Anda di halaman 1dari 4

Pada era abad ke-21 ini, pelbagai perkara telah berubah begitu juga dengan kokurikulum

sekolah. Bertolak dari hal ini, semua bidang menerima impak yang ketara, khususnya dalam
bidang ilmu seni. Di Malaysia bidang ilmu seni menunjukkan satu perubahan positif yang
drastik. Peningkatan yang drastik ini selaras dengan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan
Seni di Malaysia yang berperanan sebagai satu bidang ilmu yang signifikan dengan hasrat
murni yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam era globalisasi
terjahan maklumat menerusi perantaraan media komunikasi seperti teknologi komputer,
internet, satelit, media elektronik, dan teknologi siber telah menjadikan bidang seni melonjak
ke satu tahap yang tinggi dan bersifat terbuka luas.

Dalam video tersebut, menunjukkan terdapat pelbagai kepentingan atau implikasi bidang
seni dalam pendidikan terhadap murid-murid serta sekolah. Pada awalnya, video tersebut
menunjukkan situasi kelas yang membosankan apabila guru tidak melibatkan murid secara
aktif dan hanya berpusatkan guru sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Teknik
pengajaran konvensional sistem pengajaran dan pembelajaran kebanyakannya berbentuk
sehala dimana hanya guru yang bercakap sementara pelajar hanya menyalin nota
(Normarjana Ibrahim, 2011). Maka murid tidak fokus di dalam kelas kerana proses pengajaran
dan pembelajaran yang tidak menarik.

Selepas itu, terdapat guru yang lain masuk ke dalam kelas dengan bermain alat muzik dan
semua murid di dalam kelas tersebut bergiat aktif dalam menyanyikan lagu yang guru tersebut
mainkan. Dalam kelas tersebut menunjukkan murid berlajar tentang subjek dan prediket
melalui lagu yang guru tersebut mainkan. Disini menujukkan murid tersebut meniru nyanyian
guru tersebut dalam mempelajari sesuatu perkara. Ini bertepatan dengan teori pembelajaran
sosial Albert Bandura iaitu manusia atau dalam konteks ini murid belajar secara semula jadi
melalui proses peniruan dan pemerhatian dengan cara melihat orang lain melakukannya
(Badura, 1977). Menunjukkan bahawa dengan peniruan murid dapat mempelajari sesuatu
yang bermakna kepada mereka. Dalam seni terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari
dengan hanya melalui peniruan sebagai contoh menari, menyanyi dan sebagainya. Menurut
Ormrod (2008), menyatakan bahawa pembelajaran sosial Albert Bandura melibatkan tiga
unsur iaitu pesekitaran, individu(kognitif) dan tingkah laku. Maka dapat disimpulkan bahawa
dengan peniruan sahaja murid dapat mempeljari sesuatu bukan sahaja maklumat untuk
perkembangan kognitif tetapi murid-murid juga mempelajar untuk bertingkah laku
berdasarkan model yang dia ikuti. Oleh itu, guru perlu menjukan tingkah laku yang positif atau
yang baik agar murid mengikutinya. Berdasarkan video yang diberikan menunjukkan bahawa
tingkah laku murid bertambah baik selepas adanya seni diaplikasikan dalam sekolah tersebut.
Selain itu, pentingnya seni dalam pendidikan adalah untuk menujukkan platform lain untuk
murid-murid belajar dalam situasi yang berbeza. Menurut gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn(1978), menyatakan bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza dan seni merupakan satu gaya pembelajaran yang menggunakan ransangan
persekitaran di mana lagu di mainkan bagi menarik murid untuk melibatkan diri dalam pdp
yang dilakukan (Nurul Farhana, 2012). Menunjukkan bahawa murid-murid semakin berani
dalam melibatkan diri dalam aktiviti menurut Peter Sroka iaitu salah satu guru di dalam video
tersebut. Selain itu, seni juga mampu membuat murid meluahkan perasaan melalui aktiviti
seni yang dilakukan (Ahamad Tarmizi & Zoolcaphly, 2008). Ransangan emosional memain
peranan di mana ransangan seperti motivasi memberi murid tersebut keberanian dalam
mencuba sesuatu perkara dan tidak gentar dalam menghadapi cabaran yang diberikan (Dunn,
R & Dunn, K, 1978). Menurut Abd Aziz et al. (2006), menyatakan bahawa motivasi yang tinggi
memberi kesan kepada murid-murid untuk mengekalkan pembelajaran yang didapati dan
menpelajarinya dengan lebih mendalam. Guru perlu memberi motivasi yang tinggi kepada
murid untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti seni yang dilakukan agar dapat menyerap
pelbagai pembelajaran yang diselitkan dalam aktiviti tersebut, Sebagai contoh menggunakan
muzik untuk menerangkan tentang kecintaan kepada alam sekitar maka murid memahami
perkara tersebut dan mengaplikasinya dalam kehidupan seharian (Aini Hassan, 2013).

Seterusnya ialah seni yang diaplikasikan dalam pendidikan mampu merangsang dan
meningkatkan pengetahuan murid tersebut. Dalam seni kemahiran sisal banyak diaplikasikan
dalam pembelajaran. Teori Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan konsep murid
berlaku secara sistematik, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang
lain dan konteks sosial memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Dalam seni guru
adalah sebagai fasiitator di mana guru akan membantu murid dalam mencapai tahap
perkembangan sebenar murid tersebut (Vygotsky, 1978). Sosial yang ada dalam seni
membantu murid dalam mempelajari sesuatu dan statistik di dalam video menyatakan
bahawa murid yang mempelajari seni di sekolah adalah cenderung kurang ketinggalan dalam
pembelajaran iaitu 4% manakala jika tiada seni peratus murid ketinggalan dalam
pembelajaran adalah 22%. Maka jelaslah seni mampu membantu murid dalam mempelajari
sesuatu pembelajaran. Selain itu, murid meningkatkan dari segi akademik dengan adanya
seni adalah kerana murid tersebut lebih senang menyerap pembelajaran jika terdapat bahan
maujud sebagai pemudah cara dalam memahami konsep. Ini bertepatan dengan teori kognitif
Jean Piaget di mana murid pada umur 7 hingga 11 tahun cenderung untuk memahami,
membuat andaian, membuat geeralisasi dengan bantuan benda-benda yang data dilihat/
konkrit (Piaget, 1952). Di dalam seni banyak kaedah yang dapat menzahirkan sesuatu konsep
dengan mewarna, menari dan sebgainya maka murid lebih memahami dengan jelas sesuatu
konsep.

Akhir sekali, pentingnya seni dalam pendidikan adalah jumlah pelajar untuk ponteng
sekolah berkurang kerana murid tersebut sudah minat dengan matapelajaran yang ada dalam
seni atau seni yang diaplikasikan dalam mata pelajaran yang lain. Mengikut teori Kecedasan
Pelbagai menyatakan bahawa setiap murid mempunyai beberapa kelebihan yang tertentu,
kemungkinan terdapat murid yang selalu ponteng sekolah kerana dia tidak mempunyai
kelebihan dalam perkara tersebut (Shearer, B, 2004). Murid akan rasa ketinggalan dalam
pembelajaran maka dia rasa lebih baik ponteng daripada tidak mengetahui apa-apa di dalam
kelas. Teori kecerdasan pelbagai mempunyai pelbagai aspek kelebihan yang perlu guru
fahami tentang kelebihan murid masing-masing. Seni mampu mencukil kelebihan murid
dalam bidang seni dan menarik perhatian murid dalam proses pdp (Rizal Ariffin & Hairu
Nizam, 2007).

Kesimpulannya ialah seni yang diaplikasikan dalam pendidikan mampu meningkatkan


prestasi murid dalam pembelajaran kerana sesuatu pembelajaran tersebut menjadi lebih
bermakna kepada murid tersebut makan pengetahuan yang diperolehi lebih tersimpan di
dalam otak mereka (Woolfolk, A, 2004). Selain tu, pembelajaran lebih menarik dengan adanya
elemen-elemen yang lain dalam seni tersebut yang menarik minat murid dalam bergiat aktif
dalam proses pdp dengan aktiviti yang dilakukan. Hasilnya murid tidak keciciran dalam
pembelajaran, tidak poteng sekolah dan prsetasi murid meningkat serta tingkah laku mereka
menjadi positif.
Rujukan
Ahamad Tarmizi, & Zoolcaphly. (2008). KOMPUTER DAN SENI DI ERA GLOBALISASI :. 1-
23.
Aini Hassan. (2013). Gaya Pembelajaran Pendidikan Sei Visual dalam Perkembangan
Kreativiti Murid.
Badura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: General Learning Press.
Dunn, R, & Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles.
Virginia: Reston Publishing.
Normarjana Ibrahim. ( 2011, Jul 1). TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
TIDAK MENARIK DAN MEMBOSANKAN SERING DIJADIKAN ALASAN OLEH
PELAJAR UNTUK PONTENG SEKOLAH. Retrieved from Slideshare:
https://www.slideshare.net/cikgujanaibrahim/teknik-pengajaran-dan-pembelajaran-
yang-tidak-menarik-dan-membosakankan-sering-dijadikan-alasan-oleh-pelajar-untuk-
ponteng-sekolah
Nurul Farhana. (2012). Kecenderngan gaya pembelajaran model Dunn dan Dunn dan model
Honey dan Mumford di kalangan peljar ijazah sarjana muda FPTP di UTHM.
Ormrod. (2008). Educational Physchocology Developing Learners (Edisi Keenam).
Uppersadle River, New Jersey: Pearson Prentice Hall.
Piaget, J. (1952). The Origin of Intelligence in Children. New York: Interntional University
Press.
Rizal Ariffin, & Hairu Nizam. (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai
Menurut Perspektif Islam. Pendidikan Psychologi, 66-72.
Shearer, B. (2004). Multiple intelligences theory after 20 years. Jurnal of Psychology, 138-
265.
Vygotsky. (1978). Mind in Society: The Developmen of Higher Psychological Procesess.
Cambridge: Havard University Press.
Woolfolk, A. (2004). Educational Psychology (Edisi Kesepuluh). Boston: Allyn & Bacon.

Anda mungkin juga menyukai