Anda di halaman 1dari 14

psikologi pendidikan

KHAMIS, 30 OGOS 2012

KONSEP DAN JENIS-JENIS TINGKAH LAKU


BERMASALAH

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Tingkah laku

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang
individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau
separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-
nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada
secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti
yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada
dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl
Rogers(1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif
Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal
dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi.

Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang
tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam bahasa Inggeris. Ia boleh ditakrifkan terkeluar dari
nilai dan norma social masyarakat, termasuk sekolah. Konsepnya bertentangan dengan tingkah
laku normal yang lazimnya dirasai, dilakukan dan dialami oleh kebanyakan orang dalam
masyarakat. Berdasarkan kajian dan pemerhatian, tingkah laku bermasalah yang tertimbul
adalah kerana kekurangan keupayaan individu dalam proses adaptasi atau pun akomodasi
apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Akibatnya, ia mengganggu
emosi dan aktiviti kehidupan individu yang terlibat dan seterusnya mengganggu pula
keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Mohd. Nazar Mohamad
(1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang
mengganggu perjalanan kehidupannya. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah
merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan
ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah.

Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif
ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah
laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar
cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif,
distruptif dan sikap bergantung. Sama ada mewarisi tingkah laku bermasalah positif atau
negatif, jika berlaku ia akan menjejaskan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus peka dan berempati terhadap muridnya yang
mempunyai tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan teknik
yang sesuai untuk memodifikasikan tingkah laku mereka yang tidak diingini demi menjaga iklim
bilik darjah yang konduksif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.

2.0 FAKTOR YANG MENYEBABKAN MASALAH TINGKAH LAKU

Tingkah laku negatif biasanya dipengaruhi oleh keadaan persekitaran rumah seperti tidak
dapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. Faktor seterusnya adalah persekitaran
sekolah seperti kurikulum terlalu padat dan berfokus pada peperiksaan. Murid akan rasa
tertekan dan menunjukkan tingkah laku bermasalah disusuli dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang membosankan, tidak menarik perhatian dan tidka mempunyai objektif yang
jelas. Faktor ini menyebabkan wujudnya murid bermasalah. Seterusnya keadaan fizikal
sekoalah yang padat, panas dan bising menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku yang
negatif.

3.0 TINGKAH LAKU BERMASALAH

3.1 Ciri-ciri dan jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah


Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah
laku yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini
membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif.
Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar,
pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan
akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai
masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan
melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal
ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya
masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri
tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah
penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung
kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi
kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi
jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah
serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri.Masalah tersebut secara umumnya telah
dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku
dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun
atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan
kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat
bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

Rajah 1: Jenis-jenis tingkah laku bermasalah

3.1.1 Tingkah Laku Positif


Tingkah laku positif merupakan tingkah laku kanak-kanak merupakan tingkah laku yang
baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini, kanak-kanak akan
lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap
ingin tahu kanak-kanak akan membantu guru dalam meransang pemikiran kanak-kanak dan
penting dalam perkembangan kognitif mereka. Dengan sikap ingin tahu kanak-kanak ini, guru
dapat membina aktiviti yang lebih melibatkan penerokaan kerana pada tahap ini, kanak-kanak
akan suka pada aktiviti seperti ini.

Kanak-kanak yang cepat belajar juga merupakan tingkah laku yang positif kerana akan
memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana, guru
tidak perlu melakukan proses pemulihan sekiranya kanak-kanak cepat belajar. Guru Cuma
perlu fikirkan aktiviti pengayaan uantuk kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang proaktif juga
merupakan tingkah laku positif. Kanak-kanak proaktif berbeza dengan kanak-kanak hyperaktif.
Ini kerana kanak-kanak proaktif merupakan kanak-kanak yang suka melibatkan diri pada aktiviti,
suka bermain dan lebih mudah dikawal oleh guru. Kanak-kanak pintar cerdas jarang dijumpai
namun jika terdapat kanak-kanak seperti ini, guru harus pandai memberikan aktiviti yang
menarik agar mereka tidak mudah bosan.

Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :-

 Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang
dilihat
 Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu perkara yang
baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat
 Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak
dan berfikir
 Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan
berbanding kawan-kawan yang lain

3.1.2 Tingkah Laku Negatif

Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah
dan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini kerana tingkah laku
negatif bukan sahaja kanak-kanak yang suka mengganggu rakan lain malah kanak-kanak yang
seriang memberontak dalam kelas merupakan contoh kanak-kanak yang mempunyai tingkah
laku negatif. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku kanak-kanak iaitu permusuhan
nyata iaitu kanak-kanak yang sering menunjukkan tingkah laku fisikal atau pun lisan yang
bertujuan menyakiti seseorang. Contohnya, seorang murid sedang beratur untuk dapatkan
makanan tiba-tiba seorang murid yang lain, memotong barisan tersebut.
Selain itu juga, vandalisme juga merupakan ciri-ciri tingkah laku distruktif. Bagi kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif pula, kanak-kanak ini biasanya mempunyai ciri-
ciri hyperaktif, suka membuat bising dan agresif. Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
distruptif merupakan kanak-kanak yang suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering
menunjukkan tingkah laku agresif kepada rakan-rakan yang lain. Tingkah laku bergantungan
pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami emosi kebimbangan, pergantungan
berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering
bergantung pada orang lain dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu
pemalu juga merupakan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan.

Rajah 2: Jenis-jenis tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku
yang boleh membahayakan diri.

 Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi bimbang, tiada keyakinan


diri.
 Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain
terutama ibu bapa atau orang yang rapat dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari
 Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan, teragak-agak memberi
pendapat atau idea, tidak yakin pada kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari
dirinya
 Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi dengan kawan-kawan, sikap
rendah diri yang terlalu tinggi, perasaan malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang
boleh membahayakan orang lain.
 Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif
 Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-
kawan sekelas.
 Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .
 Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di
dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.
 Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang
yang berada di sekelilingnya
 Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak
sopan.

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan tingkah laku yang boleh
membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.
 Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk, mencari pasal dengan
mana-mana murid terutama rakan sebaya.
 Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti menconteng dinding
menggunakan pen, pensil, marker atau tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas,
memecahkan kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau menconteng meja.
 Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral
 Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang mempunyai perangai atau
tabiat yang sama tetapi lebih kepada tingkah laku tidak baik
 Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah, kumpulan yang ditakuti atau
digeruni oleh murid-murid lain, bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

4.0 KEPENTINGAN MENGURUS TINGKAH LAKU

Tingkah laku terpuji penting bagi melahirkan pelajar yang bersifat sanggup
melaksanakan tanggungjawab pada diri, keluarga, institusi dan Negara. Tanpa tingkah laku
terpuji dalam diri pelajar tidak mungkin mereka sanggup melaksanakan tanggungjawab diri
sebdiri. Mereka lebih rela melakukan kesalahan berbanding melakukan perbuatan baik kerana
bagi mereka, tiada faedahnya mereka melakukan kebaikan.

Tingkah laku terpuji penting bagi mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik
darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,
berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah daripada segi disiplin ini tidak
wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang membuat bising dan mengganggu pelajar lain
belajar.

Guru juga tidak perlu meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan pelajar
disebabakan berbagai-bagai masalah sebalaiknya pelajar sendiri sudah memahami peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru dan pelajar dapat diperbaiki
dan kemesraan dapat diwujudkan, di sadapat berubah.mping minat bagi menimba ilmu dapat
dipertingkatkan.

Para pelajar menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka mempunyai tingkah laku
terpuji. Apabila mereka mengikut didiplin yang telah ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku
mereka dapat berubah. Mereka dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan
mengikut laluan yang betul tanpa menyalahi undang-undang. Mereka dapat menjadi lebih
produktif lagi dalam menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang terutamanya
dalam bidang kemahiran.

Masa dapat dijimatkan kerana segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang lebih singkat. Disiplin diri yang tinggi membentuk mereka menepati masa dan tidak
membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak perlu dilakukan. Sebagaimana yang kita
tahu, pelajar kini lebih banyak melakukan tingkah laku bermasalah sehingga hilang pegangan
dan hala tuju.

Pembangunan tingkah laku terpuji yang tinggi dalam kalangan pelajar mampu melatih
pelajar dengan dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan, tanggungjawab, kasih saying,
berkerjasama, cintakan kebersihan dan hormat menghormati. Oleh itu, dengan mematuhi
disiplin, pelajar sentiasa ingat dan menanamkan sifat-sifat yang baik dalam diri dan membuang
sifat-sifat negatif yang tidak perlu ada dalam diri mereka.

5.0 KESIMPULAN

Kebelakangan ini tingkah laku bermasalah menjadi topik perbincangan di kalangan


masyarakat umum. Nampaknya tingkah laku bermasalah boleh menyebabkan
ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu. Tingkah laku
bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Umumnya , sekolah rendah merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-
kanak dibentuk mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Guru memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku murid-murid
semasa berada di sekolah. Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang
penting dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Dengan bertambahnya
bilangan anggota masyarakat yang berpendidikan moden, sikap yang tidak mementingkan
kanak-kanak ini telah beransur berubah.

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi
emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak,
membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak
memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat
keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah
memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan
satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih gigih
dalam kehidupan masyarakat.

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah
laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah
yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah.Yang pasti,
tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah.
Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari
dituding ke arah guru.

Sebenarnya kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan


yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat
kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu
mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari
segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu
kelancaran perjalanan kelas.

Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan
lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik
di sekolah.

Sebagai ibu bapa, kita mestilah menjaga keselamatan dan jaminan kehidupan
sempurna kepada anak-anak. Ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan perhatian selain
dari wang ringgit dan keperluan asas mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan kepada anak-anak untuk memilih
apa yang mereka suka, mendengar penjelasan dan pendapat serta memberi sokongan tentang
perkara-perkara yang mereka minati. Ibu bapa juga perlu mengamalkan sikap memberi
ganjaran atau peneguhan setiap kali anak-anak berjaya. Sentiasa memberi galakan dan
motivasi.

Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru dengan bijak dan
teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan sistem pembelajaran yang berkesan akan
mempercepatkan perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah.
BIBLIOGRAFI

Dr. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2006).Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk
KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Dr. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2012).Panduan Ilmu Pendidikan Untuk
DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Shahabuddin Hashim, Dr Rohizani & Mohd. Zohir. (2003). Pedagogi : Strategi


dan Teknik Mengajar dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Disediakan oleh:
Mohamad Faizal bin Zakri

faizalzakri@yahoo.com

Cikgu Prihatin di 6:45 PTG


Kongsi

7 ulasan:

1.

Effa Shazuana23 November 2013 10:46 PTG

terima kasih cikgu prihatin.. :)


Balas

Balasan

1.
Mim Sharnal24 September 2016 11:25 PTG

Top 100 Sunny Leone Fucked Hard Xxx Porn Photo

All Bollywood Heroine Grup Fucking Xxx Porn Photo

Indian Porn Queen Sexy Sunny Leone Latest Les BianSex Xxx Video
Bollywood Star Priyanka Chopra New Porn Sex Xxx Vedio

Bollywood Acctress Aishwarya Rai and obi shaak basson Husband Wife
Xxx Video

Porn Star Kareena Kapoor Lesbian Sex XXX Video

Indian Moti Larki Ballwali Choot Ka Photo

2016 Top 50 actress Huma Qureshi leaked naked pics YouTube

Top 60 Deepika Padukon Nude Sex Naked Fake Video YouTube

Hemamalini Hardcore Fuck Photo Fucking Hot Babes MMS Wallpapers

XXX 45 Anushka Shetty hot sexy bikini Nude girls xxx porn adult pics

XXX 50 Bollywood Actress Anushka Sharma Nude Sex Images

Kareena Kapoor And Her Husbend Latest 2016 Xxx Video

tOP Sunny Leone 100 Ass Fuck Hd Wallpapers


Bollywood Moti Larki Nomita Kapoor Red PUssy Fuck XXX Photo

Latest 2016 American Night Club Thirty Fast Night Video YouTube

2016 Latest 30+ Anushka Sharma Nude Boobs Pussy XXX Photos

Pakistani Heroine Moti Choot Xxx Video

Kareena Kapoor Fucked Doggy Style Sexy Pics

Bengali Huse Wife Women Aunty Fameli Sex Xxx Mobile Video

2.
Unknown2 Ogos 2018 10:00 PTG

Informasi yang sangat bermanfaat. Terima kasih cikgu prihatin


Balas

2.
moganashere mona25 Disember 2013 4:12 PG

terima kasih banyak2 cikgu prinhatin,,,,... :-)


Balas

3.
Noor afizal asiah18 Januari 2016 7:53 PTG

terima kasih cikgu prihatin......(-_-)


Balas

4.
Noor afizal asiah19 Januari 2016 12:52 PG
terima kasih cikgu prihatin......(-_-)
Balas

5.

SEO SPECIALIST27 November 2017 1:45 PG

Bahaya Gonore Kencing Nanah Jika Dibiarkan - Semua jenis penyakit jika
dibiarkan tanpa pengobatan pasti akan menimbulkan resiko tergantung jenis
penyakit yang dialami. Sama halnya dengan penyakit gonore kencing nanah yang
akan kami ulas. Penyakit gonore kencing nanah juga memiliki bahaya dan
komplikasi bia dibiarkan terlalu lama.

Penyakit ini disebabkan karena bakteri cerdas nesseria ghonorea dan merupakan
bakteri yang mampu mempertahankan diri pada tubuh penderitanya. Bakteri ini
mampu membuat antibiotik resisten atau kebal sehingga pengobatan
menggunakan antibiotik akan sulit dilakukan. Untuk itu jangan membiarkan
terlalu lama karena akan berbahaya bagi penderitanya.

Untuk itu kami memberikan solusi pengobatan penyakit gonore di klinik apollo.
klinik apollo merupakan salah satu klinik spesialis kulit dan kelamin erbaik di
jakarta.

Penyakit Gonore yang tidak diobati dapat menyebabkan masalah kesehatan yang
serius dan bisa menjadi permanen pada wanita dan pria. Pada wanita, gonore
dapat menyebar ke uterus (rahim) atau tuba falopi (saluran telur) dan
menyebabkan penyakit radang panggul (PID). Gejala-gejala mungkin ringan atau
bisa sangat parah dan dapat termasuk rasa sakit perut dan demam.

Silahkan konsultasikan keluhan yang anda rasakan pada kami. Klinik apollo
merupakan salah satu klinik sepesialis kulit dan klamin terbaik di jakata.
Ditunjang tekhnologi modern serta dokter yang sudah berpengalaman
dibidangnya, kami dapat membantu memberikan solusi untuk keluhan penyakit
kelamin yang anda rasakan.

Kunjungi halaman facebook kami di : Klinik Spesialis Kelamin Apollo

Infeksi kulup | Cara efektif mengobati kulup panjang

Penyebab ejakulasi dini pria | Sunat orang dewasa

Pesan | Chatting gratis


Balas


Laman utama

Papar versi web

MENGENAI SAYA

Cikgu Prihatin
Lihat profil lengkap saya

Dikuasakan oleh Blogger.