Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN 1

Huraikan maksud moral dalam Pendidikan Moral. Dengan menggunakan contoh - contoh

yang sesuai anda dikehendaki menjelaskan jenis-jenis nilai dalam Pendidikan Moral.

Moral merupakan perkataan yang berasal Bahasa Latin yang bererti tingkah laku. Pendidikan
Moral sangat penting kepada manusia dalam menjalankan kehidupan seharian.Moral merupakan
nilai positif yang dimiliki oleh seseorang individu.Individu yang tidak memiliki moral digelar
sebagai amoral. Menurut George Lundberg semua objek mempunyai nilai dan manusia bertindak
terhadap objek itu supaya dapat mengekalnya atau menambah hak kepunyaan individu.
Seseorang individu yang yang mengamalkan nilai-nilai murni akan dipandang mulia oleh
masyarakat sekeliling. Moral didefinisikan sebagai suatu etika yang harus dipatuhi oleh insan
yang digelar sebagai manusia di dunia. Menurut Chaplin (2006) moral yang sesuai dengan aturan
yang mengatur hukum sosial atau adat atau perilaku. Menurut Hurlock (1990) moral adalah
sopan santun, kebiasaan, adat istiadat dan aturan perilaku yang telah menjadi kebiasaan bagi
anggota suatu budaya. Terdapat beberapa jenis nilai yang perlu dipatuhi antaranya nilai
instrumental, nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak. Pengamalan
nilai-nilai ini seseorang individu dapat meningkatkan keperibadian sendiri dan juga mampu
menjadi contoh yang kepada orang lain.

Nilai instrumental bermaksud suatu nilai asas yang perlu dimiliki atau tidak oleh seseorang
individu dengan tujuan mencapai sesuatu matlamat, hasrat dan sebagainya. Nama lain bagi nilai
instrumental ialah nilai ekstrinsik. Contohnya, Neela memberi gula-gula kepada adiknya. Tujuan
Neela adalah supaya adiknya dapat meningkatkan bakat dia dalam mewarna.Nilai intrinsik
didefinisikan sebagai penerimaan atau tolakan tanpa mengambil tahu kesannya. Hal ini boleh
menjadi kesan positif atau negatif kepada orang lain. Contohnya pihak polis merotan murid yang
mengedar dadah kerana kewajipannya dari segi undang-undang dan bukan atas tujuan
membendung kes dadah.

Nilai subjektif merupakan sesuatu fakta berdasarkan pandangan atau pendapat orang lain.
Contohnya, Hari melanjutkan pelajaran di luar negara atas permintaan ibu bapanya tetapi dia
tidak menyukainya dan menganggap pembaziran sumber kewangan. Nilai objektif dimaksudkan
sebagai perkara yang diterima atau ditolak tanpa mengambil tahu baik dan buruk serta bebas
pandangan. Contohnya, penderaan kanak-kanak adalah satu perbuatan yang patut dihapuskan.
Nilai relatif ditakrifkan sebagai nilai yang diterima oleh segelintir masyarakat dan juga
ditolak oleh masyarakat lain mengikut adat resam, budaya, agama, kepercayaan dan lain-lain.
Contohnya masyarakat Melayu boleh mengahwini empat orang isteri tetapi masyarakat India
tidak mengizinkan perkahwinan sebegitu.Nilai mutlak adalah suatu nilai yang tidak bergantung
atau terikat kepada sesebuah masyarakat.Contohnya, badan yang sihat adalah badan yang tidak
berpenyakit.

Konkluksinya, nilai-nilai murni sangat penting dalam diri seseorang manusia demi
menjalankan kehidupan. Seseorang insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, etika kehidupan
dan berbudi bahasa akan dipandang sanjung oleh masyarakat di sekeliling. Hal ini dapat
meningkatkan nama baik diri, keluarga dan negara. Oleh itu semua pihak harus berhasrat untuk
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Anda mungkin juga menyukai