Anda di halaman 1dari 11

KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Soalan Tugasan

Tugasan 2

Kemahiran Bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Maelayu.


Kemahiran bahasa ini diorganisasikan dalam lima modul kemahiran bahasa. Manakala,
aspekseni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.

Berdasarkan Standard Pembelajaran mana-mana satu kemahiran bahasa dan aspek seni
bahasa anda dikehendaki merancang serta mentaksir satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran daripada DSKP BM Sekolah Rendah dengan jelas secara bertulis.

Panjang tugasan esei adalah 1000 patah perkataan

ALLEN KUBA 1
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1.0Pengenalan

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.


Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan
kesemua kemahiran ini amat penting dalam proses pengajaran dan pempelajaran supaya
berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran
lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen
ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan
kemahiran bukan lisan.

2.0 Pengaplikasian Standard Pembelajaran Kemahiran Bahasa dan Aspek Bahasa.

Peranan guru amat penting dalam membimbing murid-murid untuk menguasai kemahiran
menulis. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis dalam kalangan pelajar

Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang
paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang
menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung
menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang
baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat.

ALLEN KUBA 2
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan
seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna
seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran
membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik
akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang
bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat
dalam percakapan dan perbualan. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses
yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur
pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Kebolehan untuk
mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan
seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memproses
maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik
dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi
tersebut.

3.0 Pentaksiran Aktiviti

Aktiviti bermaksud gerakerja atau tindakan. Di bawah konteks pendidikan, ia melibatkan


segala gerakerja yang dijalankan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran.
Dengan perkataan lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Aktiviti yang dilakukan adalah untuk mengajar subjek Bahasa Melayu Sekolah Rendah
dan kumpulan sasaran ialah murid tahun empat. Kemahiran yang diajar ialah kemahiran
bertutur, membaca dan menulis iaitu standard kandungan 1.1 membaca dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan memahami maksud sesuatu teks yang dibaca dan standard
pembelajaran adalah 1.2 Membaca perkataan dalam ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
intonasi dan sebutan ayat penyata dari sudut dua suku kata atau tiga suku kata, diftong, vocal
berganding, digraft dan konsonan bergabung dan memahami dengan lebih jelas maksud
sesuatu teks yang dibaca.Objektif pembelajaran ini adalah, Murid dapat menerangkan 3
aktiviti ‘Perlaksanaan kempen Bumi Hijau’ berdasarkan teks secara lisan. Setersnya murid
dapat membaca lancar teks ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’ dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Akhir sekali murid dapat menulis urutan ‘Matlamat Perlaksanaan Kempen Bumi
Hijau’ dengan betul berdasarkan teks.

ALLEN KUBA 3
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Sistem Bahasa yang digunakan adalah merangkumi tatabahasa iaitu morfologi


(perkataan) dan sintaksis (ayat tunggal dan ayat majmuk). Seterusnya, sebutan dan intonasi
dalam ayat penyata. Akhir sekali, ialah kosa kata. Seterusnya pengisian kurikulum ialah murid-
murid akan mendapat ilmu bukan sahaja dari mata pelajaran Bahasa Melayu namun murid
murid juga dapat ilmu lebih seperti kajian tempatan, ICT, dan Pendidikan Moral. Nilai yang
diperolehi oleh murid ialah nilai keberanian sewaktu murid diminta untuk membacakan teks
dan berkerjasama sewaktu guru memberikan kerja kumpulan.Seterusnya bahan bantu
mengajar yang digunakan ialah komputer riba, teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau,
borang markah. Sebelum pengajaran dilakukan murid-murid sudah mempunyai pengetahuan
sedia ada tentang mengetahui faedah mengenai tumbuh-tumbuhan.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : Empat

Tema : Kemahiran Hidup

Masa : 11.15 pagi – 12.15 pagi ( 60 minit )

Tarikh : 28 Mac 2019

Tajuk : Bumi Hijau

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 membaca dengan sebutan dan intonasi yang 1.2 Membaca perkataan dalam ayat tunggal dan
betul dan memahami maksud sesuatu teks yang ayat majmuk dengan intonasi dan sebutan ayat
dibaca. penyata dari sudut dua suku kata atau tiga suku
kata, diftong, vocal berganding, digraft dan
konsonan bergabung dan memahami dengan
lebih jelas maksud sesuatu teks yang dibaca.

ALLEN KUBA 4
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Objektif Pelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat.

1. Menerangkan 3 aktiviti ‘Perlaksanaan kempen Bumi Hijau’

berdasarkan teks secara lisan.

2. Membaca lancar teks ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’


dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3. Menulis urutan ‘Matlamat Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau’


dengan betul berdasarkan teks.

Sistem Bahasa :

i. Tatabahasa : Morfologi – perkataan

Sintaksis – Ayat tunggal dan ayat majmuk.

ii. Sebutan dan intonasi : Ayat penyata.

iii. Kosa Kata : Konsep, komponen, laman dapur, herba, dituai.

Pengisian Kurikulum ;

i. Ilmu : Kajian Tempatan, ICT, Pendidikan Moral.

ii. Nilai : Berkerjasama, keberanian.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer riba, teks Perlaksanaan Kempen Bumi Hijau, borang
markah

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui faedah mengenai tumbuh- tumbuhan.

