Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

0.1 Pendahuluan........................................................................................................................ 2
2.0 Sinopsis Filem Laskar Pelangi ................................................................................................ 3
2.0 Aspek Individu yang mempengaruhi Perkembangan Personaliti dan konsep kendiri
Mahar , Ikal dan Lintang................................................................................................................. 5
3.0 Perkembangan Kognitif dan Sosio emosi Ikal, Mahar dan Lintang ..................................... 7
4.0 Bagaimana Guru Memotivasikan Murid Melalui Watak ..................................................... 10
5.0 Penutup ................................................................................................................................... 11
RUJUKAN...................................................................................................................................... 12

1
Analisis Filem Laskar Pelangi Berdasarkan Aspek –aspek Berikut :
-Bincangkan aspek-aspek individu yang mempengaruhi perkembangan personalit dan
konsep kendiri Mahar, Ikal dan Lintang
-Bincangkan Perkembangan Kognitif dan Sosio emosi
- Bagaimana guru memotivasikan watak tersebut.

1.0 Pendahuluan

Filem Laskar Pelangi (2008) diarah oleh Riri Riza dan beliau juga menulis skripnya bersama
Salman Aristo. Filem ini mula ditayangkan di Indonesia pada 25 September 2008. Pada April
tahun 2009, filem ini ditayang di beberapa buah bandar di Australia. Filem Laskar Pelangi
merupakan sebuah filem adaptasi daripada novel yang menggunakan tajuk yang sama, iaitu
Laskar Pelangi karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun
2005. Pelbagai reaksi terhadap filem ini telah diterima dan filem ini dikatakan mendapat
sambutan yang baik di kalangan peminat filem Indonesia, (Sohaimi Abdul Aziz, 2011).
Filem ini bercerita tentang kehidupan sepuluh anak dari keluarga miskin yang bersekolah di
sebuah sekolah SD Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan.
Sepuluh anak Itu adalah: Ikal, Lintang, Sahara, Mahar, A Kiong, Syahdan, Kucai,
Borek,Trapani, dan Harun. Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama, darikelas
I SD sampai kelas IX SMP, dan mereka menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi.

Kelebihan filem ini terletak pada jalinan cerita yang mampu memberikan inspirasi
dan motivasi pada pembaca untuk selalu berjuang menggapai cita-cita, meskipun dalam
keadaan yang terbatas dan sederhana. Lintang mempunyai perilaku yang baik, tidak mudah
putus asa, kritis, mempunyai imaginasi yang tinggi, cerdas, berdikari, seorang anak yang
suka membaca buku, dan pribadi yang optimis dalam menghadapi banyak persoalan. Watak
Lintang mampu memberikan semangat kepada teman-temannya untuk tetap semangat
dalam belajar dan meraih cita-cita yang tinggi, meskipun dalam keadaan yang serba
sederhana. Kemiskinan dan kesederhanaan hidup bukan hal yang memupuskan cita-cita,
tetapi merupakan semangat dalam merubah keadaan hidup (Kusumaningrum, 2009)

2
2.0 Sinopsis Filem Laskar Pelangi

Belitong ialah , sebuah pulau yang terletak di Sumatera Timur, di Laut Jawa. Belitong
terkenal dengan timah dan lada hitamnya. Pulau yang seluas 3,000 batu persegi itu
mempunyai pantai yang cantik, dan hasil bumi yang lumayan. Walau bagaimanapun, pada
waktu yang sama, pulau ini juga dilanda kemiskinan. Penduduknya lebih kurang 200,000
orang dengan etnik Melayu, sebagai etnik majoriti dan diikuti oleh etnik-etnik lain seperti
Bugis, Sunda-etnik dan Cina. Sejak zaman Belanda iaitu kira-kira abad ke-19, kebanyakan
pendudukBelitong bekerja sebagai buruh dengan syarikat perlombongan timah. Ramai
jugayang menjadi nelayan Sebagaimana yang diperlihatkan dalam novel Laskar Pelangi
(2008 cetakan ke- 28), Kemiskinan ini menyebabkan mereka tidak mementingkan pelajaran
untuk anak mereka. Bagi ibu bapa, mereka beranggapan bahawa anak mereka tidak perlu
bersekolah kerana mereka secara pesimistik melihat bahawa anak mereka akan menjadi
buruh di PT Timah. Sikap ini menunjukkan bahawa sukar berlaku mobiliti sosial di kalangan
masyarakat di Belitong. Kumpulan elit di sana akan terus maju, sementara kumpulan
terpinggir akan terus terpinggir. Dari segi fizikal, wujud satu kawasan elit yang dikenali
sebagai Gedong, yang kehidupannya lebih baik berbanding di tempat-tempat lain. Wujud
tembok pemisah dan dikonkritkan dengan tanda amaran, ''Dilarang Masuk bagi Yang Tidak
Memiliki Hak''. Gedong adalah satu kawasan yang wujud hasil daripada perlombongan bijih
timah oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai PT Timah dan syarikat ini menjalankan
perlombongan timah yang diwarisi daripada penjajah.

Di Gedong, terdapat sebuah sekolah moden iaitu Sekolah PN yang baik dari segi
pengurusan, kemudahan pengajaran dan pembelajarannya. Sekolah PN merupakan
sekolah yang bertaraf Center of Excellence bagi Pulau Belitong. Gurunya terlatih dan
mendapat bayaran yang lumayan. Oleh kerana sekolah ini merupakan sebuah sekolah elit,
pelajar dan gurunya memandang rendah kepadamsekolah-sekolah lain seperti Sekolah
Dasar (SD) Muhammadiyah yang serba miskin. Hanya segelintir ibu bapa yang mahu
menghantar anak mereka belajar di sekolah itu, itu pun atas alasan tertentu. Antaranya ialah
SD Muhammadiyah tidak mengenakan sebarang yuran; ibu bapa mahu anak mereka
mendapatkan pendidikan agama yang lebih serius; SD Muhammadiyah menjadi pilihan
kerana sekolah ini adalah sebuah sekolah agama dan dipilih kerana mereka tidak ada
pilihan lain . Dengan kata lain, ibu bapa yang mementingkankualiti pendidikan dari segi
pengajaran dan pembelajaran serta kemudahan di sekolah tidak akan menghantar anak
mereka ke SD Muhammadiyah. Lantaran itu, segelintir sahaja ibu bapa yang mahu

3
menghantar anak mereka ke sekolah ini, maka SD Muhammadiyah menghadapi
kekurangan pelajar sehingga hamper mahu ditutup. Pihak kerajaan mensyaratkan bahawa
setiap kelas yang ingin dibuka mesti memiliki sekurang-kurangnya 10 orang pelajar. SD
Muhammadiyah hamper ditutup kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Nasib baik, pada
saat-saat akhir muncul seorang murid yang dapat menyelamatkan bukan sahaja kelas
berkenaan tetapi juga sembilan pelajar lain yang mula resah menanti. Bertolak daripada 10
orang pelajar itu, maka filem Laskar Pelangi berkembang dengan memaparkan kehidupan
mereka yang bersemangat waja untuk belajar di sekolah. Mereka diperlihatkan bersekolah
di kelas yang sama sejak dari Kelas 1 SD hingga ke Kelas 3 SMP (Sekolah Menengah
Pertama). Guru mereka juga merupakan guru sejati yang terus membimbing mereka dengan
pelbagai nasihat dan teguran. Pelajar-pelajar itu ialah Ikal, Lintang, Mahar, Trapani, Kucai,
A. Kiong, Syahdan, Harun, Sahara dan Samson. Kemudian masuk pula Flo, pelajar dari
Sekolah PN di Gedong. Sekolah yang dibangun atas jiwa ikhlas daripada dua orang guru,
seorang guru besar yang sudah tua, Bapak Harfan Efendy Noor dan ibu guru muda, Ibu
Muslimah Hafsari, yang juga sangat miskin, berusaha mempertahankan semangat besar
pendidikan anak-anak miskin di daerah itu (Sohaimi Abdul Aziz, 2011).

Filem Laksar Pelangi ini mempunyai tema- tema yang mengandungi aspek moral,
ditambah lagi dengan jalan cerita yang bagus, pemakaian gaya bahasa, bentuk kalimat,
ungkapan/metafora yang baik serta skrip filem yang menyentuh hati. Pengarang novel
Laskar Pelangi iaitu Andrea Hirata bukanlah orang yang berkecimpung dalam dunia seni
dan sastera, namun ketika novel tersebut terbit,ramai orang yang mengimbau kenangan
masa kecilnya denga jalan filem laskar pelangi, yang mengisahkan tentang dedikasi yang
tinggi seorang guru dan semangat murid-murid yang kental untuk menuntu ilmu (Siti
Aminah, 2008)

Keajaiban terjadi ketika SD Muhamaddiyah, dipimpin oleh salah satu laskar pelangi
mampu menjuarai karnival mengalahkan sekolah PN dan keajaiban mencapai puncaknya
ketika tiga orang anak anggota laskar pelangi (Ikal, Lintang, dan Sahara) berhasil menjuarai
lomba cerdas tangkas mengalahkan sekolah-sekolah PN dan sekolah-sekolah negeri. Suatu
prestasi yang puluhan tahun selalu dijuarai oleh sekolah-sekolah PN.

Manakala kejadian yang paling menyedihkan melanda SD Muhamaddiyah ketika Lintang,


murid paling genius di sekolah itu harus berhenti sekolah padahal cuma tinggal beberapa
bulana sahaja lagi bagi menyelesaikan SMP. Dia harus berhenti kerana dia anak lelaki
sulung yang harus menafkahi keluarga, sebab ketika itu ayahnya meninggal dunia.

4
Meskipun awal tahun 90-an sekolah Muhamaddiyah itu akhirnya ditutup kerana
sudah tidak mampu menanggung kos perbelanjaan sendiri tetapi semangat, integriti,
keluruhan budi, dan ketekunan yang diajarkan Pak Harfan dan Bu Muslimah tetap hidup
dalam hati para laskar pelangi. Akhirnya kedua guru itu dapat berbangga karena diantara
sebelas orang anggota laskar pelangi sekarang ada yang menjadi wakil rakyat, ada yang
menjadi research and development manager di salah satu perusahaan multi nasional paling
penting di negeri ini, ada yang mendapatkan biasiswa international kemudian melakukan
research di University de Paris, Sorbonne Semua itu, buah dari pendidikan akhlak dan
kecintaan intelektual yang ditanamkan oleh Bu Mus dan Pak Harfan. Kedua orang hebat
yang mungkin belum pernah keluar dari pulau mereka sendiri di ujung Selatan Sumatera
sana .

2.0 Aspek Individu yang mempengaruhi Perkembangan Personaliti dan konsep


kendiri Mahar , Ikal dan Lintang

Perkembangan Personaliti seseorang individu dipengaruhi oleh dua faktor. Yang pertama
faktor Baka iaitu faktor biologi yang merupakan sesuatu yang sedia ada dalam gen yang
kita warisi . Setiap manusia mempunyai kecenderungan dalaman untuk bertigkah laku
dalam cara tertentu. Faktor kedua ialah faktor persekitaran yang melibatkan asuhan
keluarga , persekitaran sosial seperti pergaulan rakan sebaya yang membawa kepada
aspek peniruan, media massa seperti television, radio surat khabat dan majalah.

Dalam perbincangan berkaitan dengan teori personality humanistik Rogers (1961


,1980 ) menerangkan bahawa kendiri merupakan aspek utama dalam perkembangan
personality seseorang . Aspek kendiri

Perkara ini dapat dilihat dalam watak Mahar, Ikal dan Lintang yang mempunyai perbezaan
fizikal, latar belakang keluarga dan persekitaran hidup di rumah yang berbeza. Sekalipun
mereka adalah rakan sebaya tetapi Lintang kelihatan lebih matang dari sudut pemikiran dan
sosial interaksi dengan orang yang lebih dewasa. Ini kerana Lintang merupakan anak
sulung dalam keluarga dan mempunyai adik beradik yang ramai, beliau memikul tanggung
jawab dan amanah dalam menjaga adik-adiknya . Faktor kemiskinan keluarga juga
memaksa Lintang berusaha keras menimba ilmu pengetahuan demi menjamin masa
depannya. Namun atas desakan ketiadaan ibu bapanya memaksa beliau untuk berhenti
belajar. Manakala Ikal pula dilihat lebih kemas penampilannya berbanding sahabat-sahabat
yang lain kerana Ikal mempunyai keluarga yang agak sederhana yang masih menjaga
makan minum dan pakaiannya. Adapun Mahr pula dilihat berpenampilan santai sesuai

5
dengan tingkah lakunya yang meminati bidang seni. Walaubagaimanapun latar belakang
keluarga Mahar tidak banyak diceritakan dalam babak-babak filem Laskar Pelangi.

Melalui faktor –faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, ia akan


menghasilkan kosep kendiri yang berbeza, jika perkembangan personaliti individu itu lebih
harmonis dan baik maka ia akan melahirkan konsep kendiri yang positif, namun jika
perkembangan personaliti seseorang itu tidak baik dan tidak membina jati dirinya maka
lahirlah konsep kendiri negatif.

Adapun konsep kendiri Ikal pula seorang yang mudah mesra dengan semua orang
namun ada ketikanya konsep kendiri negatif Ikal kelihatan apabila berlaku situasi yang
mengecewakannya sama juga seperti Mahar, mereka berdua merasa putus asa ketika
ketiadaan guru, hal ini dapat dilihat kekecewaan mereka dengan merasa putus asa ketika
pak Affan meninggal dunia, seperti kata Ikal : “apa gunanya sekolah tanpa pelajar dan tanpa
guru. Namun setelah dipujuk dan diberi perangsang dan kata-kata semangat oleh Lintang
barulah Mahar dan Ikal merasa sedikit tenang. Ini membuktikan bahawa pengaruh rakan
sebaya sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap konsep diri seseorang.

i) Konsep Kendiri Ikal

Ikal seorang yang sensitif dan romantis ia merasa jatuh cinta dengan seorang gadis
Tionghoa anak pemilik took perniagaan di daerah itu.
Ikal dalam filem Laskar pelangi berperanan sebagai „aku‟ merupakan watak utama. Di
sekolah ia termasuk murid yang agak pandai, namun kepandaiannya masih di bawah dari
sahabatnya Lintang. Ia selalu berada di tempat kedua di sekolah selepas Lintang. Ikal
termasuk orang yang tidak mudah putus asa, selalu bersemangat melakukan hal yang ia
sukai. Dia begitu menyukai dunia sastera terutama puisi.

Konsep kendiri negatif yang ada pada Ikal antaranya ialah merasa kecewa dan putus
asa ketika Pak Haffan meninggal dunia. seperti kata Ikal dalam dialognya : “apa gunanya
sekolah tanpa pelajar dan tanpa guru”. Namun setelah dipujuk dan diberi perangsang dan
kata-kata semangat oleh Lintang barulah Ikal merasa sedikit tenang. Ini membuktikan
bahawa pengaruh rakan sebaya sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap konsep diri
seseorang.

ii) Konsep Kendiri Lintang

Jika diperhatikan konsep kendiri Lintang lebih menyerlah , beliau mempunyai


keyakinan diri dan semangat juang yang kental sama ada dalam menuntut ilmu mahupun

6
dalam aspek kehidupan yang lain. Lintang menyayangi dirinya dan orang lain, beliau sedia
maklum akan kepentingan dirinya dan berusaha ke arah meningkat dan mengembangkan
aspek diri , berfikiran positif , bertanggunjawab terhadap pilihan dan tindakan yang dibuat.
Lintang mempunyai konsep kendiri yang positif. Walaupun harus menempuh jarak 80
kilometer untuk pergi dan pulang sekolah ditambah dengan perlu melewati jalan seekor
buaya dan hujan yang turun namun tidak membuat hatinya gentar daripada semangat
belajar. Ayahnya adalah seorang nelayan miskin yang bertanggung jawab menafkahi anak-
anak nya. Di sekolah, Lintang begitu serius belajar dan aktif. Otaknya yang genius dan
cermat membawa kumpulan SD Muhammadiyah menjadi pemenang dalam Pertandingan
Lumba Cerdas Cermat. Lintang sangat suka membaca dan mempelajari berbagai ilmu
penngetahuan. Lintang juga tidak lokek menyampaikan ilmunya kepada teman-teman yang
lain.

iii) Konsep Kendiri Mahar

Mahar merupakan murid yang kreatif berimaginasi dan sering diremehkan oleh kawan-
kawannya yang lain dia merupakan seniman yang menaikkan nama SD Muhammadiyah
dalam Karnival 17 ogos. Mahar memiliki bakat dalam bidang seni, baik menyanyi, melukis,
seni rupa dan sebagainya. Pemikirannya sangat kreatif. Anak comel ini termasuk orang
yang menggemari dongeng-dongeng yang tidak masuk akal (mungkin kerana ia terlalu
berimaginasi). Mahar sering kali diejek dan ditertawakan teman-temannya karena
pemikirannya dianggap aneh.
Antara konsep kendiri negatif Mahar ialah dia mempercayai perkara-perkara mistik dan
pernah mendatangi tuk bayan tula seorang paranormal senior di pulau lanun.

3.0 Perkembangan Kognitif dan Sosio emosi Ikal, Mahar dan Lintang
Perkembangan kognitif merujuk perkembangan mental yang melibatkan kematangan aktiviti
mental seperti keupayaan intelektual dalam pemprosesan maklumat serta perkembangan
pertuturan dan perolehan bahasa (Wong Kiet Wah et, al 2016) .Hasil daripada kematangan
sistem saraf otak menyebabkan kanak-kanak berupaya untuk menghasilkan aktiviti – aktiviti
mental seperti berfikir , menaakul, menganalisis , membentu konsep dan menyelesaikan
masalah (Sigelman & Rider 2012)

Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1896-1980) Jeans Piaget merupakan seorang


ahli psikologi yang terkenal dalam bidang perkembangan kognitif, beliau menumpukan
perhatiannya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak. Berdasarkan kajian Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak terdapat peringkat ini sebagai :

7
i. peringkat deria motor (0-2 tahun),
ii. peringkat praoperasi (2-7 tahun),
iii. peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan
iv. peringkat operasi formal (12 tahun hingga Dewasa).

Berdasrkan teori Piaget ini dapat dilihat bahawa perkembangan kognitif Ikal, Mahar
dan Lintang adalah pada usi 7- 12 tahun iaitu pada peringkat operasi konkrit. Pada tahap ini
mereka berkeupayaan untuk berfikir tentang sesuatu objek atau peristiwa dengan logik
melalui penaakulan (resoning) dan bukannya persepsi semata-mata (Mariani et.al ., 2008:
Lampl, 2008) Hal ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak peringkat sekolah rendah telah
mempunyai keupayaan berfikir dan menaakul yang jauh lebih baik daripada peringkat pra
sekolah.

Di peringkat prasekolah, keupayaan memori jangka pendek meningkat dengan pesat


dan selepas usia tujuh tahun keupayaan memori jangka panjang pula semakin meningkat .
Kanak-kanak akan sentiasa membina dan membina semula (construct and reconstruct )
memori mereka (Mariani et al 2008) Hal ini juga yang terjadi kepada Lintang dalam
memproses maklumat matematik yang dipelajarinya sehingga beliau dapat menguasai ilmu
pengetahuan matematik dan sekaligus menjuarai pertandingan antara sekolah-sekolah lain
di daerah tersebut. Manakala Ikal mempunyai kemahiran memproses maklumat berkaitan
fakta-fakta sejarah dan kenegaraan. Mahar pula gemar mendengar lagu-lagu dan nyanyian
atau muzik sehingga beliau pantas memproses maklumat berkaitan karya-karya seniman.

Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahwa


perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak tidak berkembang dalam suatu situasi
sosial yang hambar. Vygotsky bersetuju dengan Piaget yang perkembangan kognitif individu
berlaku secaranberperingkat-peringkat, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan
Piaget bahwa kanak-kanak boleh menjelajahi dunianya sendiri dan membentuk
gambaranrealiti secara sendiri. (Institut Pendidikan Guru Malaysia , 2017)

Gardner (1993) menjelaskan bahawa kecerdasan kanak-kanak bukan sahaja terhad


kepada kepintaran mental sahaja tetapi merangkumi pintar bahasa , pintar logic matematik ,
pintar bunyi, pintar ruang , pintar kinestatik , pintar perhubungan , pintar diri, pintar alam dan
pintar nilai . Tidak semua kanak-kanak dilahirkan cerdik dalam akademiknya da nada kanak-
kanak yang hanya akan terserlah pencapaian akademiknya pada peringkat yang lewat
sedikit . Namun demikian, rangsangan kognitif daripada ibu bapa yang disesuaikan dengan
tahap perkembangan kognitif anak-anak akan menggalakkan perkembangan intelek yang
subur (Wong Kiet Wah et,.al. 2016). Dalam filem Laskar Pelangi memperlihatkan bahawa
walaupun ibu bapa Mahar, Ikal dan Lintang bukanlah terdiri di kalangan ibu bapa yang

8
terpelajar namun mereka masih mempunyai inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka
belajar di sekolah kerana menyedari kepentingan pendidikan terhadap anak-anak. Kerana
dengan pendidikan, secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi perkembangan koginitif
anak-anak.

