Anda di halaman 1dari 14

DEFINISI KONSEP

MALAYSIA merupakan tanah


air kita semua. Malaysia juga
sebuah negara yang terletak di
Asia Tenggara dengan 14 buah
negeri di dalamnya. Malaysia
juga terletak diluar dari
lingkaran api pasifik yang
bebas dari bencana seperti
gunung berapi, gempa bumi
dan tsunami.
Memerlukan kami tafsirkan
sebagai memastikan. Dengan
kata lain, memerlukan
didefinisikan sebagai keadaan
yang sangat mendesak dan
perlu dilaksanakan.
Analoginya, seorang kanak-
kanak memerlukan kasih
sayang ibu bapanya. Jika tiada
kasih sayang maka
berkemungkinan kanak-kanak
itu akan memberontak dan
menjadi seorang yang zalim.
Jadi frasa memerlukan sesuatu
yang wajib dan sangat harus
dilaksanakan. Begitu dengan
tuntutan usul.
Tenaga Nuklear kami
definisikan sebagai tenaga
yang dihasilkan daripada
tindak balas dalam nucleus
atom. Tenaga ini dibebaskan
melalui tindak balas nuclear
dengan menggunakan
uranium yang boleh menjana
tenaga sekunder seperti
tenaga elektrik. Tenaga ini
juga boleh digunakan sebagai
senjata namun dalam konteks
perdebatan kita hari ini, kami
gariskan tenaga nuclear yang
digunakan kea rah yang lebih
positif. Pihak pembangkang
perlu jelas dengan definisi ini
supaya kita tidak lari daripada
usul.
Kesimpulannya tuan yang
dipertua, negara kita
memerlukan tenaga
alternative pada hari ini.
Tenaga itu merupakan tenaga
nuclear. Kami di barisan pihak
kerajaan percaya bahawa
penggunaan tenaga nuclear
memberikan banyak
kebaikkan kepada negara.
Kami akan buktikan nuclear
merupakan satu sumber
tenaga yang sangat baik untuk
digunakan dari pelbagai sudut.
Sebaliknya, pihak
pembangkang perlu
membuktikan bahawa
wujudnya kekangan dalam
penggunaan tenaga nuclear
sehingga ia mengganggu gugat
kestabilan politik, ekonomi
dan social negara. Mereka
juga perlu membuktikan
masalah yang akan dihadapi
oleh negara sekiranya tenaga
nuclear digunakan akan
mengancam keselamatan
ekosistem sejagat secara
major. Jika mereka gagal
membuktikan kekangan ini
melebihi kebaikkan yang ada
maka, kami mohon usul
diterima dewan tanpa
sebarang kompromi.
Definisi konsep pembangkang

Terima kasih atas


pendefinisian secara literal
dan konseptual oleh perdana
menteri. Kami di barisan pihak
pembangkang akan
meneruskan perdebatan
secara anak jantan. Kami akan
buktikan wujud masalah yang
major dalam usul menerusi
sesi penghujahan.
Cuma tuan yang dipertua,
pindaan kami berikan kepada
definisi memerlukan.
Memerlukan merupakan satu
keadaan yang mendesak di
mana ia sangat perlu
dilaksanakan? Apakah tenaga
fossil akan habis dalam
tempoh setahun dua lagi?
Atau adakah nuclear itu
sanagt diperlukan kerana
kekurangan tenaga fosil
menyebabkan dunia menjadi
haru biru? Itu mereka tidak
jelaskan.
Analogy kami mudah, seorang
anak kecil memerlukan kasih
saying dari ibu bapanya. Jika
tiada kasih saying mungkin
murid ini memberikan
masalah kepada sekolah atau
masyarakat bila dewasa. Jadi
kasih saying sangat
diperlukan.
Ini lah yang kami katakan
memerlukan merupakan
keadaan yang sangat wajib
dan mendesak. Jadi pihak
kerajaan perlu buktikan
bahawa tenaga nuklears angat
diperlukan. Jika tiada tenaga
nuclear semua urusan
tergendala atau kepadatan
penduduk yang tinggi
menyebabkan tenaga tidak
mencukupi. Namun sepanjang
perdebatan tidak dibuktikn
dengan jelas dan terperinci.
Justeru, adakah wajar kita
menerima usul pada hari ini?
Dalam masa yang sama tuan
yang dipertua, kita kita lihat
sebentar tadi perdana menteri
tidak dapat memberikan
jawapan yang baik dari setiap
izin laluan. Malah, beliau cuba
lari dari soalan seolah-olah
cuba menegakkan benang
yang basah. Mungkin juga ada
udang sebalik batu.
Sebentar nanti, kami di
barisan pembangkang akan
buktikan wujud masalah dari
aspek keselamatan, kos,
kepakaran dan tenaga kerja.
Kesemua masalah ini bukanlah
masalah yang kecil. Kita
jangan pandang remeh
tentang isu radiasi dari tenaga
nuclear. Jangan kita
terpengaruh dengan filem
Xmen yang mana radiasi
menyebabkan mereka
mempunyai kuasa sehingga
menjadi adiwira. Belum ada
lagi kes mutasi di dunia reality
ini seperti itu. Sebaliknya,
kecacatan dalam kelahiran
dan kematian merupakan
kesan negative yang lahir dari
radiasi nuclear. Kami akan
kupas semua isu ini di dalam
sesi perdebatan.

Anda mungkin juga menyukai