Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Fail :
Tarikh :
Pengetua,
……………………………..
………………………………

Tuan,
PEMBELIAN ALATAN PENDIDIKAN JASMANI

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK)
ingin membeli alatan yang diperlukan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Berikut merupakan
alatan yang diperlukan :
1. Tilam gimnastik

3. Memandangkan harga tilam gimnastik di pasaran adalah tinggi, panitia PJPK telah membuat
keputusan untuk membeli alatan ini secara atas talian. Selain daripada mudah diperoleh, harga yang
ditawarkan jauh lebih murah berbanding yang ditawarkan oleh pembekal. Justeru, jumlah barang yang
diperlukan dapat dibeli dalam kuantiti yang lebih banyak.
.
4. Untuk makluman, tilam gimnastik dibeli melalui Lazada dengan harga RM 282.00 untuk satu
set. Jumlah yang diperlukan adalah sebanyak 2 set. Pembelian ini dibuat atas nama En. Ahmad bin
Abu.

5. Panitia PJPK berharap pembelian ini diluluskan kerana alatan tersebut diperlukan bagi
menambah bahan bantu mengajar. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan
dengan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( )
Ketua Panitia PJPK
SMK…………………………………….

Anda mungkin juga menyukai