Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Zaman Kesultanan Melaka merupakan zaman kegemilangan kepahlawanan dalam tradisi

kesultanan khususnya di Tanah Melayu dan secara umumnya di Nusantara. Pemerintahan

kesultanan ini kekal selama lebih kurang satu abad iaitu dari 1400-1500 di Melaka. Walaupun,

terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh pembukaan negeri Melaka tetapi kebanyakan

ahli-ahli sejarah berpendapat bahawa Melaka dibuka sekitar 1400-an. Kesultanan Melaka

sebenarnya telah diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Raja dari Palembang yang

kemudian mengundurkan diri ke Singapura dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di

Melaka.1 Hal ini menyebabkan kerajaan Melaka berkembang maju sehingga pelabuhan Melaka

menjadi lebih pesat seperti pelabuhan Acheh, Palembang dan Srivijaya. Walau bagaimanapun,

pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan yang lain daripada yang lain disebabkan oleh beberapa

faktor seperti faktor geografi dan faktor sistem pemerintahan. Namun menurut pandangan

Andaya, pelabuhan Melaka menjadi pelabuhan yang istimewa hanya kerana kain Gujerat

ataupun rempah.2

Jadi, dalam esei ini penulis akan membahaskan faktor geografi dan sistem pemerintahan

yang menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada yang lain. Penulis sememangnya tidak setuju

dengan pendapat Andaya yang mengatakan kain Gujerat ataupun rempah yang menjadikan

pelabuhan Melaka lain daripada yang lain. Penulis juga akan memberi hujah-hujah yang

bertepatan untuk menyokong pendapat bahawa faktor geografi dan sistem pemerintahan yang

menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada yang lain sepanjang penulisan esei ini.

1
Rabiatul Adawiyah Othman, Kesultanan Melayu Melaka dan Pentadbiran Kerajaannya, (2011 [Diakses pada 25
October 2016 pukul 3.00 petang]); diakses melalui <http://rabiakirana.blogspot.my/2011/01/kesultanan-melayu-
melaka-dan.html>.
2
Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia (The Magmillan Press LTD, London and Basingstoke, Companies and
representative throughout the world, 1982), hlm. 14.

1
2.0 FAKTOR GEOGRAFI DAN SISTEM PEMERINTAHAN

Fokus perbincangan penulisan esei berformat perbahasan ini, akan ditumpukan kepada dua hujah

utama iaitu faktor geografi dan sistem pemerintahan yang merupakan faktor utama yang

menjadikan pelabuhan Melaka istimewa daripada pelabuhan-pelabuhan lain di Asia Tenggara

pada ketika tersebut. Dua hujah ini akan dibahagikan kepada beberapa pecahan isi untuk

keterangan lanjut. Menurut Andaya, kain Gujerat yang menyebabkan pelabuhan Melaka lain

daripada lain kerana pedagang Gujerat bekalkan kain yang banyak daripada pelabuhan lain dan

Andaya mengatakan bahawa hal ini yang menyebabkan Melaka telah menjadi pelabuhan

Entrepot.3 Namun bagi penulis, faktor ini bukan menyumbang kepada kemajuan Melaka

daripada pelabuhan lain tetapi faktor geografi dan sistem pemerintahan yang menjadi faktor

utama.

3.0 FAKTOR GEOGRAFI

Terdapat tiga hujah yang akan penulis kemukakan melalui faktor Geografi iaitu lokasi

pelabuhan Melaka yang strategik, tiupan angin monsun dan kelebihan semula jadi. Melalui

hujah-hujah ini, penulis akan menerangkan secara lebih terperinci dengan memberikan

contoh-contoh yang bertepatan untuk membuktikan bahawa faktor geografi yang menjadikan

pelabuhan Melaka istimewa daripada pelabuhan lain.

3
Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia (The Magmillan Press LTD, London and Basingstoke, Companies and
representative throughout the world, 1982), hlm. 53.

2
3.1 LOKASI PELABUHAN MELAKA YANG STRATEGIK

Hujah ini memang paling penting dalam membuktikan bahawa pelabuhan Melaka merupakan

pelabuhan lain daripada yang lain disebabkan oleh lokasinya yang strategik dan bukan

disebabkan kain Gujerat. Hal ini demikian kerana negeri Melaka terletak di antara laluan

perdagangan negeri China dan India.4 Perkara inilah yang menyebabkan pelabuhan Melaka

menjadi tarikan ramai pedagang untuk datang berdagang di pelabuhan Melaka. Menurut Francois

Valentijn seorang Dutchman pada abad ke 17, banyak kapal yang datang berdagang di pelabuhan

Melaka, khususnya dari negara China, India, Sri Lanka, Java, Sumatera, Siam, dan lain-lain

lagi.5 Selain itu, kawasan Melaka yang bergunung- ganang juga menjadi petunjuk untuk laluan

ke negeri Melaka dan hal ini memang memudahkan pedagang untuk berdagang di pelabuhan

Melaka.

Pelabuhan Melaka juga merupakan kawasan yang strategik kerana terhalang daripada

tiupan angin monsun dan hal ini menyebabkan para pedagang menjadikan Melaka sebagai

kawasan rehat mereka.6 Selain itu, jika dibandingkan dengan pelabuhan lain seperti pelabuhan

pelabuhan Acheh terletak di bahagian utara manakala pelabuhan Palembang terletak di bahagian

bawah (Rujuk Lampiran 1). Lokasi yang kurang strategik ini menyebabkan pelabuhan-pelabuhan

ini kurang mendapat perhatian daripada pedagang lain. Sebagai contoh, pelabuhan Palembang

mengalami tahap kejatuhan dan tidak boleh membangun semula untuk menjadi pelabuhan yang

terkemuka semula tetapi Melaka telah jatuh ke tangan Portugis namun tetap muncul sebagai

pelabuhan yang dikunjungi oleh para pedagang kerana kedudukan yang strategik atau dikenali

4
Ingrid Saroda Mitrasing, The Age of Aceh and the Evolution of Kingship (1947 [Diakses pada 23 November 2016
jam 9.00 pagi]); diakses melalui <https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/16640/binder5.pdf>.
5
Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca ( Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992), hlm. Xvii.
6
Hashim Musa, Rozita dan Salmah, Sejarah Ringkas Warisan Perkapalan (2014 [Diakses pada 23 November 2016
jam 9.30 pagi]); diakses melalui <http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal/senarai-semua-makalah/80-
sejarah-ringkas-warisan-perkapalan-tradisional-melayu.pdf>.

3
sebagai faktor geografi. Jika Parameswara tidak memilih lokasi pelabuhan Melaka yang strategik

sudah pasti pedagang dari Gujerat bukan sahaja tidak dapat mengetahui negeri Melaka malahan

tidak dapat membekalkan kain Gujerat yang dikatakan menjadi penyebab utama pelabuhan

Melaka lain daripada yang lain menurut Andaya.

3.2 TIUPAN ANGIN MONSUN

Pelabuhan Melaka merupakan pelabuhan yang istimewa atau dalam kata lain pelabuhan yang

lain daripada lain kerana merupakan kawasan yang terhalang daripada tiupan angin monsun.

Angin monsun memainkan peranan yang besar dalam kehidupan harian rakyat di Asia Selatan.

Hal ini demikian kerana penggunaan angin monsun dalam Lautan Hindi untuk perdagangan

maritim adalah satu rahmat kepada kapal-kapal belayar untuk mencapai negara-negara di luar

negara. Bukti mengenai pengetahuan tentang angin monsun yang pertama adalah melalui

Hippalus (AD 45-47). Perkataan 'Monsoon' telah diperolehi daripada mausam perkataan Arab

atau mausim, makna musim. Secara umumnya, ia difahami bahawa angin lebih utara India

Lautan yang membalikkan setiap setengah tahun adalah dikenali sebagai monsun. Angin monsun

ini meniup dari arah barat daya pada bulan Jun hingga November dan semasa enam yang lain

bulan (Disember-Mei) dari utara- yang arah timur (Rujuk Lampiran 2)7 Antara bulan Januari

hingga April tiada angin yang bertiup dari mana-mana arah. Oleh itu kapal-kapal perniagaan

tidak dapat belayar dan terpaksa singgah di mana-mana pelabuhan di Alam Melayu, dan yang

menjadi pilihan mereka yang utama dalam abad ke-15 tidak lain tidak bukan ialah pelabuhan

7
Sila Tripati and L. N. Raut, Monsoon Wind and Maritime Trade, (2006 [Diakses pada 23 November 2016 pada jam
10.30 pagi]); diakses melalui
<http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/culture/Underwater/Web_Renovation/e-Library/India/CS-
Monsoon_-_90_6_-2006.pdf>.

4
Melaka. Semasa beberapa bulan berlabuh itu memberi peluang kepada pedagang daripada

kedua-dua wilayah dunia itu untuk memperdagangkan barangan dagangan masing-masing. Ini

ditambahkan lagi oleh pedagang-pedagang daripada Alam Melayu sendiri yang membawa

pelbagai hasil tempatan wilayah ini, seperti yang dicatat oleh Simon Elegant yang menulis dalam

Far Eastern Economic Review, June 10, 1999: 45, berdasarkan tulisan Cortesao (1967) Suma

Orientalis of Tome Pires:

“Five centuries ago, Malacca hosted 2,000 ships each day, as busy as modern day
Singapore. Cargoes of mace (kulit buah pala), nutmeg (buah pala), cloves (bunga
cengkih), sandalwood (kayu cendana), tea, porcelains and silks passed through
Malacca on their way to Europe. From the islands of the Archipelago to the south
came camphor, birds’ nests, pepper (lada hitam), musk (kesturi), gold and ivory
(gading). And from the West, mostly carried by traders from South Asia and the
Middle East, came cotton, weapons, incense (setanggi), opium (candu), dyes, silver
and medicinal drugs.8

Jadi, melalui perkara ini penulis dapat membuktikan bahawa antara sebab pelabuhan Melaka

menjadi pelabuhan entrepot adalah kerana faktor tiupan angin monsun yang menjadi daya tarikan

pedagang lain. Hal ini memang membuktikan bahawa tiupan angin monsun merupakan antara

penyebab pelabuhan Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang istimewa kerana terhalang

daripada tiupan angin monsun dan ini memudahkan pedagang untuk bersinggah di pelabuhan ini

untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka dengan lancar dan teratur. Jika dibandingkan

dengan pelabuhan lain, sudah pasti tiada keistimewaan seperti ini dan faktor ini memang

menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada yang lain dan penulis ingin tegaskan bukan

disebabkan kain Gujerat.

8
Hashim Musa, Rozita dan Salmah, Sejarah Ringkas Warisan Perkapalan, (2014 [Diakses pada 24 November 2016
jam 9.30 pagi]); diakses melalui <http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal/senarai-semua-makalah/80-
sejarah-ringkas-warisan-perkapalan-tradisional-melayu.pdf>.

5
3.3 KELEBIHAN SEMULA JADI

Faktor kelebihan semula jadi sememangnya antara faktor yang menjadikan pelabuhan Melaka

lain daripada lain dan bukan disebabkan oleh kain Gujerat semata-matanya. Hal ini demikian

kerana perkataan Melaka sendiri mempunyai maksud yang berkaitan dengan semula jadi iaitu

nama Melaka diambil daripada nama sebuah buah yang terdapat pada pokok yang berhampiran

dengan tebing sungai.9 Jika perkataan Melaka itu sendiri mempunyai ciri-ciri semula jadi sudah

