Anda di halaman 1dari 11

HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (SET 26)

SESI 2014/2015

PENSYARAH:
DR. NASRUDDIN BIN YUNOS

PELAJAR:
NUR ANASUHA BINTI IGNASIUS
A145637

TAJUK TUGASAN:
MODEL DAN PROSES KOMUNIKASI
PENGENALAN:

Komunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam diri setiap individu.
Seseorang yang mampu berhubung dengan baik dengan orang lain selalunya dikategorikan
sebagai individu yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran ini
sebenarnya melibatkan beberapa lagi gabungan kemahiran yang lain seperti pendengaran yang
aktif dan kemahiran mengawal nada suara. Apabila seseorang mampu memguasai kemahiran-
kemahiran ini akan secara tidak langsung mampu berkomunikasi dengan baik.

Kemahiran ini sememangnya perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk


membantu meningkatkan dan memajukan lagi kerjaya seseorang seperti kerjaya sebagai
seorang usahawan, peniaga atau pun sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh, sekiranya
seseorang peniaga itu tidak mampu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, ia tidak akan
mampu untuk menarik minat atau mempengaruhi minda orang lain untuk membeli barang-
barang jualan mereka. Kemahiran komunikasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu komunikasi lisan
dan komunikasi bukan lisan. Teknik komunikasi juga sangat penting iaitu berhai-hati semasa
hendah memilih perkataan, kawal nada suara serta kawal bahasa badan. Komunikasi
memainkan peranan yang sangat penting dari segi insan (kemasyarakatan), akademik mahupun
kerjaya kita.
MAKSUD KOMUNIKASI:

Secara umumnya, komunikasi merupakan satu proses yang melibatkan dua pihak bagi
mewujudkan pemahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-dua pihak
mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Menurut sarjana Guffey dan Almonte (2010)
pula, mereka mendefinisikan komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada
satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut kedua-dua serjana ini,
terdapat lima langkah dalam proses komunikasi ini, iaitu:

1. Pengirim akan membentuk idea


2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej
3. Mesej tersebut akan melalui saluran komunikasi
4. Penerima pula akan mendekodakan mesej tersebut ; dan kemudian
5. Maklum balas dihantar kepada pengirim

Lima langkah:

Maklumbalas kepada
pengirim

GANGGUAN
BUNYI
Pengirim Pengirim Saluran Pengirim
membentuk mengekodkan pembawa mesej mendekodkan
idea mesej mesej

Maklumbalas
tambahan mungkin
dihantar kepada
penerima
PROSES KOMUNIKASI

Komunikasi adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat. Komunikasi yang baik adalah
komunikasi yang melibatkan dua hala iaitu kedua-dua pihak saling memahami apa yang sedang
dibincangkan dengan mendapat maklumat balas antara satu sama yang lain. Umumnya,
terdapat 3 jenis golongan komunikasi yang digunakan dalam kehidupan seharian iaitu,
Komunikasi Lisan (komunikasi dengan kata-kata), Komunikasi Bukan Verbal (komunikasi
bukan lisan), Komunikasi Bertulis (komunikasi melalui penulisan). Ketiga-tiga jenis
komunikasi ini penting untuk diketahui dan dikuasai oleh setiap individu untuk melancarkan
proses bertukar pendapat dan juga untuk mempermudahkan cara penyampaian maklumat
dalam berkomunikasi dalam kehidupan seharian antara insan, masyarakat dan organisasi.
Elemen/komponen penting dalam proses komunikasi:

1. Penghantar-orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan


2. Mesej- maklumat idea atau pun pandangan daripada penghantar untuk disampaikan
kepada pihan lain (penerima)
3. Saluran(channel)-media yang digunakan untuk menyampaikan mesej
4. Penerima (receiver)-pihak yang menerima pesan
5. Maklum balas yang diberi oleh penerima
6. Gangguan- perkara-perkara yang menggangu dan menghalang keberkesanan
komunikasi menyebabkan maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau berlaku
salah faham.
1-Pengirim 2-mesej 4- Penerima

3-Saluran-media

5-maklum balas

Proses Komunikasi
MODEL KOMUNIKASI

Model komunikasi dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk
menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu. Model komunikasi juga
membincangkan pendekatan yang mendasarinya dan bagaimana penerapan konsep komunikasi
bergantung dalam perkembangannya.
Wood (2009) telah menjelaskan tentang tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu:

1. Model Komuniksi Linear


2. Model Komunikasi Interaksi
3. Model Komunikasi Transaksional

Model Komunikasi Linear

Model komunikasi ini dikemukakan oleh Claude Shannon dan Warren Weaver pada tahun
1949 dalam buku The Mathematical of Communication. Mereka menggambarkan bahawa
proses komunikasi ini adalah satu hala dimana pengirim akan menghantar kepada menerima
tanpa menerima kembali maklum balas daripada penerima. Antara faktor yang menyebabkan
hal ini berlaku ialah bising atau gangguan dan menyebabkan berlakunya salah faham mesej
antara pengirim dan penerima.

Isyarat
Mesej yang Mesej
diterima

BISING

Model Komunikasi Linear


Model Komunikasi Interaksional

Model interaksional dikembangkan oleh Wilbur Schramm pada tahun 1954 yang telah
menekankan pada proses komunikasi dua hala antara para komunikasi (pemberi mesej dan
penerima mesej). Para komunikasi ini menjalankan fungsi yang sama iaitu, mengenkod,
menterjemah, dan mendekodkan mesej yang diterima. Maklum balas atau tanggapan terhadap
suatu pesanan adalah elemen yang sangat penting dalam model ini kerana maklum balas
menunjukkan komunikasi yang berlaku adalah secara dua hala. Pengirim dan penerima mesej
ini akan saling memberi tindak balas antara satu sama yang lain dalam bentuk verbal, bukan
verbal atau pun kedua-duanya sekali.

Semasa proses komunikasi berlaku, pengirim dan penerima akan mengambil giliran
untuk menghantar mesej bagi memastikan mesej yang disampaikan oleh penyampai diterima
oleh pihak lain (penerima). Hal ini demikian kerana, dalam model ini pengirim tidak boleh
menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi. Medan pengalaman (field of experience) bagi
kedua-dua pengirim dan penerima mesej mempengaruhi kefahaman dan interpretasi terhadap
mesej yang disampaikan.

Medan pengalaman sumber Medan pengalaman sumber

Pengenkod
sumber Mesej Pendeko
pendekod maklumb d sumber
alas pengenk
od

Model Komunikasi Interaksional


Model Komunikasi Transaksional

Model komunikasi transaksional dikembangkan oleh Barnlund pada tahun 1970. Model
ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara
berterusan dalam satu episod komunikasi. Ini menunjukkan model ini berlangsung secara dua
hala dan berlangsung dengan sistem dan konseks (budaya, keluarga, tempat kerja) yang
mempengaruhi interaksi antara peserta komunikasi.

Komunikasi ini dikatakan dua hala kerana kedua-dua pengirim dan penerima boleh
menghantar mesej dan menerima mesej atau pun membuat kedua-duanya secara serentak.
Medan pengalaman (field of experience) bagi kedua-dua pihak (pengirim dan penerima mesej)
bertukar sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain. Dengan kata
lain, peserta komunikasi (komunikator) melakukan proses negotiation of meaning.

Model Komunikasi Transaksional


Kelebihan, kekurangan, persamaan dan perbezaan antara jenis model komunikasi:

Jenis model Linear Interaksional Transaksional


Kelebihan Komunikasi berlaku dalam Kedua-dua pihak Kedua-dua pihak
masa yang singkat (pengirim dan (pengirim dan penerima
penerima mesej) mesej) boleh
mendapat mesej berkomunikasi secara
serentak

Kekurangan 1. Tidak menerima maklum 1. Perlu menunggu 1. Medan pengalaman


balas daripada penerima giliran untuk bertukar sepanjang
2. Komunikasi pengalami menghantar mesej masa
gangguan atau bising 2. Komunikasi 2. Komunikasi
menyebabakan salah faham berlaku dalam berlangsumg secara
mesej antara pengirim dan masa yang agak berterusan.
penerima lama

Persamaan 1. Kesan komunikasi yang sama iaitu penerimaan mesej oleh pihak yang lain

2. Mengalami gangguan bunyi semasa berkomunikasi

Perbezaan 1. Jenis hala komunikasi iaitu komunikasi satu hala, dua hala atau beberapa hala.

2. Tempoh masa komunikasi berlaku

3. Maklum balas yang diterima oleh pengirim mesej daripada penerima mesej
KESIMPULAN:

Komunikasi merupakan suatu aktiviti menyampaikan maklumat melalui pertukaran


fikiran, mesej atau maklumat melalui percakapan, penulisan, isyarat ataupun perlakuan.
Komunikasi juga merupakan suatu alat yang boleh digunakan untuk memberitahu, memujuk
seseorang mahupun memberi hiburan kepada orang lain.ketika berkomunikasi juga, kita
haruslah tahu cara hendak mengawal emosi, bahasa dan etika kita serta senyum. Selain itu,
seharusnya kita kenal dengan siapa kita berkomunikasi. Contohnya, berkomunikasi dengan ibu
bapa, rakan-rakan, tetamu, pelanggan, guru, orang bawahan dan sebagainya. Kita juga harus
mengenal pasti perbezaan kita dengan orang yang berkomunikasi dengan kita. Contohnya,
perbezaan dari segi umur, tahap pendidikan, status, budaya (bangsa), citarasa dan lain-lain. Ini
sangat penting bagi menjaga adab ketika berkomunikasi dan menjaga perasaan orang yang
berkomunikasi dengan kita itu.

Kemahiran komunikasi merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan
seharian dan ini menunjukkan bahawa setiap individu haruslah menguasai kesemua jenis
komunikasi dan mempraktikkannya dalam aktiviti seharian. Sekiranya kita mempraktikkan
kemahiran-kemahiran ini, ia dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam
menyampaikan maklumat dan sekaligus mengurangkan kesalafahaman dalam berkomunikasi.
Maklumat yang disampaikan juga akan mendapat maklum balas daripada penerima.
Kemahiran komunikasi ini banyak mendatangkan kebaikan dari tiga segi aspek iaitu hubungan
antara insan, akademik dan kerjaya itu sendiri.
RUJUKAN:

Modul Pembangunan Diri (2011). Pusat Pengajian Umum UKM Bangi.

Nota Komunikasi berkesan. Dr.Lailawati Mohd Salleh Fakulti Ekonomi dan


Pengurusan, UPM.

Wikipedia. Communication. (http://en.wikipedia.org/wiki/Communication).

Anda mungkin juga menyukai