Anda di halaman 1dari 2

seminar kerjaya

Masintag (2015) meyatakan tidak ada manusia yang tidak mengenali potensi diri selain
daripada dirinya sendiri, tapi kerana pandangan manusia sering terleka dan sebagainya, maka
potensi tersebut sering terabai tanpa disedari. Begitu juga dengan pelajar teknikal, mereka juga
sering kebingungan tentang potensi apa yang ada pada diri mereka. Oleh itu, dengan menyertai
seminar kerjaya pelajar akan lebih mengenali potensi diri di samping memahami kesedaran
kendiri. Melalui seminar kerjaya juga pelajar akan turut dapat mengenal pasti kelemahan dan
kelebihan diri masing-masing dengan lebih baik ( ).

bengkel pembangunan kerjaya

Melalui bengkel pembangunan kerjaya, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai maklumat
pekerjaan selepas tamat pengajian dan juga kemahiran komunikasi berkesan (Abd. Rashid,
2016). Pelajar dan graduan perlu menyertai bengkel pembangunan kerjaya bagi meningkatkan
kemahiran teknikal dan elemen kaunseling diri masing-masing. ( Yunus) pelajar juga turut
beranggapan bahawa mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam kerjaya dengan
menyertai bengkel pembangunan kerjaya dan turut memberikan peluang untuk meningkatkan
elemen kaunseling diri pelajar. Bengkel pembangunan kerjaya yang dijalankan akan dapat
meningkatkan tahap motivasi para pelajar selain membina imej yang baik dikalangan pelajar.

Keberkesanan pembangunan kerjaya membolehkan para pelajar untuk menambah peluang bagi
mencapai matlamat dalam pencarian pekerjaan. Malah, ia boleh diselarikan dengan minat,
kepakaran dan nilai individu yang dipegang (Bakri et al., 2009). Dengan ini, pembangunan
kerjaya hendaklah dilihat sebagai satu usaha kerjasama yang berterusan antara institusi dan
organisasi industri dalam memilih dan memantapkan sumber tenaga kerja agar menjadi lebih
kompeten dan mampu membawa organisasi ke satu tahap yang lebih cemerlang pada masa
akan datang.

Latihan Kemahiran Kerjaya

Latihan boleh juga dirujuk sebagai perancangan yang sistematik untuk mengubah atau
mengembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap, ia bertujuan untuk mencapai prestasi
yang efektif. Latihan juga merupakan elemen yang penting untuk meningkatkan keupayaan
seorang pelajar dengan cara memastikan mereka memperoleh pengetahuan, kemahiran, dan
keupayaan untuk meningkatkan prestasi mendapatkan pekerjaan. Menurut Carcio (1989),
latihan merupakan program terancang yang direka untuk meningkatkan prestasi diperingkat
individu, kumpulan, dan organisasi. Prestasi yang berubah samaada bertambah baik atau
sebaliknya menunjukkan perubahan yang dapat diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap
dan kelakuan sosial.

Hal ini demikian kerana, apabila seseorang pelajar menjalani latihan, dia akan mendapat
pengalaman baru dan mampu untuk mengaplikasikan di dalam pekerjaannya kelak. Selain itu,
pelajar juga dapat merangka pelbagai strategi yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan oleh organisasi yang akan disertainya. Seterusnya adalah aspek keberkesanan
iaitu memberi kesan positif terhadap pelajar supaya lebih kompetitif dan berkesan dalam
mencari dan mendapatkan pekerjaan. Secara tidak langsung dengan adanya latihan dapat
meningkatkan persaingan antara pelajar untuk bekerja dan melakukan tugas dengan lebih
berkesan dan berkualiti.

Abd. Rashid, A. R. (2016). Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya.
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd: Kuala Lumpur

Ahmad Khairi ( ). Definisi Latihan Dan Pembangunan

Bakri, N., Yoong, Soon Kiong, dan Hussin, H. (2009). Hubungan antara peranan individu dan
organisasi dengan amalan pembangunan kerjaya. Journal of Human Capital Development

Masintag, S. (2015). Pembangunan Kerjaya Dalam Organisasi. Bahagian Saraan. Jabatan


Perkhidmatan Awam Negeri

Anda mungkin juga menyukai