Anda di halaman 1dari 2

Di bahagian barat, kalangan saudagar yang penting datang ke Melaka ialah

saudagar dari Koromandel. Tomes pires dan Ruy de Brito menganggarkan terdapat
antara empat hingga lima buah kapal besar datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai
dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados.1

Melaka juga berhubungan dengan Siam, menurut Tome Pires dan Ruy de Brito,
hubungan dua hala ini dilihat dari segi kepentingan dan keperluan bahan-bahan makanan
yang diperlukan oleh Melaka dari Siam. Dianggarkan terdapat kira-kira 30 buah jong
besar dari Siam yang datang ke pelabuhan Melaka dengan membawa beras, ikan, kering,
garam dan sayur-sayuran tiap-tiap tahun.2 Siam merupakan salah satu pembekal beras
kepada Melaka. Sumber beras adalah penting bagi menampung jumlah pedagang yang
datang singgah ke Melaka. Dengan itu, mengukuhkan lagi Melaka sebagai satu pusat
perdagangan yang terpenting ketika itu.3

Melaka juga menjalinkan hubungan dengan kerajaan Majapahit melalui


perkahwinan. Pemerintah Melaka ada berkahwin dengan puteri Majapahit iaitu antara
Sultan Mansur Syah dengan Raden Galah Cendera Kirana.4 Melaka berhubungan dengan
Majapahit untuk menjadikan Majapahit sebagai penampung pembekal beras, sekiranya
siam cuba tidak bekerjasama dengan Melaka.

Selain itu, terdapat juga saudagar dari kepulauan Liu Kiu. Tom Pires menyebut
mereka sebagai ‘Gores’, yang kemudiannya ditafsirkan oleh Boxer sebagai Jepun.
Barangan yang mereka bawa dari Jepun seperti kain, sutera.5

Jiran serantau lain yang terhampir dan yang memainkan peranan penting dalam
kegiatan perdagangan dengan Melaka ialah Pulau Jawa. Seperti Siam, Pulau Jawa
menjadi pembekal utama bahan makanan seperti beras, gula, berbagai-bagai-bagai jenis
rempah dan juga kayu-kayan ke Melaka. Hubungan perdagangan antara Melaka dengan
Pulau Jawa juga bertambah erat apabila munculnya pelabuhan-pelabuhan baru di utara
Pulau Jawa seperti Demak, Japara, Ceribon, Grisik dan Tubak,6

Melaka juga mengadakan hubungan perdagangan secara langsung dan tidak


langsung dengan pelabuhan yang terletak di selatan. Saudagar Palembang contohnya,
membawa anatara sepuluh hingga dua belas jong tiap-tiap tahu yang penuh dengan

1
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1989, hlm. 246.
2
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1989, hlm. 248.

3
Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, hlm. 27-28.
4
A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, hlm. 110.
5
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1989, hlm.
6
Ibid, hlm. 249.
bahan makanan seperti beras, halia, bawang, daging dan madu lebah. Di Melaka, bahan-
bahan ini ditukar dengan lain belacu yang didapati dari India,7

.8 P. Wheatley menyatakan :

Kewibawaan Melaka ke atas Selat Melaka dipastikan apabila Iskandar Shah (Parameswara)
menghantar sepasukan perahu peronda yang dikendalikan oleh Celates. (Orang Laut ) untuk
memaksa kapal-kapal singgah di Melaka. Seperti dalam zaman Srivijaya.

Wang Gungwu turut merujuk hal ini pada kepintaran Parameswara yang
menyedari hakikat dan tuntutan tradisi bahawa Melaka adalah tradisi kepada Srivijaya.
Gibson-Hill telah membuat kesimpulan bahawa perubahan dan perkembangan Melaka
menjadi pusat perdagangan antarabangsa adalah berkat pengetahuan dan pengalaman
raja-raja awal Melaka tentang kegiatan sosioekonomi Srivijaya dahulu bukan secara
kebetulan. Kenyataan ini selari dengan laporan Ma Huan dan Fei Hsin yang telah
menyebut perancangan ekonomi mestilah terlebih dahulu dilengkapkan dengan
perancangan pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun.9

Kerap dikatakan bahawa tradisi Melaka adalah penerusan atau warisan tradisi
Srivijaya. Ini berlaku secara kebetulan. Parameswara, iaitu pemerintahan Melaka yang
pertama adalah daripada keturunan kerabat diraja Palambang. Beliau diusir dari keraton
Palembang akibat desakan pengaruh Jawa di Sana. Mungkin pengalaman politik dan
proses ekonomi yang dialami oleh Parameswara semasa berada di Palambang dan Jambi
telah membantu beliau untuk menyusun strategi memaju serta menjadikan Melaka
sebagai ‘emporium’ Melayu pada abad ke-15.10

7
Ibid, hlm. 249.
8
Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2006, hlm. 23.
9
Muhammad Yusof Hashim , Kesultanan Melayu Melaka : Kajian beberapa Aspek Tentang Melaka Pada
Abad ke-15 dan Abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pusaka, 1989, hlm
242.
10
Muhammad Yusoff Hashim Ph,D., Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1989, hlm. 239.