Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN

TEKS PENGACARA MAJLIS


“KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI”
SEMPENA PERSARAAN TN. HJ. MD. YUSUF BIN ALANG AHMAD

(SURAHATUL)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mohon para hadirin berdiri untuk menyambut ketibaan Yang Diraikan ke dalam dewan.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn Hj Md Yusuf Bin Alang Ahmad dan isteri, Pn. Hjh. Nareeta Bt.
Mohd. Hashim, Pn. Noranida Bt Ahmad, pengetua SMK Kampar dengan diiringi oleh dif-dif kehormat masuk ke
dalam dewan.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna. Kami bawakan kpd anda
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan Tn Hj Md Yusuf Bin Alang Ahmad.

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berusaha Pn Noranida Bt Ahmad, Pengetua SMK Kampar.


Yang Dihormati En. Azmi Bin Mat Saad, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kampar
Yang Dihormati En Yaakob Bin Noh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampar
Yang Dihormati En. Hardave Singh A/L Tanah Singh, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampar
Yang Diraikan Tn Hj Md Yusuf Bin Alang Ahmad dan isteri Pn. Hjh. Nareeta Bt. Mohd. Hashim
Guru-guru kanan, guru-guru
seterusnya murid-murid yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan , Tn Hj Md Yusuf Bin Alang Ahmad

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

(AZHARI)
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Ustaz Khairul Anwar Bin Yusuf. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Khairul Anwar atas
bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang
Diraikan Tn. Hj. Md Yusf Bin Alang Ahmad sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak langkah
Selagi hayat di kandung badan

(SURAHATUL)
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian
Sekarang, marilah sama-sama kita saksikan satu tayangan montaj berjudul “KENANGAN MESRA LALU”
sempena persaraan yang diraikan Tn Hj Md Yusuf Bin Alang Ahmad.

Demikian tadi, tayangan montaj sempena persaraan yang diraikan. Tayangan montaj itu tadi telah
disediakan oleh En. Muhd. Zamhari Bin Ismail, guru bestari SMK Kampar. Mudah-mudahan persembahan
tersebut dapat memberikan sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua. Majlis
mengucapkan terima kasih.
(AZHARI)
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan dengan segala hormatnya, yang dirai, Tn Hj
Md Yusuf Bin Alang Ahmad serta isteri Pn. Hjh. Nareeta Bt. Mohd. Hashim untuk naik ke pentas.
Dipersilakan….

(SURAHATUL)
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil murid. Justeru itu majlis mempersilakan Sdra. Lee
Yong Kang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan……….
Terima kasih diucapkan kepada Sdra Lee Yong Kang atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

(AZHARI)
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan yang berusaha Pn Noranida Bt Ahmad, pengetua SMK
Kampar untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Pn Noranida Bt Ahmad, pengetua SMK Kampar atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

(SURAHTUL)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan di dalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

(Biodata Tn Hj Md Yusuf Bin Alang Ahmad)

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan berupa ucapan daripada Yang Diraikan Tuan Haji
Md. Yusuf Bin Alang Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Md. Yusuf Bin Alang Ahmad atas ucapan itu tadi.
(AZHARI)
Jung belayar ke Pulau Rupat
Berlayarnya pula di pagi hari
Tepung tawar upacara adat
Membawa berkah redha illahi

Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn. Noranida Bt Ahmad,pengetua SMK Kampar,


En Azmi Bin Mat Saat, PK Pentadbiran, , En Yaakob Bin Noh PK HEM dan
En Hardave Singh a/l Tanah Singh PK Kokurikulum untuk menyempurnakan upacara
menepung tawar dan seterusnya penyampaian sedikit cenderahati buat Pn. Hjh. Nareeta Bt
Mohd Hashim.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

(SURAHATUL)
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan beberapa persembahan
drpd para pelajar SMK Kampar.
Persembahan pertama berupa nyanyian drpd Aiman (ting. 3A).
Tajuk lagu : Kau Ilhamku & Semua Tentang Kita

Persembahan kedua berupa tarian gerak tangan oleh PBSM.


Tajuk tarian: With You By My Side

Persembahan ketiga merupakan sebuah tarian medley oleh pelajar ting. 3


Tajuk tarian : ………………………………………………………………………………………………….

dan persembahan yang keempat berupa nyanyian nasyid oleh kumpulan nasyid SMK Kampar
Tajuk lagu nasyid : Guru Azimat & Doa Perpisahan
Sama-sama kita saksikan. Semoga anda terhibur.

Terima kasih diucapkan atas semua persembahan itu tadi.


(AZHARI)
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil persaraan sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad.

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan kepada Puan Noranida Bt
Ahmad untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Md Yusuf Bin Alang Ahmad untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada kelas dan pelajar

Dipersilakan wakil daripada tingkatan Peralihan, 1A, 1B, 1C, 1D, 2A, 2B, 2C, 3A, 3B, 3C, 4A, 4B, 4C, 4D, 5A,
5B, 5C dan 5D.
dan pelajar……………………………………………………………………………………………………
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar.

Seterusnya dijemput guru-guru yang ingin menyampaikan cenderamata. Dipersilakan


………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada guru-guru.

(SURAHATUL)
Majlis seterusnya mempersilakan Pengerusi MGK SMK Kampar En. Ong Soo Wei untuk menyampaikan
cenderamata kepada yang diraikan Tn Hj Yusuf Bin Alang Ahmad.
Terima kasih diucapkan kepada En Ong Soo Wei, Pengerusi MGK SMK Kampar

(AZHARI)
Majlis sekarang menjemput Pn Noranida Bt Ahmad Pengetua SMK Kampar sekali lagi untuk
menyampaikan sijil serta plak persaraan kepada yang diraikan Tn Hj. Md. Yusuf Bin Alang Ahmad.
Dipersilakan…..
Demikianlah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan buat Yang Diraikan
Tn Hj. Md. Yusuf Bin Alang Ahmad
Terima kasih diucapkan.

(SURAHATUL)
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasinya.
(AZHARI)
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

(SURAHATUL)
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan Tuan Haji Md Yusuf
Bin Alang Ahmad

Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram pagi yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

Cikgu Yusuf panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
Tiga dekad begitulah lamanya

Dari muda hingga berusia


Menjalankan tugas dengan setia
Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Yusuf kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Sudah biasa kita dengari


patah tumbuh hilang berganti
namun tak sama guru yang ini
Tak mungkin ada galang ganti
Kenangan manis kekal selamanya
Jasamu cikgu tak mungkin dilupa
Pemergianmu cikgu kami redha
Sudah suratan berpisah akhirnya

Sampai di sini seloka kami


Tidak berakhir hubungan ini
Silaturahim terus terpatri
Biarpun cikgu Yusuf tiada di sisi

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma

Semoga cikgu Yusuf sihat sejahtera


Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.
Kalau tadi kami berseloka, kini kami nak bergurindam pula. Dengar ye!

(Gurindam) - AZHARI
JEJAK DI PASIR HILANG DEK OMBAK
JEJAK DI DENAI HILANG DEK HUJAN

KENANGAN MANIS HILANG DEK WAKTU


DENDAM DI HATI HILANG DEK RINDU

GAMBAR FOTO KEKAL SEPANJANG HAYAT


MARILAH KITA AMBIL GAMBAR BERAMAI-RAMAI

(SURAHATUL)

Sekarang tibalah masanya untuk sesi bergambar. Untuk itu, saya serahkan kepada
jawatankuasa yang berkenaan. Silakan.
Selepas sesi bergambar ini akan diadakan pula sesi bersalam-salaman. Semua guru
dikehendaki berbaris di luar dewan dan diikuti oleh pelajar-pelajar hingga ke kantin.

Perarakan keluar dewan Yg diraikan Tn Hj. Md. Yusuf Bin Alang Ahamd dan isteri serta dif-
dif kehormat

Dengan itu sampailah sudah sampai kita ke penghujung majlis, kami selaku pengacara ingin memohon
ribuan kemaafan andaikata ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

(AZHARI)
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai