Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS MASALAH ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menguruskan masalah-masalah etika lebih sukar dibuat apabila seseorang itu terlibat
secara langsung dalam situasi berkenaan. Pilihan yang dibuat mestilah seimbang antara pros
dan cons supaya dapat memuaskan hati semua pihak. Bagi masalah etika yang berlaku dalam
organisasi pula, sebarang keputusan yang diambil perlu seimbang dengan prestasi ekonomi dan
prestasi sosialnya. Penyelesaian dilema etika dalam pengurusan ini boleh dicapai melalui tiga
kaedah analisis iaitu analisis ekonomi, analisis undang-undang dan analisis etika. Penulis akan
mengaplikasikan masalah yang dialami dengan ketiga-tiga analisis tersebut. Penghuraian
setiap analisis adalah seperti berikut:

Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia
merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi sesebuah
organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud. Jadi, bagaimanakah
caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh mencapainya melalui tiga kaedah
analisis yang relevan bagi menyelesaikan dilema etika dalam pengurusan.

Analisis Ekonomi

Kita boleh melihat masalah etika dari sudut pendekatan mikroekonomi; iaitu dengan
bergantung kepada kuasa-kuasa pasaran yang bersifat bukan peribadi untuk memutuskan
antara prestasi ekonomi dan sosial. Adalah tidak menyenangkan jika para pekerja hilang
pekerjaan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Walau
bagaimanapun, terdapat pasaran buruh di mana pekerja boleh diambil bekerja semula dengan
syarat mereka sanggup menyesuaikan permintaan ganjaran mereka dengan keadaan pasaran.
Kepercayaan dasar kaedah ini adalah bahawa sebuah ekonomi pasaran itu mempunyai jumlah
sumber yang terhad. Apabila pengguna dibekalkan barangan berkualiti paling tinggi pada kos
yang paling rendah, maka sumber-sumber telah digunakan dengan paling cekap serta berkesan.

Analisis Undang-Undang

Kita boleh juga melihat masalah etika melalui pendekatan rangka kerja undang-undang;
iaitu bergantung kepada kuasa-kuasa sosial yang bersifat bukan-peribadi untuk menentukan
yang mana „betul dan „salah. Pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang memang tidak
menyenangkan, tetapi masyarakat tidak pernah merasakan bahawa ia begitu memudaratkan
orang-orang yang terlibat sehingga memerlukan suatu undang-undang untuk mencegahnya.
Sekiranya ia menjadi satu masalah besar, undang-undang boleh dibentuk untuk menangani
situasi tersebut. Kepercayaan yang menjadi dasar kaedah ini ialah bahawa sebuah masyarakat
berdemokrasi boleh menubuhkan peraturannya sendiri. Jika orang-orang dan organisasi
mematuhi peraturannya, anggota masyarakat berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil
yang mungkin.

Analisis Etika

Kita boleh melihat masalah etika menggunakan struktur falsafah normatif; iaitu
bergantung kepada prinsip-prinsip asas untuk memutuskan antara „betul dan „salah. Kita boleh
mengira „kebaikan terbanyak untuk golongan terbanyak dan menggunakannya sebagai dasar
keputusan apabila pengurangan tenaga kerja dan penutupan kilang berlaku. Kepercayaan
dasarnya adalah jika semua lelaki dan wanita yang rasional dalam sesebuah masyarakat
bertindak atas prinsip kemurahan hati atau sifat konsisten yang sama, maka anggota masyarakat
berkenaan akan mendapat perhatian seberapa adil yang mungkin. Kod Etika ialah peraturan
yang menegaskan apa yang benar dana pa yang salah berkenaan adab dan tingkah laku manusi.
Setiap organisasi mempunyai kod etika masing-masing yang perlu dipatuhi oleh semua
kakitangan. Sebarang perbuatan yang melanggar kod etika merupakan salah laku etika dan
akan dikenakan tindakan tatatertib.

Anda mungkin juga menyukai