Anda di halaman 1dari 4

APLIKSASI YANG DIGUNAKAN DALAM INOVASI EXPLORE MAP

1.KOD QR ( QR CODE)

Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia
merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah
syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat
menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi
maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi
empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan
maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.

FUNGSI DAN KEGUNAAN KOD QR

Sesebuah kod QR dikesan pengimbas imej digital 2 dimensi yang kemudiannya dianalisakan
oleh suatu pemproses yang diprogramkan. Pemproses ini menentukan tiga segi empat yang
unik pada penjuru imej kod QR menggunakan (satu atau lebih segi empat yang lebih kecilpada
penjuru keempat untuk menetukan saiz, orientasi serta sudut pandang. Titik-titik kecil
sepanjang kod QR ditukarkan kepada nombor binary serta disahkan dengan algoritma
pembetul ralat.

Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang
segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan
yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama. Kod QR
yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad,
papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi
yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu
rangkaian mudah alih.Ia boleh digunakan untuk menyimpan maklumat akaun bank atau kad
kredit; mahupun sebagai komponen utama dalam aplikasi pembayaran dalam talian (antara
contoh yang terbaik ialah WeChat Pay dan PayTM. Ada juga permainan video tertentu turut
menerapkan teknologi ini sebagai sebahagian daripada unsur mekanisme bermain atau cerita
dalam permainan tersebut
.

2.PLICKERS

Aplikasi Plickers telah dibangunkan oleh Nolan Amy, seorang guru matematik di sebuah
sekolah tinggi di Richmond, California. Nolan telah mengambil masa beberapa tahun untuk
membangunkankan aplikasi ini. Beliau telah menyertai ImagineK12, sebuah komuniti dalam
talian untuk mendapatkan dana dan seterusnya melancarkan aplikasi ini kepada umum pada
tahun 2013. Nolan telah dibantu oleh beberapa orang rakan yang berpengalaman dalam bidang
TMK seperti Jenn Kim, Satoko Lom, Nicholas Hansen, Dianna Faulk dan Xiang Li. Kini terdapat
lebih dari 600 000 orang guru dari 190 buah negara seluruh dunia yang menggunakan aplikasi
ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Aplikasi ini boleh didapati dalam
pelantar mudah alih seperti iOS dan Android.

Plickers adalah aplikasi yang hanya menggunakan sebuah peranti digital sahaja dalam setiap
kelas. Respon dari setiap murid akan direkodkan melalui barkod sahaja. Murid diberi satu set
barkod QR pada kad indeks besar. Setiap kad kod boleh bertukar dalam empat orientasi. Setiap
orientasi memberikan jawapan yang berbeza. Apabila guru sudah bersedia untuk mengumpul
data, guru akan menggunakan aplikasi mudah alih Plickers untuk mengimbas kad untuk melihat
graf bar jawapan. Guru boleh membuat dan menyimpan seberapa banyak soalan dan jawapan
yang telah dijawab. Data yang dikumpul boleh dilihat dalam pelayar web atau aplikasi mudah
alih. Aplikasi ini juga boleh digunakan secara ‘offline’ atau ‘online’.
3.YOUTUBE

YouTube ialah sebuah tapak web pengehosan video dari Amerika Syarikat yang beribu pejabat
di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas
pekerja PayPal — Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia telah
dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65 bilion.YouTube kini beroperasi sebagai salah
satu anak syarikat Google.

Tapak web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, memberi penilaian,
berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada
kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan
Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para
pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip video, klip rancangan
televisyen, video muzIk, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan
kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan.

Kebanyakkan kandungan di YouTube dimuat naik oleh para individu, tetapi syarikat-syarikat
media seperti CBS, BBC, Vevo dan Hulu menawarkan beberapa bahan melalui YouTube
sebagai sebahagian daripada program perkongsian YouTube. Pengguna tidak berdaftar hanya
boleh menonton video pada tapak itu, manakala untuk mereka yang berdaftar dibenarkan untuk
memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen pada video. Video-video yang
dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh didapati bagi pengguna berdaftar yang
mengesahkan diri mereka berusia sekurang-kurangnya 18 tahun. Pada Disember 2016, tapak
web ini disenaraikan sebagai tapak kedua paling popular di Alexa Internet, syarikat analisis lalu
lintas web.

Anda mungkin juga menyukai