Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT PENGHULU

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 1/2019

Tarikh : 16 Januari 2019

Masa : 2.30 Petang

Hari : Rabu

Tempat : Bilik Gerakan Kecemerlangan

Kehadiran :

1. Pn. Zalila binti Mohd Yassan (Ketua Panitia)


2. En. Khairul Nizam bin Hamzah (Setiausaha)
3. Pn. Anura binti Hasan
4. Pn. Umi Kalsum binti Latip
5. Pn. Zurina binti Arifin
6. Pn. Norbaite binti Mohd Zainal
7. Pn. Nur Azah binti Abd. Karim (Pra Sekolah)
8. Pn. Akmawati binti Abdullah (Pemulihan)

Agenda I: UCAPAN KETUA PANITIA

1. Ketua panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana hadir ke
mesyuarat panitia matematik kali pertama tahun 2019.
2. Ketua Panitia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan
oleh semua ahli panitia dalam menjayakan program panitia pada tahun lepas.
3. Ketua Panitia mengucapkan selamat datang kepada En. Khairul Nizam bin Hamzah
sebagai ahli baru dalam panitia.
4. Ketua Panitia juga berharap aktiviti yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
dengan lebih baik.

Tindakan : Makluman

Agenda II: PERANCANGAN PANITIA

1. Sudut Matematik
- Sudut Matematik perlu dihias dan dilengkapkan dengan maklumat dan
bahan-bahan yang sesuai.
2. Minggu Matematik:

1
- Dicadangkan pada minggu pertama bulan April.
- En. Nizam dan Puan Zurina menyediakan aktiviti dan bahan bagi tahap 1
- Pn. Zalila menyediakan aktiviti dan bahan bagi tahap 2
- Pn. Akmawati dan Pn. Azah menyediakan aktiviti dan bahan bagi pra
sekolah
- Pn. Anura dan Pn. Umi menyediakan hadiah.

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda III: PERBINCANGAN PROFESIONAL

1. Ketua Panitia mengingatkan DSKP dan RPT perlu disediakan dalam bentuk
hardcopy.
2. Rancangan Pengajaran Harian juga perlu lengkap dan disediakan.
3. Semakan buku aktiviti dan buku latihan juga perlu dibuat mengikut jadual di dalam
Buku Panduan Kerja.
4. PdPc perlu dijalankan berasaskan konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda IV: KSSR/PBS

1. Pentaksiran Bilik Darjah perlu dilakukan menggunakan ujian dalaman yang


dikendalikan guru di dalam kelas mengikut masa yang sesuai agar dapat dijadikan
evidens di dalam SKPMG2.

Tindakan : Semua guru matematik

Agenda V: LINUS

1. Status program LINUS masih belum dapat disahkan kerana masih belum terdapat
apa-apa surat arahan yang rasmi bagi pemansuhan program LINUS.

Tindakan : Makluman

Agenda VI: PCG

1. Setiap pembelian yang ingin dilakukan melakukan PCG perlu diminta daripada
Ketua Panitia.
2. Pn. Akmawati meminta supaya replika wang yang terkini dapat dibeli. (Tindakan
Ketua Panitia)

2
Tindakan : Makluman

Agenda VII : Hal-Hal Lain

1. Alat Bantu Mengajar yang diperlukan ada di dalam Bilik Guru. Guru yang ingin
menggunakan alat tersebut boleh mengambil dan memulangkan semula di Bilik BBM
dalam Bilik Guru.
2. Pn. Anura meminta guru-guru Tahap 1 membuat penilaian kendiri kepada murid-
murid bagi mengenalpasti kelemahan murid.
3. Pn. Akmawati memaklumkan senarai nama murid Pemulihan.
4. Pn. Azah memaklumkan bahawa nombor ‘4’ yang di ajar di Prasekolah adalah
mengikut standard.

Tindakan : Makluman

UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dan berganding bahu untuk
membantu murid-murid dalam mata pelajaran dan seterusnya meningkatkan
pencapaian mata pelajaran Matematik dikalangan murid-murid pada tahun ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Pencadang: Pn. Anura binti Hasan


Penyokong: Pn. Umi Kalsum binti Latip

Disediakan oleh, Disahkan oleh

………………………………… …………………………………

(KHAIRUL NIZAM BIN HAMZAH) (ZALILA BINTI MOHD YASSAN)

Setiausaha Panitia Matematik Ketua Panitia Matematik,

SK Parit Penghulu SK Parit Penghulu

Anda mungkin juga menyukai