Anda di halaman 1dari 108

BAB SATU

PENYATAAN KAJIAN

1.1 Diskrispsi Umum

Kebudayaan Melayu yang ada sekarang ini sebenarnya telah mengalami proses
persambungan dan perubahan serta mengikut penyesuaian keadaan sejak 3,500
tahun dahulu (Mohd. Taib Osman, 1973: hal 46). Kesinambungan dan perubahan ini
disebabkan oleh peredaran masa yang memerlukan penyesuaian dalam cara hidup
bermasyarakat. Kebudayaan Melayu pada asasnya percaya kepada animisme yang
mempunyai semiologinya tersendiri sebelum disebatikan dengan pengaruh mahupun
budaya dari luar. Dalam konteks ini, kebudayaan Melayu adalah dengan merujuk pada
kelahiran keturunan Melayu Proto dan Melayu Deutro. Sebagai asas kepercayaan
animisme kebanyakan golongan ini akan mencipta pelbagai jenis permainan dan ritual
untuk memberikan makna dalam kehidupan mereka (Mohd.Kipli Abdul Rahman, 2009:
hal 5). Kepercayaan animisme memperlihatkan pemujaan kepada semangat alam
sekeliling dan menurut kebanyakan masyarakat dalam era ini berpendapat permainan-
permainan ritual ini secara tidak langsung bertujuan menjamin keharmonian serta
menjadi pendinding daripada tempias bala.

Menurut Mohd Kipli Abdul Rahman, kedatangan pedagang-pedagang dari India


sebelum masihi turut menjadi permulaan dalam persembahan dan kebudayaan
berbentuk ritual. Ia dianggap sebagai satu rujukan dan kesinambungan dalam
penghasilan teater, permainan wayang misalnya Wayang Wong dan Wayang Kulit yang
melibatkan pengisahan mengenai epik Mahabrata dan Ramayana. Kedatangan Islam
ke Tanah Melayu turut memainkan peranan penting dalam memberi pengaruh
persembahan-persembahan berbentuk ritual tersebut. Kedatangan Islam memberi
persepsi berbeza kepada masyarakat Melayu bahawa mereka patut mengikut amalan
1
adat Melayu yang bersesuaian serta berguna dan tidak menyeleweng dari hukum
syarak yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

Kedudukan Tanah Melayu sebagai pusat penyebaran agama dan perdagangan


sekaligus menarik minat pendatang-pendatang dari kebanyakan rantau Asia Tenggara
seperti Indonesia, Jawa, Minangkabau, Banjar, Aceh, Bugis dan Sumatera. Dalam
masa yang sama, migrasi ini mengenggam sekali budaya dan cara hidup mereka di
samping mengetengahkan tradisi melalui persembahan teater dan tarian berbentuk
tradisional. Penyelidikan kajian ini menfokuskan kepada persembahan berbentuk ritual
melalui penelitian aspek semiologi, pemujaan, adat serta kod-kod yang terkandung
dalam sesebuah persembahan tari iaitu tari kuda kepang.1

1.2 Bidang Dan Tajuk Kajian.

Pengkhususan kajian adalah menfokuskan aspek dari sudut budaya dan


sosiologi. Budaya berasal dari dua asas suku kata utama iaitu budi dan daya yang
dirujuk permaknaannya dari perspektif bahasa Sanskrit. (Sidi Gazalba, 1988: hal 1).
Pemerihalan dari sudut ini secara konseptualnya memperlihatkan budaya tersebut
sebagai satu bentuk tindakan yang menyeluruh dan merangkumi tindakan manusia
iaitu budi. Daya itu pula menjurus kepada satu prioriti tindakan manusia dalam
keupayaan untuk memperbaiki sesuatu sebagai hasrat membentuk kepuasan dan
kesempurnaan dalam kehidupan.

Budaya dalam penggunaan bahasa Inggeris merujuk kepada perkataan


‘culture’. Terminologi perkataan culture tersebut turut menjurus kepada permaknaan
budi kerana pengertian awalnya lebih memperlihatkan kepada pertumbuhan dan
perkembangan tindakan manusia dalam membentuk ketamadunan sesebuah bangsa
atau masyarakat melalui berbagai strategi. dan strategi tersebut mungkin adalah
beberapa komponen seni yang membentuk budaya. Diskripsi bagi istilah arab pula
merujuk pada perkataan “At-Thaqafah”. Penulis Sidi Gazalba, dalam bukunya, “Islam
dan Kesenian Relevansi Islam dan Seni Budaya” 1988, menjelaskan “At-Taqafah”
bermaksud penggosokan, pemurnian dan pembersihan.

1
Kuda Kepang selepas ini akan dinyatakan sebagai KK.
2
Dianologikan dengan penjelasan bahawa konsep At-Thaqafah itu sebagai
sebutir batu yang digali dari perlombongan tanah digosok sehingga bercahaya menjadi
berlian. Anologi tersebut membayangkan budaya didiskripsikan sebagai satu komponen
bernilai yang perlu dilestarikan dan dikekalkan bagi membentuk sesuatu yang lebih
sempurna ibarat batu berlian. Justeru, demikianlah indahnya, budaya dikatakan
sebagai satu komponen dalam membentuk ketamadunan manusia.

Budaya dibentuk oleh komponen-komponen seni yang pelbagai bagi


menjadikan budaya itu sebagai satu abstrak yang holistik. Kajian ini melihat seni
sebagai komponen utama penghuraian. Seni yang dilibatkan melalui kajian ini adalah
seni persembahan iaitu persembahan KK. Plato menyatakan seni sebagai satu
mimesis atau peniruan (Hamidah Abdul Hamid, 1995: hal 47). Namun pengistilahan
seni ini tidak boleh menjelaskan secara menyeluruh dalam konteks seni persembahan
dalam kajian KK ini. Penjelasan mengenai seni persembahan, dapat dijelaskan melalui
hasil penulisan Schechner (2003: hal 22) yang menyatakan asasnya persembahan itu
adalah tindakan yang bernilai atau tindakan yang telah ditetapkan kenapa dan
mengapa perlu untuk melakukan sesuatu tindakan tersebut.

Dalam konteks seni persembahan, ia merujuk kepada tindakan untuk berada


atau terlibat dalam sesuatu persembahan, permainan, tarian, dan konsert. Terdapat
juga huraian persembahan ini dalam konteks hidupan seharian iaitu untuk menunjuk-
nunjuk atau tindakan bagi memastikan sesuatu yang menonjol. Persembahan turut
dinyatakan sebagai pembentuk satu identiti. (Richard Schechner 2003: hal 22).
Perkara ini secara jelas menunjukkan persembahan sebagai satu komponen yang
boleh membentuk identiti sesebuah masyarakat., Misalnya, persembahan dalam tarian
Joget, yang terkenal dengan kelincahan gerak tari serta nilai kesantunannya
menunjukkan peribadi serta sikap dan identiti tersendiri masyarakat Melayu.
Schechner turut menyatakan persembahan sebagai satu penceritaan atau
menceritakan sesuatu.

Dalam aspek ini, apa yang jelas dihuraikan adalah sesuatu persembahan
dijadikan sebagai satu wahana menceritakan sesuatu perkara misalnya penceritaan
melalui persembahan teater seperti Teater Puteri Sakdung, Teater Makyong dan Raden
3
Mas yang mengisahkan pelbagai jurnal penceritaan. Seni persembahan menjadi
komponen pilihan utama dalam kajian ini. Seni dan persembahan dalam konteks
permainan KK mempunyai falsafah penceritaan tersendiri, nilai dan estetik tersendiri
serta membentuk identiti sesebuah bangsa terutamanya kelompok masyarakat Jawa di
Malaysia.

Antara elemen yang turut dikaji dalam kajian ini adalah menjurus kepada
penelitian terhadap semiologi melalui falsafah tari kuda kepang. Semiologi merupakan
kajian yang melibatkan kepada tiga aspek utama iaitu, tanda dalam diri sendiri, kod
atau sistem tempat tanda tersebut diorganisasikan dan kebudayaan tempat kod-kod
beserta tanda tersebut berfungsi. Berdasarkan kajian ini, semiologi dilihat melalui tiga
aspek iaitu, pertama melihat tanda-tanda dan makna yang terkandung dalam tarian
kuda kepang, seterusnya bagaimana tanda-tanda atau kod yang terkandung dalam
tarian ini dihasilkan dan kajian terhadap fungsi tanda dan ketiga meneroka perkaitan
kod tersebut dalam perlakuan sosial. Semiologi dalam konteks kajian ini akan dilihat
dalam dua konteks utama iaitu kosmologi dan metafizik.

Kosmologi membincangkan perkara seperti kod, tanda dan nilai estetika yang
terkandung dalam tarian kuda kepang dihurai melalui alam semesta (kosmo) manakala
metafizik pula membincangkan falsafah kewujudan yang paling penting tetapi sukar
untuk dirungkai permasalahannya seperti Tuhan, manusia dan bidang antara
“kewujudan” dan “ketidakwujudan” (Mohd Kipli Abdul Rahman 2009: hal 102). Perkara-
perkara tersebut akan dibincangkan menerusi bab ke bab dalam penulisan ini. Dalam
aspek semiologi seterusnya akan turut mengaitkan dengan teori berkaitan dengan
perlambangan bagi menjelaskan secara menyeluruh falsafah tari kuda kepang.

Usul yang menjadi proriti dalam kajian ini adalah memperlihatkan kajian ke atas
seni persembahan KK. Secara jelas, tajuk khusus kajian ini adalah “Tarian Kuda
Kepang : Satu Kajian Semiologi dan Perkaitannya dengan Masyarakat”. Perkembangan
idea bagi membentuk usul kajian ini adalah terhasil semasa pengkaji terlibat secara
langsung dalam Pertandingan Tarian Kuda Kepang di Festival Kuda Kepang MAKUM
4
Universiti Sains Malaysia Penang, pada tahun 2009. Perbandingan ke atas gerak pola
dan tari sebagai satu simbol yang unik dalam tarian tersebut melahirkan tanda tanya
kepada beberapa persoalan, bagaimana ia terbentuk, kenapa ia perlu sebegitu rupa
dan apa perkaitannya dengan masyarakat. Idea untuk penciptaan tajuk ini turut
dikembangkan melalui beberapa hasil bacaan mengenai falsafah dalam tari Melayu
yang terus memangkin minat pengkaji untuk terus memartabatkan nilai serta estetika
yang terkandung dalam kebanyakan seni tarian Melayu terutamanya dalam seni
persembahan KK.

1.3 Permasalahan dan Objektif Kajian.

Kajian ini merupakan kajian yang menfokuskan bidang sosiobudaya. Kajian ini melihat
perkaitan diantara masyarakat (sosial) dan falsafah dalam tari KK (budaya) melalui
penelitian semiologi. Kronologi dalam kajian adalah menjurus pada penyelidikan dari
pokok utama sejarah dan asal usul kuda kepang sehingga ke hari ini. Kekurangan
kumpulan-kumpulan budaya, berbentuk ritual ini semakin melanda dekad sekarang.

Pelbagai persepsi timbul dalam kalangan masyarakat terhadap persembahan


kuda kepang terutama sekali golongan berpendidikan dan terpelajar yang semakin
meningkat. Kebanyakan mereka beranggapan bahawa persembahan yang berbentuk
ritual ini terutama tarian KK mengundang kepada perbuatan syirik dan menduakan
agama. Permasalahan tersebut akan dikaji berdasarkan penelitian semiologi melalui
falsafah-falsafah yang terkandung dalam tari KK. Kerja lapangan dalam kajian ini akan
dijalankan di daerah kecil Johor Lama, iaitu di Kampung Seri Bunian, Pontian Johor
bagi mendapatkan maklumat serta informasi mengenai perkaitan falsafah dalam tarian
tersebut terhadap masyarakat dalam sesebuah kawasan yang dinyatakan.

Terdapat tiga objektif khusus yang terbentuk hasil daripada permasalahan


kajian. Pertama adalah bertujuan untuk menghuraikan tarian kuda kepang dari sudut
penelitian falsafah dan semiologi melalui perbincangan serta penjelasan proses
lengkap dalam persembahan tari kuda kepang. Komponen matlamat pertama ini akan
menjelaskan proses lengkap dalam persembahan tari KK dan diteliti unsurnya bagi
mengemukakan beberapa nilai estetika yang terkandung serta falsafah yang
5
terkandung dalam setiap kriteria persembahan tersebut. Penerangan falsafah melalui
komponen-komponen dalam tari tersebut akan diperjelaskan melalui semiologi ataupun
lebih mudah dikenali sebagai hukum tanda bagi mempermudahkan pemahaman dan
penjelasan kajian.

Objektif kedua pula adalah memperlihatkan huraian terhadap hukum semiologi


dan perlambangan dari segi falsafah hasil kesinambungan dari objektif pertama tadi,
dengan perkaitannya terhadap tingkah gelagat masyarakat secara umum.
Perhubungan ini akan diperlihatkan menerusi perkaitan antara budaya dalam tradisi
kuda kepang tersebut terhadap perilaku masyarakat Melayu secara amnya. Dalam
aspek ini juga, akan memperlihatkan persepsi masayarakat umum terhadap
persembahan tersebut sama ada ia dilihat dalam konteks agama mahupun di luar
posisi agama iaitu agama Islam khususnya.

Objektif terakhir, setiap pernyataan idea, falsafah, serta huraian dan penjelasan
maklumat akan turut diperkukuhkan melalui aplikasi teori-teori tertentu dalam kajian ini.
Teori yang akan akan digunakan sebagai mengukuhkan permaknaan serta penjelasan
idea adalam melalui dua teori asas iaitu Teori Simbolik oleh George Herbert Mead dan
Teori Kipas oleh Richard Schechner.

Rumusnya, terdapat tiga matlamat utama penulisan ilmiah ini, antaranya adalah seperti
berikut:

1.3.1 Menghuraikan falsafah tari kuda kepang dari sudut penelitian


semiologi melalui proses lengkap persembahan kuda kepang.
1.3.2 Menghuraikan perhubungan semiologi dalam falsafah tari kuda kepang
melalui perkaitannya dengan perlakuan, tindakan serta persepsi
masyarakat dalam kehidupan menyeluruh.
1.3.3 Menghubungkaitkan makna persembahan kuda kepang dengan
menggunakan Teori Kipas, Teori Simbolik dan pendekatan “Puppet”

1.4 Teoritis dalam Kajian

6
Teori yang dikaitkan melalui kajian ini menfokuskan kepada dua teori utama iaitu
Teori Kipas (Fan Theory) dan Teori Simbolik (Symbolic Theory). Manusia mempelajari
makna dan simbol dalam interaksi sosial. Teori Perlambangan atau lebih dikenali
dengan Teori Simbolik dihasilkan oleh tokoh-tokoh seperti George Herbert Mead,
Charles Cooley, W.I Thomas, Herbert Blumer dan Erving Goffman. Dalam konteks
kajian ini teori simbolik dilihat dari sudut tingkahlaku serta tindak balas dalam interaksi
sosial yang dihubungkan dengan simbol-simbol dan makna tertentu dalam falsafah tari
kuda kepang.

Teori Kipas (Fan Theory) dihasilkan oleh Richard Schechner, dan antara
konstruk teori ini adalah, perkaitan majlis dan persembahan, (rites, ceremonies,
performance), permainan (play), proses dalam membentuk seni budaya, (art-making
process), ritual (ritualization) sifat-sifat kepercayaan (shamanism) persembahan dalam
kehidupan seharian (performance in everyday life) dan penyelesaian krisis serta
masalah (Eruption and resolution of crisis). Kedua-dua teori ini akan digabungkan
melalui pelbagai aspek dalam penelitian kajian.

Satu pendekatan lanjutan juga akan dibincangkan dalam mengukuhkan lagi


penghuraian dalam pelbagai aspek penelitian KK. Pendekatan lanjutan tersebut adalah
hasil daripada penyataan Felicia Hudges dalam kajiannya terhadap persembahan
Wayang Wong iaitu ‘becoming a puppet’ bakal menjadi initasi penghuraian dalam
hujah-hujah kemukaan berkaitan dengan falsafah tari kuda kepang. Landasan teori
serta pendekatan ini akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bab dua penulisan
ilmiah ini.
1.5 Batasan Kajian

Terdapat beberapa masalah yang timbul dalam penghasilan projek dan penulisan
ilmiah ini. Ianya akan dikategorikan sebagai komponen batasan kajian, dalam erti kata
lain cabaran-cabaran serta permasalahan yang berlaku dalam masa kajian ini
dilaksanakan.

Masalah pertama adalah dalam konteks sumber dapatan data. Kajian ini
merupakan kajian bagi sesuatu persembahan tarian yang dikatakan semakin pupus
atas beberapa sebab terutamanya hukum haram ke atas persembahan kuda kepang
7
tersebut. Dengan senario tersebut, masalah yang timbul adalah dari sudut
mendapatkan bahan-bahan terkini serta lanjutan maklumat dari pelbagai pihak yang
mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang ini. Pengharaman kuda kepang
menjadi initasi kepada kebanyakan kumpulan serta penggiat seni kuda kepang untuk
terus melupuskan permainan tersebut di kampung-kampung serta di kebanyakan
institusi.

Maklumat dan data yang diperolehi dikukuhkan hanya melalui temu bual
bersama tokoh-tokoh penggiat seni kuda kepang dan dalam aspek penglibatan, kajian
ini dihuraikan melalui pengalaman dan penglibatan pertandingan kuda kepang MAKUM
yang diadakan pada tahun 2009 di Universiti Sains Malaysia. Perbincangan melalui
fatwa pengharaman kuda kepang baru-baru ini memberi sedikit impak dalam mencari
bahan berbentuk visual dan audio kerana pengharamannya adalah menyeluruh dari
segi muzik, props dan permainan lengkap. Maka, dengan fungsi dan peranan Jabatan
Agama Islam Johor, banyak peralatan berbentuk props, alat-alat muzik yang disita agar
terus memberhentikan permainan tersebut. Namun, dalam konteks ini, perbincangan
kolokium masih memberi penjelasan terhadap bidang pendidikan bahawa tiada limitasi
dalam berkarya serta penelitian kandungan persembahan ini secara kompleks perlulah
dihuraikan dengan lanjut pengharaman juga kesannya.

Masalah kedua, batasan dari segi penempatan kajian lapangan. Kajian ini lebih
menjurus kepada kajian lapangan di Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor. Kawasan
ini menjadi kawasan kajian pilihan adalah kerana, berdasarkan pembentangan
Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang 2010, Kampung Seri Bunian diperihalkan sebagai
kawasan utama penyelidikan kerana dari segi permainan KK ia melibatkan unsur-unsur
mabuk yang kritikal. Pengkaji juga mendapat maklumat dari pihak-pihak tertentu yang
menyatakan permainan di Kampung ini masih mengamalkan tradisi permainan yang
lama dan mudah untuk dilihat kerana ia dilakukan pada setiap hujung minggu iaitu pada
setiap malam hari Sabtu. Secara signifikannya, kawasan ini merupakan pusat kajian
yang terbaik.

Namun demikian, penempatan ini terlalu jauh dengan penempatan pengkaji.


Mengambil masa lebih kurang tiga jam perjalanan dari Kota Tinggi, Johor dengan
menggunakan pengangkutan sendiri menyebabkan kajian lapangan ini melibatkan kos
8
yang tinggi bagi menuju ke destinasi kajian. Kajian dibuat pada awal penghujung bulan
Januari 2011 yang melibatkan beberapa kawasan banjir dan hujan yang lebat
menyebabkan kesukaran untuk menjalankan kajian. Penempatan kajian lapangan yang
jauh dari bandar ini turut menyukarkan pengkaji bagi mendapatkan perkhidmatan
tertentu seperti fotostat, internet dan bahan rujukan kajian.

Batasan yang ketiga adalah dengan merujuk keadaan responden. Terdapat dua
responden ahli akademik dan seorang responden tokoh seni, serta beberapa
responden dari masyarakat setempat digunakan dalam memproses data dan bahan
mentah bagi penulisan ini. Responden utama adalah En. Sanub Hj Sidek yang
merupakan pengasas utama permainan KK di Kampung Seri Bunian. Responden ini
dipilih sebagai responden utama kerana beliau merupakan pengasas dan ketua bagi
Kumpulan KK Seri Bunian yang berpengalaman sejak permainan tersebut mula lahir di
Kampung tersebut. Masalah untuk berjumpa dengan responden ini hanyalah
melibatkan masa dan kawasan penempatan responden yang agak jauh.

Ketetapan masa dan temu janji yang melibatkan kawasan yang jauh adalah
terlalu sukar dan ini menyebabkan hasil maklumat temubual diperolehi dalam masa
yang agak lama. Sementara itu, terdapat juga masalah-masalah hasil dari beberapa
kriteria soalan yang dijawab dengan maklumat yang kurang bertepatan dengan
kehendak soalan terutamanya berkaitan dengan falsafah serta nilai estetik dalam suatu
persembahan KK. Hal ini mungkin kerana terdapat masalah kurang faham responden
terhadap beberapa soalan yang berbentuk kritis dan sukar dijelaskan.

Seterusnya masalah dihadapi untuk berjumpa dengan responden akademik


adalah turut melibatkan penempatan yang terlalu jauh iaitu di Universiti Sains Malaysia.
Namun demikian pengkaji telah mengikuti beberapa seminar dan kolokium iaitu
Bengkel Seni Warisan Budaya di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), dan Kolokium
Kebangsaan Kuda Kepang di Universiti Sains Malaysia (USM) untuk berjumpa dengan
responden akademik iaitu Dr. Mohd Kipli Abdul Rahman. Beberapa maklumat dan data
turut diperolehi dari perbincangan mengenai Fatwa Pengharaman Kuda Kepang oleh
kebanyakan peserta Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang di USM. Perbincangan
responden dalam masa sehari ini tidak mungkin dapat memberikan maklum balas yang
menyeluruh dan maklumat yang jelas dalam kajian mengenai falsafah
9
Batasan seterusnya dalam kajian ini adalah melibatkan kos dalam pelbagai
aspek. Antara bentuk kos yang terlibat adalah seperti kos bagi menjalankan kajian
lapangan. Kos kajian lapangan yang melibatkan penempatan yang agak jauh memakan
belanja yang besar. Kos seterusnya adalah melibatkan perkara-perkara lain seperti
penjilidan, kos penghasilan draf kajian dan kos-kos tidak langsung seperti belanja bagi
menjalankan kajian. Kos-kos ini mendatangkan sedikit permasalahan dalam
menjadikan kajian ini bergerak dengan lebih mudah dan berkesan.

Oleh yang demikian, prospek batasan kajian ini menjadi satu limitasi dan
kekangan dalam menggerakkan proses menjalankan kajian, keberkesanan dan
kesahihan dalam mendapatkan data dan maklumat, aktiviti-aktiviti kajian lapangan,
serta melambatkan perjalanan proses penulisan. Namun demikian, batasan ini
bukanlah menjadi penghalang dalam meneruskan penulisan serta proses kajian
lapangan. Kerja-kerja yang bersistematik serta terancang membantu aspek penulisan
untuk menjadi lebih effektif serta effisyen.

1.6 Kepentingan Kajian.

Hasil daripada penulisan kajian ini, terdapat beberapa implikasi yang memberi
kepentingan asas kenapa perlunya kajian ini. Antara kepentingan-kepentingan yang
menjadi peneraju kepada penulisan ini adalah seperti berikut:

1.6.1 Kepentingan Pendidikan

Kajian ini merupakan satu komponen asas yang boleh digunakan sebagai rujukan
dalam pendidikan. Khususnya, dalam memperkenalkan unsur dan tradisi tarian-tarian
Melayu yang sering menjadi rujukan serta modul dalam bidang Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, juga bidang-bidang lain dalam pendidikan tinggi seperti seni

10
persembahan dan sebagainya. Perpustakaan dan pusat sumber akan menajdi medium
utama bagi penyebaran kandungan kajian ini.

Maklumat-maklumat dalam penulisan ini boleh dijadikan rujukan dalam mana-


mana silibus pendidikan bagi memberi penjelasan konkrit mengenai proses
keseluruhan KK sama ada dari sudut permainan mahupun dalam konteks
persembahan. Turut juga perkara-perkara berkaitan dengan kewajaran hukum yang
merupakan kepentingan dalam menjelaskan persembahan KK dalam konteks zaman
sekarang. Maklumat-maklumat yang lengkap ini akan memudahkan pihak-pihak yang
berperanan dalam bidang pendidikan untuk menghuraikan secara sahih, lengkap dan
teratur perkara berkaitan dengan KK agar nilai, serta falsafah yang terkandung dalam
persembahan KK dapat disemat dalam diri individu sekaligus dapat melahirkan modal
insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.

1.6.2 Kepentingan Institusi Berkepentingan

Institusi berkepentingan ini akan melihat dalam pelbagai sektor sama ada
kerajaan, bukan kerajaan dan pihak-pihak yang berkewajipan. Kepentingan disini dilihat
melalui hasil penyelidikan kajian ini yang memberi kesan kebergantungannya kepada
pihak-pihak tersebut. Misalnya, dalam konteks kerajaan, terutamanya bahagian
kebudayaan, penerangan dan pelancongan, penulisan ini boleh digunakan pihak-pihak
tersebut sebagai modul rujukan untuk mendapat ilham membentuk satu budaya dan
unsur yang boleh diterima oleh seluruh masyarakat di negara ini. Persembahan KK
turut memberi kepentingan dan identiti khusus dalam negara kita. Misalnya, di negeri
Johor, lambang KK dijadikan sebagai satu identiti negeri tersebut sekaligus ia dapat
menarik minat kebanyakan pelancong melalui persembahan-persembahan tradisi
termasuk persembahan KK.

1.6.3 Penggiat-Penggiat Seni

Kepentingan ini adalah menfokuskan kepada golongan penggiat seni sama ada
dari golongan ahli akademik atau penggiat seni biasa. Dalam konteks akademik, bahan
11
dan maklumat dari penulisan ini akan terus dijadikan sebagai sumber, kritikan serta
ilham baharu bagi kebanyakan pengkaji yang berhasrat untuk bersama-sama
memartabatkan kesenian negara kita. Kajian ini akan dijadikan sebagai satu literatur
oleh kebanyakan pengkaji yang akan mengkaji aspek-aspek berkaitan KK dan juga
kesenian-kesenian Melayu lain. Dari sudut penggiat seni pula, penulisan ini akan
menjadi rujukan terus terutama berkaitan dengan hukum-hakam permainan KK. Tidak
mustahil, para penggiat seni akan terus membentuk satu permainan KK yang tidak
bercanggah dengan syarak serta diterima oleh semua komposisi agama dan
masyarakat melalui penyelidikan serta strategi-strategi yang baharu.

1.7 Sorotan Kajian Lepas

Beberapa signifikan kenapa kajian lepas amat diperlukan dalam kajian ini.
Dalam perihal ini, kepentingan dan keperluan kajian lepas dilihat secara menyeluruh.
Pertama, kajian lepas melalui buku-buku serta bahan yang dinyatakan seperti di bawah
adalah perlu kerana kajian ini membincangkan usul-usul berkaitan dengan falsafah,
teori yang memerlukan pengukuhuan serta sokongan idea serta hasil tulisan. Sekiranya
tiada kajian lepas, nilai kesahihan serta maklumat akan tergantung dan tiada
pengukuhan secara spesifik daripada pihak-pihak yang lebih berpengalaman dalam
bidang ini.

Seterusnya, kajian lepas melalui buku-buku ini juga turut akan membentuk satu
idea-idea baharu yang dapat membentuk satu hasil penemuan baharu melalui
penulisan dalam kajian ini. Antaranya adalah pendekatan lanjutan “The Puppet Theory”
dan “Hubungan Agama, Akhlak dan Seni”. Kesemua maklumat dan data baharu ini
akan terus memberi impak dalam membangunkan seni dan budaya negara kita
terutamanya dalam bidang falsafah dan juga teori.

Beberapa kajian telah dilaksanakan oleh pensyarah-pensyarah serta pengkaji


yang kebanyakannya dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya. Sedikit
sebanyak, kajian ini berdasarkan kajian lepas melalui penulisan Mohd Kipli Abdul
Rahman yang diterbitkan pada tahun 2009 dalam penyelidikan beliau iaitu “Mabuk
Mistikal Semiotik Metafizik dalam Kuda Kepang” dan kajiannya “Trance dalam Kuda
12
Kepang Mabuk (KKM) : Suatu Manifestasi Simbolik Perjalanan Kerohanian”. Dalam
konteks ini pengkaji menfokuskan perkara yang berkaitan dengan proses dan semiotik
dalam persembahan KK. Kajian Mohd Kipli Abdul Rahman ini, melihat KK perlu
dikategorikan kepada beberapa kod bagi menjadikan ianya sebagai satu proses yang
lengkap iaitu kod bersyarat, kod tidak bersayarat dan kod separuh bersyarat.
Perbincangan kod-kod ini dikaitkan dengan hukum-hukum tanda yang diterbitkan
melalui setiap proses lengkap permainan KK sebagai contohnya, tanda pucuk rebung
pada langkah ketiga belas dalam permainan KK menjadi kod bersyarat permainan ini
membentuk pemain-pemain dalam keadaan mabuk.

Dalam meneliti sejarah dan asal usul kelahiran KK di Tanah Melayu, kajian oleh
Tejo Bagus Sumaryo dalam “The Performance Practice And Development Of Kuda
Lumping Performing Art’ banyak membantu dengan memperlihatkan pelbagai diskripsi
dan penerangan konsep KK dari sudut beberapa kawasan yang berbeza di Indonesia,
antaranya contohnya, Kuda Lumping, Jathilan, Jaranan, Kuda Rotan dan Ebegan.
Perbezaaan diskripsi dan konsep-konsep tertentu ini memberi penjelasan menyeluruh
kesan dan akibatnya melalui pengaruh seni budaya tersebut ke Tanah Melayu.

Perbincangan teori asas menggunakan lanjutan literatur daripada sumber


bacaan oleh Richard Schechner, Essays On Performance Theory. 1970-1976 (1977),
Performance Studies An Introduction. (2002) dan Performance Theory (2003). Ketiga-
tiga bahan bacaan ini merungkaikan beberapa persoalan berkaitan dengan
persembahan dan teori persembahan. Pendekatan yang dirujuk adalah melalui
konstruk kipas (Fan Theory) yang memperlihatkan beberapa premis asas persembahan
seperti sifat kepawangan (shamanism) dan ritual. Antara lain ia turut membincangkan
keadaan tindakan (actual) yang menjadi initasi asas dalam segala bentuk persembahan
terutamanya dalam bidang kajian kuda kepang ini.

Antara beberapa kajian literatur yang lain yang turut menaung landasan
penulisan ini adalah seperti Sidi Gazalba. 1997. Pandangan Islam Tentang Kesenian.
Mohd Anis Md Nor. 2001. Kosmologi Dalam Seni Persembahan Melayu. dalam
Kosmologi Melayu, Ed. Yaacob Harun. Akademi Pengajian Melayu. Mohamed Ghouse
Nasuruddin. 2001. Kosmologi Dalam persembahan Tradisi Melayu dalam Kosmologi
Melayu. Ed. Yaacob Harun. Mohd Kipli Abdul Rahman. 2007 Trance Dalam Kuda
13
Kepang Mabuk (KKM): Suatu Manifestasi Simbolik Perjalanan Kerohanian. Hamidah
Abdul Hamid. 1995. Pengantar Estetik. Judy Slattum, Paul Schrub, & Hildred Geertz.
2003. Balinese Masks. Spirits Of An Ancient Drama. Periplus Edition.Yusuf Al–Qardawi.
2001. Seni Menurut Perspektif Islam, dan Mohd Ghouse Nasuruddin. 1989. Muzik
Melayu Tradisi.

1.8 Metodologi Kajian

Kaedah kajian diadaptasi melalui pendekatan kualitatif yang hanya melibatkan


penyelidikan dan penelitian maklumat melalui keterangan, pemerhatian serta sumber
mentah dari hasil temu bual. Secara signifikannya, kajian ini dilakukan dengan
berdasarkan reka bentuk kualitatif kerana melibatkan penghuraian fakta, teori dan
falsafah yang tidak dapat diukur melalui nombor dan pengiraan. Perbincangan dan
analisa data akan menggunakan kaedah deskriptif yang tidak sama sekali
menggunakan data-data dan bahan bernombor. Dengan itu, kajian ini secara tuntasnya
tidak melibatkan pengumpulan data secara numerikal. Huraian dan perbincangan
mengenai falsafah akan lebih menjadi releven serta interpretasinya turut akan menjadi
lebih rasional melalui metodologi ini.

1.7.1 Tatacara Pemerolehan Data

Dalam kajian ini, terdapat dua data asas iaitu meliputi data primer dan data
sekunder. Data primer diperolehi melalui kajian lapangan (fieldwork) yang akan
dijalankan. Bagi mendapatkan data skunder pula, kaedah yang digunakan adalah
melalui rujukan bahan. Rujukan bahan juga lebih dikenali sebagai satu proses
mendapatkan sumber maklumat. Kajian falsafah melalui penelitian semiologi ini
memerlukan penganalisaan dan rujukan dokumen dan bahan bacaan di perpustakaan,
jurnal, majalah, akhbar, internet, serta kajian lepas yang telah dihasilkan oleh pengkaji-
pengkaji tertentu, sebagai asas membentuk satu penulisan yang kukuh, sahih dan tepat
dalam aspek penghuraian serta perbincangan semasa. Beberapa komponen akan
digunakan dalam tatacara memperolehi data, antaranya seperti:

14
(a) Kajian Rintis (Pilot Survey)

Kajian Rintis merupakan satu metodologi yang releven dalam kajian falsafah ini.
Rasionalnya, kajian ini tidak akan melibatkan penggunaan set soal selidik, bahkan
hanya mendiskripsi serta menganalisis data melalui rujukan sumber kedua (secondary
information). Kajian ini turut melibatkan pemerhatian secara langsung (pilot survey)
sebagai mukadimah bagi mendapatkan maklumat mengenai latar belakang
sosiobudaya pemain dalam persembahan tari KK. Kajian rintis kajian ini telah
dijalankan di dalam Kawasan Johor, antaranya Pekan Nanas, Kota Tinggi, dan Pontian.
Melalui kajian ini, sumber dan hasil dapatan dari pertanyaan beberapa soalan berkaitan
dengan permainan kuda kepang kepada masyarakat menjadi perkara utama dalam
menghasilkan satu generalisasi kampung tersebut masih mengadakan persembahan
atau permainan kuda kepang. Dengan demikian, hasil daripada kajian rintis ini, didapati
Kampung Seri Bunian, yang letaknya tidak jauh dari pekan Pontian, masih
mengamalkan tradisi persembahan tersebut dan diadakan seminggu sekali pada tiap-
tiap hujung minggu.

(b) Pemerhatian dan Penglibatan

Pemerhatian dan penglibatan akan melibatkan kelompok masyarakat di kawasan


Kampung Seri Bunian, sekitar Pontian. Dalam konteks ini, akan diperhatikan perbezaan
dalam tiga kelompok masyarakat yang turut menjalankan persembahan kuda kepang.
Penglibatan lebih menjurus kepada penglibatan pengkaji untuk bersama melaksanakan
persembahan kuda kepang ini. Namun demikian, batasan utama dalam hasil kajian ini
ini ialah melalui pengharaman kuda kepang yang telah menjadi satu limitasi besar bagi
membuat pemerhatian serta penglibatan. Penglibatan dan pemerhatian yang
menghasilkan pengalaman ini hanyalah dari sudut tarian kuda kepang iaitu pengkaji
sendiri telah terlibat dengan Festival Kuda Kepang Makum 2009 di Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Pengalaman dalam melibatkan diri melalui pertandingan serta
persembahan tersebut memberi ilham serta pengetahuan yang serba banyak bagi
membentuk satu kajian yang berbentuk ilmiah ini.

15
(c) Temu Bual

Temu bual yang akan dijalankan adalah melibatkan tiga kaedah utama iaitu,
temubual secara langsung, dan temubual secara tidak langsung. Temu bual secara
langsung ini dijalankan secara khusus dan bersemuka dalam sesuatu program atau
pun di kawasan kediaman responden. Temubual ini dijalankan kerana mendatangkan
maklumat dan bahan data yang sahih dan benar kerana ia melibakatkan perbincangan
bersemuka yang melibatkan kaedah soal jawab yang lebih berkesan. Sementara itu,
melalui kaedah temu bual langsung ini, maklumat dan persoalan yang mungkin kurang
faham akan ditanya kembali untuk mendapatkan kebenarannya.

Temubual secara langsung dijalankan di kawasan penempatan serta aktiviti


responden seperti di Kolokium Kebangsaan Universiti Sains Malaysia 2010 di Pulau
Pinang, Kampung Seri Bunian, dan Bengkel Seni Dan Warisan Budaya di Universiti
Malaysia Sarawak pada 05 hingga 09 Oktober 2010. Antara kategori responden hasil
temu bual secara langsung adalah peserta-peserta pertandingan kuda kepang Festival
MAKUM, peserta-peserta Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang 2010 di Universiti Sains
Malaysia, En. Abdul Rahman Hj Subari dan Pn. Rohayati Hj Sapri dalam kategori
masyarakat Kampung Seri Bunian, tokoh dan penggiat seni iaitu En.Sanub Haji Sidek
atau lebih dikenali dengan gelaran Wak Sanub.

Temubual secara tidak langsung ini melibatkan sesi temu bual secara tidak
formal dan sesi temu bualnya dilibatkan dalam sesuatu program yang mempunyai sesi
soal jawab dan perbincangan bersama. Signifikan temu bual tidak langsung ini
dijalankan adalah kerana sesi perbincangan yang lebih mudah dan melibatkan
perbicangan terbuka oleh responden. Data dan maklumat yang diperolehi turut lebih
asli dan kukuh kerana ia dibincangkan secara teliti bersama-sama dengan ahli-ahli
akademik seperti seperti Ustaz Suhaimi Rebu, wakil mufti Johor dan Dr.Mohd Kipli Abd
Rahman pensyarah USM dalam bidang seni persembahan. Temu bual secara tidak
langsung bagi kedua-dua ahli akademik ini dijalankan melalui beberapa persoalan dan
perbicangan peserta-peserta Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang di USM pada 20
Oktober 2010.
16
1.7.2 Analisis Data

Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan, kamera, manual kuda


kepang dari USM, dan penulisan buku. Bahan-bahan teknologi yang lain seperti
komputer turut akan digunakan bersama bagi membantu kajian dan penyelidikan yang
dijalankan. Analisis kajian ini telah dijalankan selama tiga bulan khusus sebelum dan
semasa penulisan ilmiah ini dijalankan. Hasil pemerolehan data dikaji serta dianalisis
berdasarkan kepada kajian lepas dan sumber bahan bacaan yang lain bagi
menghasilkan satu maklumat yang sah dan tidak terpesong dan sejurusnya berada
dalam landasan objektif yang kukuh.

1.7.3 Penulisan

Penulisan merupakan komponen yang terutama dalam kajian ini. Sebaran hasil
dapatan dan analisis dapatan kajian dibentuk melalui penulisan akademik melalui asas-
asas pengukuhan dari teori-teori tertentu serta sumber sekunder. Pengukuhan melalui
beberapa aspek ini akan memastikan segala pemerihalan idea dan data dapat
dipersembahkan dengan lebih jelas dan sahih maklumatnya. Penulisan kajian ini
meliputi enam bab asas yang membincangkan keseluruhan komponen isu dan usul
berkaitan dengan falsafah tari dalam kuda kepang mabuk serta penjelasan terhadap
unsur-unsur semiologi dan masyarakat. Penjelasan teori menyeluruh akan diterangkan
dalam bab dua manakala fenomena kelahiran yang membicangkan asas usul serta
pengaruh kuda kepang akan didiskusikan dalam bab tiga. Hasil dapatan dan analisis
perbincangan kajian pula akan menjadi perhatian dalam bab empat dan lima. Sejurus
itu perbincangan jalinan budaya dan persembahan KK akan turut menjadi hasil
perbincangan dalam bab enam dan kemudiannya akan dirumuskan secara holistik.
Penulisan kajian ini mengambil masa lebih kurang tujuh bulan bagi satu bentuk
penulisan ilmiah yang berkesan dan jelas keterangannya.

17
BAB DUA

TEORITIKAL DALAM KUDA KEPANG.

2.1 Budaya Dan Teori

Budaya menjadi satu prioriti dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat secara asasnya
dibentuk melalui perkembangan budaya yang lahir dalam sesebuah kelompok
masyarakat. Kebudayaan akan berkembang sekiranya ada komunikasi berkesan dalam
masyarakat. Kebudayaan yang terhasil adalah lahir dari unsur-unsur seni dalam
keadaan yang lebih kompleks. Seni terbahagi kepada beberapa aspek dan salah
satunya adalah seni persembahan. (Richard Schechner, 2002) Setiap yang lahir dalam
bentuk seni terutamanya seni persembahan mempunyai ideologi serta teori kritis dalam
menghuraikan persepsi dalam sesuatu karya yang digelar seni. Bab ini secara
langsung akan menjelaskan bagaimana teori-teori tertentu yang diaplikasikan dalam
kajian ini dapat menghuraikan secara menyeluruh konteks serta konsep falsafah yang
terkandung dalam kebanyakan semiologi tari kuda kepang.

18
Dalam bab ini, bukan hanya teori yang terkandung secara fakta
dihubungkaitkan namun, satu penemuan dan pendekatan baharu turut diperjelaskan
agar menjadi kepentingan serta kegunaan pada penyelidikan seterusnya. Teori asas
yang akan diperkenalkan dalam menghuraikan usul utama penyelidikan falsafah tari ini
adalah menggunakan Teori Kipas yang diperkenalkan oleh Richard Schechner melalui
teori-teori dalam seni persembahan. Hubung kait penyelidikan turut menggunakan
kajian lepas dari Dr Mohd Kipli Abdul Rahman dalam penulisannya tahun 2009, dengan
menggunakan Teori Semiantik Barat dalam menjelaskan hukum tanda dalam
permainan kuda kepang. Sedikit sebanyak teori ini akan turut memberi kesan dalam
menjelaskan hal-hal berkaitan dengan semiologi tari kuda kepang. Teori perlambangan
(symbolic theory) turut dianalisa bersama dalam memperjelaskan keadaan semiologi
atau hukum tanda dalam persembahan tari kuda kepang. Oleh yang demikian, dua
teori asas iaitu Teori Kipas (Fan Theory) dan Teori Simbolik (Symbolic Theory) secara
menyeluruh akan dihuraikan dalam bab ini di samping mengetengahkan pendekatan
serta penyelidikan teoritikal baharu iaitu “The Puppet Theory”.

2.2 Teori Kipas

Dalam membincangkan usul serta konsep asas dalam teori kipas ini, apa yang perlu
diperjelaskan adalah berkaitan dengan pembelajaran persembahan dalam konteks
sosiologi. Secara asas pembelajaran mengenai seni persembahan berkait secara
langsung dengan kehidupan khusus masyarakat. Pembelajaran serta fungsi dalam seni
persembahan bersifat dinamik dan tidak berpenghujung. Sewajarnya, seni dan budaya
itu dinamis sifatnya, setiap individu akan berkarya dan terus berkarya dan tidak
berpenghujung. Budaya akan terus berkembang dalam membentuk ketamadunan
masyarakat. Dengan itu, penyelidikan dalam bentuk karya dan dokumentasi akan terus
dijalankan dengan bertatahkan hukum dan syarak

Dinamiknya sifat yang terkandung dalam pembelajaran serta pengajaran seni


persembahan dapat dilihat sama ada konteksnya secara teoritikal mahupun operasi.
Dalam aspek ini, terdapat pelbagai persepsi, pendapat, kaedah, dan subjek yang
dinyatakan oleh masyarakat. Maksudnya di sini masyarakat akan terus memikirkan
nilai-nilai tertentu serta memberi pelbagai sinopsis serta persepsi bagi membentuk
19
kehidupan yang lebih baik melalui tindakan dan kelakuan. Secara tidak langsung apa
yang boleh dinyatakan persembahan itu adalah set tindakan (actions). Sebagai individu
dan sebagai sebahagian dari komuniti dan bangsa, akan ada interaksi secara langsung
dan tidak langsung sama ada terhadap individu yang bergelar manusia dan adanya
interaksi antara kehidupan lain atau pun dengan benda bukan hidup. Pendekatan teori
ini melihat sejauh mana tindakan yang dilakukan dalam kehidupan bermasyarakat
melalui persepsi dan fungsi sosial terutamanya dalam persembahan berbentuk ritual
KK.
Schechner memainkan peranan penting dalam memperkenalkan disiplin ilmu
berkaitan dengan persembahan. Penyelidikannya bermula pada pertengahan tahun
1960-an. Permulaanya, pada tahun 1966 penulisan beliau adalah berkaitan dengan
“Approaches to Theory/Criticism” menghasilkan formula baharu dalam pembelajaran
serta pengajaran berkaitan dengan seni persembahan yang digelar sebagai “ the
performance activities of man” yang mengemukakan usul terdiri daripada bermain
(play), permainan, (games) sukan, (sports) teater, (theater), dan upacara mahupun
istiadat (ritual). Dalam tahun 1970, penulisan berjudul “Actuals” yang membincangkan
perhubungan antara budaya bukan barat (non-Western Cultures) dengan pelopor-
pelopor seni (avant-garde) dalam perkaitan persembahan.

Pada tahun 1973 sebelum kelahiran Teori Kipas, Schechner telah


mengemukakan tujuh pendapat dalam menghubungkan teori persembahan dengan
sains sosial yang melibatkan:

(i) Persembahan yang berfungsi sebagai asas dalam kehidupan seharian


(performance in everyday life),
(ii) Struktur dalam sukan, upacara atau istiadat, bermain atau permainan dan
kelakuan politik awam (The structure of sport, ritual, play, and public political
behaviors),
(iii) Analisis terhadap kepelbagaian ragam dalam komunikasi termasuk dalam
aspek semiantik. (Analysis of various modes of communication (other than the
written word); semiotics),
(iv) Memperjelaskan perhubungan antara corak kelakuan mahupun tindakan
manusia dan haiwan melalui penegasan terhadap kelakuan dalam sesuatu
upacara mahupun istiadat (Connections between human and animal behavior
patterns with emphasis on play and ritual behavior),
20
(v) Aspek dalam psiko-terapi yang menegaskan berlaku interaksi antara individu
dengan individu yang lain, bertindak, serta sedar ( Aspects of psychotherapy
that emphasize person to person interaction, acting out, and body awareness),

(vi) Etnografi dan prasejarah (Ethnography and prehistory), (vii) Dasar atau
perundangan dalam penyataun teori dalam persembahan, melibatkan fakta
dan tindakan terhadap teori. (Constitution of unified theories of performance,
which are, in fact theories of behavior).
(Richard Schechner. 2002 hal 11)

Schechner telah melihat ketujuh-tujuh aspek ini mempunyai perkaitan serta


berhubung antara satu dengan yang lain dalam keadaan seperti kipas “fan” dan seperti
sarang labah-labah “web”. Pada tahun 1977, edisi pertama penulisan Richard dengan
mengemukakan teori persembahan (performance theory) iaitu teori kipas sejurusnya
diperkembangkan dan distruktur semula sehingga tahun 1988.

Teori Kipas ini mengemukakan tujuh asas dalam persembahan. Aspek berikut
adalah:

(i) perkaitan majlis, upacara dan persembahan, (rites, ceremonies,


performance),
(ii) sifat-sifat kepercayaan (shamanism),
(iii) penyelesaian krisis serta masalah (Eruption and resolution of crisis).
(iv) persembahan dalam kehidupan seharian (performance in everyday life)
(v) permainan (play),
(vi) proses dalam pembentukan kesenian, (art-making process), dan
(vii) upacara istiadat dalam aspek ritual (ritualization),

(Richard Schechner. 2002 hal 11)

21
Rajah 2.1 : Teori Kipas dalam Persembahan.

Persembahan boleh digambarkan melalui imej berbentuk kipas yang member


definisi beberapa aspek serta unsur nilai tersendiri. Persembahan dalam bentuk
kehidupan seharian menjadi asas atau penengah kepada enam unsur lain dalam teori
ini. Upacara atau istiadat (ritualization) merupakan idea-idea yang melibatkan sifat
kepercayaan dan semangat (ethological) sebagai penghujung kipas dan di sebelah
hujung yang lain pula adalah melihat kepada Majlis dan Persembahan yang menjadi
keunikan dalam kehidupan manusia. Dalam aspek ini, kita melihat persembahan itu
dilihat sebagai tindakan (actual) manusia menyeluruh dalam konteks kehidupan
seharian kerana unsur ini menjadi pusat utama dalam huraian serta aplikasi ketujuh-
tujuh unsur dalam teori kipas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.1.

2.2.1 Majlis Dan Persembahan


22
Majlis, upacara atau perayaan didiskripsikan sebagai satu komponen persembahan
dalam erti kata lain dapat dilihat sebagai tindakan yang kebiasaanya menjadi tunggak
dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat zaman dahulu telah menjadikan
kepelbagaian dalam keadaan seni dan persembahan antaranya seperti tarian sebagai
satu proses lengkap dalam meraikan sesuatu, memohon kebaikan atau juga mencegah
bencana yang menimpa kepada diri mereka.

Richard Schechner dalam konteks persembahan melalui penulisan Gayle


Kassing dalam “History Of Dance” pada tahun 2007 telah memperlihatkan keadaan
persembahan yang boleh diperjelaskan sebagai satu unsur perayaan atau meraikan
sesuatu. Antaranya adalah perayaan jangka hayat atau life-span celebration). Dalam
kehidupan sesuatu puak atau suku bangsa, mereka masih mengamalkan perayaan
berbentuk perayaan jangka kehidupan atau dengan lebih mudah meraikan untuk
kehidupan yang lebih panjang dan lebih baik. Kita lihat satu contoh iaitu majlis dalam
meraikan kelahiran.

Dalam sesetengah suku atau puak telah menganggap kelahiran ini merupakan
sesuatu yang ajaib sebelum lahirnya fakta dan maklumat sebenar berlakunya kelahiran
dalam kehidupan manusia. Sesetengah puak percaya adanya roh nenek moyang dan
semangat tertentu yang telah memasuki tubuh badan perempuan sehingga
menyebabkannya mengandung. Hal ini menyebabkan kelahiran pada ketika itu
dilakukan dengan pelbagai upacara pemujaan, istiadat dan keramaian semasa
sehinggalah sejurus kelahiran berlaku. Dalam era kehidupan masyarakat patriarki2,
keramaian dalam menyambut kelahiran dilakukan dengan bapa berbaring dan tidur di
atas tilam manakala ibu dan perempuan-perempuan yang lain menari di hadapan ayah
tersebut yang kepenatan setelah bekerja seharian.

Dalam kehidupan masyarakat negara kita di Malaysia, persembahan dalam


konteks meraikan, perayaan ataupun keramaian ini dapat dilihat semasa mengadakan
upacara persandingan atau perkahwinan. Dalam aspek ini, jelas kita melihat adanya

2
Patriarki merupakan kehidupan masyarakat yang melihat kepada penguasaan kaum lelaki. Kaum
perempuan dalam kehidupan masyarakat patriarki berada pada tahap subordinat dan berlaku diskriminasi.
(Cahyono, 2005 :11, Wajah Kemiskinan Wajah Perempuan, dalam jurnal Perempuan No 42, Jakarta
Yayasan Jurnal Perempuan)
23
kepelbagaian unsur-unsur tradisi seperti menabur beras sebelum masuk ke rumah
bagi masyarakat India, menepung tawar bagi masyarakat Melayu dan adanya
pemberian “Ang Pau” bersampul merah dalam budaya masyarakat Cina. Perkara ini
semuanya dianggap sebagai satu tindakan (actual) dalam aspek teori Schechner dan
secara jelasnya ia membawa kepada satu bentuk persembahan yang sudah pasti
membawa kepada kepelbagaian nilai dan estetika tersendiri jika dilihat dalam bidang
falsafah.

Dalam aspek kajian ini, aspek yang akan diperjelaskan adalah melihat
bagaimana permainan kuda kepang ini turut secara sahnya dianggap sebagai satu
persembahan yang memberi makna keramaian, perayaan serta meraikan dalam
konteks kehidupan masyarakat. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam
bab seterusnya yang memperlihatkan fungsi-fungsi serta teori sebenar pembawakan
permainan kuda kepang dan umumya permainan kuda kepang ini adalah untuk
mengajak orang-orang kampung bersama meraikan serta nilai falsafahnya pada dasar
adalah untuk mengeratkan ‘silaturrahim’. Hal ini diperkukuhkan melalui adanya sajian
atau dikenali sebagai ‘sajen’ 3 yang turut dihidangkan kepada para penonton yang hadir
bersama dalam proses lengkap permainan kuda kepang tersebut. Dalam perkahwinan
masyarakat terutama masyarakat Johor, permainan kuda kepang sudah menjadi
keutamaan sebagai salah satu tentatif dalam meraikan raja sehari. Inilah yang ingin
dihuraikan oleh Schechner yang mengemukakan persembahan sebagai satu majlis,
upacara dan keramaian.

2.2.2 Sifat-sifat Kepawangan

Dalam konteks menyeluruh seni persembahan, sifat-sifat kepawangan yang


menjurus kepada nilai-nilai magis menjadi satu konstruk dalam teori kipas yang
dinyatakan oleh Schechner. Graham Hervey (2002 :hal 3) dengan berdasarkan
Chambers 20th Century Dictionary (Kirkpatrick 1983) menyatakan bahawa pawang
(shaman) dianggap sebagai doktor yang bekerja dengan penuh kuasa-kuasa sihir,
manakala sifat kepawangan (shamanism) memerihalkan bahawa bangsa atau suku

3
Sajen adalah jenis makanan yang perlu disediakan oleh sekumpulan pemain KK yang terdiri daripada
sembilan jenis makanan serta wang sebanyak 25 sen. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 25)
24
yang kebiasaanya mempunyai penguasaan terhadap ilmu-ilmu sihir dan kuasa luar
biasa.

Dalam seni persembahan Melayu, shamanism kebiasaanya dilihat dalam seni-


seni yang melibatkan persembahan berbentuk ritual yang juga turut melibatkan
pemujaan-pemujaan tertentu. Sifat kepawangan dalam seni persembahan Melayu
melihat kepentingan serta peranan bomoh bagi mengendalikan sesebuah
persembahan. Misalnya, seni persembahan dalam ‘main puteri’ yang lazimnya dahulu
dimainkan oleh sesetengah masyarakat Kelantan. Dalam permainan tersebut,
kebiasaanya ia dianggotai oleh seorang bomoh yang dan ia melibatkan proses yang
dikatakan menyembuh penyakit melalui kontrak komunikasi dengan makhluk-makhluk
halus. (The ‘play’ of the spirits).4

Dalam konteks ini, bomoh tersebut merupakan salah satu komponen


shamanism yang jelasnya dinyatakan oleh Schechner merupakan satu premis konstruk
kipas. Begitu jugalah, konsep dan terma yang dinyatakan shamanism ini melalui
permainan KK. Melalui permainan Kk, gambuh dianggap sebagai bomoh yang memiliki
segala ilmu pengetahuan yang lengkap dalam memastikan perhubungan kontrak
komunikasi antara manusia dan makhluk halus terjalin melalui mantera dan jampi yang
dikemukakannya.

2.2.3 Penyelesaian Konflik, Krisis serta permasalahan.

Schechner menyatakan persembahan merupakan satu elemen yang dapat


diaplikasikan sebagai penyelesaian terhadap masalah. Dalam aspek ini, jika kita
meneliti dari sudut seni persembahan dalam konteks kesenian Melayu, perihal
berkaitan premis ini dapat dinilai melalui nilai estetika serta falsafah yang terkandung
dalam sesuatu persembahan seni masyarakat Melayu. Misalnya, budaya bertandak
dalam masyarakat Melayu Sarawak, terutamanya dalam persembahan bermukun di
kenduri-kenduri dan majlis tertentu, kebanyakan penari-penari tandak ini adalah dalam
kalangan penduduk kampung, maka dalam masa yang sama melalui nilai bertandak

4
Paul C.Y.Chen dalam International Journal Of Social Psychiatry 1979: 167-175
25
tersebut, hubungan penduduk-penduduk Dalam suatu struktur masyarakat kampung
akan lebih akrab.

Jika dilihat dari sudut persembahan seni Silat Melayu pula, terdapat beberapa
matlamat dalam Seni Silat Melayu yang mengangkat disiplin dan menghormati guru
merupakan asas utama pembelajaran silat. Hasil pembelajaran silat dapat membentuk
peribadi individu yang lebih baik, serta menghormati individu yang lain. Perkara ini
sekaligus mengelakkan berlaku konflik dan masalah pergaduhan dalam masyarakat.
Begitu jugalah dalam persembahan KK. Nilai dan matlamat persembahan KK adalah
menjurus kepada permuafakatan kaum. Perkara ini akan dibincangkan menerusi
penelitian falsafah KK dalam bab 5.

2.2.4 Persembahan dalam konteks kehidupan seharian.

Persembahan itu berada dalam fenomena kehidupan seharian kerana adanya


nilai-nilai yang terkandung melalui operasi persembahan tersebut yang memberi impak
dan kesan dalam kehidupan secara khusus. Schechner (2003: hal 11) menyatakan
persembahan adalah sebagai satu set tindakan. Manusia bertindak dan berkelakuan
bagi mencapai sesuatu yang diingini. Nilai dan falsafah yang terkandung dalam
persembahan akan memperjelaskan secara khusus bagaimana sesuatu persembahan
tersebut memberi fungsi tersendiri dalam konteks kehidupan masyarakat.

Jika dilihat dari sudut seni persembahan Melayu misalnya, dalam seni
persembahan berpantun atau bermukun5. Seni persembahan ini memperlihatkan
keadaan yang menggambarkan identiti atau kehidupan masyarakat setempat melalui
rangkap-rangkap pantun yang dinyayikan bersama alunan muzik gendang. Dalam
masa yang sama, ia akan ditarikan oleh sekumpulan penari dan ianya dipanggil
sebagai ‘tandak’ dalam golongan masyarakat di Sarawak. Bagi persembahan KK pula,
aspek dan pemerihalan Schechner ini yang menyatakan persembahan sebagai
kehidupan seharian dapat digambarkan melalui nilai dan falsafah yang terkandung

5
Seni persembahan bergendang dan dinyanyikan dengan rangkap-rangkap pantun oleh sesetengah
masyarakat Melayu Sarawak.
26
dalam gerak atau sebahagian sub proses KK. Perkara ini akan dilanjutkan
perbincangannya dalam bab yang berikut.

2.2.5 Permainan

Permainan yang dinyatakan dalam aspek ini memperlihatkan sebagaimana


sesuatu persembahan itu adalah satu rupa bentuk permainan. Permainan secara
khusus memberi pengalaman dalam diri individu. Sesuatu persembahan boleh
dinyatakan sebagai ‘main’ apabila unsur serta kandungan persembahan tersebut
mempunyai nilai dan estetika sama seperti permainan. (Richard Schechner, 2002: hal
45). Turut diperjelaskan oleh Schechner dengan menyatakan bahawa permainan dan
ritual berkait antara satu dengan yang lain. Kedua-dua komponen ini membawa kepada
kehidupan manusia dalam realiti kedua yang memisahkan keadaan yang dipanggil
sebagai kehidupan biasa

Dengan itu, kelakuan atau tindakan individu akan berubah daripada keadaan
yang biasa kepada keadaan yang lain tertakluk kepada perintah dan kemahuan dari
seseorang. Misalnya, kelakuan seorang pekerja yang diperintah oleh majikannya untuk
melakukan sesuatu hal, maka bidang tugas tersebut perlu dituruti oleh individu tersebut
dan ia dinyatakan sebagai kehidupan manusia dalam realiti kedua. Begitu juga dalam
seni persembahan, misalnya dalam permainan KK, tindakan yang dilakukan oleh
pemain KK adalah kerana mengikut kehendak makhluk-makhluk lain yang telah
menguasai minda mereka. Mereka turut dikawal oleh gambuh yang berperanan
sebagai ketua permainan melalui arahan pukulan cemeti.

Dalam konteks permainan KK, individu secara operasinya akan diperintah oleh
pawang melalui kesurupan iaitu dirasuki oleh sesuatu semangat atau berada dalam
keadaan tidak sedar. Keadaan ini disamakan pengertiannya dengan ‘mabuk’dalam
permainan KK yang kebiasaanya individu akan bertindak secara luar biasa. Schechner
mengatakan permainan hanyalah merupakan perubahan individu dalam keadaan
sementara, berbeza dengan konteks dan aplikasi ritual yang melibatkan transformasi
jangka panjang yang turut dikenali sebagai “rites of passage”. Rites of Passage dalam

27
perihal ini merujuk kepada permainan yang melibatkan tindakan tertentu yang memberi
impak secara menyeluruh dan lama dalam diri individu serta masyarakat.

Permainan KK tidak melibatkan terma ‘rite of passage’ kerana KK adalah satu


permainan. Hal ini kerana permainan KK hanya melibatkan ruang persembahan yang
agak terhad dan tidak panjang perlaksanaannya. Rite of passage dapat dilihat melalui
permainan puteri. Permainan puteri atau ‘main puteri’ yang lazimnya dahulu dimainkan
oleh sesetengah masyarakat di Kelantan. Kandungan dan implikasi permainan tersebut
menjurus kepada bidang perubatan yang menjelaskan impak atau kesan jangka
panjang kepada si pemain. Pemain tersebut akan disembuhkan melalui upacara-
upacara pemujaan makhluk halus dengan tujuan bomoh (Tok Minduk) mengetahui sakit
sebenar pemain. Setelah mengetahui sakitnya maka permudahlah untuk menyelsaikan
sakit tersebut dan sejurus itu pemain dapat disembuhkan sepenuhnya. Gambaran
dalam permainan puteri ini menjelaskan upacara ritual lebih kepada konteks ‘rites of
passage’ yang memberi impak dalam kehidupan jangka panjang berbeza dengan
permainan yang dinyatakan dalam premis Konstruk Kipas Schechner.

2.2.6 Proses kesenian

Kesenian merupakan elemen-elemen yang membentuk kebudayaan. Proses


dalam membentuk kesenian adalah merujuk kepada keadaan masyarakat sesuatu
kawasan. Dalam membentuk kesenian, asasnya, seni itu sendiri akan membentuk
identiti dalam kehidupan masyarakat tersebut. Misalnya, budaya ziarah-menziarahi di
hari perayaan bagi masyarakat Melayu menjadi satu identiti utama masyarakat
tersebut. Proses seni terhasil melalui pelbagai aspek dalam kehidupan masyarakat iaitu
melalui pemikiran, agama serta budaya masing-masing.

Seni akan sentiasa berkembang dari satu generasi kepada generasi yang lain
sejajar dengan perkembangan masyarakat dan budaya. Hal ini dapat dilihat apabila
masyarakat berkembang dalam semua aspek, budaya juga akan turut berkembang
mengikut peredaran masa yang sesuai dengan kehidupan masyarakat. Dalam aspek ini
proses dalam kesenian itu turut akan berkembang. Perkara ini boleh dinyatakan

28
sebagai penyesuaian seni dan budaya dalam kehidupan masyarakat (art and culture
adaption).

Dalam permainan KK, kita melihat terdapatnya proses kesenian yang terbentuk
melalui proses lengkap permainan atau persembahan KK. Misalnya, terdapat proses
kesenian yang lahir akibat perkembangan serta penyesuaian terhadap keadaan
masyarakat seperti seni yang lahir melalui ukiran patung-patung kuda yang lebih unik
dan mudah dalam penggunaanya daripada props KK anyaman buluh kepada props KK
daripada kulit haiwan, seni dalam props busana, serta proses dalam gerak pola rantai
persembahan. Permainan KK dibentuk dan diubah geraknya mengikut kreativiti
masyarakat.6. Ini memangkin kepada banyak bentuk persembahan yang menarik dan
pelbagai namun kandungannya adalah sama. Maka dengan demikian, ia akan terus
membentuk satu kesenian baharu di negara kita.

Proses kesenian turut dapat dilihat melalui persembahan Zapin di Johor


misalnya. Zapin dikatakan berasal dari timur tengah dan dibawa masuk ke Tanah
Melayu oleh pedagang-pedangang dari Timur Tengah. Namun demikian,
perkembangan zapin terus meluas melalui idea serta pemikiran masyarakat yang
membentuk jenis-jenis Zapin baharu dan diterima oleh masyarakat setempat. Proses
seni yang lahir akan terus berkembang dengan menjadikan masyarakat sebagai satu
agen perubahan.

2.2.7 Upacara istiadat dalam aspek ritual

Ritual mempunyai perkaitan dengan permainan dalam konteks Teori Kipas yang
dinyatakan oleh Schechner. Faktanya, persembahan itu adalah sebagai sesuatu
tindakan ritual, apabila adanya majlis atau upacara yang kebiasaanya menjadi adat
setempat serta menjadi kebiasaan. Ritual merupakan satu kaedah untuk manusia
mengingat. (Richard Schechner, 2002: hal 45). Hal ini dapat dijelaskan melalui
upacara-upacara yang dijalankan misalnya upacara dalam meraikan kelahiran dan
perkahwinan yang sudah pastinya membawa kepada memori yang indah, suka dan
duka dalam kehidupan manusia. Ritual turut dinyatakan sebagai asas transformasi
manusia dalam jangka masa kekal. Ianya diperkukuhkan melalui pernyataan

6
Hasil Temubual bersama Wak Sanub, di Kampung Seri Bunian, Pontian Johor.
29
Schechner yang melihat ritual akan menyebabkan manusia akan terus mengingat
dalam sesuatu jangka masa yang panjang.

Dari segi persembahan, ritual adalah merupakan satu set tindakan yang
kebiasaanya dipersembahkan bagi tujuan tertentu. Perspektif masyarakat melihat
upacara atau ritual ini merupakan satu nilai yang khusus sebagai satu simbolik atau
tanda bagi mendapat kehidupan yang lebih baik. Ritual akan menjadi satu tradisi dalam
sesebuah komuniti seterusnya diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang
lain. Ritual kebiasaanya tidak hanya melibatkan persembahan semata-mata, dalam
konteks simbolik ritual, ia meliputi semua aspek dalam persembahan seperti adanya
makanan, minuman, pakaian, nyanyian mahupun tarian yang di kumpulkan dalam satu
kategori yang dipanggil ritual.

Misalnya kita melihat dalam aspek permainan kuda kepang, upacara dan
istiadat ini kebiasaanya akan dimainkan dalam satu upacara yang menghimpunkan
orang-orang kampung dengan bertujuan ianya dapat mengeratkan silaturrahim.
Upacara ini akan melibatkan satu persembahan diantaranya meliputi permainan muzik,
makanan (sajen), dan tarian (kuda kepang). Persembahan ini akan membentuk satu
set tindakan yang terus menerus akan menjadi tradisi masyarakat setempat.

2.3 Teori Simbolik

Manusia mempelajari makna dan simbol dalam interaksi sosial. Teori perlambangan
atau lebih dikenali dengan teori simbolik dihasilkan oleh tokoh-tokoh seperti George
Herbert Mead, Charles Cooley, W.I Thomas, Herbert Blumer dan Erving Goffman.
Dalam konteks kajian ini, teori simbolik dilihat dari sudut tingkah laku serta tindak balas
dalam interaksi sosial yang dihubungkan dengan simbol-simbol dan makna tertentu
dalam falsafah tari KK. Terdapat beberapa persamaan antara teori perlambangan
dengan teori semiotik barat yang melihat kepada penghuraian serta analisis falsafah
yang terkandung dalam sesuatu tanda atau simbol.

Pada asasnya, teori ini membincangkan kaedah dalam mengemukakan


interaksi simbolik melalui bidang sosiologi semata-mata, namun dalam aspek
30
perbincangan kajian ini, ia memperlihatkan struktur dan perspektif budaya sehingga
menghasilkan satu senario interaksi dan perkaitannya dengan masyarakat.
Perbincangan kajian melalui teoritikal ini adalah menjurus kepada konseptual tarian KK
dan perkaitannya dalam masyarakat. Dalam teori ini, beberapa idelogi dari tokoh-tokoh
tertentu dilihat antaranya adalah G.H Mead yang mana telah menggariskan tiga premis
utama dalam teori ini iaitu:

(i) Manusia bertindak terhadap sesuatu objek mahupun benda hidup, yang mana
mereka mempunyai makna tersendiri terhadap kedua-dua komponen tersebut.
(ii) Makna dan nilai yang terhasil tersebut diperolehi melalui interaksi atau dengan
kata lain komunikasi.
(iii) Pembentukan makna dihasilkan melalui proses interpretasi.

(Blumer, Herbert, 1969)

Penjelasan Schwandt (1994) dapat dinyatakan bahawa setiap manusia


mempunyai matlamat kendiri dan bertindak di dunia ini dengan pelbagai kaedah dan
interpretasi bagi menghadapi cabaran tertentu.

“Human beings are purposive, they confront and interpret the worlds in order to
act. A necessary requisite of social study, therefore, is careful observation of
overt behaviours settings of a actors and their interactions. Significant “gestures”.
And what a social group understand by the gesture, is an example of the basic
unit of currency in symbolic interactionism”

(Schwandt, 1994)

Antaranya adalah melalui pembelajaran dalam bidang sosial dan menjadikan


mereka tahu bagaimana untuk bertindak dan berinteraksi dalam sesuatu kelompok
masyarakat. Tindakan tersebut adalah dalam bentuk ‘gesture’ atau lebih mudah
difahami dengan gerakan tubuh badan secara simbolik sebagai asas dalam interaksi.
Dengan demikian, apa yang dapat dinyatakan, tindak tanduk individu bagi
menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok masyarakat adalah perlu difahami dengan
jelas supaya tidak mendatangkan konflik serta krisis. Gesture akan membentuk satu
perihalan dan komunikasi tersirat terhadap pemahaman masyarakat. Misalnya, dalam
31
persembahan KK, gesture dapat disaksikan menerusi tindakan gambuh sebagai satu
asas komunikasi bersama penari atau pemain KK. Tindakan mengangkat KK dan
memukul cemeti merupakan satu kod komunikasi bagi menukar ragam dan gerak
dalam permainan KK.

Dalam tarian-tarian lain pula, gesture merupakan komponen utama sebagai


perlambangan dan nilai estetika sesuatu gerak. Misalnya keadaan dan gerak gesture
dalam tarian Inang yang berkeadaan membongkok ke hadapan sedikit bagi penari
wanita, ianya memberi perlambangan terhadap sikap dan sifat kesantunan wanita
Melayu yang sering merendah diri. Begitu juga gesture penari lelaki KK yang perlu
membuka lebih besar kepak tangan yang melambangkan sifat-sifat kepahlawanan
dalam permaianan KK.

Justeru dari persperktif kajian, kita perlu meneliti secara semiologi dan falsafah
apakah nilai yang terkandung terhadap simbol-simbol seni tarian KK agar mendapat
penjelasan kukuh, supaya tindakan yang diperlakukan dalam tarian tersebut tidak
dijadikan sebagai satu asas dalam konflik masyarakat. Hal ini kerana, setiap individu
mempunyai persepsi masing-masing terhadap simbol-simbol tertentu dalam
kebanyakan bidang seni dan budaya.

2.4 Pendekatan Teori Boneka (The Puppet Theory)

Pernyataan “becoming a puppet” atau menjadi suatu boneka adalah merujuk


kepada kajian Felicia Hughes pada tahun 1999 berkaitan dengan kajian antropologi
beliau terhadap struktur budaya dan masyarakat khasnya dalam persembahan teater
Wayang Wong. Usul dan perbicaraan dalam pendekatan ini menjadi initasi dan
perkaitan dalam kajian KK. Menerusi permainan KK, manusia menjadi “puppet” apabila
merujuk kepada satu pendekatan bahawa penari atau pemain dikuasai oleh gambuh.

Boneka dalam konteks kajian KK akan melihat kepada satu unsur yang dapat
dikatakan sebagai “puppet” yang dikawal oleh sesuatu bagi mencapai satu tahap yang
dikatakan sebagai upacara dan permainan. Pengkaji berpendapat pendekatan ini tidak
akan terhasil sekiranya sesuatu persembahan tersebut tidak melibatkan perhubungan
32
dengan makhluk halus yang merujuk kepada pemujaan semangat-semangat atau jin
mahupun syaitan yang digelar sebagai isem7 dalam permainan KK.

Beberapa komponen diperjelaskan melalui pendekatan ini sebagai premis


utama mengapa individu dikatakan akan menjadi boneka dalam sesuatu persembahan.
Antaranya adalah:

(i) Kawalan: Konteks ini memperlihatkan individu akan dikawal dari tahap mula
persembahan sehingga persembahan tamat.
(ii) Penonton: Sesuatu yang dikatakan sebagai permainan perlulah melibatkan
khalayak atau penonton yang melihat sesuatu persembahan atau permainan.
(iii) Shamanism: iaitu dengan merujuk adanya unsure-unsur kebatilan dan
kepercayaan yang akan melibatkan pemujaan roh dan sebagainya.
(iv) Mabuk (trance): dengan merujuk individu sebagai boneka adalah dalam
keadaan separuh sedar atau tidak sedar (unconscious mind). Keempat-empat
asas premis ini akan mengukuhkan perbincangan dalam teori boneka ini
terhadap permainan kuda kepang dengan melihat kepada individu menjadi
boneka dalam konteks persembahan.

Pendekatan lanjutan ini turut diperkukuhkan melalui penulisan dari Prijono pada
tahun 1982 dengan menyatakan,“Kepercayaan bahawa roh nenek-moyang atau hyang
atau dewa-dewi itu dapat dipanggil untuk masuk ke dalam tubuh manusia atau ke
dalam sesuatu yang dianggap sebagai “boneka” di Tanah Jawa.” (Prijono. 1982: hal 7).
Pernyataan tersebut menyatakan adanya roh nenek moyang atau semangat tertentu
yang diseru dan dipanggil untuk masuk ke dalam tubuh manusia yang juga turut dirujuk
sebagai ‘boneka’. Dalam aspek ini, penonton tidak akan dianggap sebagai satu
boneka. Perbincangan terhadap pendekatan lanjutan ini akan diperjelaskan secara
lebih spesefik menerusi bab 5.

7
Isem merujuk kepada jenis makhluk halus yang dipuja dan diseru untuk memasuki badan si pemain atau
penari KK. Isem akan menjadikan penari atau pemain KK berada dalam keadaan mabuk (trance) dan
bertindak luar biasa.
33
BAB TIGA

KUDA KEPANG : SUATU TINJAUAN

Pada awal kurun ke 15 sebelum masihi, kegiatan perdagangan telah mula berkembang
secara khusus di Tanah Melayu. Era ini memerhatikan perkembangan budaya Hindu-
34
Buddha juga telah memberi pengaruh dalam tempoh hampir 15 abad dari awal Masihi
sehingga permulaan abad ke 15. Alam Melayu Nusantara telah berkembang dengan
membentuk Kerajaan-Kerajaan Melayu dari zaman seperti Sriwijaya dan Majapahit.
Tanah Melayu telah mempunyai perhubungan dengan dunia Arab diperkatakan terjadi
sejak abad ke-9 Masihi. Tiga komponen besar yang terdiri daripada Hindu, Buddha dan
Islam ini telah memberi impak besar terhadap perkembangan budaya di Tanah Melayu
sehingga sekarang sebagai sebuah negara berbilang bangsa dan budaya.

Sebelum ketiga-tiga unsur besar ini tiba di Tanah Melayu, manusia dikatakan
telah bergerak kira-kira 3000 sebelum masihi yang membentuk masyarakat awal Tanah
Melayu yang dipanggil sebagai Melayu Proto dan Melayu Deutro. Masyarakat ini telah
mula membentuk upacara-upacara ritual dengan berasaskan kefahaman mereka
terhadap animisme. Dalam masa yang sama adat dan upacara tersebut bertujuan
memberi nilai keindahan dalam kehidupan mereka. Animisme memberikan satu
personafikasi terhadap golongan atau suku kaum ini menjadikan unsur alam sebagai
sesuatu yang tinggi dan hebat seperti matahari, sungai, dan bintang. Maka dengan
kedatangan, ketiga-tiga unsur Hindu, Budha dan Islam inilah memberi satu landasan
baharu dalam tindak tanduk mereka terutama dalam kehidupan aspek budaya.

Kedatangan Hindu merupakan pengaruh dominasi terhadap unsur kebudayaan


Tanah Melayu. Perkara ini diperkukuhkan melalui pernyataan Mohd Ghouse
Nasuruddin (1989) dan Mohd Kipli Abd Rahman (2009) dengan memerihalkan
kedatangan pedagang India yang membawa bersama pendeta-pendeta Hindu beserta
ajaran sekaligus memperlihatkan adanya perkembangan dan unsur budaya melalui
pengaruh hindu yang amat ketara seperti permainan Wayang Wong dan Wayang Kulit.
Kisah-kisah yang terkandung dalam kebanyakan permainan ini adalah berkisahkan
Ramayana dan Mahabrata. Penubuhan kerajaan Hindu-Funan sekaligus memberi
kesan terhadap perkembangan pengaruh Hindu dikatakan berhampiran dengan Delta
Mekong dan mempunyai cawangan di Langkasuka dan Kedah pada ketika itu.

Secara kronologi, kerajaan Funan ini telah ditawan oleh kerajaan Sriwijaya dan
sejurus itu lahir Kerajaan Hindu Majapahit dalam tahun 1292 dan kemudiannya
digantikan dengan Kerajaan Melaka bawah pimpinan Parameswara. Empat kuasa
besar yang terdiri dari Funan, Sriwijaya, Majapahi dan Melaka dikatakan merangkumi
35
Kepulauan Melayu yang terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan
sebahagian dari Indo-China. Implikasi secara rasionalnya, budaya yang dikembangkan
ke atas wilayah dan penempatan dalam kepulauan tersebut didapati mempunyai ciri
dan identiti seakan-akan serupa terutamanya dari segi seni persembahan yang menjadi
usul utama kajian ini.

Perkembangan seni persembahan di Tanah Melayu pada dasarnya adalah


mengamalkan kepercayaan animisme dan hindu. Ianya jelas dilihat melalui mantera-
mantera yang digunakan dalam sesuatu persembahan serta kebanyakannya
mengisahkan epik Ramayana dan Mahabrata seperti dalam Wayang Kulit. Namun
setelah kedatangan Islam, beberapa unsur Islamiyyah telah mula diserap masuk.
Persembahan dalam konteks Islam dikatakan telah mula memberi satu scenario baharu
apabila unsur-unsur persembahan adalah berasaskan kepada Al-Quran dan sunnah.
Perkara ini telah menampakkan perkara-perkara seperti mantera dan jampi-jampi yang
digunakan telah diselitkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Pengaruh Islam di Tanah
Melayu memungkinkan kedatangan masyarakat asing seperti Indonesia, Jawa,
Minangkabau, yang turut membawa kepelbagaian dalam seni dan persembahan
terutama dalam bidang teater seperti wayang kulit, wayang purwa, tarian-tarian
tertentu, dan KK.

3.1 Deskripsi dan Konseptual Kuda Kepang

Persembahan kuda kepang dalam aspek sebenar kajian ini akan dilihat dalam
konteks tari dan masyarakat. Umumnya, persembahan kuda kepang terdiri dari dua
kategori asas sama ada dalam bentuk permainan yang melibatkan unsur-unsur ritual
dan trance manakala yang kategori berikutnya adalah berbentuk dramatari yang
dikatakan tidak melibatkan mabuk8 seperti dalam kategori sebelum tadi. Perkara ini
akan dibincangkan menerusi topik kewajaran hukum terhadap kedua-dua kategori
tersebut. KK dikatakan sebagai sebuah tarian pahlawan yang jelas kelihatan pengaruh
Jawa dan Islam. Falsafah dalam tarian ini dapat memperjelaskan kandungan Islam

8
Mabuk dalam pemerihalan kajian ini adalah berdasarkan keadaan pemain atau penari kuda kepang yang
berada dalam keadaan tidak sedar. Pemain yang dikatakan mabuk tersebut boleh melakukan pelbagai
aktiviti luar biasa di luar kawalan seperti makan kaca, mengupas kelapa dengan gigi atau memanjat tiang
lampu jalan yang tinggi.
36
melalui cerita-cerita penyebaran Islam oleh Wali Songo bahkan elemen serta
perseptual seperti pakaian, props dan mantera memberi gambaran terhadap pengaruh
jawa dalam persembahan ini.

KK biasanya dapat dilihat di kampung sekitar negeri Johor terutamanya di Batu


Pahat, Muar dan Pontian secara khususnya dengan berdasarkan kajian ini.
Kebiasaanya ia ditarikan oleh sekelompok masyarakat Jawa. Pak Suraji menyatakan
tarian kuda kepang ini berasal dari Jawa. (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1989: hal 117).
KK dikatakan sebagai salah satu persembahan tari rakyat (folk dance) yang
menggunakan kuda hasil buatan daripada buluh dan ditarikan bersama unsur-unsur
kuasa mistik. (Tejo Bagus Sumaryo, 2010: hal 2). Perkara ini diperkukuhkan lagi
dengan pernyataan bahawa KK merupakan tarian paling lama, yang telah menetap di
Kepulauan Jawa. Persembahan ini akan bermula dengan sesuatu yang menjadi
kebiasaan dalam persembahan berbentuk ritual, dan klimaksnya adalah
memperlihatkan keadaan mabuk (unconscionuness mind) dalam kalangan penari.

Perkara ini menjadi kebiasaan apabila memperlihatkan di Indonesia, amalan


bermain KK adalah perlu dan dianggap sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan
mereka. Hal ini diperjelaskan oleh Tejo Bagus Sumaryo (2010: hal 1), dengan
menyatakan ciri-ciri dalam tarian ini adalah sama bagi setiap permainan KK yang
diadakan oleh kepelbagaian agama dan etnik di Indonesia. Melihat pada kepelbagaian
konseptual KK di Indonesia, terdapat pelbagai konsep serta nama tersendiri KK ini di
Indonesia dengan mengikut bahagian atau sub etnik tertentu walaupun dalam aspek
yang, sama ciri-ciri tarian adalah tidak berubah. Perkara ini disebabkan oleh dialek
bahasa yang berbeza dan adaptasi dari kebudayaan masyarakat setempat.

Di Kepulauan Timur Jawa, kuda kepang ini disebut sebagai Jaranan yang
berasal dari perkataan Jaran. Jaran itu bermaksud kuda dan menurut pendapat
menyatakan tambahan –an itu bermaksud satu tindakan yang diperjelaskan dalam
konteks ini sebagai satu tindakan tarian. Perkataan ini kebiasaanya menjadi perbualan
biasa dalam dialek jawa sebagai contoh lain parean dimana pare bermaksud mengada-
ngada dan –an itu menggambarkan satu tindakan yang mengada-ngada. Tindakan
tarian Jaranan ini lebih kepada pergerakan yang seakan-akan kuda dan props yang
digunakan dalam tarian ialah KK.
37
Di Kepulauan Barat Jawa pula, KK ini digelar sebagai Kuda Rotan. Konsep ini
kebiasaanya digunakan oleh sesetengah masyarakat Sunda di Bandar Sumedang,
Kepulauan Barat Jawa, dengan menyatakan ‘Kuda Rotan” tersebut adalah membawa
maksud patung-patung seakan-akan kuda yang diperbuat daripada rotan. Pergerakan
tari dan muzik yang mengiringi persembahan tari Kuda Rotan ini memberi sedikit
perbezaan kepada persembahan KK di Malaysia kerana persembahan tersebut lebih
kepada pengekalan dan identiti budaya masyarakat Sunda. (Jakob Sumardjo, 2006: hal
141-142).

Persempadanan antara Kepulauan Barat Jawa dan Kepulauan Tengah (Central


Java) seperti di bandar Banyumas, Purwokerto, Purbalingga dan Banjarnegara
menggelarkan KK sebagai Ebeg atau Ebegan. Persembahan Ebeg atau Ebegan ini
mempunyai ciri-ciri yang sama dalam persembahan kuda kepang, namun demikian
perbezaannya hanyalah dapat dilihat dari sudut permainan muzik yang mengiringi
persembahan ini, iaitu iringan muzik yang menggunakan set gamelan dan lagu
Banyumasan iaitu sebuah lagu yang diambil nama dari sebuah bandar di Jawa dan
lebih dikenali dengan ‘gagrak Banyumasan’ dalam nyanyian gamelan Jawa.
Di Jawa Tengah pula, KK dipanggil sebagai Jatilan. Ungkapan Jatilan ini
berdasarkan kepada perkataan jatil atau njathil yang membawa maksud tarian yang
hanya menggunakan kaki sebagai pergerakan utama. Dengan demikian ciri utama
dalam Jatilan ini adalah pergerakan tarian yang menggunakan hentakan kaki dalam
tarian.

3.2 Teori Dan Fenomena Kelahiran KK

Terdapat beberapa teori dan fenomena kedatangan KK di Malaysia. Dinyatakan juga


secara khusus bahawa adanya beberapa teori iaitu:

(i) KK berasal dari Tanah Arab dan Parsi,


(ii) KK berasal dari Tanah Jawa
(iii) KK dikaitkan dengan fenomena dan kejadian tertentu. (Mohd Kipli Abdul
Rahman, 2009, hal: 4)
38
3.2.1 Tarian Kuda Kepang berasal dari Tanah Arab

Lagenda yang memerihalkan mengenai teori kedatangan ini menyatakan tarian


KK berasal dari Negara Arab. Perhubungan Jawa dan Negara Arab dikatakan telah
berkembang seiring dengan perkembangan perhubungan Tanah Melayu dan negara
timur ini. Lagenda ini lahir apabila mendapat perihal dengan mengemukakan
sekumpulan Jawa yang dikatakan pelaut-pelaut Jawa yang yang belayar dan melawat
Negara Timur Tengah. Kumpulan Jawa ini menyaksikan bagaimana askar-askar
Saidina Ali tiba-tiba sahaja ‘naik sheikh’ sehingga lupa diri sebelum peperangan
dimulakan. Dengan keadaan yang dikatakan sebagai “naik sheikh” ini mereka dengan
mudah menawan musuh. Sheikh merupakan satu suku kata gelaran bagi kebanyakan
pembesar-pembesar Arab. Menurut Mohd Kipli Abdul Rahman (2009: hal 8) naik sheikh
ini dimaksudkan sebagai ‘mendapatkan semangat keberanian atau kekuatan’. Askar-
askar ini berhadapan dengan musuh-musuh mereka dengan diiringi alat bunyian yang
diperbuat daripada buluh. Bunyi-bunyian tersebut dikatakan sebagai satu kod
pendorong yang boleh mempengaruhi minda dan kelakuan askar-askar tersebut.

Askar-askar ini kemudiannya akan dipulihkan setelah selesai peperangan.


Beberapa persoalan timbul dan lahir dalam pemikiran kumpulan Jawa tersebut apabila
berlaku senario ini. Kumpulan Jawa ini terus meneliti dan membawa balik tarian ini
pada abad ke 13 Masihi untuk diperkenalkan kepada masyarakat Tanah Jawa. Orang
Jawa tersebut dikatakan terus menuntut ilmu dan bertapa di Tanah Jawa sejurus itu
menghilangkan diri. Diperihalkan juga sebelum beliau menghilangkan diri, beliau telah
menubuhkan pasukan tari Kuda Kepang yang dipanggil sebagai Djaran Kepang. Tanah
Jawa pada ketika itu tidak memelihara kuda dan mereka menggunakan patung-patung
yang dianyam seperti kuda melalui buluh dan dinamakan Nini Cawong. (Mohd Kipli Abd
Rahman, 2009: hal 8). Persembahan dan budaya ini telah dibawa masuk ketika
permulaan era perdangangan antara Tanah Jawa dan Tanah Melayu. Tarian tersebut
mula berkembang di Kepulauan melayu. Terdapat dua jenis tarian yang biasa
dipersembahkan oleh kumpulan Djaran Kepang ini yang juga turut berkembang di
Tanah Melayu. Antaranya adalah:

39
a) Tarian Menggembur : tarian sempena tentera Saidina Abu Bakar memerangi
orang-orang murtad dan
b) Tarian Serang Balas: sempena orang Mukmin terhadap orang Musyrikin.9

3.2.2. Kuda Kepang berasal dari Tanah Jawa

Teori kedatangan yang mengisahkan tarian ini datang dari Tanah Jawa dikaitkan
dengan sebuah kisah penyebaran ajaran Islam yang mula bertapak di kawasan
berkenaan. Pada abad ke-14 Masihi dikatakan penyebaran agama Islam dilakukan
dengan menggunakan tarian KK. Dalam aspek ini, tarian kuda kepang dinyatakan
sebagai satu struktur fungsional yang membolehkan ajaran Islam diterangkan kepada
khalayak masyarakat. Dalam dekat tersebut, peranan Wali Songo menjadi satu initasi
utama penggerak dan penyebar ajaran Islam di Tanah Jawa. Senario ini
memungkinkan penyebaran ajaran ini dilakukan dengan menaiki kuda sebagai
pengangkutan utama kerana perjalanannya adalah penuh rintangan ke pelusuk
kawasan yang jauh dan sukar.

Kebanyakan masyarakat di kawasan pedalaman masih tidak dapat menerima


ajaran ini kerana mereka masih bersifat animismetism10 yang kukuh dalam diri setiap
individu. Sambutan terhadap penyebaran ini adalah kurang namun demikian golongan
Wali Songo ini mempunyai metod yang menarik perhatian apabila mereka
mengaplikasikan tarian kuda kepang sebagai satu medium menarik minat masyarakat
setempat pada ketika itu. Melalui tarian ini, masyarakat berhimpun bagi
menyaksikannya dan dalam masa yang sama Wali Songo akan menyampaikan Agama
Islam. Tarian ini terus diserap masuk dalam identiti dan budaya masayarakat tempatan.
Kumpulan Sembilan wali ini terdiri daripada Suna Ngampol, Makdum Ibrahim, Masih
Muant, Radin Paku, Sunan Kali Djaga, Sunan Kudus, Sunan Muriya, Sunan Gunung
Jati dan Malik Ibrahim. (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995: hal 117). Wali Songo atau
wali yang terdiri daripada Sembilan orang ini mungkin menjadi adaptasi kepada bentuk
tarian KK yang menggunakan Sembilan penari kesemuanya.
9
Berdasarkan Manual Persembahan Kuda Kepang, Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang di Universiti
Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, Malaysia pada 20 Oktober 2010.
10
Animismetism merupakan suku kata dari perkataan ‘animisme’ dan ‘isme’ yang boleh diperihalkan
sebagai ideologi yang terus berada dalam pemikiran masyarakat ketika itu. Kepercayaan ini sukar
dilupuskan dalam kehidupan setiap individu.
40
Selain daripada pengukuhan rujukan berikut, teori menyatakan KK ini berasal
dari Indonesia turut dinyatakan oleh Wak Sanub yang merupakan pengasas KK di
Kampung Seri Bunian. Beliau telah menyatakan dengan khusus bahawa KK ini
datangnya dari Indonesia yang dibawa dan diperbaharui strukturnya di Tanah Melayu
ketika itu. Pembaharuan ini dikatakan melihat kepada gerak ragam tari, pola rantai
serta muziknya yang turut diubah sedikit mengikut kreativiti sesebuah kumpulan KK.

Kuda kepang dikatakan berasal dari Indonesia, kesan dari perpindahan


penduduk Indonesia ke Tanah Melayu terutamanya penempatan sebahagian
Johor seperti di Kampung ini. (Kampung Seri Bunian )11

Dalam konteks pensejarahan asal usul kuda kepang ke Tanah Melayu, teori
yang menyatakan kuda kepang berasal dari Indonesia jelas diperlihat melalui
persamaanya terhadap dalam kriteria-kriteria permainan kuda kepang yang berada di
Tanah Melayu dan di Indonesia. Antara aspek-aspek persamaan yang dilihat adalah
melalui props, muzik yang dimainkan, kaedah serta syarat dalam permainan. Antara
faktor penyebab kemasukan pengaruh kuda kepang ini di Tanah Melayu terutamanya di
negeri Johor adalah kerana penyebaran agama Islam. Pengaruh Islam dan
penyebarannya dibawa oleh kebanyakan masyarakat yang berdagang dari Indonesia
ke Tanah Melayu pada ketika itu sehingga mereka turut membawa adat dan tradisi
permainan kuda kepang di Tanah Melayu sebagai satu initasi dalam kes penyebaran
agama Islam.

3.2.3 Kuda Kepang dan Kaitan Fenomena Tertentu.

Kaitan fenomena tertentu ini dirujuk sebagai satu cerita, lagenda mahupun
mitos yang memerihalkan kedatangan serta pengaruh kuda kepang. Mitos yang
dinyatakan adalah melalui penceritaan mengenai patung kuda yang turut digelar
sebagai kuda Samberani. (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995. hal 119). Melalui mitos
tersebut, kuda yang dipercayai wujud tersebut menjelmakan diri beliau sebagai Puteri
Sayang Wenang. Namun demikiannya ada sesetengah pendapat pula menceritakan

11
Hasil Temubual bersama Wak Sanub, di Kampung Seri Bunian, Pontian, Johor.
41
kuda Samberani ini dikatakan sebagai kuda yang mempunyai kuasa sakti yang dimiliki
oleh Puteri Sayang Wenang yang sentiasa bermeditasi serta turut dikatakan bersemadi
dan terus hilang bersama kuda Samberani tersebut. Penceritaan mitos ini terus menjadi
tanda tanya. Namun demikian, ada juga sesetengah pendapat kehilangan lagenda
Puteri Sayang Wenang tersebut adalah merujuk kepada kepercayaan animisme
masyarakat pada ketika itu.

Kedatangan Islam merubah serta memperkenalkan teori yang baharu, iaitu


melalui gambaran kuda tersebut sebagai satu simbol kehebatan angkatan perang
Saidina Ali. (Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995, hlm 118). Berdasarkan penceritaan
lagenda ini, Saidina Ali telah berjumpa dengan perempuan tua yang kelihatan tengah
berduka kerana telah tertumpah minyak ke atas pasir pada ketika itu. Saidina Ali telah
membantu untuk mendapatkan semula minyak yang telah tumpah tersebut dengan
mengambil tanah untuk menapis pasir dan minyak. Tindakan Saidina Ali ini dikatakan
memberi kesan kemurkaan bumi terhadap beliau dan sejurus tersebut bumi dikatakan
tidak mahu menerima mayat Saidina Ali apabila beliau meninggal dunia kelak.

Sejurus itu, diceritakan setelah kemangkatan Saidina Ali, pengikut-pengikut


beliau tidak boleh mengebumikan jenazah beliau kerana telah menjadi sekeras batu
apabila ingin mengebumikan beliau. Mitos ini kemudiannya dinyatakan pengakhirannya
dengan kemunculan Puteri Sayang Wenang menunggang kuda Saidina Ali dan
kemudiannya merampas jenazah Saidina Ali lalu terus ghaib dan menjadi satu
pertanyaan yang terus tidak terungkai.

3.3 Latar Sosiobudaya Kajian.

Johor terkenal dengan permainan KK yang telah mula berkembang sejak kurun yang
lama. Dalam perkembangan permainan tersebut ke Tanah Melayu, Johor secara
amnya, telah pun diperlihatkan fenomena kelahirannya melalui pelbagai persepsi
seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Salah satu kawasan yang terkenal dengan
permainan KK ini adalah di Kampung Sri Bunian. Latar sosiobudaya masyarakat
kampung ini turut memperlihatkan kesan terhadap budaya masyarakat setempat. Hal
ini dapat dilihat secara jelas melalui budaya ‘berkumpul’ atau ‘berkunjung’ untuk
42
bersama-sama menyaksikan persembahan tersebut sudah pasti memberi penuh estetik
terhadap perhubungan antara individu.

Kampung Sri Bunian, merupakan sebuah penempatan masyarakat. Menurut


penelitian dari beberapa sumber bacaan, Kampung Seri Bunian dibuka pada tahun
1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan dikatakan beliau berasal dari Indonesia. Pada
ketika itu, nama asal bagi kampung ini adalah Kampung Sungai Bunyi Hulu dan ianya
diterbitkan hasil daripada nama sebatang anak sungai yang merentasi kampung ini.
Kampung ini terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian.
Keadaan kampung semakin berkembang dengan pelbagai perkhidmatan dan fungsi
masyarakat kerana jaraknya yang tidak jauh dengan Bandar Pontian dan Bandaraya
Johor Bahru masing masing mengambil jarak lapan kilometer dan lima puluh empat
kilometer.

Menurut sejarah, kampung ini dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan
keluarganya sehinggalah penubuhan dan institusi kampung ini dikembangkan mengikut
generasi dan turun temurun keluarga beliau seperti Tuan Haji Othman, Tuan Haji
Md.Yakin, dan Tuan Haji Markom. Terdapat beberapa teori dikatakan berlaku
perubahan terhadap nama kampung ini daripada Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada
Kampung Seri Bunian. Pertamanya, dikatakan pada tahun 1958, sebuah filem arahan
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee yang berjudul ‘Sumpah Orang Minyak” sedang
hangat menjadi tayangan dan lagu “Puteri Bunian” yang sering berkumandang di radio
pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan nama kampung ini
ditukar. Pendapat kedua, diperkukuhkan lagi dengan kejadian aneh yang sering berlaku
di kampung ini pada ketika itu dengan kedengaran bunyi-bunyi aneh yang pelik dan
misteri malah ada dikatakan sesetengah penduduk kampung dikatakan pernah
terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil “orang Bunian” terutamanya
semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian.

Diperlihatkan dari sudut sosio-ekonomi penduduk kampung, kebanyakannya


adalah terdiri daripada petani, penoreh getah, pekerja kilang, kakitangan kerajaan,
berniaga dan turut ada yang bekerja sendiri. Diperlihatkan dari sudut budaya pula,
penduduk kampung bersama-sama menubuhkan pelbagai kelab dan kumpulan
penggiat seni seperti Kumpulan Yassin Lelaki dan Wanita, Persatuan Belia, Kumpulan
43
Kebudayaan seperti Kuda Kepang, Kompang, Silat Seri Semarang, dan Zapin Seri
Bunian. Kumpulan Kuda Kepang Seri Bunian mendapat perhatian masyarakat dan
pengiktirafan dari Yayasan Warisan Johor. Kumpulan ini banyak menerima undangan
dalam majlis-majlis tertentu dan pernah mengadakan persembahan di Dewan Kilat Alor
Setar, Kedah sempena satu majlis perkahwinan. Dengan berasaskan kepada struktur
sosio-ekonomi masyarakat kampung ini, maka dapat dilihat, para pemain kuda kepang
adalah dalam khalayak penduduk kampung yang bekerja sebagai petani dan penoreh
getah. Terdapat juga sebahagian daripada mereka bekerja sama ada dalam sektor
kerajaan mahupun bekerja sendiri.

Perkembangan permainan KK telah mula menapak di kampung ini pada tahun


1991 melalui pengasas utama iaitu Sanub Haji Sidek (Rujuk Lampiran Foto 1) yang
lebih dikenali oleh penduduk setempat sebagai Wak Sanub. Kumpulan KK ini dikenali
sebagai Kumpulan Kuda Kepang Sri Bunian dan permulaannya terdiri daripada 60
orang ahli atau pemain. Ilmu dan pengetahuan KK ini diperolehi melalui ajaran oleh
seorang tok guru berasal dari Indonesia yang menetap di Segamat, Johor.
Pembelajaran ilmu berkaitan KK ini diterima oleh Wak Sanub sehingga boleh membuka
sebuah kumpulan tetap persembahan kuda kepang.

Semua pemain yang melibatkan diri dalam kumpulan ini adalah terdiri dari
penduduk setempat dalam lingkungan umur 19 sehingga 45 tahun. Pada permulaan
penubuhan kumpulan ini, dikatakan ianya terdiri daripada kumpulan usia yang lebih
berumur antara 30 hingga 45 tahun, namun masa kini pemainnya adalah lebih kepada
golongan anak-anak muda yang lebih muda antara 19 hingga 30 tahun. Wak Sanub
turut menyatakan pada awal penubuhan permainan ini, permainan terdiri daripada
lelaki dan perempuan. Dikatakan, pemain perempuan pada masa itu turut ada yang
mengalami “mabuk” dan ianya kelihatan tidak baik sehinggalah pemain wanita ini tidak
dibenarkan untuk mengikuti permainan kuda kepang.

Hasil temubual bersama dengan penduduk kampung, antaranya En Abdul


Rahman Hj Subari dan Pn. Rohayati Hj Sapri menyatakan permainan KK ini
menyebabkan ramai penduduk kampung berkumpul menyaksikan persembahan
tersebut setiap hujung minggu iaitu pada hari Ahad. Dikatakan permainan ini
mengambil masa dari jam 8.30 malam sehinggalah jam 1.00 pagi. Turut diperihalkan
44
terdapat beberapa faktor penyebab mengapa golongan pemain ini tertarik untuk
bermain KK. Antaranya dikatakan sebagai minat dalam permainan tersebut. Menurut
Wak Sanub, pada awal sebelum penubuhan beliau dan anaknya menyaksikan
permainan kuda kepang ini di Segamat dan timbul perasaan minat terhadap permainan
tersebut.

Wak Sanub telah berikhtiar untuk belajar ilmu permainan KK secara menyeluruh
dari membuat kuda sehinggalah mengetahu permainan alat-alat muzik. Dikatakan, Wak
Sanub dan rakan-rakannya belajar hanyalah melalui pemerhatian dan mengikut.
Dengan demikian, faktor seterusnya adalah bagi mempraktikkan ilmu dan hasi
pembelajaran Wak Sanub dalam ilmu permainan KK. Mereka turut menerima tempahan
undangan bagi membuat persembahan seperti perkahwinan serta majlis keramaian.
Bayaran yang dikenakan bagi mengadakan persembahan tersebut adalah dalam
lingkungan RM350 sehingga RM500.

Berbicara mengenai tokoh penggiat seni KK Seri Bunian, Wak Sanub


merupakan pengasas utama KK di Kampung Seri Bunian. Melalui pembelajaran ilmu di
Segamat bersama seorang tok guru dari Indonesia, beliau mengambil ikthiar menuntut
ilmu tersebut apabila anak sulong lelakinya teringin untuk bermain KK dan berhasrat
menubuhkan permainan tersebut. Kelima-lima anak Wak Sanub dan isteri beliau turut
terlibat secara langsung dalam permainan KK kumpulan tersebut. Anak sulong beliau
dikatakan mewarisi ilmu tersebut dan merupakan pemain gendang utama bagi
kumpulan KK Seri Bunian. Wak Sanub memberi keunikan dalam permainan KK Seri
Bunian dengan menambah Jido dan Gendang sebagai alat muzik berbeza dengan
permainan KK di Batu Pahat dan Muar. Pola dan gerak tari juga turut mengikut kreativiti
dan menurut Wak Sanub gerak-gerak tersebut sebenarnya boleh diubah-ubah
mengikut kreativiti dan penarik perhatian para penonton. Namun sekarang, Wak Sanub
tidak lagi menggiatkan diri lagi dalam permainan KK tersebut. Pengharaman Kuda
Kepang menjadi satu perkara utama, Namun, hasil temu bual beberapa aspek dikenal
pasti mengapa keluarga yang menjadi pengasas KK di Seri Bunian ini terus tidak mahu
melibatkan diri dalam permainan tersebut.

Permainan KK memerlukan disiplin yang tinggi. Permainan KK sejak dahulu lagi


ibarat seperti mempelajari ilmu silat, ada syarat, ada karenah dan peraturan tersendiri.
45
Namun demikian, setelah sekian lama, disiplin dan peraturan tersebut semakin tidak
dipatuhi. Hal ini mungkin disebabkan perbezaan umur pemain KK dahulu yang mana
antaranya adalah golongan berusia dengan para pemain sekarang yang majoritinya
dalam kalangan anak muda. Permainan kuda kepang yang asalnya ‘mabuk’ tersebut
diburukkan lagi dengan permainan KK yang mabuk dengan minuman alkohol seperti
arak ketika permainan dijalankan. Hal ini menyebabkan Wak Sanub mengambil
keputusan untuk keluar dan memohon agar ianya diberhentikan. Namun demikian,
permainan ini masih lagi dijalankan dengan berbekalkan arak dan bukannya mantera
dan jampi seperti asalnya. Ramai pihak yang memohon untuk Wak Sanub mengadakan
persembahan KK, namun demikian Wak Sanub masih tetap pemikirannya untuk tidak
mahu mengadakan permainan tersebut sehingga sekarang. Dinyatakan beliau turut
berasa hati atas sebab golongan muda dalam kumpulan tersbut yang meminggirkan
beliau serta tidak mahu mengambil berat dalam mengekalkan warisan seni tersebut.

3.4 Elemen-Elemen KK.

Dalam permainan lengkap KK, terdapat beberapa komponen yang menjadi pelengkap
dan menjadikan permainan tersebut berjaya. Elemen-elemen yang dinyatakan adalah
seperti berikut:

3.4.1 Gambuh

Gambuh merupakan komponen asas utama dalam sesebuah permainan KK.


Gambuh akan menjadi ketua utama yang mengawal keadaan serta tingkah laku
pemain KK. Dalam konteks kajian ini, pemain merupakan individu yang terlibat secara
langsung sekaligus menjadi penari dalam sesebuah persembahan KK. Kebiasaanya
gambuh akan mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan KK secara menyeluruh. 12 Ilmu
nya bukan hanya melibatkan ilmu-ilmu berkaitan dengan pengetahuan jampi dan
mantera tertentu bahkan, komponen-komponen lain dalam KK seperti permainan alat

12
Hasil Tembual bersama Wak Sanub di Kampung Seri Bunian, Johor.
46
muzik. Gambuh turut diajarkan jampi-jampi yang perlu untuk membunyikan pemecut
atau cambuk13. ( Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 15).

Dari segi peranannya pula, gambuh turut dikatakan menyediakan atau


menyiapkan kemenyan di sesuatu tempat persembahan. Beliau juga berperanan
sebagai pemimpin yang menjaga keselamatan semua pihak yang berada dalam
lingkungan permainan KK iaitu penari atau pemain dan para penonton yang
menyaksikan persembahan tersebut. Dengan demikian, dalam konteks ini gambuh
merupakan elemen asas yang menjadikan sesuatu persembahan KK itu lengkap.

3.4.2 Penari

Penari KK merupakan elemen seterusnya yang menjadi pelengkap kepada


persembahan KK. Penari ini akan menari dengan menggunakan props KK, dan menari
melalui ragam-ragam tertentu yang akan dibincangkan dalam bab selanjutnya. Wak
Sanub14 menyatakan konteks permainan pada ketika dahulu menyaksikan penarinya
yang agak ramai sehingga mencecah lebih dari lima belas orang, namun demikian
kebiasaanya penari berjumlah lapan orang dan ditambah dengan gambuh membentuk
anggota dalam permaian ini berjumlah genap iaitu sembilan orang. Seseorang penari
yang telah mahir dan berpengalaman dalam permainan KK akan diangkat menjadi
gambuh. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 16). Dalam konteks ini, dapat dilihat
bahawa gambuh mula mempelajari ilmu-ilmu berkaitan KK melalui pengalamanya
sebagai penari KK.

3.4.3 Pemain Muzik

Pemain muzik KK turut dikenali sebagai panjak. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009:hal
17). Pemain muzik merupakan komponen penarik dalam sesebuah permainan KK.
Muzik yang dimainkan di negara kita dalam permainan KK agak berbeza dengan muzik

13
Sejenis alat yang digunakan untuk mengawal sesuatu permainan KK. Cambuk akan dipukul bagi
memberi arahan kepada penari-penari menukarkan pola atau sesuatu ragam tari. Nama lain bagi cambuk
adalah cemeti.
14
Hasil Tembual bersama Wak Sanub di Kampung Seri Bunian, Johor.
47
permainan KK di Indonesia iaitu dari sudut rentaknya. Rentak muzik gamelan yang
dimainkan dalam permainan KK di Indonesia agak laju temponya berbanding di
Malaysia.

Terdapat beberapa alat muzik yang digunakan dalam permainan serta


persembahan KK. Antaranya adalah gamelan. Gamelan terdiri daripada beberapa
komponen alat muzik seperti gong, kenong dan bonang. Ia diperbuat daripada tembaga
dan bentuknya berbeza mengikut tahap nada dan bunyi tertentu. Muzik gamelan agak
seru sifatnya yang menjadi asas serta menaikkan lagi semangat penari serta pemain
yang sedang mabuk dalam proses permainan KK. Hal ini kerana, kadang-kadang
terdapat juga penari yang mengalami mabuk meminta pemuzik menambah irama
gamelan agar lebih seru15 sesuai dengan keinginannya.

Alat muzik lain adalah seperti angklung dan gendang. Lazimnya, setiap
kumpulan KK akan menggunakan lima buah angklung dalam sesuatu persembahan
atau permainan KK. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 23). Lima buah anklung ini
mempunyai nada bunyi yang berbeza antara satu dengan yang lain. Angklung
merupakan sejenis alat muzik dalam kategori idiofon 16 yang diperbuat daripada buluh.
Lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali
sebagai ‘ancak’. Permainan muzik ini tidak dipukul tetapi bunyi yang dikeluarkan
melalui getaran dan ia menghasilkan bunyi apabila kedua-dua bahagian alat muzik
berlaga.

3.4.4 Props Kuda Kepang

Props KK menjadi satu kewajipan dalam suatu persembahan KK yang lengkap. Props
KK lazimnya diperbuat daripada anyaman buluh. Anyaman buluh tersebut diukur dan
dibuat seakan-akan menyerupai kuda, dicat dan dihias dengan kreativiti pembuat KK.
Selain itu, ada juga props KK yang dibuat daripada belulang (kulit haiwan). Hal ini
kerana dikatakan KK yang diperbuat daripada anyaman buluh tidak begitu kukuh dan
15
Seru merujuk kepada muzik yang lebih sedap didengar mengikut kemahuan makhluk halus. (Mohd Kipli
Abdul Rahman, 2009: hal 17)
16
Merupakan salah satu kategori alat muzik yang dimainkan melalui penghasilan bunyi daripada getaran
alat muzik. Antara lain alat muzik dalam kategori ini adalah seperti gong atau lebih dikenali sebagai
“tetawak”.
48
mudah rosak kerana penari KK kebiasaanya akan bergerak secara agresif dalam
babak-babak permainan KK. Belulang itu turut digunting dan dihiasi seakan-akan
bentuk kuda dan dililit dengan menggunakan rotan sebagai pembentuk bingkai KK.

3.4.5 Kostum

Tidak terdapat syarat-syarat tertentu yang menerangkan secara khusus kostum


yang perlu dikenakan ke atas penari-penari KK. Namun, kebiasaanya, penari-penari Kk
akan menggunakan pakaian yang seragam dan ianya boleh mengambarkan sesebuah
kumpulan KK. Ada kumpulan yang mengenakan kostum seperti pakaian tradisi Jawa.
(Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009:hal 19). Terdapat juga kumpulan yang mengenakan
kostum dengan fesyen lain seperti berbaju lengan pendek, bersongkok, berseluar
pendek dan bersepatu.

Begitu juga, turut ada yang memakaikan kemeja-T mempunyai corak dan logo
kumpulan masing-masing. Ada juga kumpulan yang memakai pakaian seperti pahlawan
Melayu. Namun disini, apa yang menjadi kepentingan dalam kostum KK adalah
penggunaan selendang. Selendang berukuran besar dan panjang, dibahagikan dua
dan bahagian tengahnya diikat di pinggang. Penggunaan selendang ini kebiasaanya
digunakan oleh semua penari-penari KK, hal ini kerana ada beberapa ragam tari yang
perlu kepada penggunaan selendang dalam permainan atau tarian KK.

3.4.7 Sajen

Sajen merupakan suku kata dari penggunaan bahasa Jawa. Sajen merupakan sajian.
Dalam konteks permainan KK, sajen menjadi satu komponen yang penting sama ada
sebelum persembahan dan semasa persembahan Kk dilakukan. Sajen secara asasnya
dibuat dalam bentuk dua kategori iaitu, yang disediakan oleh tuan rumah, dan
seterusnya kedua sajen yang digunakan semasa persembahan sedang belangsung.
Sajen yang disediakan oleh tuan rumah adalah bertujuan untuk menjamu tetamu yang
49
datang menyaksikan permainan KK dan antara menu wajibnya adalah bubur putih dan
bubur merah. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 25)

Bagi sajen yang digunakan semasa persembahan KK pula, ia lebih kepada


penggunaan bunga seperti melati, kantil mawar kuning, merah dan putih. Sajen ini
digunakan apabila penari-penari berada dalam keadaan kesurupan. Lazimnya, penari-
penari yang tidak sedar tersebut akan meminta makanan-makanan dalam sajen
tersebut seperti bunga dan kaca. Antara lain kandungan atau item sajen yang
digunakan semasa persembahan KK dijalankan adalah:

1. Minyak wangi Cap Duyung


2. Bedak
3. Kaca
4. Kemenyan
5. Bunga-bungaan
6. Biji-bijian
7. Garam
8. Gula
9. Kelapa
10. Pemecut

(Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 25)

50
BAB EMPAT

KUDA KEPANG DARI PERSPEKTIF ISLAM

4.1 Pengaruh Islam Ke Tanah Melayu : Perspektif budaya.

Islam merupakan satu agama yang menjadi asas dalam membentuk ketamadunan
sesebuah bangsa dan negara. Lazimnya, ketamadunan yang lahir dalam konteks
perkembangan Islam dilihat menerusi perkembangan-perkembangan falsafah, ideologi
ekonomi seperti perihal riba dan sebagainya serta teori yang melibatkan kehidupan
bermasyarakat. Sejurus dengan perkara itu, maka Islam memberi implikasi yang besar
serta merangkumi kehidupan masyarakat dunia sehingga kini. Sebagaimana
perkembangan dan pengaruh ajaran agama ini, maka turut berkembanglah aspek-
aspek tertentu termasuk bidang kesenian dan kebudayaan.

Dalam melihat pengaruh Islam di Tanah Melayu, adalah perlu melihat sejarah
pengaruh-pengaruh budaya secara menyeluruh dari sudut dunia Melayu lama yang
meliputi Malaysia, Indonesia, sebahagian negeri Thai, Kampuchea dan Filipina.
Pengaruh dalam konteks dunia Melayu lama17 ini secara lazimnya terdapat banyak
persamaan dari segi kebudayaan misalnya di Indonesia turut terdapat permainan kuda
kepang yang kebiasaanya digelar sebagai Kuda Lumping dan jathilan, bahkan di
17
Melayu lama menjelaskan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang memberi kesan ke atas pembentukan
kebudayaan di Tanah Melayu. Antara kerajaan yang lahir adalah Srivijaya dan Majapahit.
51
Malaysia ia dikenali sebagai kuda kepang. Perkara ini diperkukuhkan lagi oleh Mohd
Ghouse Nasuruddin dalam Muzik Melayu Tradisi 1989 dengan menyatakan wujudnya
interaksi antara negara-negara Melayu lama tersebut, serta dari Timur Tengah, India
dan China yang banyak memberi kesan ke atas perkembangan budaya di Tanah
Melayu terutamanya muzik.
Secara tidak langsung, muzik yang berkembang di Tanah Melayu hasil daripada
pergerakan sosiobudaya turut memasukkan nilai-nilai Islam ke dalam permainan muzik
dan sekaligus turut diringi dengan tarian. Misalnya muzik ghazal yang dimainkan oleh
kebanyakan pedagang-pedagang dari timur tengah yang turut kebiasaanya diiringi oleh
tarian zapin. Antara lain pengaruh muzik-muzik berunsurkan agama ini adalah seperti
hadrah, zikir dan kuda kepang. Pandangan serta kandungan Islam yang menyelusuri
permainan KK dapat dilihat melalui kemasukan unsur-unsur Islam dalam jampi
serapah yang memasukkan ayat-ayat suci Al-Quran sebelum memulakan
persembahan.

Manusia bergerak secara aktif dalam kurun 3000 Sebelum Masihi. (Mohd
Ghouse Nasuruddin 1989: hal 1) Pergerakan ini dikatakan bermula dari benua Asia ke
kepulauan Pasifik yang asasnya membawa suku kaum pertama Melayu yang datang
ke tanah semenanjung Malaysia dan mereka ini digelar sebagai “Melayu-Proto”.
Golongan “Melayu Deutro” pula mengikut jejak kumpulan tersebut pada kurun 300
sebelum masihi dan kawasan penempatan utama mereka adalah di kawasan
pedalaman seperti kawasan pergunungan. Mohd Ghouse Nasuruddin (1989: hal 1).
Golongan ini dikatakan golongan yang mula meneroka kawasan-kawasan baharu bagi
mendapat kehidupan yang lebih baik.

Pergerakan manusia ini menjadikan kebanyakan penduduk sama ada di


kawasan Asia Tenggara, termasuk Indonesia dan Tanah Melayu adalah berasal dari
kedua-dua suku kaum ini iaitu Melayu-Proto dan Melayu-Deutro. Perkembangan
ketamadunan dalam konteks dua golongan masyarakat tersebut dapat dilihat dari segi
perkembangan kebudayaan. Mereka mula menghasilkan banyak bentuk permainan
dan ritual bagi memberi makna dalam kehidupan mereka. (Mohd Ghouse Nasuruddin,
1989: hal 1). Dengan berpaksikan kepada kepercayaan dan fahaman animisme,
mereka menghasilkan upacara serta istiadat berbentuk ritual dengan memuja
semangat-semangat alam seperti matahari, sungai dan hutan. Mereka percaya kepada
52
kepercayaan animisme kerana sumber alam di sekeliling penempatan mereka telah
banyak memberi kebahagiaan serta kehidupan yang lebih baik. Aspek-aspek ritual ini
masih jelas diperlihatkan sehingga sekarang terutamanya dalam permainan KK apabila
pawang18 menyeru semangat-semangat seperti nenek leluhur19 dan membekalkan
sajian atau sajen untuk si pemain dan penonton.

Proses dalam pembentukan kesenian dalam bentuk ritual ini turut mula
berkembang dengan kedatangan pedagang-pedagang dari India. Kedatangan
pedagang-pedagang ini tidak hanya berdagang semata-mata. Mereka turut
menyebarkan agama serta membawa masuk budaya Hindu ke Tanah Melayu.
Pengaruh Hindu amat jelas dalam komponen budaya masyarakat Melayu misalnya
dalam persembahan wayang kulit yang kebanyakannya menceritakan tentang epik
Ramayana dan Mahabrata. Bukan hanya permainan tersebut, budaya bersanding, alat-
alat muzik, juga merupakan hasil pengaruh kedatangan pedagang India.

Bermulanya penubuhan kerajaan Melaka, Islam mula bertapak secara dominan


di rantau Asia terutamanya Indonesia dan Tanah Melayu. Hal ini dibawa oleh
pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang disamping membawa masuk ajaran
Islam ke Tanah Melayu. Parameswara yang merupakan raja Melaka sejak penubuhan
kerajaan Melaka telah memeluk agama Islam sehingga kemudiannya memberi kesan
dan pengaruh ke atas kebanyakan rakyat jelata ketika itu untuk mengikut jejak beliau
memeluk agama Islam. Pengaruh serta kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah
memberi transformasi dalam unsur seni yang pada asalnya adalah berbentuk Hindu
dan animisme. Masyarakat Islam pada ketika itu misalnya, masih mengamalkan seni
teater yang berunsur Hindu tersebut namun dalam masa yang sama mereka telah
memasukkan ciri-ciri Islam. Perkara ini berlaku dalam permainan KK, apabila unsur-
unsur Islam masih turut dimasukkan melalui jampi serapah dalam upacara memulakan
persembahan, namun unsur-unsur animisme turut terkandung dalam ayat pertengahan
mantera yang memuja semangat-semangat serta roh-roh tertentu.

18
Gelaran bagi ketua permainan KK. Pawang kebiasaanya mempunyai ilmu dalam pemujaan yang tuurt
boleh menyembuhkan para penari dari keadaaan mabuk.
19
Konsep “nenek leluhur” membawa pengertian ‘nenek moyang’ atau pemujaan semangat roh-roh
moyang. Konsep dan terminologi ini dgunakan oleh Mohd Kipli Abdul Rahman (2009) hal 7, bagi
mengambarkan semangat-semangat yang hadir semasa permainan kuda kepang.
53
Kedatangan Islam telah membawa perubahan yang holistik dalam budaya
masyarakat negara kita. Perubahan ini memberi kesan positif terhadap dinamisnya
masyarakat serta peredaran zaman sekarang dalam membentuk ketamadunan
masyarakat yang lebih gemilang. Ketamadunan merupakan tahap perkembangan yang
tinggi dengan bercirikan bentuk negara dengan pentadbiran yang tersusun rapi,
perkembangan sains, teknologi, dan pendidikan, arkitektur yang membina monumen
dan bangunan besar serta aktiviti-aktivit kesenian. (Sidi Gazalba, 1988: hal 44).

Misalnya dalam ketamadunan Islam, tamadun membina bandar-bandar yang


membangun melalui seni bina bangunan-bangunan yang bersifat artistik. Warisan
ketamadunan tersebut bukan hanya dilihat dalam aspek kesenian secara khusus. Ada
juga perkembangan dalam bidang kebudayaan lain seperti politik dan ekonomi.
Misalnya, kita mengambil contoh sebagai budaya dalam ekonomi. Budaya perniagaan
melalui kaedah Islam diterima sebagai sistem ekonomi dari kebanyakan masyarakat
global ini. Budaya ekonomi yang mengguna pakai prinsip Islam menjadikan satu jurang
yang kecil antara miskin dan kaya dan tiadanya unsur penindasan serta riba dalam
konsep ekonomi tersebut.

Melalui ekonomi dengan prinsip inilah membawa masyarakat sebagai satu


komuniti yang berkembang ketamadunannya dan sekaligus membentuk masyarakat
yang lebih harmoni. Dalam konteks kebudayaan pula, kita mengambil contoh nilai-nilai
Islam yang terkandung dalam kebudayaan seperti zapin, permainan hadrah, dan zikir
dapat membentuk nilai serta sikap yang lebih baik terutamanya dalam pembentukan
rohani. Maka, melalui pembentukan rohani dan jiwa yang lebih bersih tersebutlah akan
memangkin individu untuk bertindak secara produktif serta mengelak kepada tindakan
yang boleh memusnahkan diri, bangsa dan negara. Dengan demikian, rohani dan jiwa
yang terbentuk dengan menyeluruh melalui kebudayaan dari segi Islam ini akan
memberi kesan kepada perkembangan tindakan yang positif manusia, sekaligus
memberi kesan dalam perkembangan minda yang lebih optimis yang sejurusnya
membawa kepada ketamadunan bangsa dan negara.

Masyarakat merupakan satu struktur yang dinamis. Dinamiknya perubahan


masyarakat yang berdasarkan interaksi dan pengaruh faktor-faktor tertentu ini, turut
memberi implikasi kepada persepsi sesetengah masyarakat terhadap aset budaya
54
dalam negara. Perubahan persepsi masyarakat tersebut mungkin disebabkan oleh
arus perkembangan pendidikan global yang merubah pemikiran kebanyakan
masyarakat. Dilihat menerusi perspektif kajian ini, persepsi ke atas kebanyakan
persembahan jenis ritual telah banyak memberi gambaran yang kadang-kadang negatif
dan memberi output kepada proses pengharaman sesuatu jenis persembahan tersebut.
Hal ini kerana, asasnya persembahan jenis ritual ini, adalah dikatakan sebagai sesuatu
asas yang bercanggah dengan akidah Islamiyyah. 20

4.2 Kesenian Melayu Dan Islam

Kesenian Melayu sebagai satu komponen kebudayaan yang memerihalkan gugusan


identiti bagi kaum Melayu. Kesenian Melayu yang dibentuk oleh tindakan masyarakat
Melayu akan membentuk personaliti serta gambaran tersendiri terhadap sifat serta
sikap komuniti masyarakat Melayu itu sendiri. Dalam konteks kebudayaan, kesenian
Melayu bukan hanya melibatkan masyarakat Tanah Melayu sehaja, namun ia meliputi
keseluruhan nusantara yang mana dari segi asasnya kebudayaan Melayu ini adalah
berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini yang meliputi kawasan di Asia
Tenggara, Kepulauan Selatan Pasifik, (Polynesia, Malanesia, dan Ocenia) sehingga ke
Madagascaer di sebelah barat. Perkara ini terus dijadikan sebagai satu landasan Dasar
Kebudayaan negara sehingga sekarang.

Kesenian Melayu turut dikatakan sebagai eksperesi idea-idea estetika


sesetengah individu dalam masyarakat Melayu sehingga lahirnya karya yang menjadi
adapatasi dalam pembentukan rasa yang indah dan agung. 21 Maka dengan itu,
kesenian Melayu merupakan satu kriteria dalam memperkenalkan budaya Melayu,
yang diciptakan sendiri oleh masyarakat Melayu sehingga menjadi satu tradisi dan
identiti Melayu. Karya Melayu dalam konteks seni ini memberi pelbagai makna serta
nilai bagi mentafsirkan serta menjawab permasalahan yang mereka hadapi. Apa yang
membezakan kesenian Melayu dengan kesenian budaya lain adalah latar belakang
sesuatu kelompok budaya tersebut. Latar belakang yang dinyatakan adalah meliputi
pengetahuan, kepercayaan dan norma kehidupan sesuatu kelompok budaya tersebut.
20
Hasil daripada perbincangan dan rumusan Fatwa Pengharaman Persembahan Kuda Kepang di
Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 20 Oktober 2010.
21
Diperolehi di http://melayuonline.com pada 24/02/2011
55
Misalnya kesenian Jawa, yang membezakan kedua-dua aspek kesenian ini adalah dari
segi kepercayaan dan norma kehidupan bagi kedua-dua komuniti ini.

Demikianlah lahir kesenian yang wujud dalam masyarakat Melayu. Kesenian


dalam konteks masyarakat Melayu dinyatakan terbahagi kepada dua iaitu seni rupa
dan seni persembahan. (Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon. 2002: hal 3).
Namun dalam perihal ini, aspek yang diteliti adalah menjurus kepada seni
persembahan. Kesenian bukanlah hanya sebagai garapan idea yang memberi kepada
keindahan namun ia juga bertindak sebagai penyebar maklumat dan nasihat. Misalnya
dalam kesenian pantun Melayu yang juga kebiasaanya turut dipersembahkan sekali
bersama Tarian Joget Melayu sekaligus memaparkan kesantunan, lemah lembut serta
nasihat melalui nyanyian pantun. Oleh demikian, secara lazimnya, ekspresi dan
estetika masyarakat Melayu ini digambarkan melalui seni tari, seni muzik, seni ukir,
teater dan permainan rakyat.

Melayu dan Islam mempunyai hubung kait secara khusus. Masyarakat sering
menggambarkan orang Melayu itu adalah dalam kalangan penganut agama Islam.
Secara asas, perkara ini turut dinyatakan dalam perlembagaan negara kita. Oleh
demikian, kesenian Melayu yang terbentuk secara dasarnya sudah pasti bertunjangkan
kepada ajaran Islam. Islam adalah suatu agama yang merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia. Ia bukan agama ibadat semata-mata dan tidak ada lain selain
dari itu, sehingga jasad langsung tidak mendapatkan haknya untuk tidak mendapatkan
haknya untuk rehat dan lain-lain. (Yusof Al Qardawi. 2001: hal 1) Dalam aspek ini
secara jelas, dapat dilihat Islam merupakan satu agama yang fleksibel dan tidak terikat
kepada sesuatu perkara semata-mata. Islam menerima konteks hiburan selagi ia tidak
bercanggah dengan hukum syarak.

Konteks seni dan budaya diperlihatkan sebagai satu komponen penting dalam
Islam. Melalui perbincangan penulisan oleh Sidi Gazalba, pada tahun (1997: hal 54-57)
dalam “Pandangan Islam Tentang Kesenian”, kebudayaan Islam dapat dirumuskan
sebagai berikut iaitu cara berfikir dan cara merasa taqwa, yang menyatakan diri dalam
seluruh dari segi kehidupan sekelompok manusia yang membentuk masyarakat dalam
suatu ruang dan suatu waktu. Ideologi ini dapat dirumuskan bahawa kebudayaan Islam
akan membentuk kerohanian manusia melalui pemikiran serta perasaan taqwa kepada
56
tuhan yang Esa. Kebudayaan dalam konteks Islam adalah menyeluruh, yang meliputi
segala bidang sama ada dari segi kesenian, persembahan, permainan dan ukiran.
Kesemuanya mempunyai nilai dan estetik tersendiri yang kebiasaanya
menggambarkan nilai-nilai Islam dalam setiap unsur kebudayaan tersebut. Sebagai
contoh, dalam persembahan zikir misalnya, perasaan dan nilai taqwa dibentuk melalui
bibit-bibit ungkapan kalimah dan kebesaran Allah yang secara falsafahnya membentuk
ketenangan jiwa, kebersihan rohani sekaligus menggambarkan rasa taqwa kepada
Allah s.w.t.

Takwa merupakan kehidupan yang dibentuk melalui akidah, ibadat dan ajaran
hakiki dari Al-Quran dan hadis. Takwa dengan kata lain adalah menjaga hubungan
dengan Allah. Oleh demikian, budaya dari sudut Islam perlulah dilihat sebagai satu
yang perlu diteliti dengan menurut nas-nas sahih dan syarak Islamiyyah. Kebudayaan
yang lahir di muka bumi ini hanyalah prinsip sahaja, perlaksanaan dan persepsi
terhadapnya adalah atas dasar permainan minda dan akal manusia.

Melihat dalam aspek seni pula, seni dalam Islam adalah berbeza dari sudut niat,
motif dan nilai estetik yang terkandung dalamnya. Sekiranya niat dan motif dalam
sesuatu kesenian itu bercanggah dengan syariat, akidah dan akhlak Islamiyyah secara
holistiknya ia menjadi haram. Perkara inilah yang menjadi dasar dalam perbincangan
dan penjelasan seterusnya terhadap kewajaran hukum dalam permainan KK. Seni
perlulah diniatkan ‘kerana Tuhan’ diperjelaskan melalui hadis Muslim, dalam Kitabul-
Iman yang membawa maksud “Sesungguhnya Allah itu maha indah. Dia suka kepada
keindahan.” (Sidi Gazalba, 1997 : hal 52)

Diperjelaskan dalam hadis ini Allah itu maha indah dan suka kepada perihal
keindahan. Seni dalam Islam semestinya dilihat dari aspek niat dan matlamat seni
tersebut. Kesenian ini secara khusus membentuk akhlak dan peribadi diri individu.
Seni itu merupakan salah satu asas yang terbentuk melalui persembahan, misalnya
persembahan dalam tarian KK yang akan terus dijadikan sebagai satu kesenian dan
membentuk pelbagai nilai serta falsafah identiti peribadi yang terkandung di dalamnya.
Sejurus itu persembahan adalah sebagai satu tindakan seperti diperjelaskan dalam
teori kipas Richard Schechner. (2003 : hal 10).

57
Tindakan tersebutlah yang menjadi garapan kepada identiti akhlak yang
dibentuk melalui persembahan. Oleh demikian, seni merupakan satu indikator yang
memberi hubungan langsung dengan peribadi dan akhlak manusia. Seni, akhlak dan
agama merupakan komponen yang saling bergantungan. Jika sebelum ini Sidi
Gazalaba (1997: hal 54-57) dalam penulisannya dalam “Pandangan Islam Tentang
Kesenian” mengemukakan tungku tiga sejarangan dalam mengaitkan antara seni,
akhlak dan Islam. Lebih spesifik dan jelas kebergantungannnya sekiranya hubungan
antara ketiga-tiga aspek ini dilihat secara orbit tiga bulatan tindihan seperti rajah 4.1.

Melalui pendekatan tungku tiga sejarangan, Sidi Gazalba (1997 hal 54-57),
menyatakan seni yang sebetulnya mengandungi moral tetapi tidak mengajar moral. Ini
bermaksud dalam pendekatan ini moral bukanlah dibentuk oleh kesenian, namun ia
dinyatakan dibentuk oleh tugas-tugas komponen lain seperti pembentukan etika.
Pendekatan ini juga tidak hanya melihat kesenian dalam konsep Islam, sekalipun karya
seni yang dibentuk melalui karya bukan Islam ada mengandungi moral, tetapi bukanlah
semua karya tersebut mempunyai nilai-nilai moral sejagat.

Berbeza pula dari sudut pandangan Islam, seni dan moral (akhlak) mempunyai
hubungan yang jitu. Apabila sesuatu seni itu dipaksikan kerana tuhan maka konsepnya
adalah menyuruh ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam perihal ini,
seni akan dibentuk melalui syariat agama dan sejurus itu kesenian itu perlulah
dijalankan melalui perihalan akhlak dan tindakan Islam. Karya seni Islam
mengkehendakkan nilai baik dalam hasil karya seni dan bukannya nilai buruk dijadikan
prioriti. Maka itulah, karya seni Islam perlu jauh dalam mengemukakan seni-seni
berbentuk haram, yang ada unsur dan nilai haram, serta keluar dari paksi agama Islam.
Oleh itu, seni yang melanggar syariat Islam sudah pasti akan menghancurkan
pembentukan seni sebenar yang boleh mengubah tindakan moral seseorang.

Maka yang demikian, akhlak dibentuk oleh kesenian Islam melalui rujukan-
rujukan Al-Quran dan hadis. Akhlah yang dibentuk oleh agama digambarkan melalui
tungku tiga sejarangan berikut:

Agama Islam
58
Akhlak Seni

Rajah 4.1 : Tungku Tiga Sejarangan oleh Sidi Gazalba, 1997.

Namun, demikian pantulan (refleksi) seni, akhlak dan agama ini tidak
mengambarkan keseluruhan hubungan yang jitu terhadap konsep Islam dan kesenian.
Hubungan yang jitu terhadap ketiga dominasi ini digambarkan secara jelas melalui
hubungan bertindih yang berkaitan antara satu dengan yang lain. Konsep pantulan
dalam tiga tungku sejarangan tersebut mengambarkan tiga komponen tersebut
berasingan dan mempunyai pembahagian fungsi dalam membentuk identiti seseorang
individu yang berbudaya.

Kesenian dan budaya merupakan satu sub dalam akhlak dan agama. Sub ini
secara jelas menggambarkan fungsi serta peranan seni budaya itu sebenarnya dalam
konteks agama adalah menjurus kepada perihalan kehidupan yan lebih sempurna.
Melalui seni dan budaya individu akan berasa tenang, gembira dan dapat membentuk
kerohanian yang lebih baik. Misalnya kesenian dalam melukis, budaya berkunjung, seni
silat, zikir dan sebagainya yang sekaligus membentuk identiti serta moral individu.
Akhlak dan moral seseorang dibentuk melalui kesenian yang berpaksikan kepada
agama.
Hal ini kerana setiap agama konsepnya menyeru kepada kebaikan, tiada agama
yang menggalakkan manusia untuk kemungkaran dan kejahatan, yang menyalah
gunakan agama tersebut adalah peribadi dan sikap jahil manusia itu sendiri. Secara
abstraknya, agama menjadi dasar utama yang menjadi tapak serta tiang akhlak yang
dibentuk melalui seni dan budaya. Agama menjadi asas dalam membentuk seni dan
budaya. Segala yang memerihalkan aspek-aspek berkaitan dengan seni dan budaya
perlulah diperjelaskan operasi, perlaksanaan, mahupun matlamatnya, mengikut hukum
syarak.
59
Umumnya, seni dan budaya akan terus membentuk akhlak dengan
berlandaskan hukum-hukum agama yang melingkupi semua aspek. Diperlihatkan
apabila unsur seni dan budaya itu adalah selaras dengan hukum agama, akhlak akan
turut menjadikan agama sebagai satu prioriti dengan melihat agama itu adalah suatu
yang luas serta menyeluruh. Oleh demikian, semestinya seni dan budaya itu turut
mempunyai nilai tersendiri yang boleh memberi kesan terhadap kelakuan, tindakan dan
peribadi individu atau lebih mudah ianya dinyatakan sebagai akhlak seseorang.
Dengan demikian, perlulah menilai serta mengkaji perbincangan bab pengharaman
dalam kesenian Melayu Kuda Kepang agar ia tidak akan terus memberi perasaan
dilema terhadap hukumnya apabila melihat konteks seni dan budayanya adalah perlu
berlandaskan hukum agama seperti termaktub secara khusus. Apabila ianya
bertentangan dengah akhlak dan syariat islam tuntasnya ia adalah haram dan perlulah
bertaubat sekiranya pernah menjadi individu yang telibat dalam segala aspek
permainan kuda kepang.

Jika kita merujuk dalam konteks kesenian Melayu yang membawa kepada
sentimen serta nilai positif melalui kajian falsafah, niat, kandungan serta estetikanya,
banyak berlaku isu serta masalah adalah apabila sesuatu seni dan budaya itu berada
diluar orbit agama dengan maksud lainnya bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara
ini lazim berlaku apabila niat kesenian tersebut bercanggah ‘kerana tuhan’ dan
kebiasaanya menyeru dan menduakan tuhan. Bukan itu sahaja, teori serta praktikal
sesuatu unsur seni itu juga boleh memberi kemudaratan kepada golongan pemain
misalnya, dalam persembahan KK ada yang mabuk sehingga bertindak di luar
kemampuan manusia seperti memakan kaca. Perkara itu sudah pasti bercanggah
dengan nas-nas dan hukum Islam.

Kesenian Melayu jelas mempamerkan nilai-nilai budaya yang menunjukkan


aspek-aspek kebudayaan Melayu sama ada dalam konteks berpakaian, gerak tari,
penceritaan mahu pun lakonan. Hal ini adalah berasaskan kepada pengaruh serta epik
dahulu kala seperti epik Ramayana dan Mahabrata yang secara ideologinya membawa
kepada implementasi nilai positif. Jika kita ambil contoh dalam permainan KK
berasaskan kepada pengaruh dan kedatangannya pada kurun abad ke 14, melalui teori
bahawa terdapatnya Wali Songo yang menggunakan tarian KK ini sebagai salah satu
60
kaedah dalam menyebarkan ajaran Islam. Pendapat ini menyatakan persembahan KK
digunakan untuk menyebarkan ajaran Islam kepada kebanyakan masyarakat kampung.

Peranan Wali Songo (wali Sembilan) adalah menyebarkan ajaran Islam kepada
masyarakat pada masa tersebut. Dalam menyebarkan Islam ini diceritakan kebanyakan
golongan kampung adalah jahil dan tidak mahu bahkan takut apabila golongan wali ini
datang untuk menyeru kebaikan. Atas sebab itu, kumpulan wali ini berhasrat mencipta
patung-patung kuda untuk ditarikan bersama bunyi-bunyian bagi menarik perhatian
masyarakat. Aspek ini menjelaskan, terdapatnya nilai pada dasar dan falsafah disebalik
permainan kuda kepang ini dalam membentuk akhlak manusia melalui penyebaran
Islam dengan kaedah permainan kuda kepang. Namun demikian, sejauh mana aplikasi
dan unsur nilai tersebut dilihat dalam masyarakat adalah bergantung kepada “nawaitu”
individu sendiri dalam kelompok masyarakat tersebut.

Dengan demikian, hasil perbincangan di atas, terbentuklah tiga tindihan bulatan


dalam satu orbit yang memperlihatkan hubungan seni, akhlak dan islam. Seni yang
menjadi asas pembentukan nilai serta akhlak berasaskan Islam dinyatakan sebagai
kesenian Islam. Dalam konteks yang lebih besar ia turut boleh dinyatakan sebagai
kebudayaan Islam. Kebudayaan Islam mengatur kehidupan masyarakat Islam sehari-
hari. (Sidi Gazalba, 1997: hal 55) Hal ini kita secara jelas ianya berkait dalam teori
Kipas yang dijelaskan oleh Schechner dengan menyatakan persembahan (kebudayaan
dan kesenian) adalah segala aspek-aspek berkaitan kehidupan seharian. Dalam
konteks Islam pula, tindakan ataupun cara hidup manusia pula seharusnya
berlandaskan kepada hukum agama yang mesti dituruti. Budaya Islam sebenarnya
budaya yang mudah dan merangkumi keadaan kehidupan manusia. Tiga tindihan
bulatan seperti yang diperjelaskan terhadap perhubungan jitu antara agama, akhlak
dan seni budaya digambarkan seperti rajah berikut:

61
Rajah 4.2 : Orbit Hubungan Seni, Akhlak Dan Islam

Sehubungan dengan demikian, secara aspek zahirnya, seni dan budaya itu
seharusnya berpegang kepada asas agama yang mana agama tersebut akan
membentuk peribadi akhlak individu tertentu. Dalam permainan KK, segala unsur yang
melibatkan kepada pertentangan agama dapat dilihat menerusi beberapa elemen
proses persembahan ini. Maka dengan demikian, satu perbincangan khusus sebagai
dasar melihat sejauh mana kewajaran seni dan budaya dalam konteks persembahan
KK ini dilihat dalam konteks masyarakat Islam. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan
berdasarkan hukum dan fatwa yang akan dihuraikan serta diperjelaskan dalam sub
topik berikutnya.

4.3 Fatwa Pengharaman Kuda Kepang.

Perbincangan mengenai sub topik ini adalah hasil rumusan khusus pengharaman
persembahan jenis Kuda Kepang yang telah difatwakan pada 22 Safar 1430
bersamaan 18 Februari 2009 oleh Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Johor. Sebelum
62
perbincangan yang lebih lanjut dalam memerihalkan asas dan kewajaran hukum dalam
persembahan tersebut, perlulah dijelaskan terlebih dahulu, persembahan kuda kepang
mewakili dua kategori asas yang terdiri daripada persembahan kuda kepang berbentuk
permainan kuda kepang dan persembahan dalam bentuk tarian biasa yang biasanya
dipersembahkan dengan tujuan pementasan, pelancongan, mahupun majlis keramaian
dan pertandingan. Asas kategori ini diperkukuhkan melalui huraian fatwa pengharaman
KK yang menjelaskan permainan KK dibahagiakan kepada dua jenis permainan iaitu (i)
permainan KK yang berbentuk dramatari dan (ii) permainan gelanggang.

4.3.1 Permainan Kuda Kepang.

KK dalam konteks permainan adalah berbeza dari persembahan biasa KK. Permainan
KK mempunyai beberapa kriteria yang menjadikannya dianggap sebagai satu asas
permanan. Antara syarat yang perlu ada adalah melibatkan penyeruah roh isem atau
makhluk halus untuk sama bermain. Permainan KK melibatkan unsur mabuk dan
bertindak secara separuh sedar. Terdapat beberapa aspek yang menjadikan ianya
haram dalam konteks Islam iaitu:

4.3.1 (a) Mantera Kuda Kepang dan Percanggahan Akidah Islamiyyah.

(i) Unsur Syirik Melalui Mantera Kuda Kepang.

Percanggahan akidah Islamiyyah yang terkandung dalam permainan KK jelas


diperhatikan melalui perkenan terhadap unsur syirik yang dilakukan melalui jampi
mantera dengan memohon pertolongan daripada jin dan syaitan. Asas ini menjadi
keutamaan terhadap ketidakwajaran persembahan jenis ritual ini dalam masyarakat
Islam di negara ini. Menurut Ustaz Suhaimi Rebu, wakil Mufti Negeri Johor dalam
Kolokium Kuda Kepang Kebangsaan 2010 ada menyatakan:

“Ketidakwajaran dalam penggunaan jampi dan mantera dalam persembahan ini


adalah kerana ianya menjurus kepada gejala syirik. Hal ini kerana kandungan
asas mantera tersebut, walaupun permulaan dan penghujung kebanyakan
jampi dan mantera dalam persembahan ini ada kaitan terhadap kalimah “Allah
s.w.t” namun demikian kandungan mantera secara jelas melihat kepada
63
sembah dan seru kepada makhluk lain, secara tidak langsung ia adalah dalam
konteks menduakan Allah s.w.t.” 22

Kebanyakan mantera dan jampi yang digunakan dalam persembahan kuda


kepang mabuk secara jelas menunjukkan penggunaan kalimah Allah dan menjunjung
kebesaran-Nya hanyalah dapat dilihat pada permulaan dan penghujung mantera. Jika
kita dapat lihat antara mantera yang dituturkan semasa upacara buka gelanggang
melalui penulisan Mohd Kipli Rahman pada tahun 2009 iaitu:

Assalammualaikum, ya Nini Dhanyang, Kiki Dhanyang, seng manggoni


kawasan iki, aku jalok sawap pandangane yo, yo Allah, ya Allah, aku dikongkon
bukak gelanggan iki, biso podo selamat kabeh, wong seng main Jaran
Semberani iki, kabeh sak enengi, yo yo ya Allah, ya Allah.

(Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009 hal 28)


Ertinya:
Assalammualaikum, ya Nini Dhanyang, Kiki Dhanyang, yang tinggal di
kawasan ini, aku minta nasihat ya, ya ya Allah, ya Allah saya minta untuk
membuka gelanggang ini agar semuanya selamat, orang yang main
Jaran Semberani (kuda kepang) ini, semua seadanya ya, ya, ya Allah,
ya Allah.

Antara lain yang dapat dilihat unsur-unsur agama yang diselitkan bersama dalam jampi
dan mantera yang digunakan bagi kebanyakan permulaan permainan KK adalah
seperti berikut:

“Bismillahi-Rahman-nir Rahim, Bulkukus Halimun jati abang lampir tanpo


relengan sumia Maha Suci, Maha Agung dipermohonkan rezeki nana kadim,
weten, lor, ngidol, ngisor, duwor. Nu anggan pendatangkan tetap getap raharih
tibo kaji daninh larang. Berkat doa, lailaha-illallah. Bismillahi-Rahman-nir Rahim
Sunmatak najku pendayangkan sengoro ratuni Bumi kang pembawo reso balih
rumah aku. Berkat doa, lailaha-illallah.”

(Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995 hal 120)

Merujuk pada mantera tersebut, pawang dikatakan menggambarkan atau


mewakili Wali Songo, untuk menyeru roh-roh di bumi ini untuk menjaga keselamatan
22
Pembentangan Fatwa Pengharaman Kuda Kepang oleh Ustaz Suhaimi Rebu, wakil mufti Johor dalam
Kolokium Kebangsaan Kuda Kepang, Universiti Sains Malaysia pada 20 Oktober 2010.
64
penari serta penonton semasa persembahan sedang dijalankan. (Mohd Ghouse
Nasarruddin, 1995: hal 120). Dalam hal seterusnya, pawang akan terus memohon
kepada roh bumi untuk tidak berhasad dendam serta melakukan perkara-perkara yang
tidak diingini melalui bacaan mantera berikut:

“Bismilahi-Rahman-nir-Rahim.

Kerusi belakangku, mutu jail dipangku, kadimu kananku, kau juga nasirnya
empat. Jangan merosak, jangan membinasa ahli kumpulan aku,. Kalau
merosak membinasa ahli kumpulan aku kena bendumi Allah.

Berkat doa Lailaha-illallah”

(Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995 hal 120)

Unsur syirik yang diperjelaskan melalui wakil mufti Johor dalam kolokium ini
secara jelas tidak bertindih dengan apa yang diperhatikan secara kontekstual dan
operasi dalam permainan KK. Buka gelanggang dalam permainan ini secara
praktikalnya menyeru kebesaran Allah melalui kalimah-kalimah kebesaran Allah pada
permulaan mantera, namun apa yang diperhatikan kandungan asas dalam jampi
tersebut masih menyeru pihak kedua untuk bersama berada dalam situasi gelanggang
23
permainan tertera dalam rangkap pertama jampi seperti “…ya Nini Dhanyang , Kiki
Dhanyang yang tinggal di kawasan ini…”.

Dalam konteks ini, secara menyeluruh apa yang menjadi kontradiksi terhadap
halal dan haram hukum permainan KK dapat dilihat melalui kandungan syirik dalam
melakukan jampi mantera dengan memohon pertolongan daripada jin dan syaitan.
Dalam masa yang sama juga berlaku perbuatan menurun atau dalam bahasa Arab

(tonasuh arwah) . ‫تناسخ الرأواح‬ Konteks “menurun” ini dimaksudkan dengan satu
keadaan seseorang itu dirasuk oleh jin yang dipanggil atau diseru. Hal ini
menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun serta melingkupi
kuasaan perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Hal ini secara
jelas amat bertentangan dengan firman Allah swt dalam surah Yunus ayat 106:

23
Dhanyang merupakan ketua penari. Istilah ini digunakan bersempena nama makhluk halus yang
menguasai ruang persembahan tersebut yang turut dikenali juga dengan nama dhanyang.
65
‫ذ‬
َ ‫ضرر ‌َك فَمإنِ فََعلل‬
ََ‫ت فَإ منظَك إمذذاً۬ ممن ٱلظظــلممميِن‬ ‫َل تَلد ض‬
‫ع ممن ضدومنِ ٱظلم َماَ َل َينَفَضعَك َوَل يَ ض‬

(Surah Yunus : 106)

Maksudnya: Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja


yang lain dari Allah, yang tidak mendatangkan manfaat dan mudarat kepadamu. Oleh
itu jika engkau mengerjakan demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari
orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

(ii) Unsur Khurafat dalam Mantera.

Unsur khurafat yang diperjelaskan dalam fatwa ini adalah satu keadaan dalam
permainan kuda kepang, berlaku satu dominasi dalam upacara pemujaan dengan
memanggil roh-roh, jin dan syaitan. Dalam konteks khurafat tersebut turut dilihat
melalui pantang larang yang terkandung dalam permainan KK yang dicipta khusus
sebelum memulakannya hatta pantang larang ini tidak bersandarkan pada hukum
syarak sejurus itu ada kepercayaan tertentu menyatakan sekiranya pantang larang
tersebut ditentang akan membawa kepada bencana. Misalnya, pantang larang semasa
upacara ritual KK sedang berlangsung.

Perkara yang di larang ialah membawa sebarang bunga semasa ritual


berlangsung. Cuma pawang yang dibenarkan membawa bunga. Hal ini disebabkan
bunga merupakan makanan semangat yang bakal memasuki kuda tersebut. Bunga
yang paling dilarang ialah bunga cempaka semasa persembahan KK, kerana penari
akan mudah tertarik pada bunga tersebut maka hal ini akan membahayakan penonton.
Penonton juga diminta supaya menjaga kelakuan, jika berkelakuan tidak senonoh
pawang akan mengenakan sumpahan atau jampi kepada mereka. Sumpahan akan
dihentikan hanya apabila ibu bapa mereka memohon maaf diatas kelakuan mereka. 24

24
Hasil daripada temubual bersama Wak Sanub di Kampung Seri Bunian, Johor.
66
Perbuatan, pernyataan serta kepercayaan ini jelas menunjukkan ia menyimpang dari
ajaran Islam. Hal ini telah diperkukuhkan melalui firman Allah swt:

‫لث نونما ينبشثعثرونن أنيَيانن يثببنعثثوُنن‬ ‫ض ٱبلنغبي ن‬


‌ َ‫ب إإيَل ٱ ي‬ ‫ثقلُ يَل ينبعلنثم نمنَ إفىِ ٱليَسنمــنوُٲَ إ ب‬
‫ت نوٱلنبرأ إ‬
(Surah Al-Naml (27: 65)

Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang
ghaib melainkan Allah Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan
dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

(b) Mabuk (trance) dalam konteks Syariah Islamiyyah.

Dalam konteks kehidupan sebagai muslimin muslimat, maka segala tindak


tanduk serta syarat sebagai Islam perlulah diperlakukan menurut syariah Islam. Dalam
aspek ini, pengharaman kuda kepang adalah jelas bagi menjaga syariah Islamiyyah.
Konsep ini jelas bagi menjaga kemaslahatan atau kehidupan yang baik bagi setiap
individu dengan kata lain sebagai satu initasi kepentingan kepasa al-matlamat al-
syariah. Islam telah menggariskan lima maslahat asasi yang perlu dipelihara oleh
setiap individu Islam iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.
Diperjelaskan dan dikukuhkan lagi menurut fatwa dengan mengaitkan pemerhatian dari
permainan kuda kepang yang mabuk, akal dan tubuh badan mereka adalah di luar
kawalan hasil seruan semangat lain yang dipuja masuk ke jasad manusia sehingga
mereka boleh bertindak seperti lupa diri dan bertindak di luar jangkaan. Senario ini
dipanggil sebagai kesurupan dan jelas ia memberi kemudaratan kepada si pemain
serta turut membahayakan diri sendiri dan penonton di sekelilingnya. Diperkukuhkan
melalui firman Allah swt dalam surah Baqarah ayat 195;

67
‫سمبيِمل ٱظلم َوَل تضللضقوُااً۬ بمأ َليمديضك لم إمَلىَ ٱلتظلہلضَك ‌مة‬
َ َ‫ وََأنفمضقوُااً۬ مفى‬. . .
(Surah Al-Baqarah : 195)

Maksudnya: ‘…dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya


kebinasaan.

Kesurupan atau dengan kata lain bermaksud minda manusia berada dalam
keadaan tidak sedar hasil daripada satu fenomena di mana makhluk halus telah
menguasai pemikiran, perasaan, dan rasionalisasi seseorang. (Walker: 1973: hal 4).
Kesurupan berlaku apabila makhluk halus berkuasa sepenuhnya dalam membentuk
tindakan individu. Seseorang yang dikuasai makhluk halus tersebut akan berkelakuan
seperti tidak normal dan berubah secara menyeluruh. Islam melihat kesurupan ini
sebagai suatu yang melanggar syariat Islam. Syariat Islam adalah menghasratkan
kehidupan yang baik dan bukan untuk memudaratkan diri sendiri bercanggah dengan
kesurupan yang berlaku dalam diri kebanyakan pemain KK ini. Apabila mereka
mengalami kesurupan maka segala tindak tanduk mereka boleh memudaratkan diri
sendiri seperti makan kaca, memanjat pokok tinggi, khayal dan sebagainya. Kita tidak
hanya melihat dalam konteks Islam semata-mata.

Menurut Oesterreich dan Ibbersson, kebanyakan agama berpendapat bahawa


tindakan kesurupan adalah suatu tindakan yang jahat dan berbahaya. (1999: hal 59).
Maka, agama-agama lain turut melihat tindakan kemasukan makhluk halus ke dalam
jasad manusia ini adalah satu bentuk item yang negatif serta memudaratkan manusia.
Dalam persembahan tari KK, percanggahan dengan syariat Islamiyyah berlaku sejurus
berlaku tidak sedar individu pemain dalam berkelakuan sehingga ada yang memakan
kaca, memanjat pokok kelapa, mendaki dan memakan lampu jalan dan hal ini
membawa kepada satu pernyataan “mabuk”. Secara umum kita lihat “mabuk” itu sendiri
membawa kepada persepsi negatif dalam masyarakat dan lazimnya ia boleh membawa
kepada pelbagai gejala yang tidak baik.

(d) Akhlak Islamiyyah.

68
Akhlak Islamiyyah diperjelaskan sebagai kelakuan yang layak dalam kehidupan
sebagai seorang Islam. Pembentukan akhlak bermula dari niat hati setiap insan. Dalam
fatwa pengharaman tersebut diperjelaskan bahawa, unsur-unsur yang terkandung
dalam permainan KK adalah bercanggah dengan akhlak Islamiyyah. Islam merupakan
agama yang fleksibel. Islam tidak sama sekali mengharamkan terus budaya selagi
ianya tidak diperlakukan haram atas sebab bercanggah dengan syarak. Oleh demikian,
sekiranya sesuatu hiburan itu boleh memberi kealpaan kepada manusia maka ianya
haruslah ditegah kerana ia sama sekali menyebabkan kealpaan dari mengingati Allah
swt.

Islam menuntut untuk setiap individu mencintai diri sendiri. Nilai penghormatan
kendiri ini akan memberi satu personafikasi positif terhadap akhlak individu. Dalam
permainan KK, individu sanggup mempergunakan jasad sendiri untuk diejek dan
diketawakan apabila perbuatan golongan ini dilihat seakan-akan orang gila yang
sanggup memakan rumput, kaca serta memanjat pokok. Hal ini amat bercanggah
dengan realiti konteks Islam yang menyarankan setiap individu perlulah menghormati
nilai kendiri hatta individu lain sekalipun. Ianya diperkukuhkan melalui surah Al-Isra’
ayat 70:

‫َولَقَلد َكظرلمَنَاَ بَنَمىىَ َءاًَ۬دَم َوَحَمللنََــضه لم مفىَ ٱللبَمر َوٱللبَلحمر َوَرَزلقنََــضهم ممَن ٱلطظيِمبَــ م‬
‫ت‬
(٧٠) ‫ضيِ ذلذ‬ ‫ڪمثيِذرر ممظملن َخلَلقَنَاَ تَلف م‬
َ َ‫ضللنََــضه لم َعلَـى‬ ‫َوفَ ظ‬

(Surah Al-Isra’ : 70)

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami
telah beri mereka menggunakan pelbagai kenderaan didarat dan dilaut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda yang baik serta Kami telah lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang telah kami ciptakan.

69
4.3.2 Pengharaman Kuda Kepang: Konteks Drama dan Tarian

Secara umum, terdapat dua kategori dalam seni kuda kepang iaitu sama ada ianya
berbentuk permainan dan tarian. Penjelasan seterusnya ini melihat bagaimana KK
dalam kategori tarian ataupun berbentuk dramatari turut diharamkan menurut fatwa.
Perbezaan yang ketara antara permainan dan tarian KK adalah dari sudut kesurupan
bagi penari atau penonton dalam tarian kuda kepang tidak melibatkan mabuk atau
kesurupan yang diperjelaskan seperti dalam permainan KK. Pengharaman kepada
kategori tari atau dramatari ini adalah disebabkan oleh alunan muzik mahupun props
yang digunakan.

Kajian oleh Dr.Randas Engku Mohamad Zamah Tahir dari Yayasan Johor,
menyatakan alunan kuda kepang boleh menjadikan seseorang itu asyik dan khayal
seterusnya melakukan perbuatan di luar sedar. Perkara ini turut diperjelaskan oleh Dr.
Mohd Kipli Abdul Rahman melalui penulisannya bahawa muzik terlibat sebagai satu
kod bersyarat dengan memberi maksud bahawa sekiranya muzik tidak dimainkan
dengan memenuhi kehendak penari, maka mabuk atau trance tidak akan berlaku.
Perkara ini dapat dilihat apabila terdapat penari yang mabuk meminta supaya irama
25
gemelan ditambah agar lebih seru , sesuai dengan keinginannya. (Mohd Kipli Abdul
Rahman, 2009: hal 52). Dalam konteks ini, secara khususnya, muzik tersebut
mempunyai satu kod yang boleh menghubungkan antara manusia dengan pihak lain
dan ia turut dinyatakan sebagai komunikasi mistikal dan keadaan ini sejujurnya boleh
membawa kepada unsur-unsur syirik dan khurafat dalam konteks agama Islam.

Sehubungan dengan segala perbincangan dalam bab ini, jelaslah agama


menjadikan kesenian itu lebih indah. Kesenian yang dibentuk dengan berpaksikan
kepada tunggak agama yang tidak hanya melihat dalam konteks Islam, kesemuanya
akan melahirkan kesenian dalam bentuk dan tujuan menyemai kebaikan dalam rohani
dan sikap kendiri bahkan mencantas serta mengelak segala kemungkaran yang hadir.
Melalui kesenian yang berteraskan kepada landasan agama, akan membawa kepada

25
Seru merujuk kepada muzik yang sedap didengar mengikut kemahuan makhluk halus. (Mohd Kipli Abdul
Rahman, 2009: hal 17)
70
pembentukan akhlak dan moral yang berkesan serta memberi impak terhadap
pembangunan kelompok komuniti dalam sesebuah negara.

Hal ini kerana, ketamadunan dibentuk oleh kesenian dan kesenian tersebut
membentuk akhlak dan moral yang jitu yang memangkin ke arah ketamadunan seperti
yang dihasratkan. Perkembangan dalam pemikiran turut berkembang melalui hasil seni
misalnya pembangunan bandar, sains, teknologi dan pendidikan seperti yang
dibincangkan sebelum ini. Manusia sendiri mempunyai fungsi bagaimana sesuatu seni
itu diaplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat. Maksudnya, kesenian yang lahir
tersebut perlulah kepada niat individu yang melaksanakannya, Jika kesenian itu
berniatkan selain tuhan secara tuntasnya ia adalah haram.

Agama Islam menyeru penganutnya untuk melakukan segala perihal berniatkan


kepada Allah s.w.t. Sekiranya tidak, maka terpesonglah hukum sesuatu perihal
tersebut. Begitu juga lah kehendaknya dalam kebanyakan tradisi seni. Jika matlamat
sebenar seni dan kebudayaan itu sudah terpesong maka haramlah ia. Syariat dan
prinsip agama secara jelas dan terang menjustifikasikan kenapa ianya boleh haram dan
kenapa ianya tidak boleh dilakukan adalah kerana pelanggaran akidah serta syariat
yang dihendaki dalam sesuatu agama terutamanya dalam konteks agama Islam.
Secara keseluruhannya, apa yang dapat diperjelaskan tanpa keraguan,
persembahan KK sama ada dalam konteks permainan mahupun drama dan tari adalah
haram di sisi agama Islam. Masyarakat perlu sedar, pengharaman ini bukan semata-
mata untuk menutup serta menghilangkan kesenian di mata dunia, pengharamannya
sudah pasti berasaskan hukum dan ajaran yang memberi banyak kesan positif
sekaligus menjaga kemaslahatan individu serta masyarakat. Dengan berasaskan fatwa,
konteks pengharaman turut dilihat dalam dua kategori sama ada dalam permainan dan
juga dramatari. Jika dari sudut permainan matlamat secara rumusan terhadap
kewajaran pengharaman dalam permainan KK adalah bagi membentuk individu yang
sihat, bebas dari bahaya, mengelak kerosakan akal dan fikiran serta mengelak
kemudaratan sama ada terhadap diri sendiri mahupun individu lain.

71
BAB 5

FALSAFAH DAN SEMIOLOGI DALAM KUDA KEPANG.

5.1 Falsafah dan Semiologi

Sebelum membincangkan secara khusus penelitian terhadap falsafah dan semiologi


dalam tarian kuda kepang mabuk, sebaiknya kita meneliti terlebih dahulu apa yang
boleh diperjelaskan melalui konteks falsafah dan semiologi secara khusus dalam aspek
ritual tari. Melalui perbincangan mengenai falsafah dan semiologi, akan lebih mudah

72
untuk memahami interaksi dan perkaitan antara dua item ini dalam mengemukakan
teori yang diaplikasikan, serta interaksi langsung terhadap perhubungan sosiologi.

Perbincangan mengenai falsafah dalam tari semakin dititiberatkan dalam


budaya bagi mengenal erti serta nilai warisan dalam negara kita secara khusus. Jika
dilihat dekad ini, individu yang memberi initasi dalam melestarikan nilai estetik yang
terkandung dalam budaya adalah melalui perbincangan atau kemukaan dalam aspek
falsafah. Falsafah tidak dapat dilihat dengan fakta khusus, setiap individu boleh
memikirkan sejauh mana nilai mahupun estetik sesuatu unsur budaya tersebut dapat
diperjelaskan. Perkembangan mengenai falsafah ini terus kukuh walaupun ada
sesetengah pihak tidak menyokong aspek-aspek keperluan dalam mengemukakan
falsafah terutamanya dalam bidang sosio-budaya. (Julie Van Camp,1996: hal 347-357).
.
Perbincangan mengenai falsafah tari bermula sejak pendekatan serta
penyelidikan dalam seni rupa (artform) yang mana antaranya Maxine Sheets Johnston
telah mengemukakan kaedah serta pendekatan melalui penghuraian sesuatu
fenomena seni. Pendekatan existentialisme yang dikemukakan oleh Sandra Foster
Fraleigh yang membincangkan falsafah dengan mengatakan manusia bebas memilih
tindakan. Permulaan dalam mengenalkan falsafah dalam bidang seni dan budaya ini
tidak menjurus kepada unsur tari, Sparshott salah seorang Proffesor Emeritus di
University Of Toronto telah memulakan perbincangan serta penyelidikan mengenai
falsafah tari. (Julie Van Camp, 1996: hal 348) Penulisan yang pertama beliau
menfokuskan kepada tari secara semulajadi (nature of dance) yang memperlihatkan
ciri-ciri dalam sesuatu tari tidak dapat dirungkaikan melalui pemerhatian kasar bahkan
pemahamannya adalah perlu kepada pemahaman melalui penelitian falsafah. Beliau
telah mengemukakan definisi tersendiri terhadap apa itu tari.

Dalam bidang kajian mengenai KK ini pula, falsafah menjadi satu ilham dalam
penulisan adalah atas alasan kita tidak dapat menilai sesuatu estetik atau pun indikator
penting dalam tari ini melalui pemerhatian dan perbincangan kasar. Falsafah bukan
hanya melibatkan persembahan mengenai teori dan fakta secara umum. Apa yang
boleh dinyatakan, falsafah adalah satu kaedah di mana berlaku analisis terhadap
soalan-soalan kritis yang tidak dapat dijelaskan serta merta. Dengan kata lain, ia
mungkin boleh dikatakan sebagai satu falsafah analitik (analytic philosophy) yang mana
73
melibatkan satu keadaan analisis yang kritikal atau lebih mudahnya pemikiran yang
lebih kritikal bagi menghuraikan sesuatu item atau keadaan.

Dalam penulisan ini, secara abstrak, falsafah itu bukanlah semestinya sesuatu
yang boleh diterima, kadang-kadang ia hanyalah mainan minda individu secara logik
iaitu apabila individu tersebut telah melalui satu keadaan pemikiran tahap tinggi dan
boleh mengemukakan sesuatu falsafah. Hal ini hanyalah dapat dilihat dalam
kebanyakan persepsi penyelidik yang boleh menyatakan pendapat dan persepsi
tersendiri dalam konteks penelitian analitikal sehingga boleh mengemukakan sesuatu
idea logik, kaedah, teori serta konkluksi yang kritis. Lebih mudah kiranya kita
menganologikan falsafah yang lahir melalui persoalan biasa seperti ‘kerja ini baik; dan
kemudiannya ahli-ahli falsafah akan mengatakan ‘apa yang dimaksudkan melalui
konsep baik tersebut’. Dalam meneliti falsafah KK, pendekatan terhadap teknik analisis
akan terus diaplikasikan dan perkara utama yang dilihat adalah perkaitan antara
fenomena kehidupan masyarakat bersama seni tari.

Dalam menjelaskan aspek ritual dan falsafah pula, kita melihat sesuatu nilai
yang terkandung dalam idea ritual tersebut mustahil untuk diungkapkan secara fakta.
Ianya tidak boleh menyatakan kesurupan itu adalah hasil permainan drama seseorang
individu, mungkin ada sesuatu kod atau hukum tertentu bahawa individu bertindak
secara langsung atas sebab-sebab tertentu. Hal ini menjadi satu prioriti dalam
mengemukakan falsafah. Setiap tindak tanduk itu memberi makna dan ada falsafahnya
tersendiri. Setiap fenomena tindakan manusia dalam persembahan tersebut memberi
perjalanan makna tersendiri sehingga dapat memberi impak dalam kehidupan kendiri
individu. Ritual dalam aspek perbincangan ini melihat kepada upacara atau istiadat
dalam persembahan yang berbentuk pemujaan. Berlakunya perbincangan secara
analitik dan kritikal terhadap sesuatu tindak tanduk dalam persembahan berbentuk
ritual ini yang akan memperlihatkan falsafah dalam nilai kandungannya tersendiri.

5.2 Asas Dan Struktur Persembahan Kuda Kepang : Satu Ritual.

74
Persembahan KK dalam konteks perbincangan ini akan dilihat secara umum. Tidak
hanya memperlihatkan falsafah dari sudut tarian KK semata-mata, namun aspirasi
proses lengkap permainan KK turut diterokai. Hal ini kerana, dasar persembahan tarian
KK adalah melalui asas gerak serta pola rantai dalam permainan KK dan yang
membezakannya hanyalah tujuan serta nilai falsafah yang terkandung dalam setiap
pola, ragam serta tindakan dalam permainan tersebut.

Menurut Mohd. Kipli Abdul Rahman, perbezaaan dalam konteks permainan dan
tarian KK dapat dilihat berdasarkan tujuannya.26. Permainan KK bertujuan sebagai
ritual. Ritual dalam aspek persembahan kuda kepang ini dikukuhkan lagi melalui teori
Schechner yang menyatakan salah satu bahagian dalam persembahan adalah ritual.
Jika kita melihat ritual dalam konteks persembahan KK, asasnya ritual dalam KK
adalah merupakan satu set tindakan yang kebiasaanya dipersembahkan bagi tujuan
tertentu. Perspektif masyarakat melihat upacara atau ritual ini adalah merupakan satu
nilai yang khusus sebagai satu simbolik atau tanda tertentu dalam kehidupan di dunia
misalnya permainan itu bertujuan memperlihatkan adanya hubungan antara dua dunia
antara jin dan manusia.

Ritual akan menjadi sebagai satu tradisi dalam sesebuah komuniti seterusnya
diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ritual kebiasaanya tidak hanya
melibatkan persembahan semata-mata, dalam konteks simbolik ritual, ia meliputi
semua aspek dalam persembahan seperti adanya makanan, minuman, pakaian,
nyanyian mahupun tarian yang di kumpulkan dalam satu kategori yang dipanggil ritual.
Misalnya kita melihat dalam aspek permainan kuda kepang, upacara dan istiadat ini
kebiasaanya akan dimainkan dalam satu upacara yang menghimpunkan orang-orang
kampung dengan bertujuan ianya dapat mengeratkan silaturrahim. Upacara ini akan
melibatkan satu persembahan diantaranya meliputi permainan muzik, makanan (sajen),
dan tarian (kuda kepang). Persembahan ini akan membentuk satu set tindakan yang
terus menerus akan menjadi tradisi masyarakat setempat.

5.3 Syarat Persembahan Lengkap Kuda Kepang

26
Perkara ini dibincangkan pada 05-09 Oktober 2010 di Universiti Malaysia Sarawak, dalam slot Bengkel
Tari Kuda Kepang oleh Dr.Kipli Abdul Rahman.
75
Persembahan KK penuh dengan trend dan urutan yang perlu dilakukan secara
abstrak sebelum memulakan sesuatu yang digelar sebagai permainan KK. Konteks ini
melihat secara konstruk asas sebelum melaksanakan persembahan tarian KK.
Beberapa syarat dikemukakan bagi membentuk satu permainan KK yang lengkap dari
sudut menyeluruh iaitu permainan KK yang melihat adanya unsur-unsur kesurupan
seperti perbincangan dalam bab sebelum ini. Antara syarat yang dikemukakan adalah:

Pertama, asasnya adalah penari. Sesebuah kumpulan kuda kepang selalunya


mengandungi antara sembilan hingga tiga belas penari. Ini termasuklah seorang ketua
penari yang lebih dikenali dengan nama “Dhanyang”. Pemuzik pula terdiri daripada
lima hingga enam dan perlu ada seorang bomoh atau dikenali dengan gelaran pawang
yang berperanan menjaga penonton dan penari secara fizikal dan rohani. Pawang
dianggap sebagai pengantara yang menghubungkan penari sengan semangat tertentu.
Pawang itu juga yang berfungsi sebagai pelindung para penonton dalam permainan
KK ini daripada diganggu semangat jahat. Peranannya sebagai bomoh yang boleh
memanggil semangat untuk masuk ke dalam badan penari dan mengeluarkannya
kembali dari badan penari KK. Pawang ini juga kadang-kadang boleh bertindak sebagai
ketua dengan memberi isyarat supaya mengubah ragam tari dengan cara
membunyikan cemeti.

Seterusnya adalah sajen atau sajian. Objektif utama sajian diadakan adalah
untuk membawa semangat animisme KK. Sajian ini dilengkapi dengan bahan-bahan
sajian seperti kemenyan, (bunga siantan, kenanga dan cempaka) telur mentah, padi,
kelapa muda, bedak muka dan jarum. Seperti bahan air kelapa muda, bunga dan
kadang-kadang bubur disediakan khas untuk penari-penari pada masa-masa tertentu,
iaitu apabila dalam keadaan ‘lupa’ mereka akan meminta makanan atau minuman
daripada pawang. Dari sudut semiotiknya, sajen juga dianggap sebagai satu kod dalam
KK terutama dalam permainan KK yang mabuk. Menurut Mohd Kipli Abdul Rahman
(2009: hal 25), Sajen merupakan kod yang menggambarkan keunikan dan kekaguman
dalam KK dan dikatakan ianya sangat penting. Sajen tersebut digunakan dalam dua
kategori sama ada yang disediakan oleh tuan rumah untuk pemain KK dan seterusnya
yang kedua pula adalah yang digunakan semasa persembahan KK.

76
Bagi sajian yang disediakan oleh tuan rumah adalah bertujuan untuk jamuan
kebanyakan tetamu. Ia tidaklah sesuatu yang rigid kepada sesuatu makanan tetapi
kebiasaanya adalah bubur merah atau bubur putih. Sajian dalam kategori yang
disediakan oleh kumpulan KK tersendiri pula adalah bertujuan sebagai kod yang
membantu untuk memanggil semangat-semangat tertentu yang sejurusnya membawa
kepada permainan KK yang mabuk. Antara sajian yang diperlukan dikatakan adalah
terdiri daripada sembilan jenis makanan. Mana-mana makanan boleh disediakan
asalkan ianya mengandungi sembilan jenis makanan yang berbeza antara satu dengan
yang lain.

Ketiga adalah jampi serapah. Jampi atau mantera dalam persembahan KK turut
menjadi komponen penting bagi memastikan permainan KK ini berjaya untuk
dilaksanakan. Kebiasaanya, pawang akan membaca mantera bagi tujuan menjemput
semangat keturunannya atau digelar sebagai nenek leluhur dengan menggunakan
bekas berasap yang dihasilkan melalui asap kemenyan dan diletakkan di tengah-
tengah pentas.27 Jampinya dibacakan dalam bahasa Jawa namun masih diselitkan
kalimah-kalimah dalam unsur Islam seperti ayat-ayat suci Al-Quran. Mengikut Mohd
Ghouse Nasuruddin (1995, hal 120), antara jampi yang dibaca adalah seperti berikut
bagi sesuatu permulaan persembahan KK:

“Bismillahi-Rahman-nir Rahim, Bulkukus Halimun jati abang lampir tanpo


relengan sumia Maha Suci, Maha Agung dipermohonkan rezeki nana kadim,
weten, lor, ngidol, ngisor, duwor. Nu anggan pendatangkan tetap getap raharih
tibo kaji daninh larang. Berkat doa, lailaha-illallah. Bismillahi-Rahman-nir Rahim
Sunmatak najku pendayangkan sengoro ratuni Bumi kang pembawo reso balih
rumah aku. Berkat doa, lailaha-illallah.”

(Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995:hal 120)

Dalam jampi ini, pawang sebagai gambaran dan jelmaan Wali Songo memanggil
semangat tanah bagi melindungi penari dan penonton semasa persembahan
berlangsung. Dia kemudianya meminta semangat tanah memelihara mereka daripada
gangguan semangat jahat dengan menjampi semangat tersebut.

27
Hasil temubual bersama Wak Sanub di Kampung Seri Bunian, Pontian Johor.
77
“Bismillahi-Rahman-nir Rahim. kerusi belangkangku, mutu jail dipangku, kidimu
kananku kan juga nasirnya empat. Jangan merosak dan jangan membinasa ahli
Kumpulan aku. Kalau merosak membinasa ahli kumpulan aku kena bendumi
Allah. Berkat doa, lailaha-illallah…”

(Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995:hal 120)

Sejurus itu, pawang kemudiannya akan menyeru semangat kuda melalui


pembacaan mantera yang bertujuan memuja dan merasuk kuda serta penari. Segala
ilmu yang dipelajari dalam aspek mantera ini kebiasaanya tidak akan diajar kepada
sembarangan orang.28 Perkara ini mungkin disebabkan salah pakai atau penyalah-
gunaan ilmu oleh mana-mana individu yang kurang bijak untuk mengaplikasikan ilmu
main KK ini. Jampi ini merupakan satu komponen semiologi dalam tari KK. Semiologi
yang lahir disini jelas apabila jampi tersebut menjadi prasyarat hukum tanda bagi
menjayakan sesuatu permainan KK. Permainan KK yang berjaya tersebut berlaku
apabila rasukan semangat roh-roh yang dipuja telah meresap masuk ke dalam tubuh
penari sehingga menyebabkan penari berada di satu tahap berisi 29 .

Keadaan mabuk dan berisi dalam tarian kuda kepang, biasanya muncul ketika
pola rantai berbentuk bulatan pucuk rebung, iaitu apabila beberapa orang penari
dirasuk dan berada dalam keadaan minda yang tidak sedar. Foto 3 dalam lampiran
menunjukkan pemain-pemain KK sedang bergerak dalam pola rantai pucuk rebung dan
ketika ini kebanyakan pemain telah memperlihatkan reaksi mabuk. Dinyatakan oleh
kebanyakan responden dari Kampung Seri Bunian keadaan mabuk para pemain ini
diperlihatkan melalui mata pemain-pemain ini yang berkilauan, tidak boleh bercakap
dan bertindak seakan-akan seekor kuda. Kemudiannya, pawang akan selalu memberi
setiap daripada mereka (pemain) air kelapa dan bunga-bungaan. Pada kebiasaanya,
keadaan tidak sedar diri pemain-pemain ini akan menyebabkan mereka beraksi secara
luar biasa seperti mengunyah kepingan kaca dan mengunyah sabut kelapa dengan
hanya menggunakan gigi, dan ada juga yang melompat tinggi seperti aksi seekor kuda.
Perihal ini dapat dirujuk dalam lampiran berdasarkan foto 4 dan 5.

28
Ibid

29
Berisi membawa maksud permainan kuda kepang yang ada terasuk makhluk-makhluk halus (metafizik)
dan berbeza dengan dengan tahap permainan kosong yang memberi maksud sebaliknya. Perkara ini
dibincangkan pada 05-09 Oktober 2010 di Universiti Malaysia Sarawak, dalam slot Bengkel Tari Kuda
Kepang oleh Dr.Kipli Abdul Rahman.
78
Apabila ditanyakan kepada setiap penari yang berada dalam keadaan ‘mabuk’
itu, masing-masing akan mengatakan bahawa mereka berasa seperti bermimpi
menunggang seekor kuda. Mereka juga tidak sedar akan kehadiran penonton yang
berada disekeliling mereka, bagaimanapun mereka dapat mendengar dengan jelas
bunyi muzik. Terutamanya bunyi angklung dan gendang yang semakin lama semakin
perlahan sehingga membawa mereka kepada keadaan tidak sedarkan diri. Dalam
keadaaan ‘mabuk’ mereka (pemain) akan berasa kosong dan ringan badannya serta
dikatakan bersedia untuk menerima semangat kuda. Dengan keadaan ini jugalah
mereka akan melakukan pelbagai aksi luar biasa, hal ini mungkin disebabkan oleh
kekuatan fizikal mereka yang dikatakan dipandu oleh unsur dan kuasa metafizik. 30 Bagi
memulihkan keadaan yang ‘mabuk’ itu maka pawang akan menjampi dan kemudiannya
akan menghembuskan ke atas kepala atau ke dalam telinga penari tersebut. Lalu dia
akan menepuk belakang kepala atau badan penari yang terlibat. Sepantas kilat penari
itu akan rebah dan terus senyap sebentar, sebelum sedar kembali dalam beberapa
minit kemudianya. Bacaan jampi bagi memulihkan penari-penari yang sedang dalam
keadaan tidak sedarkan diri adalah seperti berikut :

“Bismillahi-Rahman-nir Rahim. Malaikat wadi, wadi maningkan yang Menjaga


darah tulang Kulit tulang akan pulih segala bahaya, bukan aku Punya jampi,
bukan aku punya tangkal, dengan Kata kolmaut sudah tiba. Dengan berkat doa
Lailaha-illallah Muhammad- ar- Rasulullah..”

(Mohd Ghouse Nasuruddin, 1995: hal 122)

Komponen keempat adalah patung KK. Patung KK merupakan benda penting


dalam tarian KK. Kebiasaanya ia dibuat dengan menggunakan bahan seperti buluh
yang dibentuk seperti kuda. Props ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian
kepala, badan dan ekor serta tidak berkaki. Rangka bahagian kuda diperbuat daripada
buluh keras manakala bahagian badannya pula adalah dari kepingan buluh halus. Ia
dibentuk melalui kaedah anyaman. Rangkanya diperbuat daripada buluh tebal
manakala bahagian dalamnya pula diperbuat daripada kepingan buluh halus. Sabut
kepala digunakan untuk dijadikan rambut pada bahagian kepala dan ekornya.
Keseluruhan bahagian kuda itu, disambungkan dengan rotan dan kuda itu akan di cat
dengan pelbagai warna bergantung pada kesukaan atau minat seseorang yang

30
Metafizik dalam konteks ini adalah makhluk-makhluk halus yang memberi kuasa ghaib yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar manusia.
79
membuatnya bagi kelihatan cantik. Namun demikian, lazimnya KK yang diperbuat
daripada anyaman buluh tidak begitu kukuh. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009 hal 68).
Ini kerana jika kita perhatikan, kebiasaanya permainan KK agak agresif sehingga boleh
merosakkan props KK tersebut.

Dengan demikian, ada juga kebanyakan kumpulan-kumpulan KK yang


membuat props KK ini dengan menggunakan kulit binatang yang juga turut dikenali
sebagai belulang oleh kebanyakan masyarakat setempat. Lazimnya, seseorang
pawang atau ketua KK yang menuntut ilmu KK mempunyai pengetahuan khusus dalam
membuat props KK ini. Wak Sanub menyatakan patung KK merupakan asas utama
yang menjadi simbol dalam permainan ini. Tiadanya patung ini maka tiadalah
permainan atau tarian KK.

Komponen syarat yang kelima adalah pengkhususan busana pemain. Bagi para
penari KK, tiada pakaian yang di khususkan untuk mereka. Ada kumpulan yang hanya
menggunakan seluar, baju lengan pendek dan songkok. Sementara itu ada juga
kumpulan yang memakai seluar tiga suku panjang, berbaju Melayu, bersamping dan
juga mengikat kepala. Tetapi berlainan dengan satu kumpulan KK yang berasal dari
Parit Ju, Batu Pahat, mereka semua memakai pakaian tradisi Jawa yang terdiri
daripada seluar pendek, baju, ketopong, sumping bandung dan kain kampuh selendang

Alat muzik dan pemuzik merupakan asas terakhir yang menjadi kepentingan
dalam suatu persembahan KK. Alat muzik yang utama adalah Gamelan dan Angklung.
Namun Wak Sanub pernah menyatakan bahawa gendang turut memainkan peranan
bagi menaikkan lagi aura bunyi muzik yang dimainkan. 31 Menurut Mohd Kipli Rahman
(2009, hal 53), lagu-lagu dari irama gamelan dianggap memiliki kekuatan sihir yang
boleh menyeru makhluk halus untuk menghadiri persembahan KK.

Digambarkan melalui tindakan penari KK, seseorang yang mempelajari KK akan


mudah untuk berada dalam keadaan mabuk hanya dengan mendengar muzik dari
gamelan. Penari-penari yang dirasuk ini akan tertarik kepada muzik gamelan.
Dinyatakan secara khusus isem-isem ini suka akan muzik gamelan, mereka akan
meminta muzik gamelan dikuatkan atau ditukar sekiranya tidak gemar akan lagu

31
Hasil temubual bersama Wak Sanub di Kampung Seri Bunian, Johor.
80
gamelan tersebut. Pemain muzik gamelan akan sentiasa memenuhi kehendak mereka
bagi memastikan proses persembahan KK tidak terjejas.

Menurut Mohd Kipli Abdul Rahman (2009: hal 54) angklung juga merupakan
satu kod komunikasi menyeru makhluk-makhluk halus merasuki tubuh pemain KK
selain dari gamelan. Alat utama iaitu angklung menghasilkan bunyi yang merdu
daripada buluh dari jenis yang nipis. Dikisahkan bahawa, pada mulanya alat muzik ini
adalah berasal dari tongkat buluh salah seorang dari Wali Songo yang bernama Sunan
Ngampil yang menggunakan tongkatnya untuk memacak ke tanah sehingga melahirkan
satu bunyi yang sedap didengar. Sementara itu, beliau mendapat idea untuk
menghasilkan alat-alat muzik yang diperbuat daripada buluh iaitu angklung. Angklung
turut dimainkan bersama alatan lain seperti gamelan, jidur dan gendang.
5.4 Gerak Tari Tari Kuda Kepang Dan Beberapa Nilai Falsafahnya.

Terdapat beberapa ragam tari KK dalam sesuatu persembahan mahu pun permainan
KK. Ragam ini menjadi semiologi terutamanya perkaitannya terhadap unsur
kemasyarakatan dan ia dapat dinilai melalui beberapa nilai estetika serta falsafah yang
telah dikenal pasti.

5.4.1 Ragam Terisik Dan Nilai Estetiknya.

Ragam ini menjadi kewajipan utama dalam tarian KK. Ragam ini berfungsi
sebagai gerakan asas peralihan ragam antara satu sama lain. Peralihan ini mempunyai
nilai tertentu kenapa perlunya dalam persembahan ini. Secara falsafahnya, apabila
diperhatikan dalam konteks masyarakat, keadaan rehat atau berhenti sekejap ini
memainkan peranan penting sebagai asas memberi ketenangan dalam kehidupan juga
turut memerlukan rehat dalam segala perihal perbuatan. Perkara ini dijelaskan melalui
konsep toma'ninah (berhenti seketika) di dalam solat yang dinyatakan bahawa waktu
seseorang itu akan dijangkakan berada dalam keadaan tenang. Justeru, setiap
perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa bagi
mendapat nilai dan kebaikan dari rukun solat tersebut.

Toma’ninah merupakan salah satu daripada rukun dalam solat. Persoalan ini
sangat penting kerana jika kita lihat orang yang solat di luar sana, ramai yang tidak
81
mengambil berat tentang toma’ninah ini. Jika tidak ada toma’ninah di dalam solat maka
solat seseorang boleh batal. Toma’ninah ialah berhenti sekejap. Ia dilakukan dalam
empat rukun solat iaitu dalam rukuk, iktidal daripada rukuk, sujud dan duduk di antara
dua sujud dan merupakan salah satu rukun dalam solat. Jika ia tidak disempurnakan
maka batallah solat seseorang itu. Hal ini dinyatakan secara khusus dalam Riwayat Al
Bukhari 758 bermaksud, daripada Hufaizah:

“dia melihat seorang lelaki yang ruku’ dan sujudnya tidak sempurna. Lalu dia
berkata “Engkau tidak bersolat, Sekiranya engkau mati, pastilah engkau tidak
mengikut fitrah Muhammad yang Allah.”

(Riwayat Al Bukhari :758)


Hadis ini tidak menganggap orang tersebut tidak Islam tetapi menunjukkan
bahawa orang yang tidak Islam tetapi yang menunjukkan bahawa orang yang tidak
melakukan solat yang betul sebagaimana yang dituntut. Sekiranya dia mati dalam
keadaan tersebut, pastilah dia tidak mengikut cara yang dibawa oleh Rasulullah. Toma
´ninah bermaksud tetap atau diam dalam setiap rukun yang disebutkan. Paling minima
ialah dengan kadar satu tasbih.Hal ini dinyatakan dalam satu hadis yang diriwayatkan
oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaii, Rasulullah s.a.w. melarang solat yang dikerjakan
seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu
yang singkat. Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: Allah s.a.w.
tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang
belakangnya antara rukuk dan sujud. (Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Bugha dan Ali
Syarbaji 2002: hal 307)

Jika dilihat dari sudut persembahan KK, ianya diaplikasikan terutamanya dari
setiap peralihan ragam Falsafah ini dilihat sebagai satu hukum tanda yang
memerihalkan setiap ragam tari dalam KK perlu diberhentikan seketika sebelum
memulakan sesuatu gerak atau ragam tari yang lain. Terdapat tiga jenis gerakan dalam
ragam ini iaitu Terisik Satu, Terisik Dua, dan Terisik Tiga Terisik Satu mempunyai dua
pergerakan (2x8) Terisik Dua pula menggunakan asas Terisik Satu tetapi sebelah kaki
'digantungkan' setinggi 90 darjah. Terisik Tiga mengadun kesemua pergerakan Terisik
sebelumnya namun terdapat sedikit perubahan pada kiraan lima dan enam. Gambaran
ragam ini boleh dirujuk pada lampiran foto 7 hingga 16.

82
Selain itu, asas ragam ini turut memperlihatkan tangan kanan lelaki perlulah
dikepangkan. Dari segi estetiknya, sifat dan keberanian lelaki digambarkan secara jelas
dalam konteks gerak ini. Lelaki sebagai seorang pemimpin yang berani, perlu kepada
sikap kepahlawanan dan jelasnya sperti digambarkan dalam penceritaan pahlawan dan
asal usul sejarah KK iaitu Saidina Ali.

5.4.2 Posisi Ibu Jari Kaki Sebagai Struktur Dominan Badan Manusia.

Dalam setiap gerak persembahan KK, ibu jari kaki hendaklah diangkat dan tidak
boleh terkena dengan tapak persembahan. Hal ini mempunyai beberapa aspek
penelitian falsafah secara langsung dengan hukum manusia. Secara kontekstualnya,
ibu jari merupakan komponen yang memberi beberapa falsafah dalam kehidupan
masyarakat. Tidak hanya melihat kepada masyarakat Melayu, dari sudut refleksologi
masyarakat cina misalnya, ibu jari kaki menghubungkan antara organ-organ seperti
otak, leher dan perkumuhan. Lazimnya, refleksologi ini diperakui berkesan bagi
memulihkan sistem badan selain kelenguhan. Berdasarkan rajah 5.1, menunjukkan
hubungan antara ibu jari kaki yang memerihalkan fungsi serta kepentingannya terhadap
struktur dominan badan manusia.

83
Rajah 5.1 : Refleksologi Dan Fungsinya.

Ibu jari kaki turut sinonim dengan kehidupan masyarakat Melayu. Perkataan ibu
jari tersebut menggambarkan perihal identiti Melayu dengan merujuk sesuatu kuantiti
misalnya bidalan ‘kunyit sebesar ibu jari kaki’ yang memerihalkan besar atau jumlah
tertentu sesuatu bahan. Ibu jari kaki sering dikaitkan dengan perubatan tradisional
Melayu. Masyarakat Melayu menganggap ibu jari merupakan asas keluar masuk
makhluk-makhluk halus. Diperihalkan, individu yang dirasuk oleh makhluk lain mula-
mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya
rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk
ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari
kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh.32

Maka mungkin dengan itu dalam tarian kuda kepang, ibu jari tidak boleh
terkena tapak atau lantai semasa persembahan dilakukan kerana takut semasa
persembahan, masuknya isem yang selalu dikaitkan dalam permaianan kuda kepang
yang membawa kepada keadaan mabuk.

32
Diperolehi dari http://tafsirmimpi.wordpress.com pada 07/03/2011.

84
5.4.3 Gerak Setempat

Berdasarkan foto 17 hingga 19 dalam lampiran, ragam ini bermula dengan kaki
kanan dibuka ke kanan sambil dibengkokkan sedikit lututnya. Bergerak ke kanan kiri
dalam kiraan 8x secara setempat. Kaki kanan di bawa kembali ke tempat asal. Ulangi
pergerakan yang sama hingga kiraan 2x8.

5.4.3 Gerak Maju.

Berdasarkan foto 20 hingga 21 ragam gerak maju bermula dengan bergerak


maju kehadapan dengan dimulai dengan kaki kanan sambil lutut dibengkokkan sedikit.
Manakala, kaki kiri pula berfungsi sebagai penyokong kepada kaki kanan dengan
kedudukannya didekatkan pada kaki kanan Melangkah kaki kanan setapak ke hadapan
sambil lutut dibengkokkan sedikit. Meletakkan kembali kaki kanan ke lantai. Pergerakan
yang sama diulangi dengan kiraan 2x8.

5.4.4 Duduk Sembah Dan Simbolik Raja.

Dari segi estetik serta falsafah dalam ragam ini, sembah merupakan komponen
asas yang dikatakan sebagai satu simbol penghormatan yang lazimnya diaplikasikan
ke atas pembesar-pembesar dan bangsawan. Sembah memberi satu identiti yang
memberi penjelasan bahawa ketaatan dan kesetiaan kepada raja atau pemimpin
negara. Dari sudut gerak tari ragam, duduk sembah digunakan di awal persembahan
mahupun sebagai pembuka tarian.

Ia sama seperti kehendaknya apabila ingin bertandang ke istana dan berjumpa


dengan raja. Pergerakan dilakukan bermula dengan kaki kanan. Cara sembah
dikategorikan kepada dua iaitu sembah tanpa menggunakan tangan dan sembah
dengan menggunakan tangan. Bagi cara sembah dengan menggunakan tangan,
terdapat tiga langkah yang perlu di patuhi iaitu duduk secara bersimpuh, mengangkat
tangan secara bersilang dengan gerakan pada tangan kanan dahulu, barulah diikuti
85
dengan tangan kiri Akhir sekali ialah menyembah dengan kedudukan membongkok
sedikit. Perkara ini digambarkan secara jelas dalam lampiran foto 23 hingga 24.

Melalui Foto 25 dalam lampiran, diperihalkan penari perempuan perlu


mendongakkan sedikit tangan dalam kedudukan melengkung dan hujung jari dihalakan
ke bawah. Falsafah yang terkandung melalui gerak ini dapat dijelaskan bahawa sikap
dan sifat individu yang bergelar perempuan itu santun sifatnya, yang perlu kepada
perasaan merendah diri dan kesopanan yang terselah melalui hujung jari yang
dihalakan ke bawah.

5.4.5 Sembah beserta Selendang.

Berdasarkan foto 26 hingga 29 dalam lampiran, ragam sembah beserta


selendang terdiri daripada enam langkah yang perlu diikuti antaranya duduk sembah
dengan kaki kanan dibengkokkan ke atas dan kuda diletakkan di sisi.

5.4.6 Ragam Balas Ke Sisi Kanan Dan Kiri.

Kaki kanan digunakan sebagai penyokong dengan lutut dibengkokkan 90


darjah ke sisi kanan. Pergerakan ini akan diulangi dengan gerak ragam yang sama
hingga pergerakan 1 x 8. Begitu juga dengan ragam balas ke sisi kiri dengan berbalas
ke kiri menggunakan kaki kiri. Ragam ini digambarkan melalui foto 30 hingga 31 dalam
lampiran.

5.4.7 Ragam Ombak Kecil & Besar

Asas pergerakan dengan kiraan 3x8 Namun, kiraan boleh berubah mengikut
asas yang ditampilkan. Gerakan ombak kecil bermula dengan gerakan ke kiri
berbanding ombak besar yang bergerak ke arah kanan. Rujuk Lampiran Gambar 5.30
hingga 5.32). Asas pergerakannya adalah dengan kiraan 5 x 8 iaitu sama dengan
ragam ombak kecil yang mana kiraan boleh berubah mengikut asas yang ditampilkan.
86
Gerakan ombak besar lebih menerlah dan agresif dengan bukaan kaki yang lebih
besar. Ragam ini digambarkan dalam foto 35 hingga 39 dalam lampiran.

5.5 Falsafah dan Semiologi Dalam Pola Tari Kuda Kepang.

Terdapat beberapa aspek nilai dan falsafah yang terkandung melalui beberapa tanda
pola lantai dalam persembahan KK. Aspek, nilai dan falsafah yang terkandung secara
konotasi ini diperjelaskan melalui lambang dan perkaitannya dengan kehidupan
masyarakat dekad ini. Dengan demikian, jelas di sini apa yang perlu dirungkaikan
adalah melihat sejauh mana hukum tanda iaitu tanda pola lantai dalam permainan KK
ini melalui huraian-huraian berbentuk falsafah.

5.5.1 Pola Sebaris Sebagai Lambang Saf Jemaah.

Dalam Islam, Saf Jemaah itu digambarkan sebagai asas perpaduan ummah.
Islam menyarankan setiap individu dalam konteks muslimin dan muslimah, bersatu
padu, saling bekerjasama dan membantu antara satu dengan yang lain. Begitulah
kehendaknya yang digarapkan melalui nilai estetik yang terkandung dalam saf-saf
jemaah yang perlu dirapatkan dan tidak ada sedikit pun ruang.

Melurus dan merapatkan saf itu sebenarnya mempunyai hikmah yang signifikan
untuk difikirkan bersama. Ianya seolah-olah simbol persaudaraan dan ukhuwwah
dikalangan umat Islam. Ia bukan simbol kepada sebuah perpecahan. Kekuatan barisan
umat Islam dilihat mampu menggerunkan musuh, bahkan mampu menumbangkan
kuasa-kuasa besar.33

Menurut hadis baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud Daripada Ibnu Umar
r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka

33
Diperolehi di http://www.faridrashidi.com pada 07/03.2011.
87
sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit
kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu,
jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang
menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang
memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu
Daud dan Hakim)34

Rajah 5.2 : Pola Sebaris Menggambarkan Saf Dalam Jemaah.

Dalam konteks kedua, pola sebaris ini digambarkan sebagai jalan yang lurus.
Islam menyarankan agar manusia sentiasa berada dalam jalan yang lurus. Jalan yang
betul dan lurus ini diperihalkan sebagai satu kehidupan manusia yang sentiasa berada
di jalan yang betul dan tidak menyimpang jalannya, dengan kata lain kehidupan yang
bercanggah dengan ajaran Islam. Konsep lurus ini turut dikaitkan dengan konsep ‘amal
makruf dan nahi mungkar’ iaitu apabila manusia berada di jalan yang lurus maka
mereka akan mengamalkan kehidupan yang disuruh oleh tuhan manakala sebaliknya
bagi jalan yang terpesong. Begitulah indah nilai estetik yang dijelmakan melalui pola
sebaris dalam tarian KK. Nilai-nilai moral menjadi asas dalam pola sebaris ini yang
diekspresikan sebagai satu konsep perpaduan dalam saf-saf jemaah ibadah muslimin
serta muslimat dan kemudiannya turut diperjelaskan sebagai jalan yang lurus merujuk
kepada kehidupan manusia yang perlu betul dan benar.

5.5.2 Pola Bulatan Melambangkan Zat Allah.

Pola bulatan dalam permainan KK dapat digambarkan melalui perihalan zat


Allah melalui ekspresi bulatan. Garis bulatan ini mempunyai pernyataan bahawa Zat

34
Ibid
88
Allah memang tidak dapat ditemui walau bagaimana seseorang mencurahkan usaha
untuk mencarinya. (Abdullah Mohamed, 1984: hal 34). Ini bermaksud tiada seorang
pun yang mampu melihat, berfikir, merungkai segala zat Allah. Dihuraikan oleh Abdullah
Mohamed (1984 hal:34) ini lagi bahawa jikalau seseorang mamasuki kalbunya bagi
melihat Zat Allah, dan kemudiannya ia diperlihat menerusi kasyafnya berbagai
pemandangan, maka apa yang dilihatnya itu tidak lain adalah alam, alam demi alam,
tanpa akhir, manakala Zat Allah tetap berada di mana-mana objek yang dipandangnya.
Dengan demikian bererti manusia tersebut merantau dalam bentuk berkeliling tanpa
akhir dari alam ke alam semula dan begitulah kesinambungannya walhal Zat Allah
yang menjadi matlamatnya untuk dirungkai tidak dapat dirungkaikan.

Rajah 5.3 . Pola Bulatan Melambangkan


Zat Allah tanpa sesuatu bersamanya.

Apa yang dapat dijelaskan melalui pendapat Abdullah Mohamed ini adalah Zat
Allah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan pemikiran manusia sendiri.
Lingkaran bulatan itu menggambarkan ilmu Allah dan kekuasaan Allah yang tidak ada
akhirnya dan sentiasa berkeliling, juga tidak terbatas. Manusia hanya boleh merasa
adanya Zat dan kebesaran Allah ini melalui kewujudan alam yang luas dan hidup di
muka bumi ini. Ini kerana segala alam yang berkembang adalah atas kekuasaan-Nya
dengan tidak lain Zat Allah itu sendiri. Maka, demikianlah diekspresikan melalui bulatan
yang menjurus kepada aplikasi pola bulatan dalam tarian KK bahkan bukan tarian ini
sahaja, namun dalam kebanyakan tari Melayu seperti Zapin, Joget dan Inang.

89
5.5.3 Pucuk Rebung Sebagai Simbol Kemegahan Melayu

Pucuk Rebung sering dikaitkan dengan corak dan motif hias dalam kebanyakan
Kesenian Melayu. Imej ini diekspresikan terhadap simbol sebagai kuasa dan status
melalui imej pucuknya, Begitulah yang digambarkan melalui kebanyakan hasil tradisi
Melayu seperti susunan bunga telur, sirih junjung, dan tengkolok. Semuanya dihasilkan
melalui motif pucuk rebung. Formasi Pucuk Rebung ini menyerupai bentuk gunungan
dalam permainan Wayang Kulit merupakan penanda yang mewakili simbol Gunung
Meru, iaitu sebuah gunung yang dianggap suci dan menyerupai tempat tinggal roh
nenek moyang. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 94). Demikianlah penceritaan
ketertinggian dan kekuasaan dalam falsafah pola atau formasi Pucuk Rebung ini yang
digarap falsafahnya melalui ketertinggi sebuah gunung.

5. 6 Falsafah Dalam Penghujahan Semiologi Sub Proses Dalam Kuda Kepang.

5.6.1 Cemeti Sebagai Kod Linguistik Bukan Verbal.

Asasnya, kehidupan manusia penuh dengan peraturan dan segala macam


arahan. Manusia bertindak berdasarkan hukum dan disiplin yang sejagat. Nilai-nilai
peraturan ini digambarkan melalui pukulan cemeti yang menyarankan agar setiap satu
kumpulan penari berubah pola atau ragam. Bunyi pukulan cemeti itu dianologikan
sebagai peraturan bahkan penari sebagai masyarakat umum. Apabila sesuatu
peraturan dikeluarkan maka secara khususnya semua masyarakat perlu mengikut
peraturan tersebut.

Dalam permainan KK, seperti sebelum ini menyatakan setiap permainan kuda
kepang akan terdiri daripada penari yang berjumlah ganjil. Salah seorang daripadanya
adalah ketua penari yang berperanan sebagai pemegang dan membunyikan tali
cemeti. Sewaktu permainan kuda kepang berlangsung, komunikasi lisan tidak akan
memainkan peranan lagi, oleh sebab itu ketua penari akan berkomunikasi dengan para
penari melalui kod bunyi melalui pukulan cemeti. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal
32). Demikianlah fungsi dan nilai dalam pukulan cemeti. Estetikanya dipandang secara
90
jelas menggambarkan perihal masyarakat dan dalam konteks permainan KK sendiri,
pukulan dan bunyi cemeti tersebut adalah asasnya sebagai kod linguistik bukan verbal
bagi menggantikan komunikasi lisan.

5.6.2 Falsafah Pawang, Bomoh atau Gambuh sebagai Raja.

Pawang, Bomoh atau gambuh merupakan satu komponen penting dalam KK.
Ketiga-tiga asas terminologi tersebut merupakan ketua yang berperanan dalam
memastikan keseluruhan KK tersebut dilakukan dengan berkesan. Dalam perihal KK,
komponen ini dikatakan seorang yang mempunyai pengkhususan serta perlulah
mempunyai Ilmu yang mendalam terhadap KK. Ini kerana segala permasalahan serta
kejadian yang timbul tersebut berada dalam kekuasaanya. Menurut Mohd Kipli Abdul
Rahman (2009 hal: 90) menyatakan gambuh sebagai perantara yang menghubungkan
antara alam fizikal dengan metafizik. Peranan gambuh ini jelas menunjukkan tahap
keilmuan yang ada padanya sekaligus menjadikannya sebagai satu komponen penting
bagi menjayakan persembahan KK. Gambuh ini turut memastikan anak-anak buahnya
iaitu dalam kalangan penari serta penonton berada dalam keadaan baik-baik. Peranan
dan perilaku ini digambarkan melalui peranan dan perilaku seperti seorang Sultan dan
Raja melalui pandangan dunia Melayu.

Dalam konteks masyarakat Melayu, Raja merupakan simbol dan identiti


keutuhan sesebuah negara. Raja berperanan secara menyeluruh bagi memastikan
rakyat jelata berada dalam kesenangan rakyat. Begitu jugalah dari sudut permainan
KK, komponen yang dinyatakan iaitu gambuh ini sama peranannya sebagai seorang
Raja mahupun Sultan iaitu berperanan menjaga kemaslahatan rakyatnya. Dari sudut
pandangan Jawa, Raja dikatakan mempunyai unsur kesaktian. Begitulah yang
dinyatakan oleh H.M Darrori Amin, (2000) melalui penulisan Mohd Kipli Abdul Rahman
(2009: hal 91) yang turut memerihalkan semakin banyak kesaktian yang dimiliki oleh
seseorang raja, maka keadaaan akan semakin tenang dan sejahtera.

Dalam konteks pandangan Melayu. tenang dan sejahtera dalam huraian


tersebut adalah merujuk kepada keadaan masyarakat. Perihal tenang dari sudut
pandangan Jawa pula dapat digambarkan melalui kekuatan dan ilmu batin yang dimiliki
91
oleh Raja seperti memiliki budi yang halus, lembut ahli, sopan, berada dan peka.
(Geertz 1981 dalam Mohd Kipli Abdul Rahman 2009 hal: 90). Segala yang berkaitan
dengan unsur dan ilmu kesaktian ini sama seperti perkara yang harus dimiliki
sepenuhnya oleh gambuh dalam permainan KK.

5.6.3 Angka Sembilan sebagai ekspresi kebudayaan Jawa.

Sembilan merupakan bilangan asas bagi sesuatu persembahan KK. Bilangan


pemain yang ganjil ini mempunyai nilai falsafah yang tersendiri. Angka sembilan
menjadi lambang dan ekspresi mewakili sembilan Wali yang menjadi pemangkin dalam
melahirkan permainan KK seperti yang diperihalkan dalam bab sebelum ini. Wali Songo
atau wali Sembilan ini memainkan peranan penting dalam menyebarkan ajaran Islam
pada suatu ketika dahulu, mereka membentuk patung-patung kuda bagi membuat
persembahan yang bertujuan menarik minat kebanyakan khalayak masyarakat
setempat yang pada mulanya gerun dengan mereka. Melalui strategi tersebut maka
membentuk satu persembahan tari iaitu KK. Nilai falsafah dalam konteks ini turut
dijelaskan oleh Mohd Kipli Rahman (2009 hal: 93)

Angka sembilan juga dinilai estetiknya dari sudut masyarakat Jawa yang
melambangkan sembilan rongga pada tubuh manusia, iaitu dua mata, dua lubang
hidung, dua lubang telinga, satu mulut, pusat dan lubang dubur. (Mohd Kipli Abdul
Rahman 2009: hal 93). Perkara ini dikaitkan dengan perihalan mantera yang digunakan
oleh tokoh-tokoh Wayang Wong di Johor seperti yang dijelaskan melalui penulisan
beliau. Mantera yang digunakan adalah “sedakep” iaitu “seluku sedakep nutupi
babaang bowosong” yang bermaksud menutup rongga manusia yang sembilan dengan
tujuan menghalang keinginan nafsu dan deria. Maka dengan demikian, falsafah jelas
terkandung dalam angka sembilan yang mewakili sembilan penari dalam permainan
KK.

5.6.4 Sajian atau sajen Sebagai Simbol Solidarity.

92
Seperti perbincangan dalam bab sebelum ini, sajen atau sajian disediakan
sebagai usaha memanggil semangat-semangat memasuki permanan KK. Sajian ini
akan diletakkan di dalam sebuah bakul yang terdiri dari sembilan jenis makanan yang
berbeza serta wang dua puluh lima sen. (Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009: hal 56).
Kepelbagaian dalam sajian ini menjadi simbol sebagai kepelbagaian masyarakat yang
ada di sesuatu kawasan. Simbol ini jelas melihat apabila adanya sembilan jenis
makanan dalam kategori berbeza maka endang35 akan mudah memasuki jasad dan
fizikal dalam permainan KK.

Sajian-sajian ini akan dikumpulkan dalam satu bakul. Begitu jugalah dalam
perihal masyarakat yang pebagai, apabila digabungkan serta dihimpunkan akan mudah
untuk mencapai kesepakakatan serta keharmonian dalam negara. Endang itu ibarat
sebagai sebuah negara yang harmoni manakala sajian yang pelbagai itu sebagai
rakyat atau masyarakat yang pelbagai. Kepelbagaian yang jelas dalam kehidupan
masyarakat akan terus membentuk perpaduan (solidarity). Melalui kepelbagaian, satu
bentuk komuniti akan mudah terjalin harmoninya.

5.6.5 Penggunaan Bunga dalam Sajen Sebagai Lambang Kejadian Alam.

Dalam konteks kesenian Melayu, bunga menjadi satu komponen yang sinonim
dengan keadaan dan perihal alam termasuk perkaitannya dengan kehidupan
manusia.Menurut Abdullah Muhamed (1984: 18), bunga yang dikhususkan kepada
perlambangan terhadap bunga teratai proses kejadian alam menjadi falsafah melalui
proses pertumbuhan sekuntum bunga teratai. Perkembangan alam dalam aspek
falsafah ini akan dilihat melalui perlambangannya terhadap kelopak bunga yang
menunjukkan beberapa penyataan.

Salah satu kelopaknya adalah dinyatakan melambangkan alam ghaib. Melalui


perlambangan bunga teratai misalnya, empat kelopak melambangkan empat unsur
yang membentuk alam kejadian, api, tanah, air dan angin.Perkara ini menjadi asas
dalam permainan KK yang memperlihatkan unsur-unsur ghaib menjadi satu perkara
asas melalui perlaksanaannya. Perkara ini melihat bahawa alam ini bukan hanya

35
Endang merupakan mahkluk halus yang dikatakan merasuk penari KK. Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009:
hal 56.
93
didiami oleh manusia dan makhluk yang nyata sahaja bahkan unsur ghaib yang turut
dianggap sebagai metafizik juga mendiami alam ini.

5.7 Teoritis Dan Pemaparan Idea Dalam Kuda Kepang.

Bab sebelum ini, menyatakan secara umum bebebapa teori asas yang menjadi
landasan terhadap beberapa idea serta penjelasan segala perihalan serta
perbincangan terhadap kajian ini. Selain menjadi pengukuhan terhadap beberapa idea
penjelasan dalam perbincangan sebelum ini, turut juga dibincangkan asas-asas yang
menjadikan beberapa teori terutama teori kemukaan Schechner dalam konteks
perbincangan perkaitannya terhadap falsafah dalam persembahan KK.

5.7.1 Perkaitan kehidupan Manusia Dalam Persembahan Kuda Kepang

Schechner melihat seni persembahan sebagai asas dalam kehidupan manusia


seharian. Konteks ini diperjelaskan melalui salah satu item dan premis tujuh konstruk
kipas yang dinyatakan oleh Schechner dalam teori persembahan beliau. Teoritis seni
persembahan yang dilihat sebagai kehidupan seharian ini jelas dapat diperhatikan
melalui tindakan bahkan juga dapat dilihat dari sudut estetik persembahan KK.

Dalam konteks kehidupan masyarakat, KK dianggap sebagai satu komponen


penghubung masyarakat. Hal ini dapat dilihat apabila permaianan KK akan dilakukan
setiap hujung minggu dan sejurus itu dapat mengumpulkan seluruh penduduk kampung
untuk berhimpun menyaksikan permainan tersebut. Dalam masa yang sama,
perhubungan antara penduduk kampung akan lebih terjalin dan sekaligus hubungan
silaturrahim antara individu sudah pasti terhasil.

Bukan itu sahaja, item-item yang digunakan dalam permainan KK misalnya


sajian menjadi satu perlambangan perpaduan dalam kehidupan masyarakt kampung
tersebut. Sajian ini bukan sahaja digunakan khas untuk penari bahkan untuk menjamu
kebanyakan masyarakat atau penonton yang hadir menyaksikan permainan KK. Dari
sudut estetik, kehidupan ini dilambangkan melalui perlambangan pola rantai dalam
94
permainan KK seperti pola sebaris, kepelbagaian dan perpaduan masyarakat melalui
perlambangan sembilan jenis barang dalam sajian (sajen).

5.7.2 Penyelesaian Masalah Dan Krisis Dalam Membentuk Ketamadunan Islam

Persembahan dianggap sebagai satu asas penyelesaian masalah dalam kehidupan


masyarakat. Begitulah pandangan Schechner (2003) yang memerihalkan beberapa
konstruk dalam teori kipas dan salah satu kemukaannya adalah perkara tersebut.
Persembahan KK bukan hanya dilihat sekadar permainan dan persembahan semata-
mata. Jika dilihat dari sudut kedatangannya ke Tanah Melayu, unsur yang dimainkan
adalah sebagai kaedah atau strategi dalam penyebaran agama Islam.

Seperti yang dibincangkan pada bab sebelum ini, tarian KK digunakan oleh
kumpulan Wali Songo sebagai aset untuk menyebarkan agama Islam. Masalah timbul
apabila kedatangan mereka dan Islam kurang mendapat sambutan oleh penduduk dan
masyarakat pada ketika itu kerana takut kepada kumpulan Wali ini. Dengan demikian
patung-patung yang dibuat seakan-akan kuda dan ditarikan menjadi satu komponen
bagi menarik minat dan mengelakkan rasa takut masyarakat untuk mendekati diri
mereka dalam kelompok Wali Songo tersebut.

Melalui tarian tersebut, KK terus berkembang seiring dengan perkembangan


Islam. Islam terus menapak dan memberi pengaruh yang meluas dalam konteks
kehidupan masyarakat sehingga membentuk ketamadunan yang jelas. Ketamadunan di
sini dilihat dalam konteks kehidupan masyarakat yang tidak lagi berpegang kepada
kepercayaan animisme, kehidupan yang lebih baik dan berpegang pada ajaran Islam.

Maka dengan yang demikian, jelaslah bahawa persembahan KK tersebut


menjadi asas penyelesaian masalah yang berlaku ketika dahulu. Masa kini,
persembahan KK juga memainkan peranan penting sebagai asas penyelesaian
masalah berkaitan dengan hubungan-hubungan masyarakat. Antaranya, KK menjadi
asas masyarakat untuk berhimpun dan menjalinkan hubungan antara individu. Tarian
KK juga digunakan oleh kementerian pengajian sebagai mengumpulkan kebanyakan
mahasiswa seluruh negeri dalam Pertandingan Kuda Kepang MAKUM. Antara lain
95
pertandingan itu menjelaskan bahawa setiap mahasiswa dan mahasisiwi dapat
berhubung dan mengeratkan hubungan antara satu dengan yang lain. Hal-hal ini
semua jelas menunjukkan bahawa persembahan KK ini menjadi satu initasi dalam
penyelesaian masalah.

5.7.3 Gambuh sebagai posibiliti Kepawangan.

Schechner turut menyatakan persembahan antara salah satu konstruknya adalah sifat-
sifat kepawangan (Shamanism). Graham Hervey (2002 :hal 3) dengan berdasarkan
Chambers 20th Century Dictionary (Kirkpatrick 1983) menyatakan bahawa pawang
(shaman) dianggap sebagi doktor yang bekerja dengan penuh kuasa-kuasa sihir,
manakala sifat kepawangan memerihalkan bahawa bangsa atau suku yang
kebiasaanya mempunyai penguasaan terhadap ilmu-ilmu sihir dan kuasa luar biasa.

Sifat kepawangan ini jelas dapat diperhatikan dalam sub proses persembahan
KK. Gambuh yang mempunyai ciri-ciri kepawangan ini memainkan peranan penting
bagi memastikan persembahan mahu pun permainan KK ini lengkap serta berkesan
dari mula hingga penghujung acara. Jika diperhatikan, gambuh perlu menguasai ilmu-
ilmu yang penuh seperti ilmu menyeru serta memanggil roh-roh leluhur untuk masuk ke
dalam badan penari dan ilmu mengembalikan penari atau pemain kepada individu
biasa dan tidak lagi mabuk.

Dalam konteks permainan KK, gambuh sebagai ketua utama yang bukan
sahaja berkepentingan menjaga penari bahkan turut menjaga kepentingan para
penonton semua. Hal ini dikukuhkan melalui jampi-jampinya yang menyatakan secara
jelas agar tuhan menjaga keselamatan semua individu yang terlibat dalam proses
permaianan KK. Misalnya, salah satu jampi yang dibaca oleh gambuh adalah:

Assalammualaikum, ya Nini Dhanyang, Kiki Dhanyang, seng manggoni


kawasan iki, aku jalok sawap pandangane yo, yo Allah, ya Allah, aku dikongkon
bukak gelanggan iki, biso podo selamat kabeh, wong seng main Jaran
Semberani iki, kabeh sak enengi, yo yo ya Allah, ya Allah.

96
(Mohd Kipli Abdul Rahman, 2009 hal 28)

` Ertinya:
Assalammualaikum, ya Nini Dhanyang, Kiki Dhanyang, yang tinggal di
kawasan ini, aku minta nasihat ya, ya ya Allah, ya Allah saya minta untuk
membuka gelanggang ini agar semuanya selamat, orang yang main
Jaran Semberani (kuda kepang) ini, semua seadanya ya, ya, ya Allah,
ya Allah.

Jelas disini kepentingan Gambuh adalah menyeluruh dan memerlukan


penguasaan ilmu yang banyak. Bagi mengendalikan permainan KK ia perlu melibatkan
ilmu-ilmu yang luar biasa yang dapat memanggil serta menghalau isem-isem yang
masuk dalam badan penari. Hal ini kerana permainan ini melibatkan dunia dua alam
antara manusia dan jin atau pun syaitan. Perkara ini dijelaskan oleh Wak Miskun
(2010) seperti berikut:

“Permainan kuda kepang adalah satu keadaan di mana manusia menguasai


syaitan. Manusia menjadi tuan kepada syaitan, iblis, mahupun jin. Jin mahupun
syaitan tersebut adalah hamba kepada manusia, boleh diseru untuk masuk ke
dalam jasad manusia dan turut boleh dikeluarkan sekiranya mahu” 36

(Miskun Karim, 2010)

Oleh demikian, ilmu-ilmu yang dimiliki oleh Gambuh ini memerihalkan secara
tuntas bahawa adanya sifat-sifat kepawangan yang perlu dalam persembahan KK. Sifat
ini menjadi satu aset yang berkepentingan bagi tujuan proses permainan KK menjadi
lengkap dan berkesan dari sudut kesurupan seperti yang dibincangkan dalam bab
sebelum ini.

36
Penjelasan berkaitan persembahan KK dalam Minggu Seni, Budaya dan Warisan di Universiti Malaysia
Sarawak pada 05-09 Oktober 2010.
97
5.7.4 Persembahan KK sebagai satu Majlis.

Schechner menyatakan persembahan sebagai satu majlis dan upacara. (2003


hal 1). Jika dilihat dalam konteks persembahan KK ia merupakan satu persembahan
yang memberi makna keramaian, perayaan serta meraikan dalam konteks kehidupan
masyarakat. Asas utama permainan KK adalah dai sudut fungsinya yang jelas
menunjukkan tujuan keramaian tersebut. Lazimnya, permainan kuda kepang ini adalah
untuk mengajak orang-orang kampung bersama meraikan dalam satu keadaan (majlis)
dengan tujuan menghubungkan serta mengeratkan ‘silaturrahim’ antara individu dalam
kelompok penduduk kampung.

Tambahan pula, adanya sajian atau dikenali sebagai ‘sajen’ yang turut
dihidangkan kepada para penonton yang hadir bersama semasa permainan KK. Dalam
perkahwinan masyarakat terutama masyarakat Johor, permainan kuda kepang sudah
menjadi keutamaan sebagai salah satu tentatif dalam meraikan raja sehari. Oleh
demikian, KK dijadikan sebagai satu asas persembahan yang digunakan sebagai
komponen-komponen dalam majlis keramaian berbentuk upacara masyarakat.

5.7.5 Persembahan KK sebagai satu proses Perkembangan Kesenian.

Permainan KK memerihalkan proses kesenian yang jelas dalam konteks


persembahan. Misalnya, terdapat proses kesenian yang lahir akibat perkembangan
serta penyesuaian terhadap keadaan masyarakat seperti seni yang lahir melalui ukiran
patung-patung kuda yang lebih unik dan mudah dalam penggunaanya, seni dalam prop
busana, serta proses dalam gerak pola rantai persembahan. Apabila sesuatu
persembahan itu berlaku, proses seni yang lahir akan terus berkembang dengan
menjadikan masyarakat sebagai satu agen perubahan. Perkara ini jelas melalui
perbandingan antara permainan KK pada asalnya dengan permainan KK pada masa
kini.

Permainan KK pada masa dahulu digunakan sebagai asas dalam mengeratkan


hubungan antara penduduk kampung. Tujuan asalnya adalah dikatakan sebagai
98
meluangkan masa untuk berehat dan bergembira melalui permainan KK yang
kebiasaanya dimainkan oleh golongan-golongan yang sudah berumur. Pemainnya
dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun.37 Berbeza dengan keadaan permainan KK
sekarang, yang menjadikan KK sebagai satu persembahan keramaian yang lebih
menguntungkan, dan juga tarikan pelancong. Penari pula kebiasaanya terdiri dari
golongan remaja yang lebih muda.

Perkembangan budaya dan keadaan persekitaran yang berubah menjadikan


permainan ini berkembang menjadi suatu kesenian yang tinggi nilainya kepada
masyarakat. Permainan ini sekarang terus dijadikan sebagai sumber pendapatan dan
ekonomi sesebuah kelompok komuniti sekaligus menjadikan ia sebagai satu kesenian
yang popular dalam kalangan masyarakat. Bukan itu sahaja, contoh utama di Negeri
Johor yang menjadikan identiti negeri ini dengan simbol KK dan mengenalkan dengan
lebih meluas tarian tersebut. Persembahan ini terus berkembang dalam menjadi satu
aset kesenian dalam negara.

5.7.6 Penari Kuda Kepang sebagai Puppet dan Gambuh Bomoh Sebagai ‘The Puppet
Players’

Melalui penjelasan dalam bab sebelum ini, penyataan “becoming a puppet” atau
menjadi suatu boneka telah dikukuhkan melalui kajian Felicia Hughes pada tahun 1999
berkaitan dengan kajian antropologi beliau terhadap struktur budaya dan masyarakat
khasnya dalam persembahan teater Wayang Wong. Usul dan perbicaraan dalam
pendekatan ini akan dikembangkan melalui kajian Felicia Hudges tersebut terhadap
hasil penemuan yang dapat menyaksikan dalam permainan KK manusia menjadi
“puppet” dengan merujuk kepada satu pendekatan individu yang dikuasai oleh individu
lain yang digelar sebagai pawang atau gambuh.

Boneka dalam konteks kajian ini akan melihat kepada satu unsur yang dapat
dikatakan sebagai patung yang dikawal oleh sesuatu bagi mencapai satu tahap yang
dikatakan sebagai upacara dan permainan. Konseptual Boneka tidak akan terhasil
sekiranya sesuatu persembahan tersebut tidak melibatkan perhubungan dengan

37
Hasil Temubual bersama Wak Sanub di Kampung Seri Bunian, Johor.
99
makhluk halus yang merujuk kepada pemujaan semangat-semangat atau jin mahupun
syaitan. Beberapa item diperjelaskan melalui pendekatan ini sebagai premis utama
mengapa individu dikatakan akan menjadi boneka dalam sesuatu persembahan.
Antaranya adalah:

(i) Kawalan: konteks ini memperlihatkan individu akan dikawal dari tahap mula
persembahan sehingga persembahan tamat.
(ii) Penonton: Sesuatu yang dikatakan sebagai permainan perlulah melibatkan
khalayak atau penonton yang melihat sesuatu persembahan atau permainan.
(iii) Shamanism, iaitu dengan merujuk adanya unsur-unsur kebatilan dan
kepercayaan melalui penguasaan gambuh yang akan melibatkan pemujaan roh
dan sebagainya.
(iv) Mabuk (trance), dengan merujuk individu sebagai boneka adalah dalam
keadaan separuh sedar atau tidak sedar (unconscious mind).

Berasaskan kepada persembahan KK, keempat-empat premis tersebut jelas


menjadi asas dalam permainan KK yang lengkap. Dalam konteks pendekatan ini,
sekiranya salah satu dari keempat premis tersebut tidak berlaku dalam sesuatu proses
persembahan, maka manusia atau individu yang terlibat sebagai peran atau watak
utama dalam persembahan ini tidak akan dianggap sebagai boneka. Setiap premis
tersebut mempunyai hubungan antara satu dengan yang lain. Hubungan ini dijelaskan
melalui gambarajah berikut.

PENONTON
A B

Gambuh Penari Mabuk


(Shamanism) Kawalan (Boneka)

C D
PENONTON

100
Rajah 5.4: Gambaran Posisi Empat Premis Pendekatan Boneka.

Hubung kait empat premis dalam permainan KK melalui pendekatan Boneka


dilihat berdasarkan rajah tersebut. Gambuh menjadi tampuk yang menjadikan individu
atau penari sebagai boneka. Hal ini kerana, gambuh merupakan ketua yang memiliki
ilmu-ilmu bagi memuja dan menyeru roh (isem) memasuki tubuh penari dan
membentuk penari tersebut sebagai satu boneka untuk tatapan umum (penonton).
Gambuh ini perlu memiliki sifat-sifat kepawanagan (Shamanism) yang
membolehkannya berhubung antara dua alam bagi memanggil isem dan mengawal
semangat-semangat tersebut dalam jasad manusia iaitu penari KK.

Gambuh akan mengawal dari permulaan permainan sehinggalah akhir


permainan KK iaitu dengan mengeluarkan kembali semangat-semangat atau isem yang
telah memasuki jasad penari. Penari yang dikawal oleh gambuh dari permulaan
sehingga akhir permainan KK dianggap sebagai boneka kerana dalam konteks ini
mereka melakukan apa sahaja tindakan luar biasa (keadaan mabuk) dengan asasnya
adalah bagi menarik minat serta persembahan kepada para penonton. Rutin ini
menjadikan gambuh sebagai pemain boneka (the puppet players) yang mengawal serta
membentuk segala tindakan penari KK melalui isem yuang diserunya.

Penari yang merupakan boneka tersebut bersifat lupa dan mabuk sehingga
boleh melakukan aktiviti-aktiviti di luar kemampuan manusia seperti memakan kaca dan
memanjat tiang lampu yang tinggi. Boneka secara asalnya adalah bertujuan memberi
kegembiraan kepada khalayak penonton. Demikian jugalah dalam permainan KK,
penonton akan lebih berminat apabila menyaksikan gelagat-gelagat ngeri yang
dilakukan oleh penari-penari KK ini.

Dalam aspek pendekatan ini, penonton tidak dianggap sebagai boneka kerana
gambuh tidak mengawal penonton. Maka, melalui rajah tersebut penonton bertindak
sebagai pemerhati yang hanya berada diluar lingkungan kotak A,B, C dan D. Namun,
penonton dianggap sebagai satu premis dalam pendekatan Boneka kerana sesuatu
yang digelar sebagai persembahan Boneka atau permainan Boneka dalam konteks
persembahan tidak akan terjadi tanpa penglibatan penonton sebagai pemerhati.

101
Jelaslah bahawa keempat-empat premis ini dinyatakan sebagai tanda aras
bahawa, permainan KK ini terkandungnya struktur Boneka yang lahir kepada
kebanyakan penari. Penari dalam konteks permainan KK tuntasnya adalah satu boneka
yang dikawal oleh Gambuh dengan tujuan asalnya adalah tatapan penonton. Unsur
mabuk dan lupa menjadi satu initasi menggambarkan keadaan dan sifat boneka
tersebut sebagai satu watak peran bagi menarik minat kebanyakan penonton. Dengan
demikianlah, keempat-empat premis dalam pendekatan boneka ini tidak boleh
ditinggalkan walaupun satu premis sekalipun.

102
KESIMPULAN

Secara jelas, falsafah yang terkandung dalam tari kuda kepang, mempunyai perkaitan
secara langsung dengan interaksi budaya dan seni terhadap fungsi-fungsi sosial. Hal
ini menjadi asas dalam objektif kajian melalui sejauh mana nilai (values) yang
terkandung dalam semiologi atau hukum-hukum tanda dalam persembahan KK
terhadap tindakan (actual) masyarakat sejak dahulu hingga dekad ini. Secara asasnya,
interaksi dan jalinan ini diperlihatkan sebagai salah satu struktur dalam teori yang
dinyatakan oleh Schechner yang menggambarkan seni persembahan itu sebagai satu
kehidupan yang menyeluruh. Begitu jugalah secara konteks dalam persembahan tari-
tari Melayu terutama dalam persembahan kuda kepang. Aplikasinya sebagai garapan
kepada kehidupan sosial berlaku dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang
seperti pendidikan dan budaya.

Kebudayaan sebagai satu komponen menyeluruh yang dinyatakan sebagai satu


abstrak yang mewakili ‘worldview’ atau sudut pandang dunia yang luas. Anologi yang
dihasilkan dalam terminologi budaya ini menggambarkan budaya itu sebagai satu yang
kompleks dan luas. Penjelasan ini menerangkan bahawa kebudayaan tersebut sebagai
satu yang kompleks yang melibatkan pengetahuan secara khusus dan sejagat,
tindakan serta perilaku, trend dan kebiasaan, estetik, peraturan serta simbol yang pada
asasnya adalah bertujuan sebagai satu asas kehidupan dalam seluruh anggota
masyarakat yang beinteraksi. Interaksi antara kebudayaan ini boleh dilihat dari segi dua
unsur iaitu dalam lingkungan sosial dan lingkungan fizik.38. Interaksi sosial tersebut
dijelaskan bahawa dalam sau keadaaan individu yang berhubung atau berinteraksi
dengan individu yang lain dalam keadaan yang bersemuka dan berjasad manakala
interaksi fizik diterangkan sebagai suatu interaksi yang sukar dan diperlihatkan sebagai
interaksi dunia lain misalnya interaksi bersama nenek moyang, atau semangat-
semangat isem seperti dalam persembahan kuda kepang.

38
Pembentangan Jalinan Budaya, Seni, Pendidikan Dan Sosial: Retrospektif Kuda Kepang di Kolokium
Kebangsaan Kuda Kepang, Universiti Sains Malaysia pada 20 Oktober 2010.
103
Unsur kebudayaan terbahagi kepada tujuh perkara utama39 iaitu:
(i) Sistem Kepercayaan.
(ii) Bahasa
(iii) Sistem Ekonomi
(iv) Sistem Sosial
(v) Ilmu Pengetahuan
(vi) Teknologi
(vii) Seni

Masyarakat bertamadun sekiranya berbudaya.40. Secara jelas apa yang


dinyatakan dalam kontekstual ini, budaya itu sebagai satu pemangkin dalam
ketamadunan, membentuk peradaban serta kemajuan fikiran, akal budi yang meliputi
cara seseorang individu berfikir dan bergelagat dalam sesuatu kelompok masyarakat.
Maka dengan itulah, istilah kebudayaan tersebut dapat diperihalkan sebagai satu
tingkat pengetahuan yang tinggi melalui perkembangan masyarakat dalam sesuatu
period. Jika tidak dengan yang demikian, tidak mustahil berlakunya ciptaaan dan hasil
nukilan puisi-puisi lama, kelahiran segala jurusan dan ilmu baharu oleh ahli-ahli falsafah
seperti Plato, Socrates dan lain-lain lagi serta perkembangan bidang yang utama
seperti kesusasteraan, ideologi dan keagamaan. Maka, budaya itu secara tuntas tidak
boleh disangkal bahawa ia sebagai satu asas yang memangkin kepada ketamadunan
sesuatu bangsa. Sebagaimana asas kebudayaan tersebut dapat dikaitkan dengan
peradaban dan ketamadunan dapat dilihat melalui, kebudayaan yang dapat dilihat
dalam cerminan seni, bahasa, sastera, aliran pemikiran, falsafah, dan bentuk-bentuk
persembahan ritual. Peradaban dan ketamadunan pula dapat dilihat melalui
pembentukan nilai dan budaya berpolitik, ekonomi, teknologi, pendidikan, perubatan
dan sebagainya.

Seperti sedia maklum, kebudayaan sebagai satu kehidupan seharian seperti


yang diperkatakan oleh Schechener (2003). Kebudayaan dalam konteks seharian ini
jelas dilihat melalui tindakan masyarakat sendiri sebagai satu dominan membentuk
budaya. Dalam konstruk kipas, dua asas utama yang jelas memberi kesan dalam
konteks ini adalah dari segi persembahan sebagai kehidupan seharian dan
39
Pembentangan Jalinan Budaya, Seni, Pendidikan Dan Sosial: Retrospektif Kuda Kepang di Kolokium
Kebangsaan Kuda Kepang, Universiti Sains Malaysia pada 20 Oktober 2010.
40
Ibid
104
penyelesaian krisis permasalahan. Hasil analisis KK ini, memperlihatkan masyarakat
awam sebagai satu komponen yang mempunyai peranan sebagai membentuk
kebudayaan. Melalui kebudayaan, segala sikap prejudis, salah faham dan ego setiap
individu dapat dielak bagi membentuk kehidupan masyarakat yang harmoni dalam
sesuatu penempatan. Hal ini kerana, kebudayaan yang dibentuk oleh anggota
masyarakat tadi akan cuba untuk membentuk komunikasi yang effektif dalam hidup
bermasyarakat, bahkan melalui kebudayaan secara jelas mereka akan lebih bersatu
dan berpadu (solidarity) dari asas peranan masyarakat awam yang dibentuk (civil
society). Begitulah sepertimana yang berlaku dalam persembahan KK. Persembahan
yang dijadikan di khalayak penduduk kampung masih mampu untuk menjadikan tradisi
budaya tersebut sebagai satu keadaaan berhimpun bersama-sama yang sekaligus
boleh memberi pengaruh dalam hubungan kelompok sesebuah masyarakat melalui
komunikasi berkesan seperti yang dinyatakan.

Kebudayaan yang jelas dalam perihal kajian ini adalah melalui kesenian KK
yang lahir dalam perkembangan kehidupan masyarakat. Kesenian pada dasarnya
terbentuk melalui ekspresi dari jiwa manusia yang diwujudkan dalam karya seni. Tema-
tema seni bersumberkan nilai-nilai agama yang terbentuk dalam peredaran dunia.
Segala yang lahir dalam bentuk kesenian kebanyakan didasari dengan konsep
ketuhanan yang melahirkan perasaan yang bermakna kepada manusia misalnya
ketenangan rohani, dan keharmonian masyarakat. Bukan itu sahaja, permainan KK
turut secara jelas menggambarkan adanya interaksi sosial yang menunjukkan secara
holistik perkaitannya dengan masyarakat.

Misalnya, menerusi permainan gamelan dalam permainan lengkap KK. Setiap


alat atau komponen dalam gamelan memiliki bentuk, fungsi dan teknik permainan yang
berbeza. Permainan gamelan tidak sahaja menuntut adanya kemampuan individu yang
kuat tetapi juga memerlukan interaksi kolektif yang mantap. Kordinasi antara seorang
pemain dengan yang lain adalah kunci terlaksananya sebuah persembahan gamelan.
Nilai-nilai ini sebenarnya terkandung dalam setiap kesenian tradisi di negara kita.
Namun, mungkin hanya akan menjadi sejarah dalam mana-mana transkripsi penulisan
sekiranya tidak disebarkan melalui komponen dan pihak tertentu dalam negara kita.

105
Secara dasar, penulisan ini telah membincangkan secara khusus berkaitan
dengan kewajaran hukum dalam permainan KK yang melihat secara langsung
hubungannya dengan masyarakat terutama masyarakat Islam di negara kita. Perkara
ini akan terus menjadikan KK sebagai satu sejarah yang mula pudar sekiranya tidak
diperluaskan pemahaman serta kepentingannya melalui pelbagai cara. Antaranya
adalah melalui karya penulisan dan pendidikan sejagat. Strategi ini memperlihatkan
setiap individu perlu terus mempertahankan seni dan budaya dengan apa cara
sekalipun. Pengharaman KK bukanlah sebagai satu penutup minda setiap individu. Ia
hanya mungkin mukadimah yang memerlukan individu perlu kepada kebijaksaan dan
kemukaan idea yang lebih kreatif.

“Seni dan budaya adalah dinamik. Generasi mendatang akan terus


melestarikan kesenian. Setiap cabaran, halangan dan kekangan yang ada akan
menjadikan individu itu lebih kreatif dalam menghasilkan karya seni. Dalam
konteks akademik, dinamik budaya dapat dilihat dari sudut ilmu dan pendidikan.
Dalam konteks teori pula, sudah pasti tiada konflik dalam
membincangkanannya.” 41

(Mohd Kipli Abd Rahman, 2010)

Karya seni yang lahir secara kolerasi ini akan membawa kepada impak yang
positif kepada masyarakat. Masyarakat akan mula sedar akan kepentingan seni dan
budaya yang sudah pasti melahirkan pelbagai inspirasi dan keutuhan dalam kehidupan
bermasyarakat. Begitu jugalah intipati dalam persembahan KK yang memberi pelbagai
initasi positif melalui perkaitannya dengan masyarakat. Persembahan KK mengangkat
kepentingan dan kehidupan masyarakat yang erat dan kukuh sebagai satu tujuan
utama. Oleh demikian, sewajarnya tindakan berkarya sudah semestinya merupakan
tindakan dan langkah yang jelas perlu diwujudkan sebagai usaha menjadikan bangsa
kita sebagai bangsa yang peduli, hormat dan memahami nilai keagamaan dalam
sesuatu budaya.

Dari sudut pendidikan pula, yang perlu dilakukan adalah dengan menjadikan
konteks dan perihalan nilai persembahan KK ini sebagai satu kontekstual pluralism bagi
kehidupan yang sejagat. Melalui pendidikan dengan berlandaskan nilai-nilai yang lahir
dari kesenian akan membentuk keperibadian yang luhur iaitu melalui pembelajaran

41
Pembentangan Jalinan Budaya, Seni, Pendidikan Dan Sosial: Retrospektif Kuda Kepang di Kolokium
Kebangsaan Kuda Kepang, Universiti Sains Malaysia pada 20 Oktober 2010.
106
nilai kerjasama, komunikasi kolektif, hormat dan sebagainya yang jelas menunjukkan
adanya nilai moral terkandung dalam persembahan KK ini. Jika pengenalan terhadap
seni persembahan ini perlu dalam pendidikan, maka seharusnya segala perkara yang
diperakukan dalam KK perlulah dijelaskan menyeluruh misalnya unsure-unsur
pengharaman dan kemaslahatan sejagat yang memberi keadaan ia adalah perlu untuk
diperjelaskan kerana khuatir sekiranya tidak dihuraikan boleh membawa kepada
murtad individu tertentu. Persembahan ini perlu dikembangkan agar tidak terus kaku
kerana perkembangannya sesuai dengan kehidupan dan sifat tersendiri persembahan
tersebut yang dinamik.

Jika unsur budaya dalam persembahan KK ini dikekalkan menerusi pendidikan,


maka sudah pasti ia dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Peranannya dalam
pendidikan dapat memupuk sifat kecintaan pada seni dan estetika. Sementara itu,
masyarakat akan mula cinta akan nilai-nilai keindahan dan sujurus itu, masyarakat tidak
akan mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menajdi aset penting dalam
pembangunan negara. Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada penyakit yang
menjurus kepada wabak sosial yang memberi kesan negatif terhadap pembangunan
negara.

Perihal perkaitan masyarakat yang jelas juga dapat diperhatikan melalui


pandangan dan rasional persembahan KK ini menerusi perbincangan dalam Bab lima
yang menjadikan segala aspek dan komponen dalam persembahan KK mempunyai
nilai falsafah tersendiri. Falsafah dan teori yang dikemukakan membawa kepada
kepentingan masyarakat serta perkaitan langsung dalam kehidupan seharian. Segala
yang dibentuk melalui pandangan dan persepsi persembahan KK menjadikan
masyarakat sebagai satu kelompok yang perlu kepada kehidupan yang perlu kepada
perhubungan yang berkesan. Perhubungan ini adalah dibentuk melalui perlaksanaan
persembahan KK dalam suatu kelompok komuniti yang berinteraksi secara kolektif.

Sehubungan dengan itu, segala hipotesis awal yang menyatakan bahawa


masyarakat dan persembahan KK mempunyai perkaitan adalah benar. Setiap falsafah
yang terkandung melalui konsep semiologi menjadi tunjang utama membuktikan
kebenaran ini. Persembahan KK yang dianggap sebagai satu kesenian mempunyai
hubungan simbolik dalam konteks sosial yang menjadikan manusia sebagai satu
107
kelompok integrasi apabila kefahaman dan ilmu berkenaan estetik dan falsafah
terkandung dalam persembahan KK berkembang. Perkaitan masyarakat ini dapat
dilihat menerusi aspek sosialisasi dalam KK yang menjadikan interaksi dalam
melahirkan masyarakat berfikir, berperanan serta berkelakuan positif. Interaksi ini
dibentuk melalui perkaitan bahawa manusia itu satu komponen budaya kerana manusia
hidup dengan jalinan makna-makna, falsafah, dan simbol yang dicipta melalui
firasatnya sendiri. Segala falsafah yang terkandung dalam persembahan KK ini akan
terus menjadi kriteria kehidupan masyarakat bagi tujuan mengekalkan keutuhan
sejagat terutama dalam kelompok komuniti masyarakat tersebut.

108

Anda mungkin juga menyukai