pasti negeri Melaka mempunyai kelebihan semula jadi sekeliling negeri tersebut. Hal ini

demikian kerana sumber yang paling penting pada masa itu ialah hutan-hutan yang diliputi oleh

pokok-pokok yang besar dan mempunyai kayu yang beraroma tinggi yang digunakan untuk

membuat rotan yang menjadikan Melaka lebih terkenal dari pelabuhan lain.10 Selain itu, kayu

gharu yang aromatik digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit pada zaman tersebut.11 Hal

ini sememangnya mendapat permintaan tinggi daripada para pedagang sekali gus memajukan

pelabuhan Melaka. Walau bagaimanapun, hutan bukan merupakan tempat tinggal orang Melayu

tetapi orang asli dan mereka yang merupakan pemungut hasil hutan dan membekalkan kepada

pedagang Melayu untuk menjalankan perdagangan di pelabuhan Melaka. Kepesatan Melaka

sebagai pusat perdagangan yang menjalankan pelbagai perdagangan barangan entreport seperti

buah Pala, bulu burung, cengkih, kayu dan cendana memang membuktikan bahawa Melaka juga

apa kurangnya kerana mempunyai kelebihan semula jadi yang menjadi daya tarikan para

pedagang sekali gus menjadikannya pelabuhan yang lain daripada lain dan bukan disebabkan

oleh kain Gujerat seperti yang dikatakan oleh Andaya.

9
J. V. Mills and Cheah Boon Kheng. Eredia’s Description of Malacca (Malaysian Branch Royal Asiatic Society
Reprint 14, 1997), hlm. 1.
10
Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia (The Magmillan Press LTD, London and Basingstoke, Companies and
representative throughout the world, 1982), hlm. 10.
11
Leonard Y. Andaya, A History of Malaysia (The Magmillan Press LTD, London and Basingstoke, Companies and
representative throughout the world, 1982), hlm. 11.

6
4.0 FAKTOR SISTEM PEMERINTAHAN

Selain faktor geografi, faktor sistem pemerintahan merupakan faktor penting yang

menyumbang kepada keistimewaan pelabuhan Melaka daripada pelabuhan lain. Hal ini

demikian kerana pengasas utama negeri Melaka iaitu Parameswara bukan sahaja telah

memilih tempat yang strategik malahan telah mengatur sistem pemerintahan negeri Melaka

dengan sistematik. Terdapat tiga hujah yang akan penulis kemukakan melalui faktor sistem

pemerintahan iaitu kepimpinan pemerintah, Sistem Pembesar Empat Lipatan dan Undang-

Undang Laut Melaka. Melalui hujah-hujah ini, penulis akan menerangkan secara lebih

terperinci dengan memberikan contoh-contoh yang bertepatan untuk membuktikan bahawa

faktor sistem pemerintahan yang menjadikan pelabuhan Melaka istimewa daripada

pelabuhan lain.

4.1 KEPIMPINAN PEMERINTAH

Kepimpinan pemerintah di negeri Melaka memang sangat berbeza jika dibandingkan dengan

pelabuhan-pelabuhan lain di Asia Tenggara. Hal ini demikian kerana pemerintah-pemerintah

Melaka memang sangat bijak dalam mengendalikan semua masalah yang dihadapi oleh negeri

mereka. Sebagai contoh, apabila Parameswara tiba di Melaka, beliau berhajat untuk

menyelamatkan kedudukan Melaka daripada pencerobohan Siam dan hal ini menjadi kenyataan

apabila beliau menerima persahabatan yang ikrab dari Kerajaan Seri Maharaja China pada tahun

1406.12 Bukti yang menunjukkan negeri Melaka telah menjalinkan persahabatan dengan negeri

12
Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976), hlm. 8.

