Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

C. SELEPAS PRAKTIKUM

semasa berada di sekolah, saya akui bahawa tidak semua yang dirancang dan
diharap akan menjadi. Perkara yang paling jelas sekali ialah kelemahan diri saya
sendiri terutama dalam berkomunikasi dengan pihak terbabit. Pada asasnya saya
rasakan bahawa ianya satu kerugian yang besar kerana peluang sebegini mungkin
hanya datang sekali seumur hidup dan setiap peluang yang datang itu sepatutnya
diambil dan dihargai dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun saya yakin bahawa
semua kekurangan itu dapat kami semua atasi dan telah kami semua pelajarinya
semoga jika ada lagi peluang akan datang kami semua tidak akan mengulangi lagi
kesilapan yang sama. Dengan ini kami mampu untuk terus maju dan benar-benar
memahami apa yang dimaksudkan dengan GURU. Akhir sekali, saya yakin bahawa
objektif praktikum yang saya telah lalui benar-benar telah mencapai objektifnya
iaitu memberikan kefahaman yang lebih mendalam dan teknik yang berkesan dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Semasa di sekolah juga, saya mengalami dan menghadapi pelbagai pengalaman


pahit dan manis serta peristiwa yang mencabar pengetahuan serta kesabaran saya
sebagai seorang guru. Pengalaman manis yang yang saya alami ialah apabila saya
dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan di sekolah serta dianggap
sebagai keluarga oleh semua guru di sekolah tersebut. Peristiwa yang saya rasa
cukup mencabar saya ialah untuk memastikan tumpuan murid terhadap saya di dalam
kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini memerlukan
ilmu, usaha serta kesabaran yang cukup kuat bagi memastikan semuanya berjalan
seperti yang dirancang. Pengalaman yang saya rasa agak pahit untuk diingat ialah
apabila terpaksa berpisah dengan warga sekolah yang cukup saya kasihi seperti guru
besar, para guru dan terutamanya murid-murid yang belajar di kelas saya.

Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu meransang murid belajar dengan
berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, persekitaran sekolah ini indah
dan menenangkan ditambah lagi dengan suasana yang aman tanpa kebisingan yang
mampu menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, budaya di sekolah ini saya lihat cukup baik
di mana semua guru terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi
sekolah. Ini dibuktikan dengan semua guru turun padang dalam menjayakan apa jua
aktiviti yang dijalankan disekolah bagi memastikan kecemerlangan murid. Hal ini tidak
terhad kepada aspek kurikulum ataupun akademik sahaja bahkan juga turut
melibatkan aktiviti kokurikulum diwaktu petang seperti unit beruniform, sukan mahu
pun persatuan. Semua guru mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing
yang mesti dipikul dan saya lihat mereka semua begitu komited dalam menjalankan
tugas masing-masing serta bantu-membantu antara satu sama lain dalam segala hal.

Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini
adalaha amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyediakan diri saya
untuk menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam
semua aspek yang dperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa
program praktikum ini adalah amat relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal
guru yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai