Anda di halaman 1dari 12

EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Terdapat beberapa pengertian mengenai pentaksiran autentik. Antaranya ialah


pentaksiran autentik adalah merujuk kepada alternatif ke arah kepelbagaian ujian
pencapaian yang standard (Saptu dan Said, 2011). Seterusnya, pentaksiran autentik
mempunyai bentuk pentaksiran yang berbeza di mana dapat menampung ketidakupayaan
murid untuk menunjukkan apa yang murid fahami (Longsdon, 2011) dan pentaksiran
autentik dapat didefinisikan sebagai penggunaan pendekatan yang moden atau terkini
dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach dan Associates, 2011).

Oleh itu, pentaksiran autentik ini adalah salah satu pentaksiran yang kita boleh lakukan
untuk menambahkan lagi kefahaman murid. Hal ini kerana murid yang mencari
pengalaman itu sendiri. Hal ini bukan sekadar pentaksiran yang berdasarkan bertulis iaitu
pentakrisan tradisional malah lisan juga diambil kira untuk mencapai hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

Pentaksiran autentik dapat membantu murid memperkembangkan pengetahuan,


kemahiran dan nilai melalui tugasan bermakna. Terdapat beberapa jenis pentaksiran
autentik yang diketengahkan iaitu seperti pentaksiran prestasi, pentaksiran portfolio,
penilaian rakan sebaya, penilaian kendiri dan pentaksiran atas talian.

1
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

2.0 PENTAKSIRAN PRESTASI: PROJEK

Menurut Popham (2005), pentaksiran prestasi bermaksud satu pendekatan untuk


mengukur prestasi murid melalui penyempurnaan sesuatu tugasan yang ditetapkan.
Definisi Konsep pentaksiran prestasi adalah pentaksiran yang memerlukan seseorang
menunjukkan kemahiran dan pengetahuan yang dimilikinya sebagai maklum balas
terhadap suatu tugasan. Pentaksiran ini dilihat sebagai alternatif kepada penilaian
aneka pilihan dan jawapan pendek yang hanya menumpukan kepada objektif
pembelajaran (Russell & Airasian, 2012). Dalam hal ini, murid perlu melakukannya
sendiri dan respons yang diberikan adalah bersifat asli. Pentaksiran ini menggunakan
maklumat, konsep dan kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan di mana murid
terlibat secara aktif manakala guru pula berperanan sebagai fasilitator untuk
memberikan bimbingan serta maklum balas. Selain itu, tugasan yang diberi
memerlukan murid membuat inovasi atau mencipta sesuatu produk dan juga meliputi
semua proses yang terlibat dalam penghasilan inovasi atau produk tersebut.

Terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh dilaksanakan dalam pentaksiran
prestasi. Antaranya adalah projek. Pentaksiran cara ini merupakan aktiviti-aktiviti yang
memerlukan murid mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran
dalam situasi sebenar (Wiggins, 1989). Projek ialah tugasan yang dilaksanakan dalam
bentuk tempoh masa yang ditentukan. Projek lazimnya melibatkan aktiviti mengumpul
maklumat dan penyediaan laporan. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau
secara berkumpulan. Tugasan projek ini juga secara tidak langsung membolehkan murid
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran interpersonal.
Elemen-elemen yang dijelaskan dalam pentaksiran ini sangat bersesuaian dengan
subtopik Hidroponik dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 iaitu lebih
menjurus kepada pentaksiran melalui aktiviti yang dilakukan oleh murid berdasarkan masa
dan kriteria-kriteria yang ditentukan oleh penialai. Oleh yang demikian, saya telah memilih
alat pentaksiran prestasi projek untuk diberikan kepada murid sekolah rendah bagi menilai
pencapaian sebenar murid di dalam bilik darjah.

2
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

2.1 SOALAN TUGASAN

TUGASAN PROJEK

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 6

2018

Nama:

Kelas:

Objektif Tugasan:

1. Melakukan penanaman secara hidroponik dengan kreatif dan inovatif dari aspek idea,
teknik, peralatan dan bahan mengikut langkah yang betul.
2. Mengenalpasti alatan dan bahan kitar semula yang boleh digunakan dalam kaedah
penanaman hidroponik.
3. Menyediakan laporan berdasarkan projek kaedah penanaman hidroponik yang telah
dijalankan mengikut aspek yang dinilai.
4. Mengetahui langkah pengiraan alatan dan bahan yang digunakan semasa
menjalankan projek.

3
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Rangsangan:

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek, iaitu hydro yang bermaksud air dan ponos
yang bermaksud kerja. Hidroponik merupakan kaedah penanaman yang menggunakan air
sebagai medium utama tanpa menggunakan tanah. Kaedah hidroponik dapat digunakan
untuk menanam sayuran berdaun, sayuran berbuah, tanaman hiasan berbungan serta
ulam-ulaman dan herba.

Tugasan: Projek (30%)


Secara individu, anda dikehendaki menghasilkan satu laporan dan projek penyediaan
kaedah tanaman hidroponik dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula mengikut
kreativiti. Masa yang diperuntukkan bagi penghasilan projek ini adalah selama 4 jam.

Penghasilan projek dinilai berdasarkan aspek-aspek berikut:

a. Menjalankan kaedah penanaman hidroponik dengan betul dan tepat mengikut


kreativiti.
b. Menjelaskan langkah-langkah penanaman hidroponik mengikut urutan yang betul dan
tepat.
c. Menerangkan fungsi alatan dan bahan kitar semula yang digunakan dengan betul.
d. Menyatakan ciri-ciri pemilihan biji benih yang baik.
e. Mengira keseluruhan kos projek yang diperuntukkan.

Rajah 1: Cadangan Jawapan

4
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

2.2 RUBRIK PEMARKAHAN

Komponen Cemerlang Kepujian Gagal


Yang Dinilai 20-30 10-19 0-9
Tugasan:  Melaksanakan projek kaedah  Melaksanakan projek kaedah  Tidak menggunakan masa
Projek penanaman hidroponik dengan penanaman hidroponik dengan yang telah diperuntukkan.
Penanaman sangat baik mengikut masa yang baik mengikut masa yang  Laporan disusun dengan
Hidroponik diperuntukkan. diperuntukkan. tidak sistematik.
(30%)  Laporan disusun dengan sangat  Laporan disusun dengan  Penggunaan alatan dan
sistematik mengikut kandungan sistematik mengikut kandungan bahan yang tidak sesuai.
dan aspek yang ditetapkan. dan aspek yang ditetapkan.  Tidak membuat huraian
 Penggunaan alatan dan bahan  Penggunaan alatan dan bahan berkenaan fungsi alatan dan
yang sangat sesuai. yang sesuai. bahan yang digunakan.
 Huraian fungsi alatan dan bahan  Huraian fungsi alatan dan bahan  Menjalankan kaedah
yang digunakan sangat baik. yang digunakan baik. penanaman hidroponik
 Dapat menjalankan kaedah  Dapat menjalankan kaedah menggunakan idea dan
penanaman hidroponik penanaman hidroponik kaedah yang telah
menggunakan idea dan kaedah menggunakan idea dan kaedah disediakan.
yang tersendiri dengan sangat yang tersendiri dengan tersusun.  Tidak dapat menerangkan
tersusun.  Dapat menerangkan langkah- langkah-langkah penyediaan
 Dapat menerangkan langkah- langkah penyediaan tanaman tanaman hidroponik dengan
langkah penyediaan tanaman hidroponik dengan jelas. jelas.
hidroponik dengan sangat jelas.

