah-
langkah yang lebih efisien bagi menyelesaikan masalah tersebut. Malahan terdapat juga pihak
sekolah yang lepas tangan dan langsung tidak membela guru apabila ibu bapa hadir ke sekolah
menyerang guru hanya kerana guru mendenda dan memarahi anak mereka kerana melakukan
kesalahan sedangkan cerita yang disampaikan oleh murid tersebut kepada ibubanya telah
ditokok tambah. Selain daripada tugas mengajar guru ditambah pula dengan masalah disiplin
murid persoalannya dimanakah peranan sekolah dan ibu bapa?

Cabaran dan tekanan daripada perspektif kebangsaan boleh dilihat bebanan tugas yang
semakin bertambah yang diberikan oleh kementerian pendidikan. Mengapa saya katakana
sedemikian rupa? Jika dulunya saya melihat tugas guru akan bermula 7.30 pagi dan berakhir
1.30 tengah hari namun tidak lagi pada masa kini. Sememangnya arus pendidikan telah
berubah. Dasar pendidikan juga telah banyak berlaku perubahan dan sebagai seorang guru
yang profesionalosme adalah menjadi tanggungjawab guru melaksanakan dasar tersebut.
Berbanding melaksanakan langkah-langkah atau menggubal peraturan yang lebih relevan dan
proaktif berkaitan menyelesaikan masalah disiplin murid di sekolah rendah ini kerana jika tidak
dibasmi di peringkat rendah ia akan berterusan di peringkat menengah dan pastinya akan lebih

4
membimbangkan tetapi guru dibebankan dengan kerja lebih masa iaitu mesyuarat yang hampir
setiap hari selepas habis waktu persekolahan yang semestinya telah mengambil masa rehat
serta masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang perlu. Guru juga diarahkan membuat kerja-
kerja pengkeranian iaitu membuat fail-fail sedangkan terdapat software yang telah didirikan dan
guru juga telah diwajibkan untuk mengisi perisian tersebut maka tekanan guru bertambah akibat
kerja yang bertambah yang bukannya termasuk dalam perspektif bidang mengajar seorang
guru.

Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku ini tidak sedar kesan-
kesan buruk akibat salahlakutersebut.Jika ianya melibatkan salahlaku yang kecil maka ianya
mudah untuk diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang besar keatas pelajar yang
melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya melibatkan salahlakuyang besar seperti
kes bergaduh, merogol dan sebagainya, maka sudah pasti ianya akan memberikan impak yang
buruk kepada pelajar itu sendiri yang dimana boleh memalukan diri dimata keluarga mahupun
masyarakat. Apabila ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif
ini juga akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan
terbantut, dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri. Masalah
salahlakudikalangan pelajar jika tidak ditangani dengan serius dan berkesan dikuatiri akan
mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga institusi sekolah. Kesedaran serta
kefahaman yang mendalam tentang salahlaku pelajar di sekolah oleh guru dan mereka yang
terlibat dalam dunia pendidikan amat perlu dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah
ini.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i) Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah di bandar
yang terpilih di daerah Ipoh

ii) Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid

iii) Mengenalpasti strategi,pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan atau mengatasi


masalah disiplin murid.

5
1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan salahlakupelajar di
sekolah rendah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang
salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Silibin seperti berambut panjang,
ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid),
berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program
pencegahan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di
Sekolah Kebangsaan Silibin di Ipoh. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan membolehkan
pelajar yang terlibat salahlaku tersebut supaya mendapatkan bantuan daripada pihak yang
berkenaan seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan konflik dalaman
dan luaran yang dialami mereka.

2.0 Tinjauan Literatur

Sebagai manusia, sudah pastinya murid – murid tidak lari dari mempunyai masalah. Masalah –
masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh keperluan
asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan – harapan tertentu yang dipunyai oleh
seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti yang dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al –
Banna ( 2003) dan Train (1995)

“Untuk membina pelajar yang cemerlang dari sudut tingkah laku antaranya adalah
dengan melaksanakan ibadah – ibadah yang khusus terutamanya solat lima waktu dan ibadat –
ibadat sunat yang lain. Ini kerana menurut beliau, tingkah laku seseorang pelajar terhadap
Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan

ibadah solat yag diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini seseorang pelajar bukan
sahaja dapat mewujudkan hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan dia juga dapat
membentuk tingkah laku seorang muslim yang sejati. Solat juga boleh menghindarkan dirinya
daripada melakukan perkara dan perbuatan yang buruk. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
: Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.”
Hasnan, 2008

6
3.0 Metodologi Kajian

3.1 Rekabentuk Kajian

Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Silibin
adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan
guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di sekolah.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan Silibin iaitu
seramai 252 orang pada sesi 2015. Di mana 20 orang pelajar telah terlibat dengan salahlaku di
sekolah itu pada tahun 2015. Pelajar-pelajar yang menjadi sampel (temu ramah) dalam kajian
ini adalah merupakan pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti salahlaku

3.3 Instrumen Kajian

Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu temubual separa
struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di sekolah.

Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, dan guru – guru penolong
mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan pihak sekolah dan
cara – cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)

Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah
yang dikaji. (Lampiran 2)

Analisis berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM

• Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan

3.3.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan
Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku

Jadual 1 menunjukkan salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah yang dikaji.
Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat dan jumah kekerapan
berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan merangkumi kesalahan seperti

7
berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar
terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain.

Jadual 1 : Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2015 ( Januari – Julai 2015 )

Kod Jenis Salahlaku Kekerapan / Bilangan Jumlah Jumlah


murid yang terlibat murid kekerapan
Lelaki Perempua yang berlaku
n terlibat kes
*B *K *B *K salahlaku
Tingkah laku Jenayah
112 Mencuri 2 4 1 3 3 7
121 Mengancam/memukul/mencederakan
murid lain. 1 3 0 0 1 3
115 Memeras ugut 2 2 0 0 2 2
116 Membuli 2 1 0 0 2 1
Kekemasan Diri
332 Berkuku panjang 2 2 4 5 6 7
331 Berambut Panjang 2 2 0 0 2 2
Ponteng
882 Ponteng Sekolah 3 2 1 3 4 5
Jumlah 14 16 6 11 20 27

Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin


Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Silibin 2015
Petunjuk ; *B – Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku
*K – Kekerapan berlaku kes salahlaku

Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 6
orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada keseluruhannya, seramai
20 orang murid telah terlibat dengan 30 kes salahlaku di sekolah yang dikaji daripada Januari
hingga Julai tahun 2015.

8
4.0 Dapatan

Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan,


dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

4.1 Perspektif Personal

Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat kategori punca
salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut 11 daripada 20 orang murid,
bersamaan 55% telah dikenalpasti melakukan salahlaku kerana kehendak diri sendiri. Pada
keseluruhannya, murid – murid yang ditemubual telah terdorong melakukan perbuatan
salahlaku atas alasan seperti masalah kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini
ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan Murid A, Murid B dan Murid C

“Saya ingin membeli ( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada duit yang
mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama mangsa).”

( Murid A)

“Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya ponteng sekolah.”

(Murid B)

“Saya rasa sekolah hanya membosankan kerana akan mendapat banyak kerja rumah yang
akan diberi guru nanti.” (Murid C)

Manakala 4 daripada 20 orang murid, bersamaan 20% telah melakukan salahlaku


kerana faktor keluarga. Isu ini merupakan cabaran pada saya sebagai seorang guru lebih-lebih
lagi saya hanya merupakan guru pelatih. Pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki baru
sedikit. Apabila menghadapi situasi berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah
disiplin saya akan berasa tekanan dan kurang keyakinan diri apabila murid tersebut tidak
mendengar nasihat saya. Oleh kerana itu saya berbincang dengan guru kaunseling dan guru
disiplin langkah yang wajar diambil bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut.
Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah perilaku salahlaku pelajar dari terus
berleluasa. Salah satu contoh pendekatan iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau
menggunakan tiga pendekatan untuk menangani masalah salahlaku individu iaitu;

9
i) Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar mematuhi semua
peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah. Secara unggul, pendekatan ini menegaskan
bahawa semua salahlaku akan dikenakan tindakan yang serius.

ii) Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau undang - undang
yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
atau peraturan sekolah itu sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undang-
undang sekolah.

iii) Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu pendekatan dimana
pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu dengan guru disiplin atau kaunselor dalam
perbincangan tertutup untuk mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka.
Kaunselor menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku dapat mengubah tingkah
laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan. Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk
keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru
dan pelajar perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan rohani yang menjadi
asas pembentukkan keperibadian yang mulia berlandaskan nilai – nilai islam khususnya bagi
pelajar Islam.

4.2 Perspektif Sekolah

3 daripada 20 orang murid, bersamaan 15% telah melakukan salahlaku kerana faktor
persekitaran. 2 daripada 20 orang murid, bersamaan 10% telah melakukan salahlaku kerana
faktor sekolah. Pada pendapat saya masalah ini akan menjadi tekanan dan cabaran yang
sangat besar kepada saya sekiranya warga sekolah terutama bahagian pentad\biran tidak
memandang serius akan masalah ini. namun begitu, sepanjang saya praktikum di sekolah ini
saya dapat melihat kesungguhan dan kecekapan pihak sekolah dalam usaha mengatasi
masalah disiplin ini. Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu.
Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah
itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan
struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak
berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid
sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan
struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar
menyebabkan masalah disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti
pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid-

10
murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin.
Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga
mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang
ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba
mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda
sekolah serta menganggu rakan-rakan lain. Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru
besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan
peraturan- peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.
Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal
disiplin pelajar- pelajar.

Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu
mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadang-
kadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan
perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya
individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat
dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang
kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain.
Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan
juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak.

Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Pihak sekolah
boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru – guru yang bertanggungjawab
mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku murid. Denda yang dikenakan
haruslah setimpal dengan kesalahan murid. Semua staf hendaklah bekerjasama dan konsisten
dalam tindakan – tindakan disiplin ke atasu murid, memberi peringatan dan khidmat bimbingan.
Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari
kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut.
Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau “role
model” kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa,
bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar
mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah..

Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajar-
pelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk

11
mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P & P) berjalan
dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan
pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan
pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar
meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan
cuba mendengar masalah- masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan
berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk
nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan
sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah.

Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar
sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan- jawatan
seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina
sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula
seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri
dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil
perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan
utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari
kesan- kesan negatif yang ditimbulkan oleh masalah- masalah disiplin dan akan menghindari
dari melakunya.

Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di
antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain
menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama- sama
membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di
kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah
mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan
tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab
mereka sebagai pelajar sekolah.

Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi
kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika
menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya
menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang
mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah

12
disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke
jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari
program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan
masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat
panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling
membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga
pelajar yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Selain itu, peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti
kokurikulum serta mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya.
Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di
antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul
dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan
berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar
supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta
mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negatif. Ini selaras dengan
matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelektual.

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan
perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai kelemahan rohani yang
disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Selain itu, faktor persekitaran, faktor
keluarga dan faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan salahlaku pelajar – pelajar di
sekolah yang dikaji.

4.3 Perspektif Kebangsaan

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh
berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem
sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan
sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama
penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

Kementerian Pelajaran juga boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi


menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran
mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar.

13
Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap
masa. Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani
disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah
mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba
menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka. Diharapkan juga kementerian
boleh mempertimbangkan melaksanakan penambahbaikan dalam menilai tugas-tugas hakiki
seorang guru. Hal ini jika tugas seorang guru lebih kepada mesyuarat yang terlalu banyak serta
membuat fail-fail lebih daripada tugas mengajar jangan dislahkan guru jika hasilnya melahirkan
murid yang kurang berkualiti.

5.0 Rumusan

Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman
60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai cita- cita
ataupun matlamat yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh pelbagai pihak,
selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat
menghormati, sopan santun, budi pekerti, di samping tidak terlibat dalam arus mengejar
kebendaan semata-mata.

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai
menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap sebagai keramat, teguran guru
ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan bermacam-
macam bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghilangkan nilai-nilai murni yang mulia.
Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Tetapi apa
yang berlaku di zaman ini sudah amat jauh bezanya.

Sekolah dan golongan pendidik mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih
lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani
mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi,
merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin
sekarang.

Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu
sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya
untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang

14
banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang
terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

Semua pihak terutama kerajaan perlu menitikberatkan maslah disiplin di peringkat


sekolah rendah ini kerana di peringkat inilah menjadi titik tolak permulaan kepada kes-kes
masalah yang lebih besar dan serius. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, memandangkan
masa kini murid lebih banyk menghabiskan masa di sekolah maka menjadi peranan penting
guru, sekolah dan kerajaan berusaha membentuk jati diri serta menerapkan nilai-nilai murni
yang kukuh bagi membentuk insan yang mantap dari pelbagai aspek. Hal ini amat penting
kerana anak-anak inilah merupakan pemimpin dan aset kerajan di masa hadapan. Jika pada
akar umbinya tidak diperbetuljan dikhuatiri akan menjadi racun yang akan merosakkan serta
membebankan negara di masa hadapan

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang
terbabit memainkan peranan masing-masing. Cuba fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada
negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak
akhlaknya menjadi pemimpin. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan
masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit.
Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat
supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka
yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.

15
16

Anda mungkin juga menyukai