Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR GAJAH 1

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

TARIKH : 23 FEBRUARI 2019


HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SKAG 1

ANJURAN BERSAMA :
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
JK KECEMERLANGAN
SK ALOR GAJAH 1
KERTAS KERJA
PROGRAM PERJUMPAAN DAN AKUJANJI
IBU BAPA / PENJAGA DAN MURID-MURID TAHUN ENAM 2019

1.0 PENDAHULUAN

Program Perjumpaan Ibu bapa dan Akujanji Ibu bapa/ Penjaga serta Murid-
murid Tahun Enam ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan dan
kesedaran kepada ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 agar lebih peka serta prihatin
dan bertanggungjawab terhadap prestasi akademik anak-anak mereka tanpa
mengabaikan aspek sahsiah.
Mereka juga sangat diharapkan dapat berganding bahu dengan pihak
sekolah dalam usaha untuk melonjakkan pencapaian akademik anak-anak mereka
menjelang peperiksaan UPSR nanti.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada ibu bapa / penjaga dan murid-murid Tahun 6
tentang pelbagai program yang dirancang oleh pihak sekolah demi meningkatkan
kecemerlangan akademik.
2.2 Mewujudkan semangat muafakat antara ibu bapa, penjaga dengan pihak sekolah.
2.3 Membentuk sahsiah terpuji anak-anak agar sentiasa menghormati ibu bapa,
penjaga dan guru-guru mereka.
2.4 Memupuk rasa menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru-
guru demi anak-anak.
2.5 Melahirkan kesedaran dalam kalangan murid-murid untuk berusaha bersungguh-
sungguh demi mencapai kejayaan.
3.0 RASIONAL

Perkembangan akademik dan sahsiah murid-murid dipengaruhi oleh banyak


perkara sama ada faktor persekitaran mahupun keluarga. Murid-murid Tahun 6 yang
sedang berada pada fasa awal remaja mengalami banyak perubahan yang besar pada
diri mereka. Perubahan yang berlau ini memberi kesan kepada mental, emosi dan
fizikal mereka. Justeru itu, sebagai usaha kolaboratif yang melibatkan pihak sekolah
dengan ibu bapa serta penjaga adalah sangat penting dijalinkan hubungan erat demi
membantu murid-murid ini berkembang dengan positif seterusnya mencapai
kecemerlangan yang diharapkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 6 SK Alor Gajah 1
Ibu bapa / penjaga murid Tahun 6 SK Alor Gajah 1

5.0 JANGKA MASA


Selama sehari bermula jam 8.00 hingga 10.30 pagi

6.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 23 Februari 2019
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan SKAG 1
7.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

 Perbincangan dengan JK Kecemerlangan dan pihak pentadbir


 Penyediaan Kertas Kerja
 Program dilaksana oleh guru-guru yang terlibat sebagai AJK Kerja Program
 Pemantauan oleh barisan pentadbir sekolah
 Kerjasama dan komitmen guru-guru serta murid-murid yang terlibat amat
penting bagi menjayakan program yang dirancang.

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Roshayati bt. Abd. Rahim - Guru Besar


Timbalan Pengerusi : En. Saharom b. Othman - GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 : En. Muhammad Hamka b. Dollah- GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2 : En. Muhammad b. Leman - GPK Kokurikulum
Penyelaras : Pn. Norpidah bt. Idris - Penyelaras Tahun 6
Setiausaha : En. Mohd Azmi b. Abdul Wahid - Guru Bimbingan
Pen. Setiausaha : Cik Rosni bt. Aji - SU JK Kecemerlangan

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

PENDAFTARAN SIARAYA/LCD/BACKDROP
En. Hairoldin Rahim b. Taya (Sarana) En. Zahari b. Mat Ali
6 UTM - Pn. Nur Nadia bt. Ibrahim En. Ahmad Azhari Abd Rahani
6 UKM – Pn. Kalaivany A/P Balakrishnan
6 UPM – Pn. Salmah bt. Wahab BROSUR
6 USM - Cik Yavaneshvari A/P Gopal Pn. Faizah bt. Wahid
Pn. Nor Azima bt. Abd Azis
JURUACARA MAJLIS PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM)
En. Ramli b. Bidin En. Mohd Azahar b. Mohd Khalid
En. Mohd Azmi b. Mastuki En. Nik Ahmad Izanie b. Roslam
En. Mohd Izam b. Abu
BACAAN DOA Pn. Norliza Bt. Khalil
Ustaz Mohd Khalid b. Mohd Isa Pn. Norlia bt. Mat Dahari
Pn. Farizan bt. Sulaiman
FOTOGRAFI Pn. Norhayati
Pn. Marina bt. Abu Bakar Dibantu pekerja sekolah
Pn. Nik Noor Mizan bt. Hassan
PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS)
DOKUMENTASI En. Nor Zahid b. Musa
En. Mohd Azmi b. Abdul Wahid En. Azman b. Che Haron
Pn. Nurzilawati bt. Md. Zin En. Mohd Najib b. Abd Razak
Pn. Ruzimah bt. Abd Karim
CENDERAHATI PENCERAMAH Cik Nur Farah Adiba Badrul Hisyam
Cik Rosni bt. Aji Pn. Noraziah bt. Ramli
Pn. Nur Nadia bt Ibrahim Pn. Norain bt. Idris
Dibantu pekerja sekolah
MAKANAN IBU BAPA / MURID
Pn. Siti Zainon bt. Saleh@Saran DISIPLIN/KAWALAN MURID
Pn. Azilawati bt. Omar Pn. Norpidah bt. Idris
Pn. Latipah bt. Mahadi Pn. Faridah Akmal bt. Salleh
Pn. Siti Hajar bt. Ahmad Pn. Norlela bt. Abdul
Pn. Siti Suhaila bt. Supian En. Manohar A/L Sadanandan
Pn. Siti Suhailla bt. Ahmad
Pn. Norlizah bt. Suib MAKANAN VIP
Pn. Shaheezam bt. Safie Pn. Maria bt. Abd. Malek
Cik Zubaidah bt. Hussin
Pn. Siti Nor Rohaya Abd. Razak
9.0 TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi : Pendaftaran
: Ibu bapa/ Penjaga dan murid-murid mengambil tempat
8.00 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
8.25 pagi : Bacaan Doa
8.30 pagi : Ucapan Aluan Pn. Roshayati bt. Abd. Rahim - Guru Besar
SK Alor Gajah 1
: Ucapan Perasmian En. Mohd Nazri bin Kassim - YDP PIBG
SK Alor Gajah 1
8.45 pagi : Ceramah Keibubapaan oleh Tn. Hj. Abu Bakar bin Awang,
Pegawai SIP+, Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah.
10.15 pagi: Akujanji Ibu bapa dan Murid
: Penyampaian Cenderahati Penceramah
10.30 pagi: Jamuan Ringan / Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) SUMBER
KEWANGAN

1 Makan dan minum ibu 117 orang X RM 2.00 RM 234.00 PIBG


bapa/penjaga
2 Makan dan minum 117 orang x RM 2.00 RM 234.00 PIBG
murid
3 Cenderahati Penceramah 1 orang RM 200.00 Kecemerlangan
DG 54 Tahun 6

JUMLAH KESELURUHAN RM 668.00


11.0 PENUTUP

Semoga dengan pelaksanaan ini dapat membantu meningkatkan


perkembangan potensi diri murid-murid serta berjaya membantuk diri mereka
sebagai generasi yang cemerlang dalam aspek akademik dan sahsiah dengan
didikan terbaik ibu bapa dan persepakatan bersama pihak sekolah. Besarlah
harapan agar program ini berjaya mencapai maltamat dan objektifnya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………………….. ………………………………………
(EN. MOHD AZMI B. ABDUL WAHID) (EN. SAHAROM BIN OTHMAN)
Guru Bimbingan & Kaunseling, GPK Pentadbiran,
SK Alor Gajah 1. SK Alor Gajah 1.

Disahkan oleh :

……………………………………….
(PN. ROSHAYATI BT. ABD. RAHIM)
Guru Besar,
SK Alor Gajah 1.

IKRAR AKUJANJI KECEMERLANGAN UPSR


AKUJANJI MURID
Bismillahirrahmanirrahim… Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…
Sesungguhnya dengan nama-Mu Ya Allah. Kami berikrar dan berjanji bahawa kami akan
berusaha dan belajar bersungguh-sungguh dengan menumpukan sepenuh perhatian
ketika di dalam kelas serta menggunakan masa lapang secara berfaedah demi
mencapai kecemerlangan dalam UPSR yang akan saya duduki pada 4, 5, 9, 10 dan 11
September 2019 nanti.

Yang benar,

………………………………………..…
( )
AKUJANJI IBU BAPA/PENJAGA
Bismillahirrahmanirrahim… Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…

Sesungguhnya kami sebagai ibu bapa / penjaga yang prihatin dan bertanggungjawab
dengan ini berikrar dan berjanji dengan setulus hati, untuk lebih mengambil berat tentang
keperluan pembelajaran serta hal-hal yang berkaitan pelajaran anak kami. Kami akan
selalu meluangkan masa demi bersama mereka, memantau perkembangan pelajaran
mereka, memastikan mereka membuat kerja-kerja sekolah yang dibekalkan di rumah
dan sentiasa memastikan mereka hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
Kecemerlangan hanya akan dikecapi dengan kerjasama, doa dan restu daripada semua
pihak. Kami sedar dan kami akan berusaha yang terbaik. In Shaa Allah.

Yang benar,

Anda mungkin juga menyukai