Anda di halaman 1dari 4

7.

Peranan Video Dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Perkembangan teknologi yang canggih mampu memberi kemudahan untuk mengakses


pelbagai maklumat sama ada berbentuk teks, grafik, audio atau video. Video merupakan
salah satu elemen dalam multimedia yang mampu membangun modal insan melalui paparan
maklumat berbentuk gambar yang bergerak. Bagaimanpun format video berubah mengikut
perkembangan teknologi itu sendiri. Bermula dengan filem diikuti pula dengan pita video,
cakera video dan kini klip video digital yang menggunakan perkakasan dan perisian
komputer. Walau apa sahaja formatnya, fungsinya masih sama terutama dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah.

Antara peranan video dalam PdP ialah:

1) Maklumat lebih realistik


Video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang lebih realistik
atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini mampu memberikan perasaan kepada
pelajar yang mana mereka seolah-olah berada dalam situasi atau keadaan yang
sebenar. Contohnya, guru hendak menerangkan proses letusan gunung berapi.
Maka penggunaan video adalah sesuai kerana ianya menyerupai keadaan sebenar
yang telah disunting agar sistematik dan mudah difahami.
2) Mampu merangsang pelbagai deria
Video merupakana satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain seperti
audio, grafik dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi
keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej kerana video bersifat dinamik dan
mampu meransang pelbagai deria seperti pendengaran dan penglihatan.
3) Memudahkan proses pengulangan
Menerusi penggunaan video, sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara
berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah. Sebagai contoh pengulangan
sesuatu proses boleh dipaparkan berulang-ulang agar murid dapat memahami
sesuatu proses dengan lebih baik.
4) Meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
Video mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan kerana ianya mampu meningkatkan kefahaman murid. Murid juga boleh
belajar secara individu atau kumpulan tanpa kehadiran guru.
5) Mampu meraih emosi dan mengubah sikap
Peranan video yang bersifat realistik mampu meraih emosi seseotang dengan lebih
mudah berbanding penggunaan imej yang bersifat statik. Contohnya tayangan video
peperangan yang realistik lebih cepat menyentuh perasaan murid sekaligu
mengubah sikap mereka.
6) Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan
Penggunaan video menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan kerana lazimnya
video pendidikan ada disediakan dalam laman sesawang dan guru-guru hanya perlu
memuat turun serta mengeditnya mengikut kesesuaian pembelajaran. Proses
pengajaran di dalam kelas juga menjadi lebih mudah kerana tayangan video boleh
disertakan dengan elemen-elemen imej, muzik dan suara latar untuk menarik
perhatian dan memberi penerangan kepada murid.
8. Peranan Power Point

Microsoft Power Point merupakan salah satu daripada perisian persembahan grafik yang
popular. Program ini dapat membantu guru-guru untuk menghasilkan persembahan slaid
yang menarik, sama ada pada skrin komputer atau pun dalam bentuk slaid transparensi.
Program ini juga menyediakan beberapa cara yang mudah untuk membina sesuatu
persembahan yang menarik untuk tujuan pendidikan. Guru bebas memilih kaedah yang
sesuai dengan objektif dan kemahiran mereka. Selain itu, perisian ini mudah dipelajari dan
dikendalikan. Antara lain juga, perisian ini mengandungi pelbagai elemen yang boleh
digunakan oleh guru seperti audio, grafik dan animasi. Unsur-unsur media yang terdapat
dalam perisian ini dapat menarik minat murid untuk mempelajari apa yang terkandung dalam
power point. Antara kelebihan lain perisian ini ialah:

a) Menyediakan jenis template yang konsisten dan kemas.

b) Menyediakan operasi yang mudah untuk mengorganisasikan kesemua elemen reka


bentuk, latar, warna, corak serta aturan perisian.

c) Menambah gambar atau objek ke dalam slaid yang disediakan bila-bila sahaja.

d) Dapat melahirkan animasi slaid.

e) Sesuai untuk membina kemahiran menulis pelajar terutamanya dalam merumuskan


karangan.
9. Peranan Media Interaktif

Kelbagaian kebolehan multimedia yang berikut mampu menampung kelemahan - kelemahan


yang terdapat di dalam pengajaran yang biasa :

a)Tahap interaktif yang tinggi.

Dengan komputer, perisian multimedia boleh diprogramkan supaya pelajar-pelajar dilibatkan


secara aktif dengan cara meilih berbagai menu yang disediakan atau menjawab soalan-
soalan tertentu.komputer akan bertindakbalas dengan memaparkan maklumat yang tertentu
berdasarkan apa yang dipilih atau ditaipkan oleh pelajar tersebut.

b)Pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar.

Perisian yang digunakan juga berkebolehan untuk melayan setiap individu berdasarkan
kebolehan pelajar. Pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran yang berbeza
berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Pelajar tersebut
perlulah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran tertentu sebelum dibenarkan
mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Pelajar berpeluang
untuk mengulangi sesuatu konsep atau isi pada bila-bila masa atau sebanyak mana
sekalipun, tanpa perlu merasa bimbang komputer akan merasa jemu untuk melayannya. Di
tambah dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa
bosan.

c) Pelajar mengawal sendiri pembelajarannya

Perisian multimedia yang bermutu tinggi seharusnya membenarkan pelajar mengawal kadar
dan aliran pelajaran yang hendak dipelajarinya. Juga pelajar perlulah dibenarkan untuk
"bermain" dengan melihat kesan perubahan tersebut. Ini juga dikenali sebagai simulasi
komputer.

d) Menarik dan mengekalkan minat terhadap pelajaran.

Perisian pendidikan multimedia menggabungjalinkan elemen-elemen seperti teks, grafik,


animasi, bunyi, dan video sebagai ransangan bagi menarik perhatian dan minat pelajar
terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Pendekatan yang berunsur permainan mampu
menggalakkan pelajar untuk terus menggunakan perisian pendidikan itu disamping
mengekalkan minat pelajar terhadap isi pelajaran yang dipelajari.
Walaupun penggunaan perisian yang baik dalam proses p&p akan memberi impak kepada
pelajar di dalam menguasai sesuatu isi pelajaran tetapi ia bukanlah jawapan untuk
menguasai semua masalah yang dihadapi di dalam kelas. Komputer tidak mungkin dapat
menggantikan "guru yang baik" tetapi digunakan sabagai alat yang membantu guru dalam
menyampaikan pengajarannya secara berkesan.
10. Perbezaan Model ASSURE dan Model ADDIE

MODEL ASSURE MODEL ADDIE

Heinich, Molanda, Russell (1989) PENGASAS Rosset (1987)

Untuk menyediakan panduan DEFINISI Ada satu model desain pembelajaran


merancang dan mengendalikan yang lebih sifatnya lebih generik iaitu
pengajaran yang memerlukan mode
penggunaan media

6 langkah PERINGKAT 5 langkah

- Berskala kecil dan lebih tertumpu FOKUS - Asas kepada model reka
kepada perancangan pengajaran bentuk berarahan yang lain
bilik darjah menjadi pedoman dalam
- Boleh dijadikan panduan untuk membangun peringkat dan
merancang penggunaan media infrastruktur program
dalam pengajaran pelatihan yang efektif, dinamis
dan mendukung kinerja
pelatihan itu sendiri

MODEL ASSURE MODEL ADDIE

A : Analyse learner JENIS A : Analysis


PERINGKAT
S : State objective D : Design

S : Select method, media & D : Development


materials
I : Implementation
U : Utilise media & materials
E : Evaluation
R : Require learner response

E : Evaluate & revise materials

Anda mungkin juga menyukai