Anda di halaman 1dari 4

Laporan Perbincangan Hasil Simulasi Pengajaran Mikro

1.0 Pengenalan pengajaran mikro

Syed Ismail Syed Mustapa, Mohd Noor Ahmad dan Rozman Rosely (2017) memetik
kata-kata Allen dan Eve (1998) yang mengatakan bahawa pengajaran mikro merupakan suatu
sistem kawalan secara praktis dengan menumpukan kepada latihan khusus ke arah
mempertingkatkan kemahiran tingkah laku untuk mengajar dalam situasi yang terkawal.
Mengikut Mok S.S. (2003), sebelum seseorang menjadi guru, dia perlu menerima latihan
dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Oleh yang demikian,
pengajaran mikro merupakan platform kepada semua siswa guru untuk melengkapkan diri
dengan ilmu pedagogi pengajaran untuk menghasilkan satu situasi pengajaran dan
pembelajaran sebenar yang bermakna dan bermanfaat.

2.0 Sesi pengajaran mikro

Bagi menjalankan pengajaran mikro, kumpulan kami yang dianggotai seramai tiga
orang ahli dengan bantuan ahli kumpulan lain sebagai murid telah mengadakan simulasi
pengajaran mikro pada 31 Januari 2019. Pada simulasi pengajaran mikro kumpulan kami
telah memilih kemahiran peneguhan dan pengukuhan untuk subjek Bahasa Malaysia
Pendidikan Khas Tahun 4. Berdasarkan standard pembelajaran 1.3.2 memahami dan
menyebut perkataan-perkataan yang didengar dalam cerita, kami telah memilih tema
pertanian dan penternakan yang bertajuk Berbudi pada Tanah. Kemahiran fokus semasa sesi
ini adalah kemahiran mendengar. Langkah pelaksanaan kemahiran ini adalah secara
permainan kecil yang dipanggil Angin Bertiup yang mana memerlukan murid untuk menukar
tempat duduk dengan murid lain yang mendapat watak yang sama. Seterusnya berlaku
beberapa sesi soal jawab antara guru dengan murid berkaitan watak yang diterima.

3.0 Kekuatan

Penglibatan aktif murid merupakan salah satu kekuatan sesi pengajaran mikro ini.
Hal ini didorong dengan arahan yang jelas oleh guru dan demonstrasi cara permainan yang
ditunjukkan sebelum bermulanya permainan. Ini bertujuan memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran tersebut berjalan dengan lancar. Pendekatan yang dipilih oleh guru iaitu
permainan sebagai aktiviti pengukuhan adalah sangat tepat kerana murid mendapat
pengalaman pembelajaran secara langsung dan sekali gus akan meningkatkan ingatan murid
tentang pembelajaran yang dijalankan. Selain itu, permainan yang melibatkan pergerakan
anggota badan secara tidak langsung bertindak sebagai terapi fisio yang dapat membantu
otot-otot kasar dan halus berfungsi dengan baik kerana terdapat murid-murid Pendidikan
Khas yang mempunyai masalah otot yang menghadkan pergerakan mereka.

1
Pembelajaran kontekstual dan tema yang dekat dengan diri murid yang
digunakan semasa sesi pengajaran mikro ini membolehkan murid memahami isi pengajaran
dengan lebih mudah. Hal ini kerana, murid-murid sudah mempunyai pengetahuan sedia ada
berkaitan pengajaran yang sedang dijalankan dan seterusnya mampu membuat perkaitan
dengan topik yang diajarkan pada hari berkenaan. Elemen merentas kurikulum yang
diselitkan semasa sesi pengajaran mikro membolehkan murid untuk menguasai lebih banyak
ilmu, kemahiran dan nilai dalam satu-satu masa. Inisiatif ini mampu melahirkan individu yang
lengkap dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 Kelemahan

Sedikit kelemahan yang terdapat di dalam simulasi pengajaran mikro ini adalah
terdapat aktiviti yang tidak seiring dengan kemahiran fokus. Kemahiran menulis dan
membaca telah dimasukkan di dalam aktiviti tersebut walaupun kemahiran fokus adalah
kemahiran mendengar. Apabila sesuatu kemahiran tersebut dicampuradukkan, murid tidak
dapat menguasai sepenuhnya kemahiran fokus yang telah ditetapkan dan seterusnya
penyebab mengapa objektif pembelajaran tidak tercapai sepenuhnya.

Selain itu, bahan bantu mengajar yang hanya memiliki tulisan sahaja tidak terlalu
kondusif untuk digunakan. Banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa penggunaan
gambaran visual sebelum, semasa dan selepas membaca sesuatu bahan bahan
bantu mengajar akan dapat meningkatkan kefahaman (Gambrell & Bales, 1986; Sadoski
& Paivio, 2001). Kegagalan menyediakan bahan bantu mengajar yang kondusif untuk
kegunaan murid-murid menyukarkan murid-murid untuk mencapai objektif yang ditetapkan.
Hal ini kerana terdapat murid Pendidikan Khas yang tidak dapat mengambarkan dan
membayangkan secara abstrak apa yang diperkataan dan ditulis kecuali mereka telah
mempunyai pengetahuan sedia ada yang berkaitan.

Hal ini menurut Mohd. Baharudin Othman dan Mohd. Khairie Ahmad (2004),
komunikasi bukan lisan merupakan satu bentuk mesej yang penting kerana boleh
menafsir emosi, personaliti, tujuan dan dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian
sesuatu mesej serta berfungsi sebagai pelengkap kepada komunikasi lisan. Melalui sesi
pengajaran mikro ini, dapat diperhatikan bahawa guru kurang mempraktikkan bahasa
tubuh yang sesuai dalam membantu merangsang murid untuk terlibat aktif dalam sesi PdPc.
Nada suara guru yang tidak tegas menyebabkan murid-murid tidak fokus dalam
pembelajaran.

5.0 Cadangan penambaikan

2
Berdasarkan kelemahan yang telah dikenal pasti, sebagai bakal guru, penyelesaian
yang jitu harus difikirkan dan dilaksanakan supaya sesi pengajaran yang sebenar dapat
memberi manfaat kepada murid-murid. Oleh yang demikian, semasa membina Rancangan
Pengajaran Harian, aktiviti yang hendak dipilih perlu selaras dengan kemahiran fokus
dan objektif yang telah ditetapkan. Misalnya, bagi kemahiran mendengar, aktiviti yang
memerlukan respon daripada murid adalah penting kerana daripada respon tersebut, barulah
guru dapat mengenalpasti bahawa murid tersebut faham atau tidak dengan arahan atau
maklumat yang disampaikan.

Bantu bantu mengajar merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan murid
faham akan maklumat yang ingin disampaikan. dapatan kajian Jasmi, K. A. (et al., 2011) dan
Ilias, M. F. (et al., 2013) menunjukkan bahawa penggunaan BBM oleh guru mampu
membuatkan pelajar fokus kepada pengajaran sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) Bagi murid-murid Pendidikan Khas, sebaiknya bahan bantu mengajar
yang digunakan hendaklah memaksimumkan semua pancaindera mereka kerana sebilangan
murid Pendidikan Khas mempunyai masalah dalam pendengaran mahupun penglihatan. Oleh
yang demikian, bahan bantu mengajar yang digunakan hendaklah memiliki gambar dan
tulisan yang besar dan murdah dibaca.

6.0 Penutup

Guru perlu mengetahui pelbagai model, kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran, dan berusaha menggunakannya mengikut keadaan dan kesesuaian
(Reece, 1997; Norasmah, 2000; Zamri, 2004). Ini penting bagi merancang sesi PdPc yang
membantu mencapai objektif yang ditetapkan. Jadi, seseorang guru itu perlulah mengetahui
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Hal ini supaya guru dapat membuat penambahbaikan kepada sesi pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas di samping dapat membantu melancarkan aktiviti yang
dirancang. Dengan adanya kekuatan dan kelemahan serta cadangan penambahbaikan yang
telah dianalisis, sesi pengajaran dan pembelajaran seseorang guru akan lebih teratur dan
terancang serta dapat mencapai objektif yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) guru.

3
Rujukan

Mok S.S. (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Komponen 3 :Profesionalisme Keguruan
Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mustapa, S. I. (2017). Persediaan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:


Sasbadi Sdn. Bhd.

Mohd. Baharudin Othman dan Mohd. Khairie Ahmad. (2004). Pengantar komunikasi.

Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Gambrell, L. B., & Bales, R.1986. Mental imagery and the comprehension-monitoring

performance of fourth and fifth grade poor readers. Reading Research Quarterly,

21(4), 454-464.

Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H. & Mohd Hamzah, M. I. (2011). Amalan Penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam

Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1), 2011.

59-74.

Reece. I. 1997.Teaching training and learning, BE Pubs., London.