Perkembangan kognitif seseorang individu juga memainkan peranan terhadap


perkembangan moral seseorang. Perkembangan moral ialah melibatkan perubahan
pemikiran dan tingkah laku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan. Ia melibatkan regulasi
dalaman seseorang individu dan interaksi sosial dengan individu lain di persekitaran
mereka. Moral seseorang individu terbahagi kepada tiga komponen iaitu komponen emosi,
komponen kognitif dan komponen tingkah laku (Wong Kiet Wah, et, al. 2016) Sepertimana
yang terjadi dalam babak Mahar yang mempercayai perbuatan mistik atau tahyul ,lalu
dicanggah oleh Sahara dengan mengatakan perbuatan itu syirik. Di sini dapat dilihat
bahawa pemprosesan maklumat tentang syirik itu tidak dihadam oleh Mahar lalu
menghasilakn tingkah laku yang menjerumus ke arah perbuatan tersebut.

3.2 Perkembangan sosio-emosi

Emosi ialah salah satu elemen psikologi yang dialami oleh semua indidvidu dari segenap
peringkat umur (Martorell et.al 2014) dan (Bee & Boyd 2010) menjelaskan emosi merujuk
keupayaan kanak-kanak menunjukkan reaksi situasi dan tindak balas emosi ini
membayangkan perasaan seseorang pada ketika itu . Hal ini dapat dilihat dalam babak
Mahar yang sedih dan Ikal yang menangis dan menjerit memanggil nama Lintang ketika
Lintang selesai mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat dan guru nya kerana
terpaksa berhenti sekolah di atas kematian bapa nya. Ia menunjukkan bahawa Ikam
meluahkan perasaan sedihnya dalam situasi tersebut. Selain itu, babak Mahar yang
menyanyikan lagu –lagu yang didengarnya juga menonjolkan bahawa emosinya yang
bahagia ketika itu menyampaikan kata-kata melalui nyanyian yang penuh dengan emosi.

Kebolehan kanak-kanak untuk mengawal dan mengurus emosi adalah penting untuk
mereka dalam kontesk kehidupan sosial seperti interaksi dan pergaulan dengan kaun
keluarga , guru-guru dan rakan sebaya . Perkembangan emosi yang baik bergantung
kepada persekitaran sosial yang positif (Berns 2010. Kail & Cavanaugh 2010). Hal ini dapat
dicontohi melalui babak Lintang yang redha menerima takdir kematian bapanya. Dia tidak
menunjukkan emosi menangis atau meraung bahkan kelihatan tenang di hadapan adik-
beradiknya dan tenang menyampaikan berita tersebut kepada guru dan sahabatnya di
sekolah.

Menurut Santrock (2014) emosi merupakan perasaan yang merangkumi gabungan


rangsangan fisiologi (contohnya dengupan jantung yang laju dan tingkah laku yang nyata

9
(contohnya senyum dan menangis). Jelasnya emosi ialah sesuatu yang melibatkan
perasaan , gerak hati , tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi . Perkara ini yang berlaku
kepada Ikal dalam babak beliau jatuh cinta dengan anak toko perniagaan cina ketika itu
kerana tertarik dengan keindahan jari-jemari gadis tersebut. Dalam babak tersebut, Ikal
meletakkan tangan di dadanya yang menunjukkan dengupan jantungnya yang berdengup
kencang kerana perasaan cinta yang lahir ketika itu.

4.0 Bagaimana Guru Memotivasikan Murid Melalui Watak

Banyak nilai-nilai moral yang diajarkan oleh Bu Mus dan Pak Haffan kepada anak-anak
Laskar Pelangi, sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani mahupun intelek. Sebagai
contoh Bu Mus banyak membuat aktiviti berkumpulan di kalangan anak-anak muridnya
untuk mengajar mereka sikap bekerjasama. Hal ini dapat dilihat ketika mereka merancang
bersama –bersama sebelum menyertai pertandingan dan kerjasam semasa hari
pertandingan.

Antara cara yang dipraktiikan oleh Bu Mus dan Pak Haffan terhadap anak-anak
Laskar Pelangi ialah dengan memupuk ciri-ciri kepimpinan seperti melantik Kucai menjadi
ketua kelas kepada murid yang lain. Mereka berpeluang mengamalkan sikap demokrasi di
samping membantu membina keyakinan diri , misalnya memupuk murid mematuhi arahan
yang diberikan, dalam masa yang sama arahan dan tindakan guru mesti kekal konsisten
tanpa pilih kasih (Wong Kiet Wah et,al 2016)

Pak Haffan dan Bu Mus juga mendidik muri-murid menghargai dan menepati masa ,
memastikan perasaan selamat antara guru-murid dan murid-murid , misalnya Bu Mus
memastikan suasana sosioemosi bilik darjah positif, selesa dan selamat, membantu murid
menyedari dan menerima hakikat bahawa membuat kesalahan adalah satu proses
pembelajaran. Selain itu guru juga perlu memastikan rancangan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sesuai mengikut minat dan kebolehan murid , memberi penerapan kepada
aspek nilai-nilai murine, mengelak daripada menghina atau mengejek murid di khalayak
ramai, memberikan peneguhan positif untuk mengekalkan tahap motovasi, mengambil kira
perbezaan individu dan tidak membuat perbandingan yang keterlaluan. Hal ini berlaku
seperti babak Pak Haffan menceritakan kisah Nabi Nuh a.s sebagai peneguhan positif untuk
murid-murid menjadikan panduan dan teladan.

10
5.0 Penutup

Hakikatnya, filem Laskar Pelangi menceritakan tentang dunia pendidikan dengan


memaparkan watak -watak yang sederhana, jujur, tulus, gigih, penuh dedikasi, sabar,
tawakal, takwa yang dituturkan secara indah dan cerdas. Pada dasarnya, Andrea Hirata
menunjukkan bahawa kemiskinan tidak bertoleransi langsung dengan kebodohan atau
kebijaksanaan seseorang. Kemiskinan harus ditangani dengan kaedah pendidikan yang
tepat dan sebenar. Andrea Hirata membawa pembaca supaya sentiasa bersemangat
walaupun selalu ditimpa ujian kemiskinan.

filem laskar pelangi mempunyai nilai pendidikan iaitu , sikap optimis atau keyakinan
kuat yang bisa membawa keberhasilan. Namun, kita juga harus menyedari bahawa semua
cita-cita dapat tercapai, sehingga kita tidak boleh putus asa, maka dari itu kita tetap optimis
dalam menggapai impian pada masa depan. Ketiga, nilai-nilai pendidikan dalam filem
Laskar Pelangi ini, sangat tepat jika dimanfaatkan dan diimplementasikan dalam
pembelajaran sastera. Dalam filem ini terkandung banyak sekali nilai-nilai edukasi yang
disampaikan sutradara. Sutradara tidak hanya bercerita, tapi juga menyajikan berbagai ilmu
pengetahuan yang diselitkan dalam penceritaannya. Begitu banyak cabang ilmu
pengetahuan yang diselitkan antara lain seperti sains (fisik, kimia, biologi, astronomi).
sutradara gemar sekali memasukkan istilah-istilah asing ilmu pengetahuan yang tertuang
dalam cerita. Ini menandakan bahwa sutradaranya memiliki tingkat pendidikan yang tinggi.

11
RUJUKAN

Institut Pendidikan Guru Malaysia . (September, 2017). Modull Pembelajaran EDUP2023 Psikologi
Pendidikan. Retrieved 26 March, 2019, from Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah:
file:///C:/Users/User/Downloads/2.%20EDUP2023%20-
%20Psikologi%20Pendidikan%20(4).pdf

Kusumaningrum, K. S. (2009). ASPEK KEPRIBADIAN TOKOH LINTANG DALAM NOVEL LASKAR PELANGI
KARYA ANDREA HIRATA : PENDEKATAN PSIKOLOGI SASTRA. Retrieved 27 March, 2019, from
http://eprints.ums.ac.id/5647/1/A310050024.PDF

Siti Aminah. (2008). Analisis wacana pesan moral dalam novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.
Retrieved 27 March, 2019, from Repository Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah:
http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/18238/1/SITI%20AMINAH-
FDK.pdf

Sohaimi Abdul Aziz. (2011). Laskar Pelangi : Satu Penelitian Adaptasi Novel Ke Filem. Kemanusiaan,
35 - 52.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis , Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

12

Anda mungkin juga menyukai