ALLEN KUBA 5
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi Pengesanan maklumat 1. Guru menayangkan power point KB:


yang ditayangkan. tentang tumbuhan hijau / sayuran.
( 5 minit) Menghubungk
 Power point aitkan.
11.15 – 11.20
tentang
2. Guru bertanya dan bersoal jawab
tumbuhan hijau.
mengenai tayangan tersebut.
BCB:
 Tayangan
berlatarbelakan Mendengar

gkan lagu 3. Murid diminta menceritakan aktif.

“Peliharalah pengalaman sedia ada mereka

alam sekitar”. tentang tumbuhan hijau.


BBB:

Power point
4. Guru mengaitkan aktiviti set
induksi dengan tajuk pelajaran
yang hendak diajar. Ilmu:

Kajian
Tempatan

Langkah 1 Teks mengenai aktiviti 4. Guru mengedarkan teks aktiviti KB :


‘Perlaksanaan Kempen ‘Perlaksanaan Kempen Bumi
( 20 minit ) Mengimbas
Bumi Hijau’. Hijau’. Guru meminta murid
kembali.
11.20 – 11.40 meneliti teks tersebut.
( Lampiran A )

Nilai :
5. Dalam kumpulan berlima, murid
1. Tanaman
berbincang tentang apa yang Kesyukuran.
mereka fahami mengenai

ALLEN KUBA 6
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2. Ternakan ‘Perlaksanaan Kempen Bumi Berkerjasama


Hijau’ berdasarkan teks. .Murid .
3. Akuakultur.
mencatat hasil perbincangan
mereka .
BBB:

Teks kempen
6. Guru meminta wakil setiap
bumi Hijau
kumpulan menyatakan apa
dapatan hasil perbincangan yang
telah dibuat. Ilmu:

Kajian
7. Murid dapat menerangkan 3 aktiviti Tempatan
‘Perlaksanaan Kempen Bumi
Hijau’ berdasarkan teks secara
KP :
lisan.
Verbal
linguistik

Langkah 2 Petikan . 1. Guru memberikan petikan kepada BBB :


setiap murid. Murid diminta
( 15 minit) ( Lampiran B ) Petikan
membaca secara mentalis atau
11.40 – 11.55 bacaan senyap.

BCB:
membaca
2. Guru meminta murid berbincang
secara
dalam kumpulan mengenai gaya
luncuran,
pembacaan berita. Murid mencatat
perbincangan.
gaya bacaan dan intonasi seorang
pemberita. KP:

Borang markah. Intrapersonal.

ALLEN KUBA 7
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3. Wakil daripada setiap kumpulan KB:


diminta untuk membacakan
Menganalisis
petikan dihadapan kelas. Murid
lain diminta skor Sistem
mencatat
pemarkahan bacaan dengan gaya bahasa:
seorang pembaca berita. Ayat tunggal.

4. Guru memperbetulkangaya Nilai:


bacaan berita bagi murid
Kerjasama.
memahami dengan lebih jelas lagi
dan mengumumkan skor markah Keberanian.
bagi kumpulan yang mendapat
markah tertinggi.

Langkah 3 Teks: 1. Guru mengedarkan kepada murid Sistem


teks kempen Bumi Hijau tentang bahasa:
( 15 minit ) Konsep perlaksanaan
konsep perlaksanaan kempen
Kempen Bumi Hijau. Ayat majmuk.
11.55 – 12.10 tersebut.
(Lampiran A)

Nilai:
2. Guru meminta murid
Kosa kata: menggariskan isi penting tentang Berkerjasama

1. Konsep matlamat perlaksanaan kempen


bumi hijau. Murid juga diminta
2. Komponen BBB:
untuk mencari makna kata dan
3. Laman dapur berbincang dalam kumpulan Teks konsep
mengenai pembinaan ayat majmuk Perlaksanaan
4. Herba
berdasarkan perkataan yang kempen bumi
5. Dituai diberi. hijau.

ALLEN KUBA 8
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3. Murid dapat membina 3 ayat BCB :


majmuk tentang konsep
Berbincang.
perlaksanaan kempen bumi hijau
berdasarkan faedahnya kepada
pengguna.

Penutup Rumusan isi pelajaran 1. Murid dibimbing merumuskan BBB:


kognitif dan sosial. kemahiran yang dipelajari pada
( 5 minit ) Komputer
hari ini melalui penyoalan semula
riba.
12.10 –12.15 secara lisan.
LCD

2. Guru memberi kata-kata nasihat


supaya murid sentiasa mencintai
dan menjaga alam sekitar dan
mengamalkan kempen bumi hijau.

3. Guru meminta murid menyanyikan


lagu “Peliharalah Alam Sekitar”
dengan iringan muzik.

4. Guru mengucapkan syabas


kepada murid kerana telah berjaya
mengikuti pelajaran pada hari ini .

ALLEN KUBA 9
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4.0 Penutup

Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran


menulis. Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting
dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai
kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai
kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik
membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian
juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang
menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang
pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan
menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan
membantunya dalam proses membaca dan menulis. oleh yang demikian murid dapat menulis
karangan dengan baik. Guru yang Berjaya, merupakan seorang guru yang dapat
menyampaikan ilmu dengan baik dan boleh dikuasai oleh murid.

ALLEN KUBA 10
KAJIAN KURIKULUM, BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Rujukan

Abdul Aziz Abdul Talib. 2000. Menguji kemahiran bahasa: Prinsip, teknik dan contoh. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. 2008. Pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahap 2 (2012),
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

ALLEN KUBA 11

Anda mungkin juga menyukai