Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pendahuluan
Pendidikan merupakan satu pelaburan yang penting dalam sesebuah negara. Kualiti
generasi pada masa hadapan terletak di tangan para guru untuk merealisasikannya. Seperti
yang kita sedia maklum, pendidik dihujani dengan pelbagai tanggungjawab. Oleh itu, pendidik
hendaklah mempunyai asas kepimpinan yang berkualiti dan harus ditelusuri dan diperhalusi
bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.
Guru adalah pemimpin kepada murid khususnya ketika murid berada di sekolah.
Kepimpinan guru amat penting kerana ia merupakan salah satu elemen terpenting jika
seseorang guru itu bertugas menjadi seorang guru atau pendidik. Perkara yang terpenting ialah
guru itu harus menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri dan seterusnya kepada para murid
yang dididiknya.
Kepimpinan seorang pendidik adalah proses penambahbaikkan terhadap pengurusan
dan perjalanan sekolah. Pemimpin juga adalah individu yang mempengaruhi individu lain di
dalam sesuatu pertubuhan. Menurut Mook Soon Sang (1996), kepimpinan merupakan satu
aktiviti yang sangat kompleks dan dapat didefinisikan sebagai bentuk interaksi antara pemimpin
dengan orang yang dipimpin. Kepimpinan juga suatu proses yang mempengaruhi aktiviti
individu lain ke arah mencapai objektif yang telah dirancang. Bak kata pepatah, jasa seorang
pemimpin umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan.
1.1 Konsep asas kepemimpinan
Terdapat banyak definisi berkenaan dengan kepemimpinan. Kepimpinan ialah perkataan
terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti
sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat.

Rajah 1: 3 Asas penting tentang definisi Kepimpinan


Rajah 1 menjelaskan tentang tiga asas penting tentang definisi kepimpinan. Menurut
kamus Dewan 2003 , Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan kepemimpinan
1
pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin”. Terdapat tiga faktor penting
tentang definisi kepimpinan.
Pertama, kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-
pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan
mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan
mereka untuk menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan
ahli-ahli kumpulan.
Kedua, para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan
setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-anggota pula tidak
boleh mengarah aktiviti-aktiviti pemimpin mereka.
Ketiga, selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu
dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan oleh pekerja-
pekerjanya. Misalnya, seorang Guru Besar mungkin dapat mengarah guru-gurunya untuk
melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin menentukan sampai ada tugas itu benar-benar
dikendalikan dengan betul ialah tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.
Menurut Noriati A.Rashid et.al. (2010), kepemimpinan ialah mengenai usaha untuk
membimbing tenaga di dalam sesuatu kumpulan. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di
kalangan anggota-anggota membimbing kegiatan mereka dan mempengaruhinya bagi
memenuhi matlamat tertentu.
Ee Ah Meng (1995) , kepemimpinan ialah mengenai usaha untuk membimbing tenaga di
dalam sesuatu kumpulan. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di kalangan anggota-anggota
membimbing kegiatan mereka dan mempengaruhinya bagi memenuhi matlamat tertentu.
Sebagai contohnya, bagi meningkatkan budaya membaca dalam kalangan murid di sekolah,
Guru besar memperkenalkan ‘Program Pintar Pagi’ dan meminta semua guru kelas untuk
membimbing murid-murid membaca pada awal pagi bagi meningkatkan penguasaan kemahiran
membaca dalam kalangan murid.
Ishak Bin Sin dalam jurnalnya yang bertajuk Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan
(2004) menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin
pengikutnya ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Penyerlahan penampilan keupayaan
(kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam menjayakan kepimpinannya dikenali
sebagai stail kepimpinan. Misalnya, guru besar boleh memotivasikan guru dengan memberi
ganjaran kepada guru sekolah jika berjaya mencapai satu pencapaian yang cemerlang seperti
mencapai target UPSR yang telah ditetapkan dalam jangka masa tertentu.
Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010) , elemen asas proses
kepemimpinan ialah pengikut. Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja
2
kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin dan
seorang lagi mengikut. Kalau tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Sebagai contohnya,
dalam organisasi sekolah, guru besar sebagai pemimpin manakala guru-guru adalah
pengikutnya. Setiap langkah yang diambil oleh guru besar untuk meningkatkan prestasi sekolah
perlu dibantu oleh semua guru. Para guru perlu setia dan melibatkan diri dengan sepenuhnya
dalam langkah-langkah yang diambil oleh guru besar untuk kepentingan bersama.
Azmi Bin Zakaria (2004) dalam Jurnalnya yang bertajuk “Pengurusan Dan Kepimpinan
Pendidikan” berpendapat kepimpinan ialah penyusun interaksi seluruh anggota organisasi
untuk mencapai matlamat bersama. Semua aktiviti ini menunjukkan kepemimpinan di dalam
Islam lebih bersifat terbuka; lebih menekankan konsep persaudaraan serta hubungan
kemanusiaan (antara pemimpin dan anggota organisasi) dalam usaha untuk mencapai
matlamat organisasi.
Sebagai rumusan daripada definisi-definisi di atas, kepemimpinan ialah kemampuan
mempengaruhi minda dan gelagat anggota organisasi untuk mencapai tujuan organisasi melalui
struktur dan prosedur baru. Pada kebiasaannya seseorang pemimpin menggunakan hanya
teknik pengaruh yang tidak ada unsur paksa. Penggunaan pengaruh tanpa unsur paksaan ini
membawa kepada hubungan yang positif di antara pemimpin dan pengikut. Ini bermakna
bahawa subordinat menerima pengaruh daripada pemimpin kerana mereka menghormati atau
menyukai pemimpin tersebut.

1.2 Kepemimpinan Guru


Tarikh 16 Mei setiap tahun ditetapkan sebagai sambutan Hari Guru setiap tahun.
Sambutan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat sekolah. Murid-
murid yang mengenang jasa guru akan memberi hadiah, bekas murid yang masih mengingati
gurunya akan menghantar ucapan hari guru walaupun semua itu tidaklah diharapkan oleh insan
yang bergelar guru.
Dari segi kepimpinan, seorang guru itu bolehlah dijadikan sebagai “role model” yang
asas sama ada kepimpinan yang dimainkan oleh seorang guru itu secara langsung mahu pun
secara tersirat. Ia dapat dilihat melalui peranan guru itu sebagai pemimpin di mata masyarakat
dan murid. Antara sifat-sifat kepimpinan seorang guru ialah sebagai pemudah cara iaitu
sentiasa membimbing, mengajar serta menggerakkan murid sama ada secara Individu
mahupun berkumpulan.
Kepimpinan guru juga, bahkan dapat dilihat melalui asas ketamadunan yang dibawa
oleh guru, iaitu membawa budaya berfikir ke arah mewujudkan rakyat yang bertanggungjawab
dalam pengukuhan akidah kerana berfikir merupakan anak kunci bagi kemajuan dan
3
keunggulan sesebuah negara. Guru bukan saja memimpin dan membimbing ilmu pengetahuan
bahkan pembimbing tingkah laku dan sahsiah murid termasuk cara menghormati, kepentingan
hidup bersatu padu, percaya-mempercayai, kesihatan tubuh, kemajuan murid dan sebagainya
yang dapat membentuk sikap baik murid.
Kepimpinan seorang guru akan dapat dilaksanakannya dengan baik apabila ia
mempunyai pandangan dan inisiatif yang baik dalam memimpin murid. Guru sebagai pemimpin
mestilah terlebih dahulu dapat mengendalikan pekerjaan dengan baik, teratur, bersistematik
dan tegas dalam percakapan dan pekerjaannya yang dapat menarik minat murid dengan
keadaan yang menyenangkan sebelum ia menjadi ikutan atau contoh tauladan masyarakat dan
murid. Aspek kepimpinan guru juga adalah apabila ia terus menerus memberi nasihat dan
tindakannya bijak serta memuaskan semua pihak. Sesuai dengan peranannya sebagai ejen
dan penggerak utama dalam proses pendidikan yang mana peranan ini amat strategik dalam
menentukan masa depan negara dan pemangkin utama dalam membentuk generasi
cemerlang.

1.3 Jenis – Jenis Gaya Kepimpinan

Rajah 2 : Jenis-jenis gaya kepimpinan


Berdasarkan kepada rajah 2 di atas , gaya kepimpinan ialah struktur keperluan yang
memotivasikan tingkah laku dalam pelbagai situasi kepimpinan. Abdul Ghani Abdullah, Abdul.
Rahman Abdul. Aziz & Mohammed Zahir (2008) menyatakan bahawa perbezaan gaya
kepimpinan mempunyai kesan penting ke atas produktiviti individu-individu yang mereka
pimpin. Oleh itu pengetahuan tentang gaya kepimpinan membolehkan seseorang pemimpin
untuk lebih yakin dan berkemahiran sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin.

4
1.3.1. Gaya Kepimpinan Autokratik
Guru yang autokratik sentiasa melihat kepada kecekapan dalam mengendalikan kerja
tanpa memikirkan soal kemanusiaan. Kebiasaannya, pemimpin jenis autokratik akan membuat
keputusan secara bersendirian dengan mengambil hanya sedikit input daripada subordinat lain
ataupun tiada langsung. Jenis kepimpinan ini hanya sesuai diaplikasikan dalam situasi yang
memerlukan keputusan dicapai dalam masa yang sangat singkat atau di mana pemimpin
tersebut lebih berpengetahuan daripada subordinat dalam sesuatu perkara.
Contohnya guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas
dan mengawal murid melalui hukuman dan ganjaran. Interaksi antara guru dan murid juga
adalah kurang kerana murid takut untuk menyuarakan pendapat. Kawalan kelas mungkin dapat
dicapai namun iklim pembelajaran yang kondusif tidak dapat dicapai. Guru mengawal kelas
menggunakan sistem hukuman dan ganjaran dan ini memberikan tekanan kepada murid kerana
takut salah dan akan didenda oleh guru. Suasana bilik darjah akan menjadi tegang.

1.3.2. Gaya Kepimpinan Demokratik


Salah satu corak kepimpinan yang sering diamalkan oleh guru besar ialah gaya
demokratik. Gaya kepimpinan demokratik lebih liberal berbanding dengan gaya
kepimpinan autokratik. Seseorang guru besar yang demokratik akan banyak berbincang,
menerima dan memberi pandangan. Pada asasnya sesuatu keputusan dicapai bersama atas
dasar persetujuan majoriti. Kepimpinan jenis ini menggalakkan percambahan minda apabila
yang dipimpin mempunyai peluang memberikan idea-idea mereka. Misalnya guru diberi
kebebasan untuk bekerja dengan siapa sahaja yang mereka suka dan pembahagian tugas
adalah diserahkan kepada para guru masing-masing. Sifat menghargai dan sentiasa membawa
perbincangan dari idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang
amat penting dalam menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Bukan
sahaja dengan guru-guru tetapi seluruh kakitangan sokongan yang ada. Corak kepimpinan
demokrasi ini menjamin kepuasan pekerjaan yang tinggi kepada mereka.

1.3.3. Gaya Kepimpinan laissez-faire.


Kepimpinan laissez-faire adalah bertentangan dengan gaya kepimpinan autokratik.
Kepimpinan jenis ini banyak memberikan kebebasan, mempunyai kurang unsur-unsur kawalan
dan kurang memberikan pandangan. Guru besar berperanan sebagai pemerhati dan
membiarkan guru-guru menjalani aktiviti mengikut inisiatif masing-masing. Kepimpinan jenis ini
mempunyai kesan positif dan kesan negatif tersendiri. Ia boleh jadi positif apabila misalnya
5
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak bawahan memang baik dan mendatangkan faedah
kepada sekolah.
Corak kepimpinan laissez-faire ini digunakan terhadap guru yang mempunyai motivasi
diri yang tinggi dan kemahiran yang tidak diragukan dalam bidangnya untuk mencapai
matlamat. Melalui corak kepimpinan bebas ini, guru akan merasakan kepentingan mereka di
sekolah. Keupayaan guru di sekolah tersebut turut dimaksimumkan kerana tiada sebarang
sekatan daripada guru besar dan mereka bebas menunjukkan keupayaan dan potensi mereka.

1.3.4. Gaya Kepimpinan Intruksional


Menurut Noriati A. Rashid et.al. (2010), mengatakan bahawa kepimpinan Intruksional
adalah penyeliaan staf untuk perkembangan kurikulum. Contohnya , guru besar
bertanggungjawab mengadakan falsafah, matlamat dan objektif sekolah, membimbing para
guru meningkatkan kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum.
Misalnya guru besar boleh melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras aktiviti
pendidikan serta lain-lain usaha. Dengan ini jelaslah, kepimpinan guru besar dalam
melaksanakan dan menumpukan seluruh tenaga dalam memastikan tugas hakiki dan utama
dalam kecemerlangan kurikulum, amatlah penting.

1.3.5. Gaya Kepimpinan Kontingensi


Noriati A.Rashid et.al. (2010), Teori atau model kontingensi sering disebut teori situasi
kerana teori ini mengemukakan kepemimpinan yang tergantung pada situasi. Model atau teori
kontingensi Fiedler ini menjelaskan tentang kelompok efektif yang tergantung pada kecocokan
antara gaya pemimpin yang berinteraksi dengan subordinat sehingga situasi menjadi
pengendali dan berpengaruh terhadap pemimpin. Misalnya , menurut Syed Ismail bin Syed
Mustapa & Ahmad Subki Bin Maskon (2010) Kepimpinan Kontingensi ini boleh dilihat apabila
guru besar menyesuaikan gaya kepimpinannya mengikut keadaan atau keperluan yang wujud.

1.3.6. Gaya Kepimpinan Islamik


menyatakan bahawa kepimpinan merupakan tuntutan utama agama. Tanpa kepimpinan,
urusan pentadbiran agama dan bangsa tidak dapat dijalankan secara sempurna. Contohnya
Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan
bersahabat dengan mereka. Dengan ini, terciptanya satu masyarakat yang berbilang kaum dan
kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu
negara.
2.0 Bahaskan kebenaran kerajaan membenarkan guru DG41 hingga DG48 terlibat dalam
6
kegiatan politik adalah sejajar dengan kepimpinan guru (mulai 1 Ogos 2010).
Arena pendidikan negara baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak dengan sebuah
transformasi yang dilihat agak kontroversial dan menjadi buah mulut seluruh warga Malaysia.
Sebulan yang lalu, kerajaan mengumumkan satu perubahan besar iaitu kesemua pegawai
perkhidmatan siswazah DG41 dan DG48 dibenarkan berpolitik bermula 1 Ogos 2012. Hal ini
adalah satu perubahan yang besar dalam arena pendidikan yang membawa kepada polemik
yang rancak dalam kalangan rakyat yang prihatin tidak kurang juga individu-individu yang
berpengaruh dalam negara termasuk dalam kalangan warga pendidik sendiri.
Transformasi ini merupakan pindaan daripada peraturan 21 di dalam Peraturan-
Peraturan pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang melarang guru terlibat dalam
sebarang kegiatan politik. Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Setiausaha negara, Tan Sri Mohd
Sidek Hassan pada 27 Julai yang lalu. Di dalam Peraturan tersebut. Sebelum ini, Peraturan
21(2) menetapkan hanya pegawai dalam kumpulan sokongan boleh bertanding atau
memegang jawatan atau dilantik menyandang apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan
syarat terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau
Ketua Setiausaha kementerian berkenaan. Bagaimanapun, di bawah peraturan baru ini,
pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang
memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat
kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Matapelajaran terlebih dulu.
Sehubungan dengan itu , dalam sebuah artikel yang bertarikh 29 julai , 2010 dalam
Berita Semasa telah menyatakan Artikel ini bertajuk “Guru Siswazah Gred DG41 hingga
DG48 Masuk Politik? ” dan di dalam ulasan penulis berhubung isu ini beliau menyokong
keputusan kerajaan membenarkan kembali golongan guru terlibat aktif di dalam politik
berbanding sebelum ini. Menurut penulis pada masa dahulu, politik Malaysia memang
digerakkan oleh guru kerana golongan ini mengutamakan bakti kepada negara serta
perkhidmatan mereka sebagai pendidik. Oleh itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek
Hassan, membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48
akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik mulai bulan Ogos sebagai menyokong kenyataan
guru penggerak politik Malaysia pada masa dahulu. Penulis artikel berpendapat bahawa guru
mempunyai daya pengaruh yang lebih tinggi berbanding kelompok lain yang dipilih menyertai
parti. Beliau juga menyifatkan kuasa rujuk seorang guru dalam kalangan masyarakat adalah
lebih tinggi berbanding mana-mana kelompok lain.
Justeru, pemisahan kelompok guru dari arena politik disifatkan sebagai satu pembaziran
sumber. Hal ini kerana, kelompok ini mempunyai kredibiliti dan potensi yang besar dalam
bidang politik dan mampu menjadi aset yang berguna buat mana-mana parti politik.
7
Meminggirkan mereka dari bidang ini seolah-olah mensia-siakan sumber manusia yang
berguna. Bagi mengukuhkan lagi hujah ini, pada tahun 2009 bilangan guru dari Kumpulan A
(siswazah DG41dan Dg48) telah dikenal pasti adalah berjumlah RM140,000 di dalam negara.
Oleh yang demikian jumlah yang ramai ini merupakan satu kelebihan dalam arena politik
negara Malaysia. Pernyataan ini disokong oleh Artikel Utusan Malaysia Online yang diterbitkan
pada tarikh 28 Julai 2010 yang bertajuk “ Tiada Salah Guru Aktif Berpolitik Asalkan Bersikap
Profesional” . Dalam artikel ini dinyatakan bahawa pembabitan semula kumpulan guru ini dalam
bidang politik dilihat mampu melahirkan idea baru, tambahan pula mereka dekat dan dihormati
masyarakat setempat. Lebih-lebih lagi, golongan guru diharap menggunakan kepakaran
mereka untuk memimpin semula anak muda memahami perjuangan agama, bangsa dan
negara, selain memberi nafas baru dengan cetusan idea yang bernas untuk dimanfaatkan
semua pihak.
Bagi menyokong keputusan kerajaan ini, penglibatan guru dalam politik adalah untuk
menyuntik elemen kepimpinan intelektual dalam politik kepartian dalam negara. Menurut Datuk
Seri Najib Tun Razak perdana menteri Malaysia yang ke – 6, mengatakan bahawa kemasukan
golongan ini ke dalam parti-parti politik boleh memperkuatkan parti dari segi daya kepimpinan.
Contohnya Parti UMNO, di mana kemasukan golongan guru dapat memberi keseimbangan
pada kepimpinan parti yang sebelum ini yang hanya berdasarkan corak kepimpinan kuasa
semata-mata. Pendapat ini selaras dengan pandangan Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed yang menyifatkan bahawa "suara guru" dalam
iklim politik negara sangat diperlukan kerana mereka diterima oleh masyarakat dan langkah itu
sebenarnya memberikan kesan positif kepada negara. Tambahan pula penglibatan para guru
dapat melahirkan politik kepimpinan yang memberikan kesan yang sangat positif ketika arena
politik negara yang dapat melahirkan pemimpin berkaliber, berintegriti ,dihormati dan disegani.
Setiap perkara yang dilakukan ada baik dan buruknya sendiri. Begitu juga dengan
penglibatan guru dalam politik Malaysia. Hal ini kerana penglibatan guru dalam politik, akan
menimbulkan ramai ibu bapa beranggapan bahawa guru yang terlibat di dalam politik mula
mengabaikan tanggungjawab mengajar. Malah perkara ini akan menyebabkan guru tidak
mengendahkan anak-anak mereka dan hanya sibuk menjalankan tugas-tugas politik. Tambahan
pula sekolah akan dijadikan sebagai kubu politik. Kenyataan ini dapat kami buktikan melalui
sebuah artikel Kelab, Keluarga, Debat Islah 2012 yang bertajuk “Guru Tidak Sesuai Berpolitik”.
Dalam artikel ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menyatakan
bahawa sesetengah guru mungkin takjub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap
berpuak, sekali gus menjejaskan murid. Tambahan pula beliau juga telah menegaskan bahawa

