Anda di halaman 1dari 2

TUGASAN HARIAN 4

Kemajuan yang kita nikmati hari ini adalah hasil daripada


perjuangan dan pergorbanan anak watan menentang penaklukan
penjajah suatu masa dahulu. Oleh itu, beberapa nilai harus
disematoleh rakyat bagi memastikan kemajuan yang dinikmati
ini terus dikecapi.Rakyat perlu ada nilai sanggup berkorban
untuk Negara , iaitu sikap kerelaan melakukan atau
menyerahkan sesuatu termasuk nyawa agar dapat mengekalkan
sesuatu yang kita miliki.Sebagai contoh, walaupun kemerdekaan
sudah dicapai , pasukan keselamatan Negara sanggup
menggadai nyawa bagi mempertahankan negara daripada
ditawan musuh yang pada ketika itu ialah pengganas komunis.
Selain itu, nilai sanggup berkorban untuk negara juga membawa
tanda kebaktian untuk Negara agar rakyat dapat menjamin
kemerdekaan negara yang amat dihargai dan dicantai. Sebagai
contoh, rakyat Malaysia amat bersyukur untuk mendiami
sebuahnegara yang merdeka yang telah membawa simbol
kemakmuran serta kemaruahan sejak 1957. Nilai cinta akan
Negara adalah salah satu nilai yang juga boleh menjamin
kemajuan negara.Rakyat haruslah mempunyai perasaan sayang
dan bangga kepada Negara kerana rakyat bersyukur untuk
mendiami sebuah negara yang tidak berada dalam peperangan
seperti Negara Afghanistan pada masa kini. Sebagai contoh,
rakyat telah bersyukur kerana mereka mengamalkan perpaduan
kaum serta sikap tidak menilai bangsa untuk mewujudkan
negara yang berbangsa, satu misi yang hampir tidak dapat
diekori oleh negara-negara lain. Di samping itu,rakyat juga
dapat meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Contohnya,rakyat telah mengutamakan aspek pembangunan
negara lebih daripada perkembangan dirisendiri.Rakyat juga
haruslah mempunyai nilai taat setia kepada raja dan negara, iaitu
kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan Negara kerana
rajalah yang telah bertungkus lumus untuk memelihara
kemajuan negara yang masih dijaminkan. Sebagai contoh,
rakyat memberikan dorongan serta sokongan penuh terhadap
raja dan juga negaranya. Nilai taat setia kepada raja dan negara
juga mendidik rakyat agar sentiasa mengamalkan kesetiaan yang
berkekalan kepada raja dan Negara . Seperti contoh, rakyat
sentiasa mengingati jasa-jasa yang telah dikorbankan oleh raja
serta negara yang mereka cintai.

(304patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai