Anda di halaman 1dari 16

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)

ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS


TINGGI MURID DALAM KONTEKS
PENYELESAIAN MASALAH BAGI MATA
PELAJARAN SAINS

Arni Yuzie Mohd Arshad


Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Ruhizan Mohd Yasin


Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran
berfikir aras tinggi dan menentukan perbezaan skor diantara lelaki
dan perempuan. Teknik persampelan bertujuan diguna untuk
mendapat 24 orang murid tingkatan 2 di Wilayah Putrajaya. Data
daripada soal selidik dianalisa menggunakan analisis dokumen
dan Statistical Package for Social Science For Windows Release
17 (SPSS) manakala kaedah analisis dokumen diguna untuk
menganalisis tugasan pelajar. Dapatan kajian menunjukkan tahap
kemahiran berfikir aras tinggi murid adalah sederhana dan masih
berada di domain kognitif aplikasi. Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan skor min berdasarkan jantina. Namun demikian secara
keseluruhannya pencapaian murid perempuan adalah lebih baik dari
murid lelaki berdasarkan kempat-empat domain yang dikaji. Dapatan
ini memberi implikasi bahawa perlu adanya penambahbaikan dalam
penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam proses pengajaran
serta pendedahan ke alam pekerjaan di samping menekankan konsep
pembelajaran sepanjang hayat kepada murid.
Kata kunci kemahiran berfikir aras tinggi, pelajar sekolah
menengah, domain pembelajaran, sains

81
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

Abstract

The objective of this research is to identify the level of higher order


thinking in students and to determine the difference in score between
male and female. The purposive sampling technique was used to get
24 Form 2 students in the district Putrajaya. Data collected from
the questionnaires will be analysed using the SPSS package version
17 while document analysis is used to analyse the students’ tasks.
The findings showed that the level of higher order thinking among
students is average and still in the domain of application. There is
no significant difference in the mean score between male and female.
Nevertheless, the overall achievement of female students were better
than the male students in all the four domains studied. It can be
implied that there is a need to improve the teaching of higher order
thinking in schools, in their career and also in life-long learning.

Key words higher order thinking, secondary school, students,


learning domains, science

PENGENALAN
Dasar Pendidikan Baru yang diperkenalkan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan
kemahiran berfikir sebagai salah satu dari enam ciri utama yang
perlu ada pada setiap murid untuk bersaing ke peringkat global
(PPPM, 2013-2025). Kemahiran berfikir bukanlah sesuatu yang baru.
Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran
dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan
kreatif (KBKK). Ianya telah dirintis melalui pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Objektif
KBSM adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
antaranya membolehkan murid berinteraksi dalam pelbagai situasi,
memperkembangkan pemikiran dan penaakulan serta memberi
penekanan kepada kemahiran menyelesaikan masalah dengan
mementingkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pembelajaran sepanjang hayat juga menjadi tuntutan agama Islam
bertepatan dengan sabda Rasullah SAW iaitu: “Tuntutlah ilmu dari
buaian hingga ke liang lahad” dan diperkukuhkan lagi dengan hadis
riwayat Ibn Madjah yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah wajib
ke atas tiap-tiap orang Islam”. Kesinambungan ilmu ini telah bermula
sejak kewujudan Nabi Adam AS sehinggalah penurunan wahyu
pertama kepada Rasul terakhir Nabi Muhammad SAW di Gua Hiraq.

82
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

Malah ketinggian darjat seseorang juga dikaitkan dengan dengan ilmu


pengetahuan (Khutbah Jumaat, 18 Oktober 2013).
Belajar untuk belajar (learning to learn), penyelesaian
masalah, pemahaman kritikal, penaakulan, kebijaksanaan praktikal,
kemahiran maklumat dan teknologi, kemahiran pengurusan diri
dalam menyelesaikan tugas, komunikasi, kerjasama, kepimpinan
dan jangkaan pembelajaran merupakan antara kemahiran teras serta
kecekapan yang diperlukan oleh setiap individu dalam melengkapkan
diri menghadapi cabaran abad ke-21 (Carolyn, 2001, Hager & Hollad,
2006). Oleh itu, kemahiran berfikir aras tinggi dianggap sebagai
salah satu proses pembelajaran sepanjang hayat (Carolin, 1998;
Nasser & David, 2010; Allison, 2015). Keperluan ini adalah selaras
dengan ledakan ekonomi, perubahan teknologi serta kebolehpasaran
kerja dalam pasaran ekonomi global. Malah modal insan berkualiti
tinggi dalam bidang pendidikan menjadi tonggak utama sistem
pendidikan negara.“Employability fever” di Jepun serta penubuhan
Korea Educational Development Institute (KEDI) di Korea Selatan
menunjukkan peri pentingnya proses pembelajaran sepanjang
hayat bagi sesebuah negara (Ramlan et al, 2009). Aspirasi ini dapat
dizahirkan apabila setiap individu menjadikan berfikir sebagai satu
proses pembelajaran secara berterusan. Ia juga menjadi satu wahana
dalam latihan pendidikan dalam meningkatkan prestasi, pengetahuan,
kemahiran, mutu kerja dan tahap pendidikan setiap individu (Mimi
Mohaffyza & Che Munira, 2009). Bertitik tolak dari itulah penerapan
kemahiran berfikir aras tinggi dilaksanakan secara formal di Malaysia
(Rajendran, 2010). Namun pelaksanaan ini masih belum lagi mantap.
Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan salah satu dari
komponen kemahiran berfikir. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) merujuk kepada kemahiran yang membolehkan murid
menggunakan pengetahuan, kemahiran serta nilai yang diperoleh
untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan serta mereka
cipta. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) amat penting dalam
usaha negara melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif
bagi memenuhi keperluan abad ke-21 (PIPP, 2010). Berdasarkan
Taksonomi Bloom (Revised Bloom), tahap kognitif aras tinggi
merangkumi empat domain iaitu aplikasi, analisis, penilaian dan reka
cipta (Anderson, Krathwohl et al., 2001). Keempat-empat domain
kognitif ini memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran berfikir aras tinggi dari perspektif Islam berdasarkan
Imam Ghazali merujuk kepada pemikiran bertahap melibatkan tiga

83
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

peringkat pemikiran iaitu taakulan (pemikiran), tafakkur (fikir –


dzikir) melibatkan pemikiran serta perasaan dan tadabbur (dzikir)
melibatkan pemikiran, perasaan dan amalan beradab (Kamarudin,
2009). Manakala perkataan Ijtihad pula dikaitkan dengan kemahiran
berfikir aras tinggi. Terdapat potongan ayat Al-quran yang merujuk
kepada pemikiran tahap tinggi, antaranya ialah:

“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, sebagai petunjuk


bagi mereka yang bertaqwa”

(Al-Baqarah: 2)

Selain itu, perkataan ulul albab atau ulil albab juga turut diulang
sebanyak 16 kali dalam ayat Al-Quran berdasarkan 10 surah iaitu
(1) al-Baqarah [2]: 179, 197, 269; (2) Ali ‘Imrân [3]: 7, 90; (3) Al-
Mâidah [5]: 100; (4) Yusuf [12]: 111; (5) Al-Ra’d [13]: 19; (6) Ibrâhîm
[14]: 52; (7) Shâd [38]: 29, 43; (8) Al-Zumar [39]: 9, 18, 21; (9) al-
Mukmin [40]: 54 dan (10) Al-Thalâq [65]: 10 (Arief Efendi, 2014).
Pengulangan ini membuktikan akal fikiran serta penguasaan ilmu
pengetahuan merupakan elemen penting dalam kehidupan seseorang
muslim. Golongan ulul albab ini merupakan golongan istimewa yang
memiliki hikmah, kebijaksanaan dan pengetahuan serta senantiasa
memaksimumkan penggunaan akal fikiran (Norfadelah & Ahmad
Tijani, 2015; Danial 2015).
Revolusi pendidikan masa kini telah berubah dari penekanan
kepada 3M (membaca, menulis, mengira) kepada KBAT (Norfadelah
& Ahmad Tijani, 2015). Penerapan KBAT dalam kurikulum sekolah
telah dilaksanakan secara rasminya di awal tahun 90-an (Rajendran,
2001). Malah perlaksanaan pengajaran yang bercorak pemikiran aras
tinggi akan memberikan impak yang besar dalam bidang pendidikan
dan amat penting dalam menyediakan murid di abad ke-21 (Rajendran,
2008; Robyn, 2014).
Kajian terdahulu menunjukkan tahap berfikir aras tinggi murid
adalah sederhana (Wan Norehan, 2013; Jalani et al., 2013). Dapatan
kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
berdasarkan jantina (Ali et al., 2006; Marlina, 2007; Sarimah &
Shaharom, 2007; Wan Norehan, 2013; Jalani et al., 2013) akan tetapi
dapatan TIMMS dan PISA agak berbeza, di mana pelajar perempuan
adalah lebih baik dari pelajar lelaki (Zabani, 2012). Berdasarkan
laoran kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan
21 Century Schools (USA) didapati bahawa pemikiran guru dan

84
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

murid adalah di tahap yang rendah. Kajian oleh Rajendran (2010)


telah mengenal pasti faktor-faktor yang menjadi menjadi isu dalam
pelaksanaan KBAT. Faktor tersebut dikelompokkan kepada manusia,
proses dan pelaksanaan sehingga kini laporan kajian melihatkan
kurangnya penekanan KBAT dalam PdP sebagai punca utama masalah
ini.
Melihat kepada kepentingan KBAT serta cabaran abad ke-21
Kementerian Pelajaran Malaysia mempergiatkan lagi usaha dengan
memperkenalkan 4 lagi inisiatif baru iaitu pelaksanaan program
i-Think, International Baccalaurate, kemahiran abad ke-21 dan
pemantapan kefahaman item KBAT. Tidak cukup dengan itu, Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) turut melaksanakan kursus pemantapan
pedagogi kemahiran berfikir aras tinggi kepada guru-guru. Manakala
pihak (Lembaga Peperiksaan Malaysia) LPM juga bertindak dalam
menangani isu dan cabaran berkaitan dengan kefahaman dan
kemahiran guru dengan menerbitkan Buku Pentaksiran KBAT 2014
serta melatih guru yang terpilih untuk ditauliahkan sebagai Jurulatih
Utama KBAT. Langkah yang diambil ini diharap dapat melahirkan
murid yang KBAT serta mampu merealisasikan impian negara untuk
berada di satu pertiga teratas dalam Ujian TIMSS dan PISApada tahun
2015.
Pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
telah dipergiatkan lagi usaha hingga kini. KBAT dalam PdP amat
penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
keperluan negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020 (PPPM 2013-2025). Namun persoalannya
apakah tahap KBAT murid masa kini? dan adakah wujud perbezaan
antara jantina? Keberkesanan pelaksanaan program yang dijalankan
adalah bergantung kepada hasil dapatan yang diperoleh dari murid.
Oleh yang demikian, perlunya satu kajian untuk melihat status
pencapaian KBAT murid pada masa kini agar impian negara untuk
melihat kejayaan murid dalam TIMSS dan PISA terlaksana serta
usaha yang berterusan boleh dilaksanakan dengan tuntas bagi mengisi
kelompongan yang sedia ada.

METODOLOGI
Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang dilaksanakan pada
gelung pertama kajian tindakan bertujuan untuk mengenal pasti
tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam mata pelajaran

85
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

Sains. Responden kajian seramai 24 orang terdiri daripada murid


tingkatan 2 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sampel kajian terdiri
daripada 13 murid lelaki dan 11 murid perempuan yang dipilih secara
persampelan bertujuan. Penetapan persampelan ini dibuat kerana ia
dapat memenuhi kriteria persampelan seperti jantina, kepelbagaian
pencapaian akademik dan latar belakang yang berbeza. Pensampelan
bertujuan merujuk kepada prosedur pensampelan di mana sekumpulan
subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden
kajian. Ini menyebabkan subjek-subjek kajian lain dalam populasi
tidak berpeluang untuk dipilih sebagai responden.
Ujian pencapaian dijadikan sebagai instrumen kajian. Ujian ini
dibina berdasarkan 4 tahap kognitif Taksonomi Bloom iaitu aplikasi,
analisis, penilaian dan reka cipta. Item ujian terdiri daripada 3 soalan
objektif dan empat soalan subjektif berbentuk maklum balas terbuka.
Pembinaan item ujian adalah mengikut standard pembinaan item
KBAT dengan melibatkan tiga aras kesukaran iaitu rendah, sederhana
dan tinggi. Kesahan instrumen juga dibuat dengan mengambil
kira pandangan 3 pakar (Guru Cemerlang, guru berpengalaman
dan pensyarah IPG). Terdapat dua bahagian iaitu Bahagian A
dan B. Bahagian A melibatkan latar belakang murid manakala
Bahagian B berbentuk Ujian Tahap KBAT. Bahagian A melihat
kepada pembolehubah jantina manakala Bahagian B pula mengkaji
pembolehubah dari aspek tahap KBAT murid berdasarkan langkah
penyelesaian dan jawapan yang diberikan.
Penilaian dibuat berdasarkan skor yang diperolehi oleh sampel
dan juga tahap KBAT dalam menjawab soalan. Data yang diperoleh
dianalisis menggunakan Statistic Packages for Social Science (SPSS)
versi 18.0. Analisa data dibuat secara deskriptif dengan melaporkan
nilai peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala bagi melihat
perbezaan tahap kemahiran berfikir aras tinggi antara jantina analisis
ujian t tidak bersandar dilakukan. Analisis secara kualitatif juga
dilakukan ke atas jawapan murid bagi memperkukuhkan lagi dapatan
kajian.

DAPATAN KAJIAN

Profil Responden
Analisis demografi responden menunjukkan 24 orang responden yang
terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 13 orang murid lelaki (54.2 %)

86
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

dan 11 orang murid perempuan (45.8 %) dengan perbezaan sebanyak


8.4%. Murid ini merupakan murid tingkatan dua di sebuah sekolah
menengah di Wilayah Putrajaya. Kesemua murid adalah berbangsa
Melayu.
Jadual 1 Profil responden kajian

Responden Frekuensi Peratus


Lelaki 13 54.2
Perempuan 11 45.8

Tahap Pencapaian Murid Berdasarkan Domain Kognitif


Secara keseluruhannya, majoriti murid berada di domain kognitif
aplikasi dengan skor markah sebanyak 147 (61%). Peratusan
domain analisa ialah (33%), penilaian (26%) dan reka cipta (20%).
Sungguhpun begitu, perbezaan skor antara ketiga-tiga domain iaitu
analisa, penilaian dan reka cipta adalah hampir sama. Jadual 2
menunjukkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid berdasarkan
4 domain kognitif iaitu analisa, aplikasi, penilaian dan reka cipta.
Jadual 2 Tahap pencapaian murid berdasarkan domain kognitif (n=24)

Domain kognitif Skor Peratus


Aplikasi 147 61
Analisa 78 33
Penilaian 63 26
Reka cipta 49 20

Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


Tahap kemahiran berfikir aras tinggi murid diukur berdasarkan
pencapaian yang diperoleh melalui skor ujian. Skor ini dibahagikan
kepada 3 sela iaitu skor 0-13 melambangkan tahap pencapaian rendah,
skor 14-26 adalah tahap sederhana, manakala tahap tinggi pula
merujuk kepada skor 27-40. Berdasarkan Jadual 3, kekerapan tertinggi
dengan bilangan murid sebanyak 16 orang (33.33%) pada sela skor
14-26. Dapatan ini menunjukkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi
muridadalah pada tahap sederhana. Seramai 8 orang murid (33.33%)
berada pada tahap rendah dan tiada seorang murid yang memperoleh
skor 27-40 (tahap KBAT tinggi).

87
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

Jadual 3 Tahap kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan Skor Ujian


Pencapaian (n=24)

Tahap Skor Kekerapan


Rendah 0-13 8 (33.33%)
Sederhana 14-26 16 (66.67%)
Tinggi 27-40 0 (0.00%)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Berdasarkan Jantina


Berdasarkan Jadual 4 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
skor murid tingkatan 2 t(24)= -0.968; p>0.05 berdasarkan jantina. Ini
kerana tidak wujudnya perbezaan yang ketara terhadap nilai min bagi
tahap kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan jantina. Perbezaan
min skor antara murid lelaki (M = 13.77, SD = 2.948) dengan murid
perempuan (M=14.73, SD = 1.555) ialah sebanyak 0.958. Perbezaan
yang ditunjukkan tidak begitu ketara di mana jumlah keseluruhan skor
murid lelaki ialah 188 makah dan 181 markah adalah skor bagi murid
perempuan.

Jadual 4 Skor ujian berdasarkan jantina

Jantina N Min Sisihan piawai T df Sig.


Lelaki 13 13.77 2.948 -0.968 22 0.344
Perempuan 11 14.73 1.555

Ujian-t Aras Aplikasi Murid Merentasi Jantina


Berdasarkan Jadual 5 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
tahap aras aplikasi murid berdasarkan jantina (t=0.122; p>0.05). Pada
aras aplikasi, tahap kognitif murid lelaki dan perempuan adalah sama
(min=6.09, 6.15). Ini menunjukkan penguasaan murid terhadap mata
pelajaran Sains pada aras aplikasi mencapai objektif pengajaran.

Jadual 5 Ujian-t aras aplikasi murid merentasi jantina

Jantina N Min Sisihan piawai T Df Sig.


Lelaki 13 6.15 1.519 0.122 22 0.904
Perempuan 11 6.09 0.831

88
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

Ujian-t Aras Analisis Murid Merentasi Jantina


Pada aras analisis, tidak terdapat perbezaan yang signifikan aras
analisis merentasi jantina (t=0.122; p>0.05). Perbezaan nilai min
adalah sangat kecil (beza min = 0.06). Ini menunjukkan penguasaan
mata pelajaran Sains dalam aras analisis murid lelaki dan perempuan
adalah sama.
Jadual 6 Ujian-t aras analisis murid merentasi jantina

Jantina N Min Sisihan piawai T df Sig.


Lelaki 13 3.08 0.54 -1.103 22 0.904
Perempuan 11 3.55 1.128

Ujian-t Aras Penilaian Murid Merentasi Jantina


Pada aras penilaian, murid tidak mencapai tahap yang sama seperti
pada aras aplikasi dan analisis (t= -1.103; p>0.05). Ini kerana nilai min
yang diperoleh adalah rendah berbanding daripada dua aras kognitif
di atas. Kebanyakan murid tidak dapat memberi jawapan dengan tepat
terutamanya melibatkan soalan yang berkait dengan alam pekerjaan.
Ini menunjukkan majoriti murid masih lagi lemah pada aras penilaian.
Berdasarkan analisis ujian-t, tahap kognitif murid perempuan (min =
3.55) adalah lebih baik daripada murid lelaki (min = 3.08).
Jadual 7 Ujian-t aras penilaian murid merentasi jantina

Jantina N Min Sisihan piawai T df Sig.


Lelaki 13 2.38 1.261 -0.974 22 0.341
Perempuan 11 2.91 1.375

Ujian-t Aras Reka Cipta Murid Merentasi Jantina


Berdasarkan Jadual 8 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
tahap aras reka cipta murid berdasarkan jantina (t= -0.490; p>0.05).
Pada aras reka cipta, tahap kognitif murid lelaki ialah (min=1.92)
manakala tahap kognitif murid perempuan (min=2.18). Didapati
murid perempuan sedikit mengatasi murid lelaki pada aras reka
cipta. Namun secara keseluruhannya, murid belum dapat menguasai
sepenuhnya aras reka cipta. Aras ini merupakan aras tertinggi dalam
kemahiran berfikir aras tinggi Taksonomi Bloom.

89
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

Jadual 8 Ujian-t aras reka cipta murid merentasi jantina

Jantina N Min Sisihan piawai T df Sig.


Lelaki 13 1.92 1.656 -0.490 22 0.629
Perempuan 11 2.18 0.603

Analisis Jawapan Murid


Hasil analisis ke atas skrip jawapan murid didapati, item soalan yang
diberikan mampu menggalakkan murid berfikir di luar kotak. Ini jelas
dapat dilihat melalui maklum balas murid pada bahagian B iaitu soalan
1 (a). Kreativiti dalam menjawab soalan berbentuk gambaran jelas
kelihatan di mana terdapat tiga kategori jawapan yang diberikan oleh
murid. Jawapan murid ada yang berbentuk lukisan bergambar, tidak
kurang pula yang memberi jawapan berbentuk lukisan bergambar
beserta penerangan ringkas malah sebilangan memberikan lukisan
graf berserta penerangan sebagai maklum balas kepada soalan yang
diajukan. Bagi soalan ini, majoriti murid mendapat markah penuh
iaitu 4 markah. Jawapan murid ini juga membuktikkan bahawa murid
dapat menganalisis dan mengaplikasikan teks yang diberikan serta
dapat menghubungkaitkan teks dengan budaya pemakanan rakyat
Malaysia dengan baik.
Soalan 1(b) (i) & (ii) merupakan soalan berbentuk aplikasi
aras sederhana dan tinggi. Soalan ini melibatkan pengiraan kalori
makanan. Murid dikehendaki mengaplikasikan maklumat yang
diberiuntuk disuaipadankan semasa membuat pengiraan. Maklum
balas yang ditunjukkan murid adalah sangat baik. Ini bermaksud
murid telah dapat memahami dan menguasai konsep pengiraan kalori
makanan. Sungguhpun begitu, kecuaian yang dilakukan murid telah
menyebabkan markah penuh (3 markah) tidak dapat diperolehi,
kebanyakkan murid tidak meletakkan unit kJ di akhir jawapan. Unit
kJ merupakan penentu nilai kalori dan menjadi pembeza antara subjek
matematik (pengiraan biasa) dengan sains (kalori makanan). Murid
juga mampu membuat penilaian serta kesimpulan ke atas situasi yang
diberikan pada soalan 1b (ii) berdasarkan jawapan yang diperoleh
pada soalan 1(b) (i).
Soalan bahagian C menilai domain analisa murid. Pada bahagian
ini, soalan berbentuk situasi berkaitan isu semasa negara dikemukakan.
Fenomana banjir dijadikan sebagai konteks tugasan dengan dibantu 3
stimulus berbentuk gambar beserta statistik. Pendekatan alam pekerjaan

90
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

turut diserap melalui soalan 1(a), (i) dan (ii). Soalan ini meletakkan
peranan murid selaku ahli geologi dan doktor dalam situasi banjir.
Berdasarkan penelitian yang dibuat, murid gagal dalam membuat
perincian tugas sebagai ahli geologi namun tidak bagi tugasan sebagai
seorang doktor. Kebanyakan murid keliru dengan peranan yang
dimainkan oleh pihak berwajib dengan peranan ahli geologi. Jawapan
murid jelas menunjukkan kekeliruan ini berdasarkan maklum balas
yang diberikan iaitu “kempen kurangkan penebangan hutan, lebarkan
longkang, mendalamkan sungai, penanaman pokok di tebing bukit,
membina bangunan mengikut spesifikasi, membuat terowong smart,
mengekalkan hutan simpan dan kempen tidak membuang sampah ke
dalam sungai”.
Selain itu, soalan berbentuk objektif aneka pilihan turut juga diuji.
Soalan ini menguji domain penilaian berdasarkan tiga aras kesukaran
item soalan. Soalan ini agak mengelirukan kerana penganggu
(distractor) turut diwujudkan. Murid dikehendaki membuat penilaian
yang tepat serta memberi rasionalisasi ke atas jawapan mereka.
Dalam ketiga-tiga soalan yang diberikan, didapati murid sukar untuk
membuat tafsiran yang paling tepat berkaitan Sains tetapi boleh
menjawab dengan agak baik bagi soalan berbentuk pendapat.
Bagi melengkapkan objektif kajian, sebanyak 3 soalan berbentuk
reka cipta diuji pada bahagian D. Domain rekacipta merupakan
domaian kognitif tertinggi dalam Taksonomi Bloom. Domain ini
berkait rapat dengan kemahiran kritis dan kreatif murid. Dapatan
yang diperoleh menunjukkan murid mampu memberikan maklum
balas terhadap soalan yang diberi terutamanya bagi soalan 1 walaupun
maklum balas diberikan adalah salah atau tidak menepati kehendak
soalan.
Kemahiran rekacipta murid juga diuji dengan meminta murid
membina satu model ekosistem (terrarium) pada soalan 2. Dua
stimulus berbentuk gambar telah diberikan. Agak malang sekali kerana
hanya tiga orang murid yang dapat mengeluarkan idea untuk membina
terrarium walaupun maklum balas yang diberikan adalah salah sama
sekali. Kelemahan utama murid ialah ketidakbolehupayaan (inability)
dalam mengenal pasti komponen abiotik dan biotik. Pengenalpastian
komponen-komponen ini akan membantu murid dalam penciptaan
model terrarium (model ekosistem darat). Dapatan ini juga memberi
tamsilan bahawa tahap pembacaan murid adalah tidak meluas dan
masih mengharapkan sumber maklumat yang diperoleh dari guru dan
dalam ruang lingkup buku teks Sains sahaja.

91
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya tahap KBAT murid adalah sederhana dan
masih lagi berada pada domain aplikasi sebagaimana yang dilaporkan
oleh dapatan TIMMS dan PISA. Ini menunjukkan perlu adanya
penambahbaikkan yang berterusan dilaksanakan serta satu intervensi
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran dibuat bagi merealisasikan
impian negara untuk berada di sepertiga teratas dalam pentaksiran
TIMMS dan PISA pada tahun 2015 tercapai.
Hasil analisis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
ketara dari segi skor markah bagi kedua-dua domain kognitif analisis
(78) dan penilaian (63). Sungguhpun begitu, perbezaan skor antara
domain aplikasi (147) dan analisis (78) adalah besar iaitu sebanyak 69.
Manakala, perbezaan skor yang amat ketara ditunjukkan pada domain
reka cipta(49). Satu perancangan strategik perlu dilakukan agar julat
perbezaan skor antara kedua-dua domain (analisis dan aplikasi) serta
jurang perbezaan bagi domain rekacipta ini dapat dikecilkan.
Selain itu juga, didapati bahawa kurangnya pendedahan diberikan
kepada murid terutamanya hubungkait antara topik yang dipelajari
murid dengan alam pekerjaan sebagaimana yang ditekankan dalam
pendekatan tekstual. Hal ini jelas berdasarkan skor yang diperoleh
serta ketidakbolehan (inability) murid menjawab pada bahagian C
(analisis) soalan 1(a) dan bahagian E (reka cipta) soalan 2(b). Kedua-
dua soalan ini memberikan nilai skor yang rendah. Murid tidak boleh
mengadaptasi pengetahuan yang diperoleh dalam bilik darjah untuk
dikaitkan dengan alam pekerjaan sebagaimana yang dikehendaki
dalam soalan tersebut.
Bagi soalan yang melibatkan penyelesaian masalah dalam
bentuk pengiraan pula didomain aplikasi, kebanyakkan murid
tidak memperoleh skor penuh, disebabkan oleh kecuaian kecil iaitu
tidak meletakkan unit (kJ) pada jawapan akhir. Seramai 19 orang
murid tidak memperoleh skor yang penuh dan hanya 3 orang murid
mendapat skor penuh iaitu 3 bagi soalan ini. Selain itu, terdapat2
orang murid yang tidak dapat mengaplikasikan maklumat yang diberi
untuk menyelesaikan masalah pengiraan kalori. Penyelesaian masalah
ini merupakan satu bentuk pembelajaran tahap tinggi. Dapatan kajian
lampau mendapati murid mengalami kesukaran dalam menterjemah
soalan berbentuk ayat. Faktor kelemahan ini juga dikaitkan dengan
ketidakupayaan koordinasi proses mental (David Tall dan Mohamad
Rashidi, 1991).

92
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

Kelemahan murid juga turut dikesan berdasarkan domain reka


cipta. Murid didapati agak lemah dalam mencetuskan idea dan inovasi
berdasarkan soalan bahagian E, 2(a) iaitu membina model sistem
pencernaan menggunakan bahan terbuang. Soalan ini bukan sahaja
memerlukan daya imaginasi tinggi malah menuntut daya kreativiti
murid dalam mengolah bahan kepada model. Menurut Noor Natasya
(2011) penerapan elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran penting kerana ia menjadi pemangkin kepada daya
pemikiran, idea dan hasil pembelajaran. Murid yang kreatif serta
inovatif akan menggunakan pemikiran aras tinggi mereka dalam
mereka cipta sesuatu produk yang terbaik. Pendekatan ini penting
dalam usaha negara menyediakan murid yang mampu berdaya saing
di peringkat global.
Soalan bahagian E soalan (1) dapat mengenalpasti tahap
pengetahuan murid sama ada meluas mahupun tidak. Kurangnya
amalan membaca serta pendedahan kepada penyiasatan saintifik
juga turut menjadi punca murid tidak mampu membuat reka cipta
sains. Pembacaan yang meluas penting bagi membolehkan murid
memperoleh ilmu baharu yang mungkin tidak disampaikan di bilik
darjah terutamanya buku teka-teki (riddle story). Kaedah ini dikatakan
meningkatkan kemampuan daya kreaviti murid (Anna Prusak, 2015).

CADANGAN
Analisis dapatan menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi murid
berada di tahap sederhana. Berikut, beberapa cadangan dibuat bagi
meningkatkan penambahbaikan dalam penerapan kemahiran berfikir
aras tinggi seperti menggalakkan pembelajaran yang berorientasikan
blended-learning, mengaplikasikan kaedah PBL (Problem Based
Learning - Pembelajaran Berasaskan Masalah) dan POPBL (Project
Oriented Problem Based Learning - Pembelajaran Berasaskan
Masalah Berorientasikan Projek) dalam proses pengajaran serta
pendedahan ke alam pekerjaan di samping menekankan konsep
pembelajaran sepanjang hayat kepada murid. Pengkaji juga turut
mencadangkan agar satu kajian tindakan dilakukan ke atas sampel
yang memfokuskan kepada penerapan kemahiran berfikir aras tinggi
dalam mata murid dan Sains.

93
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

KESIMPULAN
Kemahiran berfikir bukanlah sesuatu yang baru. Pembudayaan dan
pengamalan serta kesedaran kepentingan kemahiran berfikir dalam
kalangan guru dan murid amat penting dalam menghadapi cabaran
abad ke-21.Oleh yang demikian, kemahiran berfikir perlu sentiasa
diasimilasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ajar matlamat
utama agenda kementerian pendidikan yang digarapkan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 akan tercapai.
Kerjasama yang padu antara badan berkepentingan, guru serta ibu
bapa amat penting untuk menjayakan misi sistem pendidikan negara.

PENUTUP
Perancangan yang sistematik serta berterusan semestinya dapat
meningkatkan prestasi sekolah dan seterusnya memenuhi hasrat
negara sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2015-2025 di samping menyediakan murid
dalam menghadapai cabaran abad ke-21. Alaf ke-21 memerlukan
seorang warganegara yang bukan sahaja kompeten dalam akademik
malah mampu menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mencari
alternatif penyelesaian dan menangani masalah secara berhikmah.

RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan & Azarul Nizam Zahari. (2010). Konsep pendidikan
bersepadu serta penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran
Matematik menengah rendah. Universiti Teknologi Malaysia: Eprints.
utm.my.
Alison J. Head. (2015). Phase two: Trends from the online survey: Project
Information Literacy’s Research Summary Lifelong Learning Study The
Information School, University of Washington.
Anderson, L., Krathwohl, D., Airasian, P. (2001). A taxonomy for learning,
teaching, and assessing. A revision of Bloom’s Taxonomy of Educational
Objectives. New York: Pearson, Allyn & Bacon.
Anna Prusak. (2015). Nurturing students’ creativity through telling
Mathematical stories. The 9th International MCG Conference Sinaia,
Romania.
Arief Efendi. (2014). Membentuk generasi berkeperibadian Ulul Albab.
Buletin Al-Islamiyah. Media Kajian dan Dakwah Universitas Islam
Indonesia.
Danial Zainal Abidin. (2015). Menjadi Ulul Albab. Kuala Lumpur: PTS
Media Group.

94
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Murid...
81-96

David Tall dan Mohamad Rashidi Razali. (1991). Diagnosing students’


difficulties in learning Mathematics. Coventry: University of Warwick.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130906/dn_30/PPPM-
Soalan-UPSR-SPM-berbentuk-pemikiran-tinggi#ixzz3PzSOIScO. [10
Jan 2015]
http://cikguluarbandar.blogspot.com/2014/03/pengajaran kemahiran-berfikir-
di.html. [28 Jan 2015].
http://elwafasran.blogspot.com/2012/05/masalah-pembelajaran-matematik.
html [18 .2.2015].
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2007). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelididkan
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khutbah Jumaat 18 Oktober 2013. Pembelajaran sepanjang hayat: Tuntutan
Islam. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Kreber, C. (1998). The relationships between self-directed learning, critical
thinking, and psychological type, and some implications for teaching in
higher education. Studies in Higher Education, 23(1), 71-86.
Medel-Añonuevo, C., Ohsako, T., & Mauch, W. (2001). Revisiting Lifelong
Learning for the 21st Century.
Mimi Mohaffyza Mohammed & Che Munira Che Razali. (2009). Keperluan
pembelajaran sepanjang hayat bagi tenaga pengajar di Institut Latihan
Kemahiran di Malaysia. Malaysian Technical Universities Conference
on Engineering and Technology (MUCEET).
Noor Natasha Nadia. (2011). Penerapan elemen inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran kursus ikhtisas pendidikan. Tesis Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Malaysia.
Norfadelah & Ahmad Tijani. (2015). Islamic theoritical model for critical
thinking in teaching and learning of Islamic education. Gse E-Journal of
Education, 3: 34-44.
Pelan Pembangunan Pendidikan. 2013-2025. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. (2013). Lembaga Peperiksaan
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia,.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia.
P. J. Hager and S. S. Holland. (2006). Graduate attributes, learning and
employability (6th ed.). Dordredt, The Netherlands: Springer.
Rajendran, N. (2001). The teaching higher order thinking skill in Malaysia.
Journal of Shoutest Asia 2(1); 42-65.
Ramlan Zainal Abidin, Ahmad Esa & Wan Mohd. Rashid Wan Ahmad.
(2009). Pendidikan sepanjang hayat: Sekolah peneraju utama menjana
generasi terbilang. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan
PKPGB. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

95
Asian Education Action Research Journal (AEARJ)
ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

Robyn. (2014). Skills for the 21st century: Teaching higher-order thinking.
Curriculum & Leadership Journal 12(14).
Saleh, N., & Strong, D. (2010). Students’ conceptions of life-long learning:
An exploratory study.  Proceedings of the Canadian Engineering
Education Association.
Wan Norehan Wan Mamat. (2013). Tahap penguasaan kemahiran pemikiran
kritis dalam kalangan pelajar kejuruteraan dan hubungannya dengan
pencapaian pelajar.  Tesis Master, Universiti Tun Hussein Onn, Batu
Pahat, Malaysia.
Zabani Darus. (2012). Status pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA:
Satu Refleksi. Kementerian Pelajaran Malaysia.

96

Anda mungkin juga menyukai