5
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

3.0 PERBANDINGAN PENTAKSIRAN PRESTASI DENGAN PENTAKSIRAN RAKAN


SEBAYA

Menurut Farhana (2008), pentaksiran rakan sebaya adalah penilaian yang


memerlukan rakan sebaya untuk menilai ahli kumpulan yang lain tentang komitmen
mereka dalam kumpulan tersebut. Komitmen di sini melibatkan beberapa perkara
antaranya sumbangan idea dan pendapat kepada kumpulan, sikap kerjasama dalam
aktiviti berkumpulan, hubungan berkomunikasi sesama ahli kumpulan dan sifat
tanggungjawab setiap individu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Pentaksiran
rakan sebaya menggalakkan kerja berpasukan dan komunikasi antara semua pelajar.
Oleh yang demikian, murid harus menilai kerja antara satu sama lain dengan kriteria
penilaian yang dibangunkan oleh guru atau murid.

Oleh itu, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat pada pentaksiran rakan sebaya
berbanding pentaksiran prestasi. Antaranya ialah pentaksiran prestasi guru yang menilai
setiap individu di dalam kelas berdasarkan aktiviti yang dibuat oleh muridnya tetapi
pentaksiran rakan sebaya akan dinilai oleh rakannya sendiri. Hal ini akan terdapat unsur
ketidakpuashati terhadap murid yang dinilai. Malah, pergaduhan antara murid dan rakan
akan berlaku. Contohnya, rakannya mengetahui rakan sebaya mereka menilainya teruk.
Oleh itu, tumbuk menumbuk akan berlaku kerana ketidakpuashati. Maka, nilai
persahabatan antara mereka boleh menjejaskan cara murid membuat pertimbangan
sesama mereka sendiri.

Menurut Nitko (2001) lagi, pentaksiran prestasi memerlukan murid menjalankan kerja
secara ‘hands on’, aktiviti-aktiviti yang memerlukan aplikasi pengetahuan dan kemahiran
dengan menggunakan kriteria yang jelas. Definisi Nitko diperjelaskan lagi oleh Mohamad
Sahari (2002), di mana beliau mendefinisikan pentaksiran prestasi sebagai “proses
pengukuran dan penilaian yang meminta murid mencipta satu jawapan atau produk untuk
menampilkan pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari olehnya”. Selain itu,
pentaksiran prestasi ini mempunyai bukti untuk melihat perkembangan muridnya. Bukan
sahaja guru mampu melihat perkembangan murid. Malah, ibu bapa mereka juga mampu
melihat perkembangan anak mereka dari segi bakat mahupun potensi. Manakala,
pentaksiran rakan sebaya tidak mempunyai bukti untuk dinilai. Hal ini kerana rakan sebaya
menilai murid tersebut berdasarkan pemerhatian mereka sepanjang di dalam kelas. Hal
ini mungkin akan dibekalkan borang penilaian murid tetapi tidak diambil serius oleh rakan
yang menilai. Contohnya, rakan sebaya memusuhi rakannya tetapi rakannya amat baik
dalam melakukan segala tugasan yang diberikan oleh cikgu sepanjang di dalam kelas.

6
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Hal ini juga kerana murid tidak serius dalam usaha untuk memastikan pentaksiran adalah
betul atau salah bagi mereka.

Seterusnya, pentaksiran pentaksiran ini lebih tepat untuk menganalisis pemarkahan.


Hal ini kerana guru yang menilai berdasarkan rubrik yang telah dibuat dan juga guru
adalah berprofesional dalam bidang penilaian markah. Oleh itu, markah yang diberikan
oleh guru adalah adil. Manakala, pentaksiran rakan sebaya pula akan melibatkan rakan
sebaya yang tidak cukup memahami kriteria pemarkahan untuk membuat analisis yang
tepat. Malah, mereka juga tidak berupaya untuk membuat pertimbangan atau penilaian
yang sewajarnya. Oleh itu, markah yang diberi oleh murid tidak berapa adil.

7
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

4.0 MENGINTERPRESTASI DATA DAN MELAPOR PRESTASI MURID

Rubrik adalah suatu alat pengukuran yang terdiri daripada senarai set kriteria untuk
penilaian yang bersifat subjektif (Widyaningsih & etl, 2013). Oleh itu, rubrik adalah bahan
untuk menilai berdasarkan kesan keseluruhan atau gabungan semua kriteria yang saya
sediakan. Maka, pemberian markah adalah berdasarkan rubrik yang saya rancangkan.

Setelah mendapat markah, penggunaan sisihan piawai adalah bertujuan untuk saya
lihat perbezaan antara markah murid dengan murid yang lain dalam satu kelas. Malah,
kelas yang lain juga. Misalnya, sisihan piawai berjumlah kecil adalah markah murid hampir
seragam. Manakala, jumlah sisihan piawai terlalu besar menunjukkan markah pelajar
adalah jauh berbeza.

Justeru itu, saya akan membina graf normal untuk menyeimbangkan markah mereka.
Misalnya, tidak terlalu ramai murid yang gagal dan cemerlang. Oleh yang demikian,
pembinaan graf normal memerlukan min dan juga sisihan piawai. Jika graf menunjukkan
pencongan negatif, hal ini dapat dilihat bawah pemberian markah terlalu tinggi, manakala
graf menunjukkan pencongan positif, hal ini didapati pemberian markah adalah terlalu
ketat. Oleh itu, penyelarasan markah boleh dilakukan melalui pemotongan atau
penambahan markah pelajar. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan graf normal.

8
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

5.0 PENUTUP

Pentaksiran yang berkesan bukan hanya bergantung kepada bagaimana tafsiran dan
analisis dapat dilakukan. Malah, bagaimana menggunakan instrumen terhadap sesuatu
domain perkembangan murid itu adalah sangat penting. Walaubagaimanapun, guru perlu
memahami, mahir dan berupaya mengamalkan penggunaan pelbagai jenis instrumen
pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan. Selain itu, guru juga harus
melakukan refleksi kritikal terhadap amalan yang digunakan. Hal ini kerana dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang wujud ketika sesi PdP dan juga dalam
pentaksiran.

Perkara ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengaplikasikan


pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan dengan
kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di sekolah
sahaja

9
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

6.0 RUJUKAN

Airasian, P.W. & Russell, M.K. (2007). Classroom Assessment: Concepts and

Applications. Sixth Edition. The McGraw-Hill: New York.

Aurbach, & Associates, I. (2011).Pentaksiran Alternatif dan Pentaksiran Autentik, daripada.

http://pentaksiranautentikupsi.blogspot.my/2014/12/tugasan-kumpulan-kursus-
pentaksiran_5.html

Farhana, (2008).Validity and reliability of the Malaysian Creativity and Innovation Instrument

(MyCrln) using the Rasch Measurement Model. Recent Researchers in E-Activities,


59-64. Diambil daripada http://www.wseas.us/e-
library/conferences/2011/Jakarta/EACT/EACT-09.pdf

Logsdon, A. (2011). Alternative Assessment-What Is an Alternative Assessment, daripada

http://learningdisabilities.about.com/od/learning_disability_term_A/g/alternative_asse
sment.htm

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Pentaksiran di dalam Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Nitko, A. J. (2001). Educational assessment of students. Upper Saddle River, NJ: Merill.
Popham, W.J. (2005). Classroom assessment: What teachers need to know (edisi empat).

Boston: Allyn & Bacon

Saptu, S., & Said, H. (2011). Pentaksiran Alternatif dalam Memperkayakan Pengetahuan

dan Meningkatkan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.

Wiggins, G. P.,(1989). Assessing student performance. San Francisco: Jossey-Base.

10
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

7.0 LAMPIRAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran:

11
EDUP3063- PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN

Cadangan Jawapan:

12

Anda mungkin juga menyukai