Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan

Menurut Jumali Hj. Selamat (2009), penghasilan sebuah karya merupakan luahan
fikiran pengarang tentang rencam kehidupan manusia dan alam persekitarannya yang diadun
bersama pengalaman melalui daya kreativiti dan imaginasinya. Hasil karya dicipta dengan
menyelitkan mesej-mesej yang ingin disampaikan sama ada perkongsian pengalaman,
penerapan nilai murni dan pengajaran atau norma-norma kehidupan. Terdapat pelbagai teori
yang boleh digunapakai untuk mengkritik karya-karya sastera yang merangkumi teori sastera
Barat dan teori sastera tempatan.

Bagi tugasan kerja kursus pada kali ini, saya telah memilih Teori Pengkaedahan
Melayu untuk mengkritik prosa moden yang diambil dari karya novel “Bayangan Katarsis”
yang dikarang oleh Tuan Noorkorina Tuan Kob iaitu seorang penulis yang berasal dari
Terengganu. Karya ini diterbitkan pada tahun 2014 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.0 Isi Penulisan


2.1 Latar Belakang Teori
Kewujudan Teori Pengkaedahan Melayu dapat dikaitkan dengan penelitian
terhadap maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh penulis melalui hasil-hasil karya
mereka. Teori Pengkaedahan Melayu dicetuskan oleh Hashim Awang iaitu seorang
sarjana dan pengkritik yang terkenal di tanah air. Teori ini mula diperkenalkan pada
tahun 1989 berlandaskan semua aspek kehidupan manusia yang merangkumi cara
dan sikap hidup, kepercayaan dan kebudayaan sekitarnya. Teori ini mengaitkan
dengan kehidupan yang mempunyai kaitan rapat dengan manusia. Terdapat dua
aspek yang dibincangkankan di dalam teori ini iaitu Pengkaedahan Alamiah dan
Pengkaedahan Keagamaan (Muhammad Haji Salleh, 2008).

Pengkaedahan Alamiah berteraskan corak hidup yang menjadikan alam sebagai


sebahagian daripada diri dan kehidupannya (Hashim Awang, 2002). Pengkaedahan
Alamiah terdiri daripada pendekatan firasat, pendekatan gunaan dan pendekatan
moral. Menurut Hashim Awang (2002), Pengkaedahan Keagamaan dieertikan sebagai
pendekatan yang bersandarkan keimanan dan bersendikan akidah agama Islam.
Pengkaedahan ini terbahagi kepada tiga iaitu pendekatan dakwah, kemasyarakatan
dan seni yang amat berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu, pada tugasan ini saya

1
hanya akan mengulas dalam aspek Pengkaedahan Keagamaan dan Pengkaedahan
Alamiah secara lebih terperinci.

2.2 Ulasan novel

Novel ini mengisahkan percintaan antara jejaka dan wanita yang diakhiri dengan
penderitaan yang menyaktkan. Cerita ini bermula dengan perkenalan seorang lelaki
yang kaya bernama Khalif Airee iaitu sahabat kepada Armin Reza. Khalif mula
berkenalan dengan Aisya Mardiana maka bermulalah bunga-bunga percintaan antara
mereka berdua. Pengakhiran cerita ini adalah apabila Kahlif Airee pergi menghadap
Sang Pencipta setelah menceraikan Mardiana.

3.0 Karya dari sudut Teori Pengkaedahan Keagamaan

Terdapat tiga pendekatan yang diulas di bawah Pengkaedahan Keagamaan iaitu


pendekatan dakwah, pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan seni.

3.1 Pendekatan Dakwah


Menurut Hashim Awang (2002), pendekatan dakwah difahami sebagai satu hasil
sastera yang menekankan aspek-aspek tentang persoalan yang berkaitan dengan
pengutaraan kebesaran dan sifat-sifat keagungan Allah SWT dalan kesusasteraan
Islam. Secara tidak langsung, sastera mampu menjadi wadah untuk mempertingkatkan
ketaqwaan dan ketaatan seseorang terhadap Allah SWT. Di samping itu, sastera harus
juga mempersoalkan tentang kemurnian dan kelebihan agama Islam akan dapat
menimbulkan daya tarikan yang lebih mendalam terhadap kesucian agama Islam, baik
daripada kalangan insan muslim mahupun bukan muslim. Selain itu, aspek watak dan
perlakuan serta peribadinya juga menjadi menarik untuk dikaji dalam kaitannya dengan sifat-
sifat mulia seorang insan muslim seperti yang terpancar di dalam sastera menjadi bahan
penelitian. Antara contoh elemen Pendekatan Dakwah yang terdapat di dalam novel ini
ialah melalui ayat berikut:

2
Aku beristighfar dan berdoa. Benar dan tepat sekali, terasa kesayuan menyusup
menyusup di hati tatkala merasai kebesaran Allah. Aku insan kerdil yang sedang
diuji Allah. Aku patut bersyukur dengan ujian yang hanya sekecil ini.

(Muka surat, 448)

Ayat di atas menggambarkan kehambaan seorang insan yang mengadu kepada


Sang Pencipta mengenai kugusaran yang menimpa hatinya. Namun dia tetap redha
atas segala ujian kerana lumrah sebagai seorang manusia itu diuji. Hal ini kerana ujian
mampu meningkatkan lagi ketaqwaan dan sifat kehambaan seseorang. Justeru,
contoh berikut membuktikan bahawa melalui sastera, seseorang insan dapat
menyedari kekuasaan tuhan dan kepentingan untuk mendekatkan diri dengan Sang
Pencipta (Siti Hawa Hj Salleh, 2009). Kenyataan tersebut telah menepati Pendekatan
Dakwah yang menerangkan ciri pengkaedahan Melayu apabila terdapat unsur
keagamaan yang diselitkan ke dalam hasil karya.

3.2 Pendekatan Kemasyarakatan


Pendekatan Kemasyarakatan menjelaskan mengenai kesejahteraan hidup
bermasyarakat dan pengukuhan keimanan yang berfungsi untuk membahagiakan
umat manusia dan secara tidak langsung meletakkan pendekatan ini sebagai ‘sastera
untuk masyarakat dari perspektif Islam’. Contoh yang terdapat dalam karya ini adalah
seperti:

“Reza, ibu itu ibarat mutiara paling berharga. Kata-kata paling indah di bibir
manusia adalah perkataan ibu. Dan panggilan yang paling cantik adalah
Ibuku. Dia yang mengandungkan dan melahirkan kita..”

(Muka surat, 21)

Berdasarkan ayat di atas, hubungan kemasyarakatan yang wujud adalah


antara ibu dan anak yang saling menyayangi antara satu sama lain. Kasih sayang
antara sesama ahli keluarga amat dituntut dalam Islam bagi melahirkan sebuah
keluarga yang aman dan sejahtera (Wan Azmi Ramli, 1987). Hubungan kekeluargaan

3
ini juga amat digalakkani dalam syariah bagi menghargai jasa seorang ibu yang
menahan kesakitan ketika mengandung dan melahirkan kita ke dunia ini.

3.3 Pendekatan Seni

Menurut Hashim Awang (2002), Pendekatan Seni digunakan untuk meneliti


nilai-nilai estetika yang ada padanya. Pendekatan ini menilai aspek unsur keindahan
dalam karya sastera. Novel ini banyak menggunakan kata-kata puitis yang mampu
memberi aura berlainan kepada pembaca supaya lebih menghayati mesej yang ingin
disampaikan melalui penggunaan bahasa-bahasa yang indah. Penggunaan ayat
yang gramatis dan puitis dilihat mampu menarik minat pembaca dan menimbulkan
kecintaan terhadap bahan bacaan (Mana Sikana, 2005). Contohnya ialah:

Tiap kali aku keluar, akau akan pulang dengan rasa kecewa, tanpa
memahami sebabnya. Tiap kali aku memandang pada langit kelabu, aku
dapat rasa jantungku tesentap. Tiap kali aku dengar kicauan burung dan
bebelan musim bunga, aku menderita tanpa memahami sebabnya.

(Muka surat, 391)

Penggunaaan unsur alam dikaitkan dengan perasaan yang disampaikan


penulis. Contohnya, langit kelabu yang menggambarkan rasa kecewa dan
kicauanburung melambangkan kesunyian yang melanda hatinya. Perkaitan ini ialah
seni dalam bahasa yang digunakan untuk menarik perhatian pembaca dengan
menggunakan unsur-unsur alam sekeliling bagi mewakili sesuatu situasi.
Antara contoh lain yang dijumpai adalah seperti:

Aku hilang dalam kedukaan dan khayalan. Hari dan malam melihat aku
seperti sang helang yang mencakar mangsanya. Sekian kali aku cuba
untuk melupakan nasib malangku dengan membaca tulisan kitab-kitab
lama, tapi ia seperti memadamkan api dengan minyak.
(Muka surat, 85)

4
Penulis menggunakan unsur alam seperti sang helang yang mencakar
mangsanya bagi menggambarkan keperitan yang dialami olehnya di atas kehilangan
orang yang tersayang. Begitu juga dengan unsur seni bahasa seperti memadamkan
api dengan minyak yang menerangkan keadaanya yang berusaha untuk
menenangkan diri tidak berjaya malah segala yang berlaku bermain-main di
mindanya dengan lebih jelas. Semua unsur-unsur alam yang digunakan
melambangkan kebesaran ciptaan Allah yang menjadikan pelbagai hidupan dan
kejadian yang hanya mampu menjadi persoalan kepada manusia.

4.0 Karya dari sudut Teori Pengkaedahan Alamiah


Terdapat tiga pendekatan yang diulas di bawah pengkaedahan Alamiah iaitu
pendekatan gunaan, pendekatan morak dan pendekatan firasat.

4.1 Pendekatan Gunaan


Menurut Hashim Awang (2002), pendekatan gunaan ini adalah didasarkan
kepada anggapan bahawa sastera merupakan salah satu daripada objek alam, iaitu
objek yang diciptakan tuhan,. Dengan berdasarkan pegangan begini, maka sastera
dapat dilihat sebagai suatu objek alam, yang kejadiannya mempunyai sebab, hikmat
dan fungsinya tertentu. Alam turut dijadikan faktor utama untuk memberikan mereka
pekerjaan atau pencarian, pengalaman, pengajaran dan kebajikan. Contohnya ialah:

Nasib baiklah Tok Mah pandai menorah getah, dapatlah dia mengambil upah
menoreh untuk menampung kehidupan kami berdua. Tok Mah menoreh di
kebun getah orang di Limbat. Zaman aku kecil-kecil dulu, harga getah sangat
rendah.

(Muka surat, 52)

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sumber alam seperti pokok


getah mampu memberi manfaat kepada manusia. Hal ini kerana pokok getah mampu
mengeluarkan getah yang boleh dijadikan pelbagai produk. Justeru, kebanyakan

5
penduduk kampung seperti Tok Mah memilih pekerjaan sebagai penoreh getah
walaupun tidak mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan. Tok Mah tidak
kisah asalkan sumber itu datang daripada sumber yang halal. Antara contoh lain yang
dijumpai adalah seperti:

Aku sedar, kewangan kamilah membantutkan segalanya. Sebelum tok Mah


sakit dulu, dia tidak lekang bersawah. Dapatlah sepuluh ringgit sehari hasil
membanting padi, dapatlah Tok Mah tanggung diri sendiri.

(Muka surat, 137)

4.2 Pendekatan Moral


Pendekatan berikutnya dapat disebutkan sebagai pendekatan moral.
Mohamad Daud Mohamad dan Huszaidi Hussin (2006) berpendapat bahawa
pendekatan moral timbul daripada pengalaman hidup. Pengalaman-pengalaman itu
biasanya terdiri daripada dua hal utama, iaitu tentang peristiwa-peristiwa yang dilalui
oleh manusia tertentu, dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan manusia tadi
serta suasana persekitarannya. Berdasarkan peristiwa dan pengalaman inilah,
terserlah pelbagai ragam dan perlakuan manusia yang dapat dialami untuk dinilai
aspek-aspek positif dan negatifnya bagi maksud dijadikan cermin perbandingan atau
contoh teladan yang terbaik (Siti Hajar, 2014). Justeru, sastera mampu menjadi wadah
untuk membentuk peribadi seseorang ke arah yang lebih baik. Antara contoh elemen
Pendekatan Moral yang terdapat di dalam novel ini ialah melalui ayat berikut:

“Lepas habis belajar dan Mar bersalin nanti, Mar duduklah rumah tu bersama
Murni. Rumah tu dekat dengan tempat kerja Reza, di Balik Pulau, nanti kalua Mar
perlukan apa-apa senanglah. Pasal duit, Mar jangan risau. Reza akan uruskan
semuanya. Reza juga akan tolong belikan barang bayi …”

(Muka surat, 347)

6
Ayat di atas menggambarkan ketulusan hati Reza untuk membantu Mardiana
walaupun dia tidak mempunyai pertalian darah dengan Mardiana. Dia ikhlas membantu
wanita itu kerana simpati atas nasibnya yang baru kehilangan seorang nenek dan
diceraikan oleh Khalif Airee. Malah, kita perlu menghulurkan bantuan kepada orang yang
berada dalam kesusahan kerana itu membuktikan kita mempunyai sifat kemanusiaan.
Contoh sedemikian juga membuktikan bahawa sesuatu karya boleh mendidik manusia
untuk membuat kebajikan kepada semua manusia dengan penonjolan watak-watak yang
beriman dan suka mengerjakan segala suruhan tuhan seperti membuat amal jariah.
Contoh tersebut juga telah menepati Pendekatan Moral yang menerangkan ciri
pengkaedahan Melayu apabila terdapat unsur Alamiah yang diselitkan ke dalam hasil
karya.

5.0 Kesimpulan
Tuntasnya, terdapat pelbagai elemen atau unsur keagamaan yang dijumpai di dalam
karya novel “Bayangan Katarsis” yang menepati pengkaedahan keagamaan dan
pengkaedahan alamiah melalui ketiga-tiga elemen yang telah dibincangkan di atas. Melalui
pembacaan yang teliti, pembaca bukan sahaja mampu mengisi masa lapang dengan perkara
yang berfaedah malah boleh menghayati nilai-nilai keagamaan yang diselitkan di dalam
karya tersebut seterusnya menjadi pegangan untuk masa hadapan kelak.

7
Rujukan

Hashim Awang. (2002). Teori pengkaedahan melayu dan prinsip penerapannya. Bengkel
Teori Sastera, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur di Riviera Bay
Resort, Melaka pada 28-29 Jun.

Jumali Hj. Selamat. (2009). Aplikasi teori pengkaedahan Melayu dalam menjaras rebut
menerusi pendekatan dakwah. Journal PersonaliaPelajar, 12: 19-37.

Mana Sikana. (2005). Teori dan kritikan sastera Malaysia dan Singapura. Kuala Lumpur:
Pustaka Karya.

Mohamad Daud Mohamad dan Huszaidi Hussin. (2006). Rangkaian pemikiran dalam karya
sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Haji Salleh. (2008). Permata di rumput, gilang sastera sebagai ruang
bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar (edi.). (2014). Sangeetha dalam kritikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Siti Hawa Hj Salleh. (2009). Kelompok pemikiran sastera Melayu. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Tuan Noorkorina Tuan Kub. (2014). Bayangan Katarsis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Wan Azmi Ramli. (1987). Membina keluarga sejahtera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.