Anda di halaman 1dari 5

Menjelas dan mengulas secara kritis teori pembelajaran, konsep asas elemen

seni dalam pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu melalui sumber rujukan terkini. Seterusnya anda dikehendaki mengulas
dan mengemukakan teori pembelajaran iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai (Howad
Gardner), Teori Konstruktivisme (Lev Vgotsky) dan Teori Hoka Hoki (Ned
Hermann) berkaitan elemen seni dalam penididikan Bahasa Melayu di sekolah
rendah.

Seni dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangat penting


dalam membentuk kreativiti, imaginasi dan nilai estetika dalam kalangan murid-murid.
Penggunaan kepelbagaian elemen seni seperti seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan dapat meningkatkan kreativiti, imaginasi, instuisi dan konsepsi murid-
murid yang akhirnya dapat membentuk insan yang lebih menyeluruh dan holistik dari
segi jasmani, mosi rohani dan inelek. Hassan (2003), pula menjelaskan bahawa seni
adalah suatu bidang ilmu yang boleh memberi pendidikan yang mana mencabar
keupayaan individu membuat pemerhatian, pengamatan, penaakulan, pemilihan,
pentafsiran dan penterjemahan idea kepada bahan atau media.

Teori pembelajaran merupakan hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli psikologi


tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembelajaran. Terdapat lima jenis teori pembelajaran, iaitu
teori pembelajaran behaviorisme, teori pembelajaran kognitivisme, teori pembelajaran
konstruktivisme, teori pembelajaran sosial dan teori humanistik. Teori konstruktivisme
merupakan teori menyokong bahawa seni dalam pengajaran dan pembelajaran akan
memberi manafaat dari segi jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan
jati diri individu. Mc Brien dan Brandt (1997) menyatakan konstruktivisme adalah satu
pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia
belajar. Teori konstruktivisme berfahaman bahawa murid-murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini murid-murid akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pegetahuan baru.
Pembelajaran ini mengalakkan murid-murid mencari idea, membuat kajian, dan
berinteraksi dengan aktif yang akhirnya menimbulkan proses inkuiri. Sekiranya guru
Bahasa Melayu menerapkan elemen-elemen seni dalam pengajaran dan
pembelajaran, murid-murid akan seronok dan aktif berinteraksi antara rakan-rakan,
guru dan bahan-bahan pembelajaran. Pelaksanaan aktiviti menyanyi, menari, dan
melukis akan meningkatkan daya usaha dan autonomi murid-murid, pembelajaran
berpusat murid serta secara tindakan. Murid-murid akan mencuba dan terus mencuba
untuk memperbaiki diri dalam nyanyian, tarian atau lukisan yang berkaitan dengan
kemahiran berbahasa. Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005), corak
pembelajaran konstruktivisme sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk
identiti murid yang berdaya saing dengan merangsang kecerdasan pelbagai yang
dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan
paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak

Konsep asas elemen seni dalam pendidikan sekolah rendah adalah untuk
menimbulkan keseronokan murid-murid belajar dan akhirnya dapat memudahkan
pemahaman murid-murid terhadap isi kandungan pelajaran yang dipelajari oleh
mereka. Aktiviti seni kreatif yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
sebagai ‘alat’ dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia mampu
memperkembangkan domain intelek, afektif, psikomotor dan emosi-sosial
kanakkanak (Edwards, 2006). Selain itu, dapat membentuk keperibadian murid-murid
yang celik budaya, mempunyai nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,
inovatif da inventif. Penerapan elemen seni alam pengajaran dan pembelajaran
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, dan menghargai keindahan
penciptaan Tuhan, Seterusnya, elemen seni dalam pengajaran dan pembelajaran
juga dapat meningkankan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran
dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang akhirnya dapat
melahirkan generasi yang mempunyai jati diri, mencintai kesenian dan warisan
budaya bangsa sendiri. Guru Bahasa Melayu hendaklah kreatif dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menimbulkan keseronokan muid-murid
untuk belajar. Zamri Mahamod (2012) telah menyatakan bahawa terdapat pelbagai
inovasi yang boleh digunakan oleh para guru bahasa Melayu di dalam bilik darjah bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terikat dengan kaedah
tradisional

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner (1983), menyatakan


sekiranya hanya satu sahaja kaedah atau pendekatan yang digunakan di dalam
sesuatu pengajaran, hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan
bahan yang disampaikan. Hal Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan menaakul
dan menanggap alam keadaan yang berbeza-beza. Pendekatan yng berintegrasi
dengan pelbagai kecerdsan memudahkan penerimaan murid kepada yang lebih
kreatif. Howard Gardner menyatakan manusia mempunyai lapan kecerdasan ,iaitu
verba linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Sekiranya, seseorang guru ingin mengajar kemahiran
membaca guru tersebut perlulah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti
seperti aktiviti mengeja secara berintonasi (verbal linguistik), kemudian disertai
dengan menyanyi secara berama-ramai dengan diiringi muzik (muzik) sambil
melakukan pergerakan (kinestetik) seterusnya mewarnakan perkataan-perkataan
tersebut dengan warna (visual).

Teori Konstruktivisme yang diasaskan oleh Vygotsky mengatakan bahawa


murid-murid kita biasanya membina pengetahuan secara individu serta interaksi
sosial dan sosiobudaya. Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi
dunia yang sebenar. Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak
dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai guru, kita perlu
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi mereka mengkaji serta memanipulasi
objek sedia ada. Dengan kata lain, mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan
maklumat yang disampaikan bertujuan untuk mereka membuat intepretasi masing-
masing. Memandangkan setiap murid adalah berbeza dari segi latar belakang,
budaya, kebolehan, minat, dan sebagainya, maka sudah pasti pengalaman serta
pengetahuan ada juga akan berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, amat penting
bagi kita memainkan peranan sebagai fasilitator dalam proses pembinaan
pembelajaran murid-murid kita. Berdasarkan teori kontruktivisme ini elemen seni
boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu misalnya
untuk mengajar mendeklamasi sajak, guru boleh menggunakan elemen muzik untuk
menghubungkaitkan ilmu baharu dengan pengetahuan sedia ada pada bahagian set
induksi. Seterusnya, murid-murid diminta secara koperatif berbincang dan berinteraksi
untuk mengekspresi sajak dalam bentuk nyanyian, kemudiannya menyanyikan lagu
tersebut dengan menggunakan melodi lagu-lagu semasa yang mereka ketahui. Hal in
memberi peluang kepada murid-murid menyampaikan pengetahuan baru melalui
persembahan yang mereka cipta sendiri.

Seterusnya, Teori Hoka Hoki oleh Herman menyatakan otak mempunyai


fungsi yang pelbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk insan kamil. Kedua-
dua hemisfera otak kiri dan kanan mempengaruhi pemikiran seseorang. Gaya
pemikiran otak kanan lebih menyeluruh, intuitif dan mendalam, non-verbal, menjana
idea baru, imaginatif, muzik, pertimbangan nilai dan moral. Manakala hemisfera otak
kiri lebih kepada rasional, analitikal, berurutan, verbal, mengkategori, menerangkan
sebab, membuat ramalan dan membanding beza. Guru perlulah merancang dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsang proses
pemikiran di hemisfera otak kanan dan hemisfera otak kiri agar dapat membentuk
generasi yang kritis, kreatif dan inovatif. Dalam hal ini elemen-elemen seni dapat
dterapkan bagi menaktifkan kedua-dua hemisfera murid-murid. Misalnya, jika
seseorang guru Bahasa Melayu ingin mengajar menulis karangan dalam bentuk
cerita, antara cadangan aktiviti yang boleh dijalankan ialah menggunakan muzik dan
nyanyian untuk menghubungkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru
pada bahagian set induksi, kemudian murid-murid diminta menonton cerita pendek
dalam bentuk muzikal, seterusnya murid-murid dalam kumpulan berbincang dan akan
melakonkan semula cerita tersebut mengikut kreativiti sendiri dan akhirnya meminta
menulis semula cerita tersebut di rumah. Aktiviti mendengar muzik, berbincang dan
berlakon akan dapat merangsang hemisfera otak kanan, manakala aktiviti bercerita
dan menulis dapat merangsang hemisfera otak kiri. Faridah, Nooreiny dan Raja Mohd
Fauzi (2001), dalam kajian terhadap penulisan murid mendapati guru yang melakukan
perubahan dalam penulisan ialah menilai proses kognitif yang menggunakan
pendekatan konstruktivisme seperti perbincangan kumpulan murid boleh menambah
minat dan mampu menulis dengan baik.

Kesimpulannya, penerapan elemen seni dalam pengajaran dan pemblajaran


Bahasa Melayu sekolah rendah akan dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjai lebih seronok, membantu perkembangan insan secara seimban
dan menyeluruh, meningkatkan kreativiti, imaginasi dan inovatif murid-murid
seterusnya dapat memotivasikan guru menjadi lebih kreatif, inovatif, peka dan
profesional. Malahan keberkesanan penerapan elemen seni dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan kreativiti dan imaginasi murid-murid disokong oleh
teori-teori pembelajaran. Menurut Lee (2002), untuk berdaya saing di peringkat
antarabangsa tenaga kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi bahkan mereka juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi
agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang semakin kompleks dalam
pekerjaan mereka.

Rujukan:

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Bentong,
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Edwards, L. C. (2006). The creative arts: a process approach for teachers and children
(4th ed.). New Jersey: Pearson

Faridah Serajul Haq, Nooreiny Maarof & Raja Mohd Fauzi Raja Musa. (2001).
Masalah penulisan naratif di kalangan murid sekolah menengah. Jurnal
Pendidik, 27: 3-26

Hassan, I. (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab & Universiti. Kuala Lumpur: PTS
Publication & Distributors Sdn Bhd.

Lee, M. N. N. (2002). Educational Change in Malaysia. Pulau Pinang: Sekolah Kajian


Pendidikan Universiti Sains Malaysia

Mc Brien, J.L. & Brandt, R.S. (1997). The language of learning: A guide to education
terms. Alexandria VA: Association for Supervision and Curriculum
Development

Zamri Mahamod (2012). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Pendidikan


Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.