Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : WAWASAN DIRI

1. Setiap individu perlu mempunyai wawasan.

2. Wawasan diri bagi seseorang individu merupakan suatu pandangan jauh yang berkaitan dengan
perkembangan masa depan individu tersebut untuk mencapai matlamat tertentu.

3. Pembentukan wawasan diri ini secara praktikalnya perlulah didasarkan kepada usaha individu
pada masa lalu, pencapaiannya sekarang, dan sasaran yang diimpikannya pada masa akan datang.

4. Ciri-ciri wawasan diri:-


-Jelas dan mudah difahami.
-Semangat dan tekad yang kuat.
-Daya dorongan diri yang teguh.
-Peka terhadap tuntutan dan peluang.
-Asli dan lahir daripada keinsafan diri.
-Benar-benar diperlukan.

5. Langkah-langkah mencipta wawasan diri.


-Menggambarkan wawasan diri.
-Menetapkan hala tuju.
-Melakukan perancangan untuk mencapai hala tuju diri.
-Usaha yang cemerlang.
-Sikap yang berwawasan.
-Matlamat wawasan diri tercapai.

IMBAS KEMBALI

1. Wawasan diri.
-Bermaksud pandangan jauh yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai
matlamat penting untuk diri sendiri.

2. Hala tuju.
-Merupakan matlamat hidup dan sesuatu sasaran yang ingin dicapai dalam hidup. Hala tuju yang
ditetapkan perlulah seiring dengan minat, nilai diri, dan pencapaian diri.

3. Merancang hala tuju diri.


-Memilih jurusan yang sesuai semasa di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
-Mengambil mata pelajaran yang sesuai.
-Mendapatkan maklumat tentang bidang wawasan diri yang diinginkan.
-Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi di universiti,

4. Usaha yang cemerlang.


-Belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.
-Mengurus masa dengan bijak agar aktiviti yang berfaedah dapat diusahakan untuk menuju matlamat
yang ditetapkan.
-Membuat jadual waktu diri dan mematuhi jadual tersebut dengan berdisiplin.

5. Sikap yang berwawasan.


-Berilmu pengetahuan.
-Tidak mudah mengalah.
-Berdaya saing.
-Berkemahiran tinggi.
-Dinamik dan proaktif.
-Berinovatif.
-Berkongsi ilmu.
-Beriltizam.
-Bersemangat patriotosme.

6. Mencapai wawasan diri.

Anda mungkin juga menyukai