8
sekiranya guru dibenarkan berpolitik maka pegawai kerajaan dari kumpulan lain juga pasti akan
menuntut hak yang sama.
Selain itu, persepsi masyarakat berhubung dengan isu keterlibatan guru di dalam politik
ialah guru akan memanipulasikan tugas, menyalahgunakan tugas dan autoritinya sebagai guru
di kelas untuk tujuan politik. Perkara ini dapat dilihat dalam satu artikel yang bertajuk “Bukan
semua Skim DG patut berpolitik :Guru aktif politik perlu sekatan mengikut tugas”. Dalam artikel
ini dinyatakan bahawa “yang mempunyai 'kelebihan tertentu' pasti menggunakan jawatannya
untuk menarik penyokong”. Perkara sebegini adalah tidak sihat dan pasti menimbulkan
kekecewaan kepada yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan. Untuk mendapat
sokongan pastinya tipis. Sehubungan itu kegagalan guru untuk membuat keseimbangan dalam
tugas boleh menimbulkan huru-hara di dalam sistem persekolahan. Dengan ini jelas bahawa
adanya kesan buruk yang boleh berlaku sekiranya guru diberi kebebasan menyertai politik
secara aktif .
Seterusnya , isu keterlibatan guru di dalam politik boleh menyebabkan berlakunya
diskriminasi dari segi layanan di sekolah berdasarkan kepartian yang dipilih antara rakan
sejawat di sekolah. Contohnya , guru yang memilih parti pembangkang di diskriminasi dan
diberi layanan buruk berbanding guru yang terlibat aktif menyokong parti pemerintah. Perkara
ini akan memburukkan lagi suasana sekolah iaitu tempat menimba ilmu menjadi arena politik.
Bukan itu sahaja, ada sesetengah parti politik menggunakan pengaruh guru untuk menarik
perhatian masyarakat bagi menyokong mereka semasa pilihan raya. Hal ini dapat dibuktikan di
mana sebuah artikel yang ditulis oleh Syed Mu’az Syed Putra yang bertajuk “Langkah benar
guru siswazah aktif berpolitik agenda BN hadapi PRU-13?”.Beliau mengulas tentang
penglibatan guru dalam politik hanya kerana ingin mendapatkan semula sokongan yang
terhakis saban tahun. Lebih-lebih lagi beliau juga menegaskan penglibatan mereka dalam
politik digunakan untuk mempengaruhi masyarakat terutamanya sewaktu pilihan raya umum. Di
sini jelas bahawa pengaruh guru digunakan sepenuhnya oleh parti politik.
Pada pendapat kami sebagai warga institusi pendidikan, kami merasakan keputusan
membenarkan guru menyertai politik ini adalah sesuatu yang sangat positif dan menunjukkan
anjakan paradigma yang ketara dalam arus politik negara. Hal ini kerana, ada beberapa sebab
di sebalik sokongan kami ini. Antaranya ialah dasar hak asasi guru sebagai seorang
warganegara dan rakyat yang merdeka. Walaupun mempunyai kedudukan istimewa dalam
masyarakat, guru perlu diberi hak dan peluang yang sama seperti rakyat lain dalam
menyumbang terhadap parti politik yang mereka sertai, serta turut sama mengambil bahagian
dalam menyumbang ke arah kestabilan politik negara secara sihat. Penglibatan guru dalam
bidang politik mampu membawa satu perubahan di dalam penerajuan parti politik di Malaysia.
9
Golongan guru yang lebih termurid dan dididik dengan sahsiah keguruan akan dijamin
membawa kematangan dalam pembawaan wacana politik negara. Lebih-lebih lagi,kemunculan
peribadi guru yang terkenal lebih matang dan mulia dijangkakan akan membawa perubahan
pada corak arus politik berjalan. Pada sudut yang lain kami juga tidak bersetuju dengan
penglibatan guru dalam politik kerana ia mungkin menimbulkan diskriminasi dari segi layanan di
sekolah berdasarkan kepartian yang dipilih. Selain itu, pengaruh guru dalam penglibatan politik
boleh menjejaskan hubungan antara rakan sejawat di sekolah. Hal ini kerana guru yang memilih
parti pembangkang di diskriminasi dan diberi layanan buruk berbanding guru yang terlibat aktif
menyokong parti pemerintah ( M star Online).
Kesimpulannya, dalam mendepani isu guru berpolitik ini, ianya sebenarnya terletak
kepada integriti guru itu sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru
tanpa mencampur adukkan urusan politik di dalamnya. Keputusan membenarkan guru berpolitik
ini tidak sepatutnya bererti institusi dan sistem pendidikan dipolitikkan atau diheret ke dalam
kancah politik, sebaliknya, ianya perlu dilihat tidak lebih dari sekadar mengembalikan hak
berpolitik kepada guru sebagai seorang rakyat dan bukan atas kapasitinya sebagai seorang
guru sekolah. Hakikatnya , sama ada dibenarkan berpolitik atau tidak, guru tetap perlu menjaga
integriti dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Dalam konteks ini,
semua guru dan warga sekolah perlu mengamalkan sikap professional dan lebih terbuka dalam
menghadapi senario ini dengan menganggapnya tidak lebih dari sekadar pandangan yang
positif.

3.0 Seorang Guru Besar atau Pengetua sekolah boleh menggunakan hubungan
pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi
kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi sekolah.

10
Dalam pentadbiran pendidikan, peranan kepemimpinan adalah sangat penting. Hal ini
kerana, sebuah sekolah yang berjaya dalam bidang akademik dan juga kokurikulum adalah
bergantung kepada tonggak kepimpinan dan kebolehan seseorang guru besar. Jawatan guru
besar atau pengetua dalam sistem sekolah adalah satu jawatan berwibawa. Guru besar atau
pengetua sekolah dipertanggungjawabkan dan juga dianugerahkan autoriti ke atas perjalanan
semua aspek sekolah dari segi hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan dan kedudukan
kuasa untuk mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi
sekolah.

Guru besar

hubungan struktur kedudukan

pemimpin-ahli tugasan kuasa

Rajah 3 : Menunjukkan kebolehan guru besar menggunakan


hubungan pemimpin ahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa
untuk mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan
dalam organisasi sekolah.
Guru Besar sebagai pemimpin utama di peringkat sekolah diberi peranan melaksanakan
pendidikan berkualiti dan cemerlang. Oleh itu, Guru Besar perlu berusaha meningkatkan dan
memantapkan tahap profesionalisme dengan memiliki dan mengamalkan Ilmu Teori
Pengurusan Sekolah terkini. Ilmu Teori Pengurusan Sekolah yang dimiliki akan membantunya
bersikap professional. Pengurusan Sekolah yang dimiliki akan membantunya bersikap
professional. Guru Besar akan dapat bertindak tangkas dan berkesan serta membuat
keputusan berteraskan etika dan moral profesional pendidikan. Keadaan ini sekali gus
menjadikan pemimpin sekolah dapat menangani segala isu kependidikan dan dapat
menyelesaikan masalah sekolahnya dengan pemikiran rasional secara profesional.
Sehubungan dengan itu, guru besar secara tersurat perlu memainkan peranan ketua
pentadbir, pengurus dan pemimpin sekolah. Sebagai pemimpin di sekolah, Guru Besar perlu
melaksana tugas menyelia pelaksanaan kurikulum sekolah selaras Dasar Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, menyelia pelaksanaan program pendidikan sekolah dan memberi khidmat
sokongan, memberi kepimpinan profesional kepada semua staf sekolahnya dan mengeratkan
kerjasama pihak sekolah dengan masyarakat melalui organisasi seperti Persatuan Ibu bapa
dan Guru.

11
Selain itu, Guru Besar semestinya tidak boleh hanya berperanan sebagai pentadbir dan
pengurus sahaja. Guru Besar mesti bertindak sebagai pemimpin pendidikan di sekolahnya.
Kepemimpinannya menentukan hala tuju sekolahnya. Peranannya mengarah, mengelola,
menyelia, membimbing dan menyelesaikan masalah bersama guru dan staf sokongan akan
memacu ke arah pencapaian visi sekolah. Gaya kepemimpinan yang berlandaskan prosedur
kerja sahaja dan berpegang kepada pendirian bahawa Guru Besar sentiasa betul dan benar
tidak sesuai diamalkan. Guru Besar perlu menggunakan kreativiti dengan menghayati reflective
rationality dan semangat syura berorientasi pelanggan. Guru Besar sebagai the central figure
dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah berperanan sebagai pemimpin instruksional.
Selain itu, guru besar harus menjadi role model dan dapat mendorong guru berusaha
dengan penuh keghairahan melaksana misi bagi mencapai visi sekolah dengan menjalin dan
mengadun tenaga guru dalam satu pasukan kerja. Guru Besar memberi inspirasi dan motivasi
kepada guru untuk bekerja secara sukarela dan dalam suasana ceria serta berasa kepuasan
apabila aktiviti sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai hasil yang
cemerlang berdasar KPI yang telah ditetapkan. Bukan itu sahaja, Guru Besar berkeupayaan
melaksana musyawarah dan berbincang strategic pendidikan di antara PIBG dan NGO yang
terlibat secara langsung dengan usaha pembangunan dan kemajuan pendidikan termasuk
agensi kerajaan dan swasta.
Lebih-lebih lagi, Guru Besar juga mesti membuat analisis SWOT dan analisis
persekitaran sekolahnya. Sebagai pemimpin di sekolah, Guru Besar perlu mengenal pasti
kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang di sekolahnya. Ini akan membolehkan mereka
menyusun perancangan dan mengambil langkah menangani kelemahan dan ancaman.
Pemimpin di sekolah perlu menggembleng kekuatan dan menggunakan peluang yang ada
untuk mengatasi kekangan-kekangan di sekolah dan persekitarannya dengan mengatur,
memeta dan merencana visi dan misi melalui pelaksanaan perancangan strategik sekolah. Visi
dan misi sekolah dipersembahkan dalam bentuk mudah difahami dan boleh diterima serta
dihayati bersama oleh seluruh warga sekolah. Guru Besar mesti berkeupayaan menggunakan
kedudukan, pengaruh, kebijaksanaan, berkeupayaan memujuk, kekuatan mengerak dan
kemahiran mengurus, mentadbir dan memimpin serta melentur perbezaan dan kelainan dalam
kalangan guru sekolahnya.
Seterusnya, Guru Besar juga boleh mewujud dan melaksana perkhidmatan penyayang
di sekolah. Guru besar perlu menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan yang diberikan oleh
warga sekolah. Perkhidmatan penyayang boleh memotivasikan dan membangkit serta
membubarkan semangat guru-guru bekerja dan melahirkan perasaan penghormatan kepada
kepemimpinan Guru Besar.
12
Selain itu, dalam konteks organisasi sekolah, Guru Besar adalah pemimpin yang akan
menentukan hala tuju dan arah yang tepat untuk diikuti oleh ahli organisasi. Guru Besar perlu
mengatur dan memilih gaya pengurusan dan kepemimpinan cemerlang dalam organisasi
seperti bermatlamat dan jujur, berwibawa, keterbukaan dan amanah, berpasukan dan saling
menyokong penyayang, terbuka kepada perubahan, mementingkan kualiti, perkhidmatan dan
pelanggan menghormati individu dan kepelbagaian supaya sekolah akan berjaya dan menjadi
terbaik.
Mok Soon Sang (1995) menyatakan iklim sekolah yang baik atau buruk akan
mempengaruhi gaya pentadbiran seseorang Guru Besar. Iklim sekolah adalah berhubung rapat
dengan disiplin dan peraturan sekolah yang sedia ada serta perasaan kekitaan kakitangan
terhadap sekolah mereka. Hal ini kerana, iklim sekolah yang baik dapat mencetuskan suasana
persefahaman dalam menjalankan tugas, kerjasama antara guru tersekat, aliran komunikasi
yang mesra, struktur kerja yang memberangsangkan dan membolehkan guru-guru terlibat
secara aktif dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira
dan sempurna.
Sebagai kesimpulan, pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di dalam organisasi
untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi. Untuk menjadi seorang pengurus pendidikan
yang berkesan, seseorang itu seharusnya terlebih dahulu memahami apakah dia Falsafah
Pendidikan Negara yang telah digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Falsafah
Pendidikan Negara dicipta bagi memberi satu garis panduan supaya institusi sekolah dan
sistem pendidikan berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang lebih dinamik. Setiap pengurus
pendidikan di sekolah khususnya adalah pendukung dan pelaksana segala aktiviti yang telah
ditetapkan oleh Kementerian. Oleh yang demikian, Falsafah Pendidikan Negara seharusnya
menjadi rujukan penting bagi apa juga tindakan yang diambil oleh mereka yang terlibat di dalam
pengurusan sekolah. Secara tidak langsung kita dapat menyahut cabaran wawasan 2020
dalam membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem
sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan
rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi kepada sistem kekeluargaan
yang
kukuh lagi
mantap

4.0 Bentuk Perubahan Yang Diperkenalkan Dalam Organisasi Sekolah

13
Rajah 4: Bentuk perubahan yang dilaksanakan di sekolah

Guru adalah pendidik yang dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik di


sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak sifat
kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah harus ditelusuri dan diperhalusi bagi
mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.
Pemimpin harus mempunyai ciri pemimpin budiman yang memiliki visi dan misi yang
jelas di dalam membangun dan mentadbir sesebuah organisasi. Ini kerana dengan kemampuan
untuk membentuk visi dan misi yang jelas, barulah mudah seseorang pemimpin itu untuk
membawa komuniti yang dipimpinnya ke arah mercu yang direncanakannya. Kami mempunyai
beberapa bentuk perubahan yang ingin diperkenalkan dari segi kepimpinan sekolah.
Terutama sekali kami akan mansuhkan kesemua sistem fail dan akan mengubahnya
kepada sistem file online. Melalui sistem ini para guru tidak harus menyusahkan diri dalam
penyediaan fail untuk setiap murid serta fail-fail pentadbiran. Dengan sistem ini guru boleh
membuka satu folder untuk setiap murid ataupun urusan pentadbiran tertentu. Segala,
maklumat yang baru boleh diubah dan disimpan. Rekod itu akan kekal dan boleh diubah dari
semasa ke semasa. Guru juga boleh membawa rekod tersebut dalam pendrive sekiranya
menghadiri mana-mana mesyuarat yang memerlukan rekod-rekod tersebut. Maka, guru tidak
perlu membebankan diri membawa fail-fail yang besar dan berat. Selain daripada
mengurangkan beban guru ia juga dapat memberi laluan kepada guru untuk memberi lebih
tumpuan kepada kecemerlangan P&P murid serta aktiviti- aktiviti lain yang mampu
meningkatkan taraf pendidikan sekolah.
Kami akan memperkenalkan sistem Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (PRPH)
online di mana para guru sekolah tidak perlu membazirkan masa dan tenaga mereka untuk
menulis rancangan pengajaran mereka di dalam buku rekod. Sistem yang akan kami
perkenalkan akan menyebabkan para guru terus menambah atau menukar maklumat baru
pada sesuatu rancangan pengajaran yang telah ditaip terlebih dahulu. Maka beban kerja
mereka akan berkurangan di mana mereka berpeluang untuk melakukan kerja-kerja lain yang
lebih penting. Seterusnya e-jadual yang dikeluarkan di online juga membantu para guru supaya
bersiap sedia dengan pelbagai bahan rujukan yang diperlukan bagi mengajar subjek mereka.
Kami juga akan mengubah sistem perpustakaan kepada E-library dan E-books di mana
selain daripada buku- buku yang terdapat di perpustakaan murid juga boleh melayari e-library
dan e-book untuk membaca pelbagai jenis buku untuk menambahkan ilmu mereka. Selain itu
kami menyediakan E-tutor di mana murid boleh mempelajari lebih tentang matapelajaran
tertentu yang mereka kurang pasti dan tidak fahami. Ini dapat menggalakkan tabiat membaca
14
dalam kalangan murid untuk meningkatkan kadar penggunaan perpustakaan dalam kalangan
murid. Oleh itu, murid juga dapat meluangkan masa dengan perkara-perkara yang lebih
berfaedah. Ini akan menjadi landasan kepada murid untuk menentukan hala tuju yang baik,
serta mereka juga dapat mengelakkan diri daripada gejala-gejala sosial. Pada era globalisasi
ini, dalam perkembangan dan peningkatan penggunaan internet murid lebih tertarik isu-isu
negatif. Maka mereka melayari E-library dari rumah untuk membaca buku-buku secara online.
Tambahan pula kami juga akan membuka satu Blog spot khas sekolah untuk semua
kakitangan sekolah dan juga ibu bapa sekolah di mana semua guru dan ibu bapa boleh
meluangkan idea-idea baru mereka ataupun rasa ketidakpuasan mereka dalam blog spot ini.
Maka kami dapat menyelesaikan masalah yang timbul serta dapat melaksanakan idea-idea
baru demi mencapai kecemerlangan dan meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu website itu
juga akan menjadi satu tapak untuk mewujudkan komunikasi yang baik antara guru-guru serta
ibu bapa. Segala masalah dan konflik dapat dibincangkan dan diselesaikan melalui blog spot
ini dan guru – guru juga dapat mengelakkan konflik sesama rakan setugas, ibu bapa mahupun
dengan pentadbiran sekolah.
Selain itu kami juga akan mengurangkan bebanan murid dengan menyediakan modul-
modul latihan bagi setiap mata pelajaran dalam bentuk cakera padat ataupun pendrive. Murid
tidak perlu bebankan diri sendiri dengan membawa banyak buku ke sekolah. Ia juga dapat
menjayakan matlamat kerajaan “Go Green’ dengan mengurangkan penebangan pokok atas
sebab penyediaan buku. Guru-guru juga dapat membuat penambahbaikan dalam latihan –
latihan tersebut ataupun boleh menggunakan latihan yang sama pada tahun hadapan untuk
kelas yang mereka mengajar. Guru-guru juga boleh berkongsi latihan – latihan yang mereka
sediakan dengan rakan setugas mereka dengan mudah. Ini dapat memudahkan sistem
pendidikan serta mengurangkan bebanan murid dan juga guru.
Selain daripada kurikulum kami juga akan menumpukan kepada kokurikulum dengan
melatih dan memimpin para murid mengambil bahagian dalam acara-acara sukan ke peringkat
kebangsaan. Kami akan mewajibkan setiap murid melibatkan diri sekurang-kurangnya dalam
satu aktiviti badan beruniform, sukan, dan juga persatuan kami juga menggalakkan guru supaya
mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti kokurikulum supaya murid menjadi lebih aktif dan seronok
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Antara aktiviti-aktivitinya adalah Pertandingan
bersajak, Pertandingan mereka cipta, pertandingan syarahan, kem-kem badan beruniform, kem
bersepadu pengawas dan sebagainya. Kami juga akan, mendapatkan sumbangan daripada
pihak PIBG , Pihak Lembaga sekolah, badan –badan NGO dan sebagainya. Sebagai seorang
pemimpin kami akan memberi sokongan yang penuh kepada segala aktiviti – aktiviti yang
dirancang oleh guru demi kebaikan murid.
15
Ramai guru, mengajar tuition di luar waktu persekolahan demi mendapatkan upah
tambahan. Kami akan mewujudkan kelas tuition di sekolah dengan bantuan PIBG supaya guru
itu dapat mengajar murid –murid mereka sendiri. Dengan ini guru yang mengetahui kelemahan
murid sendiri dapat mengajar murid tersebut dengan mengambil masa yang lama dan
menggunakan pendekatan yang baru supaya dapat mengatasi masalah pembelajaran murid
tersebut. Selain itu, kami juga akan menyediakan yuran kepada guru untuk mengajar mengikut
jam. Maka, guru juga dapat upah tambahan selain daripada gajinya. Selain itu, juga akan
menyediakan bas sekolah untuk murid dan membayar duit pengangkutan untuk murid – murid
supaya mereka dapat menghadiri kelas tambahan. Kepada murid – murid daripada keluarga
yang berpendapatan rendah kami akan memberi kelas tuition secara percuma. Program ini
akan membantu semua murid termasuk murid miskin dan murid yang lemah dalam akademik
turut mengikuti kelas tuition. Ini dapat meningkatkan prestasi akademik para murid serta
prestasi kecemerlangan sekolah. Selain itu, ia menjadi tapak penyelesaian masalah akademik
murid oleh guru masing – masing. Murid juga dapat meluangkan masa dengan perkara yang
berfaedah lebih daripada membuang masa di rumah dengan menonton televisyen dan bermain.
Kami juga akan memperkenalkan beberapa anugerah seperti “Anugerah Guru Inovatif”,
“Anugerah Guru Paling Aktif”, “Anugerah Guru Kelas Terbaik” supaya para guru dapat
menunjukkan kehebatan dan kerelaan mereka untuk melakukan tugasan yang diberikan
kepada mereka. Pemberian anugerah sebegini menjadi motivasi kepada diri mereka untuk
bekerja ke arah perkembangan profesion perguruan. Pemberian anugerah ini dijalankan
sebagai suatu majlis besaran di mana para guru, ibu bapa, dan tetamu kehormat dijemput bagi
menyempurnakan majlis ini. Kami pasti bahawa ini akan menjadi penghargaan yang terbaik
kepada para guru yang telah memberi sumbangan ikhlas mereka dalam memajukan profesion
ini. Pada pendapat dan pengalaman saya, ramai dalam kalangan guru, yang berasa bahawa
jasa dan pengalaman mereka tidak diberi penghargaan dan dihiraukan sama sekali oleh
golongan pentadbir. Maka mereka, tidak melakukan sebarang kerja dengan sepenuh hati,
malah rasa ketidakpuasan akan sentiasa kekal dalam jiwa mereka. Oleh itu, bentuk perubahan
yang telah kami perkenalkan ini sudah semestinya akan membantu para guru supaya terus
menjadi seorang guru yang bertenaga dan memberi sumbangan yang sepenuhnya dalam
menjayakan idea-idea pemimpin sekolah.
Secara kesimpulannya, kami berharap bahawa perubahan-perubahan baru yang
bersesuaian dengan peredaran masa amat diperlukan di institusi sekolah. Perubahan ini akan
menjadi anjakan paradigma kepada golongan guru, di mana mereka akan mempertingkatkan
diri dan profesion mereka. Manakala pemimpin yang menjadi asas perubahan ini sentiasa akan
dicontohi oleh golongan para pemimpin yang akan datang.
16
5.0 Masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran sekolah

Guru besar sebagai ketua eksekutif di sekolah mempunyai kuasa autoriti untuk
melaksanakan segala keputusan yang diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan
Kementerian Pendidikan khusus. Thierauf (1997) dan Stoner (1984) mengutarakan empat
aktiviti utama dalam bidang pengurusan. Aktiviti-aktiviti yang dimaksudkan itu melibatkan
perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan. Dari itu, semua proses ini perlu
diperkembangkan dan diintegrasikan bagi membentuk dan mewujudkan pengurusan di sekolah
supaya menjadi lebih berkesan lagi. Walau bagaimanapun, guru besar juga terpaksa
berhadapan dengan masalah-masalah semasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran sekolah.
Antaranya ialah :

17
Rajah 5 : Menunjukkan Masalah Pentadbiran yang dihadapi semasa menjalankan kerja-kerja
pentadbiran sekolah.

Masalah pengurusan yang utama dihadapi oleh guru besar ialah pengurusan pejabat
yang tidak cekap. Pengurusan pejabat merupakan suatu aspek yang penting dalam
pentadbiran sekolah kerana ia merupakan tempat berurusan pelbagai aktiviti yang bercorak
pengurusan dan pentadbiran dan tempat mengawal dan menentukan kejayaan seluruh proses
untuk mencapai matlamat aktiviti yang dirancang. Antara masalah pentadbiran yang dihadapi
oleh seseorang guru besar ialah, rekod murid-murid pindah sekolah tidak dikemaskinikan
menyebabkan nama-nama murid tersebut masih tertera dalam buku kehadiran kelas dan aktiviti
kokurikulum. Seterusnya, sikap staf-staf di pejabat yang tidak bertanggungjawab menyebabkan
surat menyurat akan kehadiran guru berkenaan lambat sampai ke tangan mereka. Lebih-lebih
lagi, ada guru yang menerima surat rasmi tersebut selepas mesyuarat atau kursus itu tamat.
Selain itu, sikap sesetengah guru besar yang mahukan sesuatu program dijalankan dengan
lancar dan diarahkan untuk mengadakan sesuatu program tersebut pada tempoh masa yang
tertentu tetapi kertas kerja diluluskan dengan lambat dapat menimbulkan stress dalam kalangan
guru dan sesuatu program yang dirancang tidak lancar dan sistematik.
Bukan itu sahaja, hubungan manusia amat penting bagi menjamin kestabilan dan
keharmonian sesuatu sistem pentadbiran sekolah. Justeru itu, guru besar merupakan orang
yang bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana yang harmoni di antara guru besar dengan
kakitangannya. Guru besar yang tidak mahir dalam hubungan interpersonal akan menghadapi
masalah untuk mendapatkan kerjasama daripada para guru. Antara masalah yang boleh timbul

18
oleh guru besar ialah sikap sesetengah guru besar yang tidak berinisiatif akan pengambilan
guru ganti bagi subjek-subjek yang tiada atau kekurangan guru menyebabkan tugas guru lain
menjadi beban dan keadaan sekolah menjadi huru-hara dan tidak teratur. Hal ini kemungkinan
besar boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru akan guru besar.
Kadangkala ada juga guru besar yang tidak profesional di mana mereka menegur atau
memarahi guru dalam khalayak ramai menyebabkan guru atau kakitangan lain berasa malu,
kecil hati dan marah terhadap guru besar. Oleh itu, perkara ini menyukarkan guru besar
mendapatkan kerjasama dan idea mereka dalam semua hal yang berkaitan dengan sekolah.
Masalah seterusnya yang dihadapi oleh seseorang guru besar ialah masalah
pengurusan kewangan. Perkara ini sering berlaku kerana guru besar kurang pengalaman
menyebabkan belanjawan sekolah tidak disediakan di sekolah. Perbelanjaan tanpa
perancangan akan menyebabkan wang bantuan untuk sesuatu mata pelajaran tertentu
disalurkan untuk tujuan lain. Selain itu, terdapat juga pembelian alatan dibuat tanpa
menggunakan borang-borang pesanan di mana sesetengah guru mengambil barang-barang
dahulu dari pembekal dan pesanan dibuat kemudian. Contohnya semasa internship, kami dan
rakan kami tidak dapat peruntukkan daripada sekolah untuk membuat Program Pesta Pintar
dengan alasan tiada duit dalam panitia bahasa Melayu dan Matematik. Perkara ini
menyebabkan kami mengeluarkan duit dari saku sendiri untuk membeli barang-barang yang
diperlukan untuk program tersebut. Perkara ini adalah satu masalah yang merunsingkan guru
besar dalam pengendalian wang sekolah.
Justeru, masalah paling serius yang dihadapi oleh guru besar ialah masalah
kemerosotan disiplin dan salah laku murid. Masalah ini sering berlaku di sekolah kerana murid-
murid selalu terdedah dengan perkara-perkara yang kurang baik dan mempunyai latar belakang
yang kurang menyenangkan. Hal ini kerana, murid-murid seperti ini cuba melakukan sesuatu
tingkah laku negatif bagi mendapatkan perhatian dan kasih sayang daripada guru besar dan
guru lain. Antara perkara-perkara yang selalu ditunjukkan oleh murid-murid ini ialah selalu
menimbulkan kekecohan di kelas, tidak mendengar arahan guru, tidak akan kelihatan kemas
semasa datang ke kelas, suka mengganggu murid-murid yang lain dan sebagainya. Di sini,
sebagai seorang guru besar yang bertanggungjawab dikehendaki selalu menegur dan
menasihati murid ini supaya tingkahlakunya tidak menjadi serius pada masa akan datang.
Tambahan pula, masalah kemudahan pengajaran dan pembelajaran juga merupakan
salah satu cabaran yang selalu dihadapi oleh guru besar sekolah. Guru besar harus
memastikan untuk memperlengkapkan dan memeliharakan kemudahan sekolah supaya
sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan bagi perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran dan program-program yang dijalankan di sekolah berjalan dengan lancar.
19
Sehubungan itu, ada sesetengah sekolah menghadapi kekangan dalam penggunaan komputer.
Walaupun ada banyak komputer dalam makmal komputer, murid-murid hanya boleh
menggunakan beberapa buah komputer sahaja kerana kebanyakannya rosak dan tidak
dihantar untuk baiki. Oleh itu, perkara ini akan menimbulkan masalah kepada para guru kerana
sesetengah murid terpaksa berkongsi dengan rakan dan rakan yang pandai dalam penggunaan
komputer tidak akan memberi peluang kepada rakan yang berkongsi dengannya. Hal ini boleh
mengundang pergaduhan antara mereka dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat
berjalan dengan lancar (Utusan Online).
Selain itu, masalah kekurangan guru di sekolah juga boleh mengundang kekangan bagi
guru besar dalam sistem pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, isu kekurangan guru boleh
menyebabkan kelas ganti yang banyak bagi setiap guru. Perkara ini boleh menyebabkan
kekecohan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru. Bukan itu sahaja, ia juga boleh
menyebabkan guru-guru menjadi stress dan pengajaran mereka terganggu. Lebih-lebih lagi,
pentadbiran sekolah menjadi tidak stabil dan masing-masing melayan perasaan marah mereka.
Pada keseluruhannya sebagai seorang guru besar, beliau harus menyediakan diri akan
masalah – masalah pentadbiran sekolah. Hal ini kerana guru besar adalah penentu kepada
jatuh bangunnya sesebuah sekolah dan merupakan orang penting yang menjadikan sekolahnya
sebuah sekolah kesayangan masyarakat. Ini sudah semestinya akan menjadikan semua warga
sekolah mendapat kepuasan kerja yang sejati yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit serta
bakal mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih berdisiplin dan berdedikasi pada masa
hadapan demi mencapai wawasan pendidikan bertaraf dunia yang semua guru besar impikan.

20

Anda mungkin juga menyukai