Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN

Sangeetha : Selamat pagi tuan.

Encik Saminathan : Selamat pagi.

Sangeetha : Saya ingin menemubual tuan atas tujuan mendapatkan tunjuk ajar

motivasi mengenai pengamalan nilai murni dalam kehidupan seseorang

individu. Apakah pendapat tuan tentang kepentingan Pendidikan Moral

dalam kehidupan seseorang?

Encik Saminathan : Pendidikan moral sangat penting dalam kehidupan seseorang individu.

Moral merupakan tunjang bagi kejayaan seseorang individu. Seseorang

individu perlu mempunyai nilai-nilai murni dalam keidupan agar

disanjung tinggi oleh masyarakat.

Sangeetha : Apakah pendapat tuan mengenai remaja pada masa kini dengan

pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan?

Encik Saminathan : Remaja pada masa kini kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam

kehidupan. Mereka lebih mementingkan kebebasan dan tidak terikat

norma-norma kehidupan. Contohnya, remaja pada masa kini kurang

menghormati orang tua, ingkar perintah ibu bapa dan sebagainya.

Sangeetha : Apakah cara yang boleh dilaksanakan supaya remaja pada masa kini

dapat mengikuti nilai-nilai moral dalam kehidupan mereka?

Encik Saminathan : Peranan ibu bapa, guru, rakan sebaya dan media massa sangat penting

menangani isu moral dalam kalangan remaja pada masa kini. Ibu bapa

perlu mendidik anak mereka dengan sempurna dan ibu bapa juga harus

menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya mereka

dapat mengamalakan nilai-nilai positif. Hal ini kerana melentur buluh


biarlah dari rebungnya. Selain itu, peranan guru amatlah penting di

sekolah. Remaja pada masa kini lebih meluangkan masa di sekolah

berbanding dengan rumah. Guru perlu mengenali masalah-masalah

yang dihadapi oleh seseorang remaja dan mencuba untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Kebanyakkan remaja segan untuk

mengkongsi masalah yang dihadapi. Sebagai seorang guru saya

mengambil insiatif dalam menangani masalah tersebut. Apabila

seseorang guru mengambil berat dengan anak muridnya maka murid


tersebut akan dirinya dihormati dan disayangi dan ini membantu remaja
tersebut untuk mengamalkan nilai-nilai moral dalam kehidupannya. Di
samping peranan rakan sebaya, saya juga mengkongsikan teknik-teknik
yang digunakan dengan rakan sekerja saya dalam menangani isu moral
dalam kalangan remaja. Rakan sebaya merupakan seseorang yang
berada bersama dengan kita sewaktu keadaan susah dan senang.

Sangeetha : Apakah faktor yang mengakibatkan remaja pada masa kini cenderung

terhadap gejala - gejala negatif?

Encik Saminathan : Menurut saya dalam mengejar dunia kemewahan ibu bapa terlalu

materialistik dalam mendirikan dan menjalankan sesebuah keluarga. Ini

menyebabkan mereka tidak akan mendapat kasih sayang yang

secukupnya kasih sayang berbanding dengan anak – anak yang diasuh

dan dibesarkan oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Hal ini

menyebabkan mereka tidak mempedulikan perkembangan anak-anak

mereka dengan masyarakat luar. Hal ini menyebabkan mereka pengaruh

dengan perbuatan - perbuatan negatif yang terdapat di sekeliling mereka

kerana mereka tidak tahu membezakan yang buruk dan baik. Sebagai

seorang guru , boleh mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya yang


mereka tidak dapat di keluarga dengan mengetahui masalah mereka dan

membantu anak murid saya untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh mereka.

Sangeetha : Di negara kita terdapat sekolah vernakular dan sekolah wawasan.

Sekolah vernakular merupakan sekolah yang mempunyai kaum murid


yang sama agama. Keutamaan pendekatan yang digunakan mengikut

kepada bahasa dominan yang terdapat dalam sekolah tersebut.

Manakala dalam sekolah wawasan pula tiga buah sekolah

yang berlainan bahasa akan digabungkan di bawah satu kawasan.

Sekolah wawasan dapat mewujudkan perpaduan antara kaum dan juga

boleh menyebabkan perselisihan faham antara satu sama lain. Pada

pendapat encik, apakah masalah moral yang boleh berlaku dan

apakah cara yang diaplikasikan oleh encik sebagai seorang guru dalam

menangani isu ini untuk di sekolah?

Encik Saminathan : Pada pendapat saya sekolah wawasan merupakan satu konsep yang baik

dalam usaha memperkasakan perpaduan antara kaum di sekolah tetapi

kemungkinan besar masalah-masalah sosial boleh berlaku antara murid

dengan murid, guru dengan murid yang berlainan agama dan

sebagainya. Hal ini kerana sekolah wawasan tiga buah sekolah perlu

mengkongsikan kemudahan yang disediakan seperti kantin dan padang

sekolah. Dari situlah masalah akan muncul. Oleh itu peranan sebagai

guru sangat penting dalam menangani masalah ini. Guru dari ketiga-

tiga sekolah tersebut perlu mengadakan rundingan dan rundingan


tersebut harus adil dan saksama serta tidak berat sebelah kepada mana-

mana pihak. Di samping itu, sebagai seorang guru, perlu mendidik anak

muridnya dengan menekankan nilai bertolak ansur, tolong-menolong

antara satu sama lain. Apabila seseorang guru mendidik anak muridnya

dengan nilai-nilai moral maka terbentuklah seorang insan yang bermoral

dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek. Maka individu tersebut akan

dipandang mulia oleh masyarakat.

Sangeetha : Apakah pandangan encik mengenai kasih sayang terhadap anggota

keluarga?

Encik Saminathan : Keluarga merupakan sesuatu organisasi yang penting dalam membentuk

seseorang individu. Kasih sayang terhadap anggota keluarga sangat

penting supaya mereka tidak terciri dari keluarga dengan melibatkan diri

dalam aktiviti yang tidak baik. Kasih sayang boleh dicurahkan melalui

sambutan hari-hari istimewa agar mereka rasa diri mereka dihargai

akan menyumbang lebih banyak untuk mengekalkan keharmonian

keluarga.

Sangeetha : Alam merupakan khazanah yang dikurnikan oleh tuan kepada manusia

untuk menjalankan kehidupan mereka dengan sempurna tetapi terdapat

segelintir masyarakat yang kurang mengambil insiatif tentang

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar antaranya membuang

membuang sampah di sungai, menebang kotor tanpa had, pelepasan

asap yang bertoksid dari kilang dan sebagainya. Sebagai seorang insan
yang bermoral bagaimanakah perkara-perkara ini dipandang dan adakah

perbuatan sebegini perlu diambil tindakan serta apakah tindakan yang


akan dilakukan oleh encik ?

Encik Saminathan : Perbuatan sebegini berlaku disebabkan oleh sikap manusia yang tidak

bertanggungjawab. Masyarakat pada masa kini kurang rasa peranan

mereka dalam menjaga alam sekitar. Nilai-nilai moral seperti cinta akan

alam sekitar perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Penaakulan

moral sangat penting dalam perkara ini.

Sangeetha : Sekiranya encik berhadapan dengan seorang budak yang ingin

melanjutkan pelajaran tetapi keadaan keluarganya

Sangeetha : Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik kerana sudi

meluangkan masa bersama saya untuk berkongsi pandangan encik

tentang penaakulan moral, emosi moral dan tindakan yang dilakukan

oleh encik.

Encik Saminathan : Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai