Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MENUAN

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Kapit


Tingkat 1 & 2, Wisma Persekutuan,
96800 KAPIT, SARAWAK.
______________________________________________________________________________________

Pegawai Pendidikan Daerah Kapit ,


Pejabat Pendidikan Daerah Kapit,
Tingkat 1 & 2 ,
Wisma Persekutuan,
96800 Kapit,
Sarawak
U.p : Encik Tarasie anak Achak

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU DALAM DAERAH BAGI TAHUN 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

Berhubung perkara di atas, saya Nur Anita binti Hasnan No.KP: 900330-02-5678 ingin merayu supaya
tuan mempertimbangkan permohonan perpindahan saya ke sekolah suami saya, Syazwan bin Mohd
Sanosi di SK NANGA PELAGUS.

Nama Pemohon: NUR ANITA BINTI HASNAN (900330-02-5678)


Opsyen: Pengajian Sosial / Bahasa Malaysia / P. Jasmani
Tempat dipohon: SK NANGA PELAGUS (YBB 7102)
Tempat semasa: SK SUNGAI MENUAN (YCB 7107)

2. Tujuan rayuan ini dikemukakan ialah:

2.1. Tujuan saya mengemukakan permohonan ini adalah untuk berada


berdekatan dengan suami saya. Hal ini, memudahkan saya untuk menjalankan tugas
sebagai isteri dan juga memudahkan untuk kami merancang perjalanan kami dari Kapit
apabila tiba musim cuti sekolah.
2.2. Selain itu, untuk pengetahuan pihak tuan, saya juga ingin memaklumkan
kepada pihak tuan dimana saya pernah mengalami pendarahan sepanjang tempoh saya
berada di SK Sungai Menuan. Pendarahan ini berlaku disebabkan oleh rahim saya yang
kurang kuat dan menolak perahu ketika air sungai kering sepanjang keluar masuk
sekolah. Hal ini menyebabkan saya dan suami terpaksa merancang dengan baik bagi
melahirkan seorang zuriat. Bersama dengan ini, saya lampirkan (LAMPIRAN A)
beberapa keeping gambar rawatan yang telah saya jalani untuk memastikan rahim saya
kuat untuk mengandung pada masa akan dating.

2.3. Dalam pada itu, sebab lain juga ialah seandainya saya dapat tinggal
sebumbung dengan suami, saya tidak perlu lagi risau mengenai perjalanan keluar dari
kawasan sekolah sekaligus mampu merancang perjalanan dengan lebih baik dan
selamat.

3. Akhir kata, besarlah harapan saya kepada pihak tuan untuk memahami situasi dan
masalah saya hadapi. Saya dan suami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak
tuan diatas kesudian untuk membaca surat ini. Kami memohon maaf sekiranya telah
menyusahkan pihak tuan. Namun adalah besar harapan kami agar permohonan ini diterima.
Kami panjangkan ucapan jutaan terima kasih diatas usaha dan susah payah pihak tuan dalam
menyusun penempatan kami dan guru-guru yang lain. Segala kerjasama dan keprihatinan dari
pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.................................................
(NUR ANITA BINTI HASNAN)
GURU AKADEMIK BIASA
SK SUNGAI MENUAN
KAPIT, SARAWAK
LAMPIRAN A

RESIT RAWATAN

GAMBAR IMBASAN RAHIM KALI KEDUA


GAMBAR IMBASAN RAHIM KALI PERTAMA

Anda mungkin juga menyukai