7
China adalah menurut suatu rekod daripada Dinasti Ming. Pada masa itu, Laksamana Yin Ching

telah mengunjungi negeri Melaka dan mendapat tahu bahawa negeri Melaka berada di bawah

penguasaan Siam kerana Melaka menghantar Bunga Emas sebanyak empat puluh tahil setiap

tahun. Hal ini menyebabkan Parameswara menyambut dengan baik kedatangan Laksamana Yin

Ching dan Laksamana telah berusaha untuk mendapat pengakuan darpada Seri Maharaja

China.13 Walau bagaimanapun, usaha ini kurang mendapatkan hasil kerana mendapat serangan

daripada Siam. Parameswara telah bertindak bijak dengan berangkat ke Peking dan kunjungan

beliau mendapat sambutan baik daripada Seri Maharaja China. Kunjungan ini menambahkan lagi

kebesaran serta kekuasaan Parameswara yang boleh dikatakan menyelamatkan daripada

serangan Siam. Parameswara telah membuktikan bahawa baginda ialah seorang raja yang

bijaksana.14 Selepas Parmeswara, terdapat senarai Sultan-sultan Melaka yang mengambil alih

tugas-tugas Parameswara (Rujuk Lampiran 3). Penulis dapat membuktikan bahawa tanpa

seorang pemerintah sesebuah pelabuhan tidak mungkin mendapat perhatian daripada pedagang

lain. Melalui perkara ini, ketenteraman dan keadilan terhadap negeri Melaka terjamin dan tiada

jalan untuk penceroboh mengugat ketenteraman negeri Melaka. Jika negeri Melaka kurang

tenteram sudah pasti pedagang dari Gujerat yang dikatakan menyumbang kepada kemajuan

Melaka tidak sanggup datang berdagang di pelabuhan Melaka. Jadi, penulis ingin menegaskan

sekali lagi bahawa kain dari Gujerat bukan menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada lain

tetapi kepimpinan pemerintah Melaka yang menyebabkan para pedagang masih dapat berdagang

di pelabuhan Melaka dengan aman dan tenteram tanpa pergolakan.

13
Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976), hlm. 4.
14
Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959) (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976), hlm. 5.

8
4.2 SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN

Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan antara faktor utama yang melicinkan sistem

pentadbiran di Melaka. Sistem Pembesar Empat Lipatan sememangnya menjadikan pelabuhan

Melaka lain daripada yang lain kerana negeri Melaka yang pertama mewujudkan sistem ini agar

pentadbiran di Melaka berjalan dengan lancar. Tome Pires dalam bukunya yang bertajuk Native

Administration telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai fungsi dan kepentingan

sistem pentadbiran yang diamalkan di Melaka.15 Sistem Pembesar Empat Lipatan ini diketuai

oleh Sultan sebagai ketua negara dan juga ketua agama di negeri Melaka. Sultan dibantu oleh

empat orang pembesar yang dikenali sebagai pembesar berempat. Pembesar Berempat pula

dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing. Walau

bagaimanapun, penulis ingin mengutamakan tugas-tugas Pembesar Berempat kerana mereka

yang berperanan utama dalam pentadbiran Melaka. Tome Pires telah merangka satu carta yang

menerangkan kedudukan jawatan-jawatan bagi pembesar berempat (Rujuk Lampiran 4).16

Terdapat empat jawatan utama dalam sistem ini iaitu bermula daripada Bendahara yang juga

dikenali sebagai Paduka Raja, seterusnya Temenggung, Penghulu Bendahari dan akhir sekali

Laksamana. Tugas utama Bendahara ialah menasihati Sultan dalam semua perkara dan

merupakan ketua pentadbir negara. Tugas Temenggung pula adalah, menjaga keamanan negeri

Melaka daripada pencerobohan manakala tugas Penghulu Bendahari adalah untuk menguruskan

perbelanjaan negeri dan juga merupakan ketua bagi Syahbandar dan Bendahari. Akhir sekali,
15
Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca ( Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992), hlm. 114.
16
Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca ( Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992), hlm. 115.

9
peranan Laksamana paling penting iaitu untuk menjaga keselamatan di perairan laut yang

merupakan laluan perdagangan bagi kapal-kapal pedagang. Jadi, melalui perkara ini penulis

dapat menjelaskan bahawa tugas-tugas dibahagikan mengikut jawatan dengan paling sistematik

dan teratur di negeri Melaka. Hal ini sudah pasti mendorong kemajuan negeri Melaka dan

menjadikan pelabuhan negeri Melaka lain daripada yang lain.

4.3 UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

Satu lagi hujah yang sangat penting dalam faktor sistem pemerintahan di negeri Melaka iaitu

Undang-Undang Laut Melaka yang merupakan tunggak utama yang menjadikan pelabuhan

Melaka lain daripada yang lain. Menurut Anthony Reid, Undang-Undang Laut Melaka ataupun

dikenali sebagai Maritime Code merupakan kunci kejayaan bagi sistem perkapalan dan

perdagangan di Melaka dan kod ini juga mula berkuat kuasa secara rasmi pada zaman

pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511).17 Hal ini demikian kerana Undang-Undang Laut

Melaka edisi tahun 1956 mempunyai dua puluh lima perkara yang berkaitan dengan undang-

undang. Undang-undang ini sebenarnya mengenai peraturan-peraturan untuk berdagang di atas

kapal, larangan, sekatan dan hukuman bagi pelanggaran di laut dan yang kedua mengenai

tanggungjawab, moral dan bidang kuasa undang-undang pegawai kapal.18 Sebagai contoh, salah

satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh semua pedagang ialah mereka harus meminta izin

daripada Syabandar untuk berjumpa dengan Bendahara bagi tujuan perdagangan. Melalui

peraturan ini, sistem perdagangan dapat berjalan dengan lancar kerana pedagang tidak berani

17
Anthony Reid, Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia (Singapore: Institute of Southeast Asia
Studies, Heng Mui Keng Terrace Pasir Panjang, 2000), hlm. 75.
18
Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca ( Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992), hlm. 162.

10
untuk melanggar peraturan dan hal ini memudahkan urusan perdagangan sekali gus memberi

keyakinan kepada para pedagang lain untuk melabur wang mereka. Satu lagi contoh berdasarkan

peraturan nombor sebelas dalam Undang-Undang Laut Melaka iaitu, kepada sesiapa yang

mencuri kapal pedagang, jika mereka berasa malu dan mengaku kesalahan tersebut, mereka

harus membayar balik harga duit kapal tersebut kepada pemilik tetapi jika mereka tidak mengaku

maka mereka harus membayar pampasan sebanyak sepuluh duit emas kepada pemilik tersebut.19

Perkara ini memang mendorong pedagang lain untuk berani menjalankan perdagangan mereka

sekali gus menarik perhatian pedagang dari negeri lain untuk turut berdagang di Melaka.

Selain itu, dalam Sejarah Melayu telah dinyatakan bahawa semasa Melaka berada dalam

pemerintahan Islam, terdapat beberapa undang-undang berdasarkan Islam diamalkan dan

kebanyakan undang-undang tersebut terdapat juga dalam Undang-Undang Laut Melaka.20 Jadi,

pemimpin Melaka telah menerapkan unsur-unsur Islam dalam undang-undang ini dan ternyata

memang berkesan dalam memajukan kegiatan perdagangan di Melaka. Undang-undang ini

memang sangat berbeza dan unik jika dibandingkan dengan pelabuhan-pelabuhan lain kerana

pemimpin Melaka bukan sahaja mengamalkan Undang-Undang Laut Melaka tetapi juga Hukum

Kanun Melaka yang menjadi panduan utama dalam mentadbir negeri Melaka. Melalui perkara

ini, penulis dapat membuktikan bahawa Undang-Undang Laut Melaka memainkan peranan yang

penting dalam kemajuan negeri Melaka sekali gus menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada

yang lain dan bukan disebabkan oleh kain Gujerat. Hal ini demikian kerana tanpa sebuah

pemerintahan yang sistematik tiada wujudnya sebuah negeri yang maju.

19
Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca ( Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992), hlm. 205.
20
Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca ( Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992), hlm. 121.

11
5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penulis telah memberikan hujah-hujah yang membuktikan bahawa faktor

geografi dan sistem pemerintahan yang menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada yang lain

dan bukan disebabkan oleh kain Gujerat seperti yang dinyatakan oleh Andaya. Hal ini demikian

kerana faktor geografi memang hujah yang sangat penting dalam membuktikan pelabuhan

Melaka lain daripada yang lain. Hal ini disebabkan kerana kedudukan yang strategik antara

laluan perdagangan China dengan India yang mendorong kemajuan Melaka dan menyerlahkan

keistimewaan Melaka daripada pelabuhan lain. Perkara ini sangat bertepatan dengan kata-kata

Tome Pires iaitu “Whoever is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice” yang

bermaksud sesiapa yang mempunyai tangan di kerongkong Venice, orang itu yang merupakan

Tuan Melaka. Selain itu, satu lagi faktor yang penting ialah sistem pemerintahan yang diamalkan

di Melaka. Faktor ini memang menyumbang kepada kemajuan Melaka sekali gus menyerlahkan

keistimewaan Melaka daripada pelabuhan lain. Hal ini demikian kerana pengasas utama negeri

Melaka iaitu Parameswara telah mengatur sistem pentadbiran dengan teratur supaya urusan

pentadbiran negara dan juga urusan perdagangan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, penulis

memang tidak bersetuju dengan pendapat Andaya yang mengatakan bahawa kain Gujerat yang

menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada yang lain kerana terdapat dua faktor utama yang

dibahaskan dalam penulisan ini yang menjadikan pelabuhan Melaka lain daripada yang lain dan

bukan disebabkan oleh kain Gujerat.

12
BIBLIOGRAFI

BUKU

Andaya, L., A History of Malaysia The Magmillan Press LTD, London and Basingstoke,
Companies and representative throughout the world, 1982.

Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1976.

Mills, J., and Cheah Boon Kheng, Eredia’s Description of Malacca Malaysian Branch Royal
Asiatic Society Reprint 14, 1997.

Muhammad Yusof Hashim, dan D.J.Muzaffar Tate, The Malay Sultanate of Malacca Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992.

Reid, A., Charting The Shape of Early Modern Southeast Asia Singapore: Institute of Southeast
Asia Studies, Heng Mui Keng Terrace Pasir Panjang, 2000.

LAMAN INTERNET

Hashim Musa, Rozita dan Salmah, Sejarah Ringkas Warisan Perkapalan (2014 [Diakses pada 23
November 2016 jam 9.30 pagi]); diakses melalui
<http://www.ukm.my/iman/index.php/my/jurnal/senarai-semua-makalah/80-sejarah-ringkas-
warisan-perkapalan-tradisional-melayu.pdf>.

Ingrid Saroda Mitrasing, The Age of Aceh and the Evolution of Kingship (1947 [Diakses pada
23 November 2016 jam 9.00 pagi]); diakses melalui
<https://openaccess.leidenuniv.nl/bitstream/handle/1887/16640/binder5.pdf>.

Rabiatul Adawiyah Othman, Kesultanan Melayu Melaka dan Pentadbiran Kerajaannya, (2011
[Diakses pada 25 October 2016 pukul 3.00 petang]); diakses melalui
<http://rabiakirana.blogspot.my/2011/01/kesultanan-melayu-melaka-dan.html>.

Sila Tripati and L. N. Raut, Monsoon Wind and Maritime Trade, (2006 [Diakses pada 23
November 2016 pada jam 10.30 pagi]); diakses melalui
<http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/culture/Underwater/Web_Renovation/e-
Library/India/CS-Monsoon_-_90_6_-2006.pdf>.

13