Anda di halaman 1dari 6

SOALAN : Anak yang baik akan sentiasa membalas jasa ibu bapanya.

Berikan pendapat kamu, cara-cara


yang patut dilakukan untuk membalas jasa kedua-dua orang tua kita.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Sesudah sembilan bulan dikandung ibu,
dengan izin Allah, kitapun dilahirkan. Sesudah lahir, kita dijaga dengan penuh kasih sayang, bagai
menatang minyak yang penuh.

Sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita
lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlulah belajar bersungguh-sungguh untuk
menggapai kejayaan. Kejayaan yang cemerlang dalam UPSR contohnya,sudah tentu mampu menitiskan
air mata kegembiraan ibu bapa kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam
pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa hadapan kita.

Sebagai anak yang baik,kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Apabila
bertutur dengan ibu bapa, kita hendaklah mengelakkan daripada bercakap dengan kasar. Segala nasihat
mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Kita janganlah menyinggung
perasaan mereka dengan tingkah laku kita yang boleh menyebabkan hati mereka sakit, bagai dihiris
dengan sembilu.

Selain itu,kita juga haruslah bersikap ringan tulang membantu mereka. Seharian mereka bekerja
untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa,
sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu
mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.

Sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan asas kepada kita.
Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka memenuhi apa –apa yang kita
inginkan. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal dan
sebagainya. Kita janganlah membandingkan kemampuan ibu bapa kita dengan kemampuan orang lain.
Kita sepatutnya perlu ukur baju dibadan sendiri, agar kita tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit.

Sesungguhnya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala perit jerih
mereka membesarkan kita seharusnya dihargai. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk
membalas jasa dan pengorbanan mereka.
Baru-baru ini rakan kamu telah terpilih sebagai Tokoh Nilam. Kamu telah menemu ramahnya untuk mengetahui
tentang faedah-faedah membaca buku. Tulis temu ramah kamu itu selengkapnya.

Jawapan Contoh

Anita : Apa khabar Zambri? Tahniah kerana tepilih sebagai Tokoh Nilam.

Zambri : Khabar baik. Terima Kasih atas penghargaan kamu itu.

Anita : Kamu memang rajin membaca. Saya ingin mengetahui apakah kelebihannya apabila

kita banyak membaca buku cerita?

Zambri : Sebenarnya Anita, dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, apabila saya membaca buku-buku sejarah negara kita. Kesannya, saya

lebih menghormati dan menyanjung tinggi pengorbanan para pemimpin negara yang

telah banyak berjasa.

Anita : Bagaimana dengan kemahiran berbahasa kamu?

Zambri : Membaca dapat meningkatkan penguasaan saya dalam berbahasa. Sebagai contoh,

sekiranya saya menemui kosa kata yang tidak saya fahami, saya akan terus merujuki

kamus. Penguasaan bahasa saya bertambah baik dan saya mampu mengarang dengan baik dalam

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Anita : Adakah tabiat itu tidak membuang masa?

Zambri : Sebenarnya dengan membaca, kita telah menggunakan masa senggang kita dengan baik.

Hal ini dapat mengelakkan kita daripada bergaul dengan budak-budak nakal. Dengan

demikian tidaklah kita terjebak ke dalam kancah gejala sosial.

Anita : Bagaimanakah perasaan kamu setelah selesai membaca sesuatu buku?

Zambri : Membaca buku ibarat hiburan kepada saya. Setelah selesai membaca sesuatu buku,

saya akan berasa seronok dan puas. Fikiran saya akan menjadi tenang dan selepas itu mudahlah

untuk saya mengulang kaji pelajaran.

Anita : Terima kasih kerana sudi ditemu ramah. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

Zambri : Terima kasih. Mari saya tunjukkan koleksi buku saya.


Kamu menyertai perkhemahan pada cuti sekolah yang lalu. Tulis catatan tentang aktiviti perkhemahan tersebut.

Jawapan Contoh:

Sabtu, 12 Mac 2011

7.00 pagi

Aku bangun awal pagi. Aku bersiap-siap untuk menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap.
Ayah menghantar aku ke sekolah.

7.30 pagi

Kami berkumpul di sekolah. Cikgu Rashid meneliti senarai nama para peserta. Setelah itu kami pun bertolak ke
Hutan Reakreasi Ulu Yam. Kami ke sana dengan menaiki bas. Pemandangan sepanjang jalan ke sana memang
indah. Keadaan jalan agak bengkang-bengkok.

10.30 pagi

Kami tiba di tempat perkhemahan itu. Kami segera mencari tapak yang sesuai untuk mendirikan khemah. Kami
bersama-sama mendirikan khemah. Cikgu Rashid membahagi-bahagikan tugas kepada kami. Aku dan Fuad diminta
mengambil air. Beberapa orang pelajar lain membantu Cikgu Rashid untuk menyediakan makanan. Selepas
makan, kami berehat seketika.

2.30 petang

Kami mengadakan sukaneka, pertandingan membuat ikatan, dan mencari harta karun. Aku telah memenangi acara
membuat ikatan. Kemudian, kami berehat sambil minum petang. Aku dan beberapa orang rakan bermandi-manda
di air terjun yang terdapat di situ. Airnya memang sejuk. Tiba-tiba Suresh menjerit. Kami segera mendapatkannya.
Rupa-rupanya seekor pacat melekat di kakinya. Borhan segera membuang pacat itu. Kami ketawa apabila melihat
wajah Suresh yang pucat ketakutan.

8.30 malam

Selepas makan malam, kami membuat unggun api dan duduk mengelilinginya. Kami bernyanyi sambil bertepuk
tangan. Ada pelbagai persembahan turut diadakan. Antaranya tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Pelbagai
gelagat lucu rakan-rakanku dapat kulihat.Sebelum masuk tidur, kami berbual-bual seketika. Suasana malam itu
sungguh nyaman. Kedengaran deruan air terjun dan bunyi cengkerik.

Ahad, 13 Mac 2011

7.40 pagi

Kami bangun awal pagi. Kami membuat senam robik. Setelah itu, kami memasak nasi goreng untuk sarapan pagi.
Cikgu Rashid membenarkan kami mandi-manda di air terjun. Setelah puas mandi-manda, kami mengemaskan
barang untuk pulang. Kami membersihkan kawasan perkhemahan itu. Aku berasa gembira kerana berpeluang
menyertai perkhemahan seperti ini. Aku berharap aku akan berpeluang untuk mengikuti perkhemahan seperti ini
lagi pada satu hari nanti
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,
Pahang.

Guru besar

Sekolah Kebangsaan Belengu

28000 Temerloh

Pahang. 02 Januari 2014

Tuan,

AKTIVITI BULAN BAHASA MELAYU

Berhubung perkara di atas, saya selaku pengerusi Persatuan Bahasa Nelayu Sekolah Kebangsaan
Belengu ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang aktiviti Bulan Bahasa Melayu yang akan
diadakan sepanjang bulan Februari 2014.

2. Aktiviti Bulan Bahasa Melayu akan dimulakan dengan pelancaran Bulan Bahasa Melayu yang akan
diadakan pada perhimpunan mingguan minggu pertama bulan Februari. Saya ingin meminta jasa baik
tuan untuk melakukan ucapan perasmian.

3. Sejurus selepas pelancaran, Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu akan memberikan taklimat
tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan tersebut. Satu pamphlet mengandungi
butiran aktiviti akan diedarkan kepada pelajar-pelajar.

4. Di sini saya ingin menyenaraikan serba sedikit aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
bulan Bahasa Melayu.Antaranya ialah pertandingan mendeklamasi sajak,pertandingan berbalas pantun,
pertandingan syarahan, pertandingan menulis karangan, pertandingan sahibba dan pertandingan tulisan
cantik. Pihak persatuan telah menyediakan pelbagai hadiah yang menarik untuk pemenang-pemanang.

5. Saya bagi pihak Persatuan Bahasa Melayu ingin memohon jasa baik tuan untuk memberi
kebenaran kepada saya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Kerjasama daripada pihak tuan saya
dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(NUR NADIRAH BT. AHMAD)


Pengerusi

Persatuan Bahasa Melayu,


Sekolah Kebangsaan Belengu,
28000 Temerloh,

Pahang.
Syarahan(Faedah berjimat cermat

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yand adil lagi bijaksana, guru -gura
dan rakan -rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah "Faedah amalan berjimat cermat"

Hadirin yang dihormati,


Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak kecil lagi kerana melentur bulu biarlah dari rebungnya.
Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja
tanpa pembaziran.

Faedah berjimat cermat bereti kebaikan yang diperoleh apabila kite berhemat dan berhati -hati ketika
membelanjakan wang supaya tidak berlaku pembaziran.
Kita mestilah berjimat cermat semasa berbelanja supaya dapat menyimpan wang yang selebihnya.Wang itu
bolehlah kita simpan di dalam bank supaya selamat dan dapat digunakan untuk keperluan pada masa depan.
Sebagai contoh, duit yang kita simpan boleh digunakan untuk membeli buku rujukan dan melanjutkan
pelajaran ke universiti

Amalan berjimat cermat juga dapat mengelakkan kita daripada sikap membazir. Hal ini kerana sikap
membazir akan menyebabkan kita mengalami kesusahan pada masa depan. Berjimat-cermat juga bermakna
kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan
bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-
alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan
masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Para hadirin,
Sikap berjimat cermat dapat dilakukan dengan membeli barang yang perlu sahaja. Kita perlulah
menyenaraikan barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum membeli. Ini bagi mengelakkan kita
daripada membeli barang yang tidak perlu. Amalan ini boleh mengajar kita untuk menjadi pengguna yang
bijak dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.

Setakat ini sahaja syarahan daripada saya. Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa amalan berjimat cermat
dapat memberi banyak faedah kepada kita

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai