Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
NO K/P : 980413-04-5351
NO TEL : 019-4963919
ANGKA GILIRAN :
E-MAIL : MIRZAMASAUD@GMAIL.COM
1
KANDUNGAN
Perkara Bil.
Biodata 1
Kandungan 2
Penghargaan 3
Refleksi 8
Rujukan 9
Lampiran 10
2
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga
yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya
saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih
3
TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK
4
faktor kewangan keluarganya yang menghalang ibu bapanya menyediakan penjagaan
kesihatan yang lengkap. Tetapi bapanya merupakan seorang nelayan yang boleh
membekalkan ikan segar setiap hari. Nilai kandungan gizi pada ikan terdapat kandungan
asam lemak omega-6 yang tinggi dan zat ini sangat membantu perkembangan otak kanak-
kanak (Suryani, 2006).
Santrock (2014) ada menyatakan faktor persekitaran juga merujuk kepada faktor
persekitaran sosial iaitu melibatkan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, budaya
dan media. Wong Kiet Wah et al. (2014) ada menyatakan bahawa sejauhmana curahan kasih
sayang dan penggunaan masa berkualiti oleh ibu bapa kepada anak-anak menentukan
perkembangan kognitif yang sihat. Jika dilihat pada kes Medina, dia mendapat kasih sayang
yang secukupnya tetapi kesibukan bekerja ibu bapanya menjadi penghalang untuk mereka
meluangkan masa bersama-sama. Dari sini dapat dilihat faktor Medina kurang berinteraksi
menyebabkan dia kurang kemahiran berbahasa dan bersosial. Namun begitu, perkembangan
kognitif Medina dipengaruhi oleh media iaitu dia kerap menggunakan gajet dan internet untuk
mengulang kaji pelajaran dan hal ini menyebabkan perkembangan kognitif Medina tidak
mengetengahkan kemahiran untuk bertutur sebaliknya menjadikannya seorang yang
berpengetahuan luas. Situasi yang berbeza dapat dilihat pada Shafiqa iaitu dia mempunyai
ibu iaitu seorang suri rumah sepenuh masa. Oleh itu, ibunya mampu memberikan sepenuh
perhatian kepada Shafiqa dengan memberi galakan untuk belajar malah dia juga mengajar
adik-adiknya. Hal ini telah mengembangkan kognitif Shafiqa yang menfokuskan kemahiran
bertutur dan bersosial yang sangat baik sehingga membantu Shafiqa yakin untuk berhadapan
dengan khalayak.
Komunikasi terawal bermula semasa peringkat pranatal dan kemudian pada peringkat
bayi. Menurut Boyd dan Bee (2012), isyarat dan ekspresi muka yang dilihat dan ditiru oleh
bayi dapat membantu mempercepat proses perkembangan Bahasa pada peringkat ini. Jika
dilihat pada situasi Shafiqa ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa oleh itu interaksi
antara ibunya dengannya semasa bayi boleh dikatakan kerap begitu juga Medina yang juga
5
biberi perhatian semasa bayi. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa Shafiqa dan Medina
mempunyai kemahiran Bahasa ekspresi dan resepsi yang baik semasa peringkat bayi.
Mereka juga sudah menguasai kemahiran mendengar pada peringkat ini.
Seterusnya perkembangan bahasa selepas umur 8 tahun, jika dilihat pada kes mereka
dimana Medina dan Shafiqa berada di sekolah rendah. Shafiqa merupakan seorang yang aktif
dalam pertandingan bercerita. Menurut Teori Pemerolehan bahasa Behavioris, peneguhan
oleh guru dan ibu bapa memberi penekanan kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan
sistem bunyi. Menurut Vygotsky (1986), orang dewasa mampu mengubah corak interaksi dan
intonasi kanak-kanak. Oleh itu, kemahiran bercerita yang memerlukan aspek bahasa diatas
mudah dipelajari oleh Shafiqa yang membolehkannya bercerita melalui interaksinya dengan
kawan-kawan, ibu bapa dan guru. Sebaliknya, Medina tidak suka bergaul di sekolah kerana
dia kurang kemahiran bersosial dan kurang keyakinan untuk berinteraksi dengan orang lain
kerana menurut Teori Pemerolehan Bahasa Nativis, Lenneberg (1957), Jika tempoh masa
pengusaan bahasa kritikal iaitu satu hingga lima tahun terlangkau, maka perkembangan
bahasa terjejas dan perkara inilah yang berlaku pada Medina pada peringkat sekolah rendah.
Selain itu, untuk perkembangan bahasa selepas umur 13 tahun iaitu peringkat sekolah
menengah, Teori Pemerolehan Bahasa Nativis menyatakan bahawa remaja tidak lagi
menguasai pemerolehan bahasa secara pemerolehan tetapi melalui proses pembelajaran.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa perkembangan bahasa mereka berdua akan berkembang
semasa di sekolah menengah.
6
Seterusnya, bagi perkembangan sosioemosi kanak-kanak, peringkat pertama bermula
pada umur 0 hingga 2 tahun. Menurut Teori perkembangan Sosioemosi Erik Erikson, dua
peringkat berlaku iaitu peringkat lawan tidak percaya dan autonomi lawan rasa malu. Jika
dilihat pada situasi kedua-dua kanak-kanak tersebut, perkembangan sosioemosi Shafiqa
pada peringkat ini sangat baik kerana dia mendapat perhatian secukupnya daripada ibunya
Menurut Wong Kit Wah et al. (2014), perasaan percaya pada persekitaran dan sekeliling
wujud sekiranya bayi mendapat penjagaan yang baik terutamanya ibu dan berlaku sebaliknya
jika tidak mendapat penjagaan yang baik. Bagi Medina, penjagaan yang tidak stabil dimana
kurang masa bersama ibunya semasa kecil menyebabkan dia gagal membentuk rasa percaya
pada dirinya dan dia mengakibatkannya berasa tidak yakin dengan kebolehan yang ada.
Fasa kedua perkembangan sosioemosi iaitu bermula pada umur 2 tahun hingga 6
tahun. Peringkat tiga iaitu iniaitif lawan bersalah berlaku pada peringkat ini menurut Teori
Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson. Pada peringkat ini, perkembangan emosi Medina
dalam keadaan baik kerana dia merupakan anak tunggal dan ibu bapanya selalu memberikan
yang terbaik buatnya. Malah, Medina mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapanya
kerana dia tiada adik beradik. Perkembangan emosi Shafiqa pula tidak begitu baik kerana
keadaan ekonomi keluarganya yang rendah menyebabkan dia tidak dapat apa yang diingini
malah dia juga mempunyai adik beradik dimana dia mudah berasa cemburu kerana tidak
mendapat sepenuh perhatian. Bagi perkembangan sosial pula, keinginan sosial pada
peringkat ini meningkat dimana pada kes Shafiqa perkembangan sosialnya sangat baik
kerana dia disenangi rakan-rakan dan membantu adik-adiknya dalam pelajaran. Situasi
Medina menunjukkan perkembangan emosi yang tidak baik kerana dia merupakan seorang
yang pendiam dan suka menyendiri.
7
REFLEKSI
Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, apa
yang dapat saya gambarkan ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada
dari segi masa serta sumber rujukan. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah,
saya dapat memahami cara untuk melaksanakan kerja kursus ini dan ia memudahkan saya
untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sebagai contoh, sebelum ini,
pemahaman saya mengenai teori-teori perkembangan kanak-kanak adalah agak kurang.
Namun, setelah melaksanakan kerja kursus ini, saya kini dapat memahai dengan baik teori-
teori tersebut.
Selain itu, sebelum ini, kemahiran berkomunikasi saya agak kurang namun, setelah
melaksanakan kerja kursus subjek Pendidikan Awal Kanak-kanak ini, saya dapat menguasai
kemahiran tersebut dengan baik. Semasa melaksanakan kerja kursus ini juga, saya dapat
menguasai komunikasi lisan dengan baik dan berkesan semasa berbincang dan bertukar-
tukar pendapat dengan rakan-rakan sekelas dan ini merupakan salah satu perkara yang harus
saya banggakan.
Setelah melaksanakan kerja kursus ini, lebih yakin dan lebih mengingati topik- topik
dan teori-teori yang dibincangkan semasa kuliah berlangsung kerana saya dapat
melaksanakan dan mengaplikasikan teori yang saya pelajari dalam penulisan saya. Saya juga
telah mempelajari erti kesabaran semasa menyiapkan kerja kursus ini terutamanya ketika
saya mencari bahan-bahan rujukan dan idea bagi melengkapkan tugasan yang diberi ini.
Akhir kata, saya amat bersyukur kepada Tuhan, kepada pensyarah yang tidak pernah
bosan membimbing saya, dan kepada rakan-rakan yang selalu membantu dalam memberikan
pendapat dan pandangan dalam melaksanakan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun
banyak halangan yang saya hadapi kerana halangan itulah yang membina saya untuk terus
bersemangat dalam menyiapkan kerja kursus ini
8
RUJUKAN
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis, Rafidah Ruhani (2016). Perkembangan Kanak-kanak.
Bee, H. & Boyd, D. (2010). The Developing Child (12th ed.). Boston: Allyn & Bacon
Fadzilah Amzah & Nor Hashimah Hashim (2009). Perkembangan Bahasa Peringkat Awal
Kanak-kanak. Selangor: Penerbit Universiti Sains Malaysia.